Followers

TEKAD !

yeh ,berbekalkan semangat yang sangat tinggi , aku tekad , langkah pertama harus bermula hari ini . maut turun kalendar akademik , melihat jauh kehadapan , bilakah semester tiga ku akan bermula .. 
yes ! cukup sebulan untuk aku bekerja . malah , berbaki lagi hari untuk aku berehat setelah penat berkerja , aku capai tshirt berwarna hitam , melangkah penuh tekad ke toilet , mencuci muka agar bila ditemuduga nanti tidaklah nampak seperti orang kurang siuman .  
Usai sahaja , aku mula misi ku mencari kunci skuter merah ku , "hah ,takde !" 
aku mula menggaru kepala , tersalah letakkah ? 
aku melangkah melihat ke jendela luar sana , aduh , sinaran mentari begitu terik memanah tepat ke dalam mata ku , gelap sebentar pemandangan ku , kepala mula berpinar - pinar , melangkah kembali ke ruang kawar ku mencari cermin mata ku , "hah. takde ! "  
hati mula risau , kepala makin kuat menekan - nekan , mata seperti dicocok cocok . makin ku mencari kunci skuterku dan juga cermin mata ku , tekad ku semakin lama semakin hilang . dalam hati berbisik  'takpe , esok masih ada ' 
arghh ,langkah pertama nak cari kerja tak jadi , ada manusia yang sedang membonceng skuter itu , kenapalah dia menaiki motor itu hari ini ,
 waduh waduh waduh , 
dan
 spek mata tak jumpa jumpa .. 
itu sahaja cerita saya hari ini , 

No comments: