Followers

tersentuh

i've tried to be SERIOUS ,
i've tried to be LESS TALKATIVE ,
i've tried to be LESS EXTROVERT.. 
but then ,
after all the trials ,
it only shows how i've been trying to be less ME n how UNHAPPY i am with all the changes..

moral of the story: just be urself as long as Islam dan Iman masih teguh dihati.. ;)


apa function saya di bumi allah ini .




TERSENTAP . itu je yang mