Followers

Chapter 3


Assalamualaikum
Selamat  tiba di Bmi hari jumaat lepas . Makanya , lepas ni bermula satu lagi episod baru dalam hidup ini. Mungkin penuh suka , mungkin terselit duka atau mungkin kenangan manis episod lalu   takkan berulang lagi untuk semester kali ini . Aku hanya berdoa supaya dapat bersama dengan mereka yang sudi menerima kelemahan aku . Yang sudi tegur bila aku salah dalam membuat keputusan dan bukanlah mencari mereka yang sentiasa menyokong aku tanpa mengenal erti salah dan benar . 

 ...........................................................
Alhamdulillah , masih diberi nafas untuk menghirup oksigen secara percuma di bumi Allah , namun masih ada sedikit keluhan di hujung nafas bila terpaksa berjauhan dengan keluarga , jauh dengan ayah , jauh dengan mak , jauh dengan abang , jauh dengan adik adik . Baru hari ketiga disini dah macam macam tanda homesick jadi . Demam , muntah muntah ..siang hari badan cepat sangat sejuk sampai tengah hari pun kena pakai stokin dan berselimut satu badan   dan tiba tiba teringat ayah . Dia hero saya sebab tu saya selalu ingat diaa . Deeply , I know .. ayoh pun rindu sarah  .

K tak mau nangis nangis dah ..

………………………………………………………………..
 Timetables untuk sem ni macam tak ohsem sangat sebab berbeza sangat dengan sem lepas . Di mana pada hari jumaat yang mulia lagi berbahagia itu saya ada kelas dari pukul 8 pagi dan break jap pukul 2 sambung balik sampai pukul 5 ..  tapi oke lah kot , sebab khamis saya tak de kelas . Dan kelas tak de lah packed sangat  . Rasa rasanya biasa saja . Tapi agak scary tengok subjek sem ni , macam nak bunuh kitaorang je , terutama subjek Electric Circuit 2 dimana miss Noi yang ajar . Emmhh , tak tau nak kata apa lah kan . Lagi sem ni saya ambik Miroelectronics , yang ni pun tak tahu laa .. macam scary je nak telek Programming balik .. adoi .
Jadi sem 3 ni ambik 7 subjek je :
Microelectronics 
Electronics
Technical math 3
Communication English 2
Mandarin1 
Human and Control Physiology For Engineers 
Electric Circuit 2


…………………………………………………….



Alhamdulillah , dah jumpa geng usrah .

Mimpi itu

  baAssalamualaikum

Update blog sebab tiba tiba mata rasa mengantuk sangat , jadi nak avoid dari tidur lepas sahur supaya terus boleh subuh  kenalah cari benda yang menarik untuk dibuat . Seperti biasa ,  diri ini tertarik dengan dajjal mata satu ni dari ayat ayat cinta suci dari Allah . 

Semalam saya ada baca cerita pasal Gadis ini . Sedih kan baca pasal dia ni .Yelahh tengah sihat sihat , tiba tiba sakit Scoliosis , which is tulang belakang bengkok ! ouchh , tak dapat bayangkan rasa sakit dia macam mana. Kisah dia saya terbawak bawak sampai mimpi .. Ya Allah . Tadi saya mimpi adik saya yang ke5 meninggal . Meninggal sebab sesak nafas waktu tengah operate . walaupun , saya tahu sekarang dia ni sihat walafiat tapi entah laa .. takut sangat tak dapat jumpa dia dah .. dah la last kitaorang jumpa 2 bulan yang lepas ,waktu cuti sekolah .. Lepas mimpi terus bangun menangis . Takut tak dapat jumpa dia dah . Terus rasa rindu nak dengar dia cerita pasal sekolah dia , kawan dia . Terus rasa tak nak gaduh dah dengan dia .  Dah la puasa ni kitaorang mungkin langsung tak de kesempatan nak puasa sama sebab sekolah yayasan Kelantan cuti dia terus dekat nak raya , dan aku pulak tak tahu lagi cuti macam mana . Berharap ada lagi kesempatan nak jumpa dengan mereka . Ameen Ameen .


3 Tahun yang lepas , sekarang semua dah hensem dan tough . hehe

...................................................................

Jumaat ni dah gerak balik Bmi , tapi aku dah rasa malas nak balik sana . Tengok muka ayah pun aku dah agak aku punya emosi kalau dekat Bmi nanti . Please please sarah jangan nak emosi sangat dekat sana .
Be strong mek !


Moga diberi  kekuatan untuk menghadapi segalanya & Semoga berkesempatan berjumpa mereka lagi . Ameen 
  

Syria

Assalamualaikum ,

Salam Ramadhan semua , 
Andai nyawa esok masih ada aku bersyukur kerana masih diberi nikmat Ramadhan untuk hari yang ke 4 .
In Shaa Allah ..

Senanya ada rasa terkilan sikit , bukan sikit tapi banyak .. ececeh ..
Sebenarnya pasal saudara seIslam di  Palestin , Syria , Myammar , Thailand .

Jujur , entah apa yang saya rasa puasa kali ni bila masuk waktu berbuka je tengok lauk terhidang selalu sangat teringat dekat saudara saya dekat sana
Apa agaknya diorang makan eh ?
Sempat tak diorang nak makan ?
Ada makanan tak diorang tu ?
Ada tak kurma sebiji atas tapak tapak mereka ?
atau cukup ke jumlah family datang berbuka hari ini . ?

sedih sangat ..

Mereka dekat sana bermatian matian tegakkan islam , tapi kitaa kat sini .. ahh , sedih sedih sedih ... tak sanggup nak bandingkan iman pemuda di sana dengan iman pemuda di sini .

Kenapa dunia tak pandang jahat nya tentera tentera tu . Kenapa ?

Kenapa negara negara islam hanya pandang semata pandang . Kenapa ?

Tengok video tentera tentera tu tembak sedara islam saya dekat sana macam main tembak tembak burung je

Saya sedih !

Sempat tak diorang solat terawih dengan tenang berimamkan alunan alquran yang mengkhusyukkan ?

Kalau pagi tadi , si anak dapat tengok muka ayah dia , boleh pasti ke malam nanti dia jumpa ayah dia balik ?

Macam mana pulak dengan naluri kasih sayang dari seorang ibu . Andai , tiba tiba mendapat perkhabaran bahawa si suami dan si anak di tanam hidup hidup oleh tentera basyar ?

Entah , saya rasa macam sedih sangat sebab saya tak nampak apa apa tanda positif untuk islam itu menang .
Kenapa islam selalu ditindas ?

Pernah dengar pasal KONY2012  ? hah , cepat klik ! Tengok video tu memang buat kita rasa sedar masalah pasal kezaliman di Uganda . Serius cakap sebelum tengok video saya langsung tak tahu pasal uganda , sudan dan sebagainya . Tapi video ni memang buat saya rasa , kan bagus kalau semua saudara islam macam ni .

Tapi dari sudut pandangan sisi saya , saya merasakan KONY2012 ini sebenarnya cuma mengalihkan pandangan kita terhadap keprihatinan  kita terhadap umat islam . Hebatnya yahudi ! tapii saya tak cakap apa yang diorang buat tu tak mulia . Memang lah tersangat mulia dan kita sepatutnya contohi cara kerja mereka .

Jom tengok ni . Dan jangan lupa pray for them 




...........................................................................................................................


Saya pernah tengok satu video pasal seorang sedara saya ni kena tanam hidup hidup oleh tentera basyar si anjing ! Tak dapat nak bayangkan macam mana rasa saat sedang enak menghirup udara tiba tiba tanah yang kotor melemaskan pernafasan ini . Macam mana dia dekat dalam tu ? Bila dia akan pergi dengan tenang .. sedihh . tak dapat nak bayangkan macam mana ..

 In Shaa Allah , Jannah sedang menanti ..

.........................................................................

Jangan lupa lepas solat doakan mereka , mereka menantikan doa dari kita . 

Bertahanlah saudara ku 





Sendiri lagi

Sekali lagi Allah duga aku dengan dugaan yang sama
Seperti siaran ulangan
Tika dugaan itu datang ,
fikiran aku sibuk mencari dengan siapakah harus aku mengadu ,
siapakah yang mahu mendengar cerita ku yang cukup panjang ini ,
siapakah yang aku percaya untu menceritakan hal ini ,
dan siapakah yang paling hebat dalam memberi nasihat .
Puas aku berfikir ,
ternyata tiada siapa 
Ku simpan sahaja rasa ini
Sampai suatu saat ,
mendung hati ku tidak tertahan
Berat yang amat  aku rasakan
Lalu laju airmata turun ke pipi
Aku sendirian .
Entah bila akan kutemu si pendengar setia ku
Jauh di sudut hari ,
aku ingin punya kakak buat tempat bermanja ,
aku ingin punya adik tempat meluahkan rasa .
Namun aku sedar ,
ianya hanya angan angan semata .
Aku terfikir ,
sampai bila harus aku tahan rasa ini
Mungkin rasa rasa selama ini akan ku pendam hingga akhir nyawa aku .
Aku sedih .
Aku sendiri lagi kali ini bersama sama dengan sudut gelap itu ,
Aku nampak cahaya , namun aku bukan segagah gagah aku untuk menggapainya .






                                                              
                                                         I don't have anyone to talk to and i want a big hug from someone


 
Please take the sadness  away

Natriah

Assalamualaikum .

Tajuk macam filem Natrah je kan .. sebenarnya Natriah tu nama kawan waktu sekolah rendah sampai sekolah menengah rendah (Tingkatan 1- Tingkatan 3) . Saya kenal Natriah dari darjah 2 sampai la darjah 4 , lepas tu dia pindah , dan lost contact . Tapi waktu darjah 6 dia datang balik S.K. Sungai Karang . Jumpa lagi dia . Tingkatan 1 dia pergi S.M.Tengku Afzan . Tapii dia balik semula sekolah kampungg jadi jumpa lagi . Lepas PMR terus tak jumpa dia ...

Entah macam mana semalam macam rajin sangat nak pergi masjid . Tanpa rasa terpaksa , sarung telekung terus ikut ayah pergi masjid . Mungkin hati meronta nak pergi sebab nak dengar kuliah UAI , mungkin laa .. tapi dari saat naik kereta pandang je langit sebab tahan nak menangis , tak tahu kenapa tiba tiba terasa nak menangis ..
Datang maghrib pun lambat sangat , orang ramai tengah solat sunat tahiyatul masjid . Dalam masjid dah penuh macam sardin , tapi dari turun kereta lagi dalam hati tak henti henti cakap dalam hati , "Ya Allah , berikan ruang utk aku & ayah utk solat dalam masjid" Alhamdulillah , Allah makbulkan doa .. walaupun datang lambat berbangga dengan hasil cilok mencilok akhirnya dapat jugak duduk saf no 2 .. dan kebetulan nampak sepasang mata redup tengah tengok kehandalan aku cilok mencilok , rupa rupanya Natriah ... waktu tu rasa , woaaa , best nya dapat jumpa kawan lama , sebab ni ke aku nak sangat pergi malam ni hah ? .

Dan sayu sangat hati bila tengk dia pakai tudung labuh bersertakan dengan niqab . Indahnya ciptaan Allah . Siapa tahu nasib kita , dulu Natriah tu bawak motor macam mat rempit tu . Pakai tudung kalau boleh sesingkat yang mungkin . Cakap dengan kawan kasar habis . Selalu sound sound orang tapi bila hidayah Allah menyapa tak siapa yang mampu menolak hidayah Allah . Kan ?
Kisah Umar Al-Khattab, sentiasa buat aku kagum. seorang yang kasar, bengis. membenci Islam, bahkan pernah membunuh anak perempuannya, tapi bila disapa hidayah, mashaAllah, sehingga rasulullah bersabda 'jika ada rasul selepas aku, umarlah orangnya' ..

Tahniah buat akhwat Natriah sebab bakal jadi isteri November nanti .


Mungkin gambar terakhir sebagai anak dara ? haha    
Nampak tak UAI ?  


Otw pergi masjid , nampak Kalimah Allah untuk kali ke4 di dada langit . Subhanallah

merapu

Assalamualaikum ..

Malam ni nak rilek rilek padahal esok dan sabtunya jadual hamba sangat lah penuh , Biziwik is kaming biarpun sekarang tengah cuti sem lagi tapi banyak sangat kerja dekat tadika  dan walaupun mata ni dah kelabu sangat nak tidur sebab penat sangat tapi disebabkan dah janji nak ber'ym dengan mu , aku cuba tepati janji ku tapi di manakah engkau sekarang ni !wahai 'food mechine' .. Aku tau ko gelak baca ni ..aihh , baru sebut dah 'im' aku ? .. oke . hari ni nak tulis tanpa ada tekan 'backspace' pun ,biarpun  baru je tekan ni . hhaa ...

oke , malas taip dah .. buibui ..

Kad pengenalan di padang masyar

Assalamualaikum .
Cuma terpanggil dengan kata kata dari seorang akhwat ni ,
"Di padang masyar kita tak ada ic"  
Maksud yang dia cuba sampaikan ialah , Di dunia kita boleh mengaku kita Islam sebab dalam ic ada menyatakan kita ini agama islam . Tapi dekat akhirat nanti ic biru tu kita dah tak pakai dah . Lepas kita mati je , ic tu dah tak bawa makna apa apa lagi . Yang mengkategorikan kita islam atau bukan islam di padang masyar nanti  ialah cuma  catatan hidup kita . ohhh gulp . 

Alhamdullilah , hari ini satu langkah kecil yang berani telah aku ambil  , Tudung bidang 50'

Kahwin ?

Assalamualaikum
Lagi 2 minggu dah tak da dah orang panggil 'cikgu Sarah' .. Sekarang tengah berkenalan dengan 3 orang cikgu baru that is cikgu Mahfuza,21 . Cikgu Jiha,24 dan Cikgu fattin , 21

Sebenarnya nak cerita pasal cikgu Fattin . Dia ni budak lepasan poli , fresh graduate baru je habis tak sampai 2 bulan . Dia cantik ! dan dah kahwin baru 3 minggu yang lepas . Seronok sangat dengar dia cakap dia dah kahwin . Dia orang johor . Dia pakai tudung bidang 60' dan lepasan diploma fesyen . terkejut ? saya pun terkejut awal awal tahu . Walaupun umur kak Mahfuza dengan kak Fattin sama tapi sebabkan status 'kahwin' dengan 'tak kahwin' , serius rasa janggal sangat .. Dengan kak Mahfuza saya boleh bercakap macam saya bercakap dengan Eka , tapi kalau dengan kak Fattin , saya kena susun ayat betul betul dulu baru cakap .. tak tahu la kenapa macam tu sekali ..
Kak fattin kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah kenal , family match .. *sweet kan .. ?
tak pernah dating , tak pernah calling calling lastly kahwin jugak , takde zina hati , takde zina mata , takde zina mulut .. sweet kan ?

Nowadays dah banyak cerita pasal kahwin muda contoh Dena & Suffian ,

Ya , saya mengaku bila baca cerita tentang mereka semestinya hati terdetik teringin punya pelamin indah bersama . Hati meronta ingin dipinang sekarang .Hidup semati bersama adalah angan angan setiap insan di muka bumi ini . Pasangan itu satu perangsang bagi aku .  Namun , sedarkah kita mendengar cerita tentang kahwin muda ni buatkan kita hanyut dalam dunia kita sendiri . Hanyut dalam kabus mimpi . Goyah iman bak kata Eka ..
Aku berdiri , memerhati dan refleksi kembali
Ramai kenalan aku yang aku kenal , mereka hangat bermadu kasih .. Janji disemai unuk hidup semati . Mungkin alasan yang diberikan sebagai pembakar diri untuk dapatkan pointer yang lebih tinggi .

Bila disoal ,
"Korang serius ke ?" ..
"ntah la dia cakap nak nikah gantung "

"Sweet la korang "
"hehe , dah janji nak kahwin "

Kahwin ? Bukan semudah menyebut I Love U .. Bukan la semudah menceduk nasi ke dalam pinggan .. apa yang dilihat sekarang rata rata yang ingin berkahwin sebab untuk menghalalkan hubungan antara Adam dan Hawa . Ya , bagus begitu bagi mereka yang sudah bersedia dengan ilmu dan amal yang mantop tapi bagi mereka yang hanya berlandaskan janji untuk hidup semati tanpa ilmu rumah tangga yang cukup bagaimana pula ? Akan datang selepas berkahwin dan punya anak , siapa yang nak pakaikan lampin anak ? siapa yang nak basuhkan apa yang anak dah buangkan ? Siapa yang ingin bertanggungjawab . Bila Bila masing masing lupa akan rasa tanggungjawab , maka jadi lah seperti hari ini , ada yang bercerai berai . Paling sedih , anak anak terabai . Begini hasilnya bila dunia dijadikan sandaran dan bila agama dilarikan dari paksinya .
Si ayah mengharapkan si ibu , si ibu mengharapkan si ayah .. doh macam mano tu?

Tulisan kali ini diinspirasikan oleh buku bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA nukilan pemilik laman Saifulislam .com Nukilan Ustaz Hasrizal ini ini banyak membuka mata dan hati tentang hari hari mendatang . * Tak rugi beli


...............................................

Jadi cikgu tadika banyak mengajar saya macam mana susah payah nak besarkan seorang insan . Macam macam ragam budak budak saya jumpa , kunci pertama SABAR ..
Muhasabah diri untuk tak mudah lupa betapa payahnya mak ayah nak besarkan aku



One of my dreams with my Imam

...........................................................

Aku menulis sebagai ingatan untuk diri ini agar mampu menjaga apa yang harus dijaga  tidak sepenuhnya aku ceduk mungkin sedikit dapat aku ambil sebagai iktibar
Hamba menegur diri 


Perempuan

Assalamualaikum ,

"Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya"  

Pernah nampak tak quotes macam ni dekat fb ? Kadang kadang rasa menyemak pun ada .. Tapi yang paling saya perasan kebanyakaan 'quotes' yang muncul dalam 'newsfeeds' saya semua nya berkaitan perempuan . Salah satunya macam yang kat atas tu .
Pada pandangan saya insan yang kerdil , berjiwa kecik dan bertubuh sasa ini , sebenarnya 'quotes' semua tu haya menunjukkan kelemahan seorang perempuan .. 
Yes! kelemahan seorang perempuan .. sebab apa ? sebab nampak sangat perempuan ini cepat termakan dengan kata kata manis , nampak sangat yang perempuan ni sukakan pujian . Tahu tak , Lemah la kita macam tu , org baru ayat sikit kita mati mati percaya . oh not nice . Tak heran la kalau sekarang ramai perempuan kena lari ke Indon .
Kadang kadang 'quotes' yang terpampang untuk perempuan tu pun kadang kadang saya rasa ,
 "ohhh , perempuan bukan macam ni " ,
 tak pun 
"aku tak rasa pun macam apa yang korang tulis ni " ....
 atau mungkin khilaf datang dari aku sendiri yang tak menjiwai watak seorang perempuan ? .. haha 

Maruah paling atas bagi seorang perempuan 
.............................................. 

"Seorang lelaki adalah manusia yang akan menanggung sendiri kesedihannya & tidak akan menyusahkan ahli keluarganya "  

Tiba tiba terniat nak buka diari waktu tingkatan 3 dulu , dan terjumpa 'quote' kat atas ni ..Untuk 'quote'ni saya sediri mengakui bahawa 'quote' ni ada betulnya , This is a men ! kental .. dan inilah yang terjadi dalam family saya , jarang dengar lelaki mengadu sedih sedih dekat mok .. mungkin salah satu faktor saya jadi diri saya sekarang . Mungkin ?


Tercedok sedikit emosi hari ini 

Insyirah , Aisya & Adam

Assalamualaikum

Tadi anak sepupu saya , Insyirah & Aisya tengok tv .. dan ternampak si pelakon tu tak pakai tudung .. kemudian si Aisyah tanya saya soalan ,
 "cik ngoh , kenapa perempuan tu tak pakai tudung , dia kan Islam "

Mati akal cik ngoh nak jawab soalan Aisya ..
 kids nowadays , pandai sangat bercakap ... 


 Insyirah Iman & Irdina Aisya

.....................................................................


cute tak ? anak murid bagi tadi .. Geramm nak makan ..

.............................


Segar bila buka bukuface ada ...

Tahniah

Assalamualaikum ,

Hari dapat berita yang kawan sekolah dulu dah selamat lahirkan anak . Tahniah ayu ..
dan cerita yang sedih sikitnya yang saya baru tahu dia dah kahwin dalam sebulan yang lepas , aish aish sarahh , kesian ayu tak dapat hadiah dari aku   ..
Macam tak percaya dia dah kahwin dan dah ada anak pun , padahal waktu sekolah dulu , dia lah manusia paling rock gaya jalan tak ubah macam ********  sekarang dah cantik sebab dah pakai tudung labuh * apa yang saya nampak dkt fb lah ..
and again , 
Ayu tahniah sebab dah jadi ummi untuk Erika Umaira . Cantik nama tu .
Ayu , One more step in your life . Semoga berkeluarga sampai Jannah .

.............................................................................................................

Setelah sekian lama sungguh tinggal rutin berbasikal keliling kampung , akhirnya hari ni saya kembalikan rutin saya tu semula . In Shaa Allah , untuk kali ni mesti jadi rutin ..  Kira kira hampir 8 bulan kot saya lari dari berbasikal . Lepas je pergi Bmi bulan 7 tahun lepas terus tak naik dah basikal tu. Lepas tu , ada satu kali tu .. saya balik sebab rasa nak naik basikal , tapi tup tup balik , ayah saya cakap basikal proton dah kena curi .. Jahat betul si pencuri tu , memang rumah saya ni selalu kena tanda untuk mencuri barang lah kan . Dulu skateboard * saya reti kot main imbang badan atas skateboard tu , pun waktu saya darjah 6 laa tapi sekarang tak tahu laa .. berat dah bertambah berat .. (:

Laju merentas masa 

Harus dibasuh setelah melintasi kandang lembu 




Tahniah untuk Cik Sarah & Puan Rohayu

Mok saya pesan

Bercerita tentang si jiran yang ayah si jiran saya ni walaupun umur dah tua tapi larat dan mampu lagi pergi ke Tanah Suci setiap tahun . Kemudian mak saya bersuara ,
"nanti mok tua mok nak mcm tu laa , kalau boleh setiap tahun nak pergi sana , nak guna duit anak anak
"Dan saya seperti biasa , buat senyuum kambing seperti kebiasaan tapi dalam hati cakap ,
"In Shaa Allah one day i'll make it true .."
"Tu je Mok nak ... "

Terharu.


 Bilakah  masa untuk aku dijemput menjadi tetamu Allah ?


 
Umrah 2011's trip . 


...............................

Teringat zaman kena tinggal dengan parents sebulan lebih sebab mok ayah pergi haji dan waktu tu saya baru darjah 4 dan paling best tak rindu kat mok pun , tapi bila dapat kad yang ada gambar kaabah dari mok baru rasa teringat dekat diorang pastu ada menangis sikit sikit  tapi untuk satu malam tu je . haha . Kental anak haji Baha ni . 
...........................................................
Satu hari nanti saya nak pergi haji dengan imam idaman saya , taknak pergi time umur dah tua tua .. nak pergi umur muda muda . Tiru macam mok ayah saya .


WONDERING WHO'S THE OWNER OF MY RIB CAGE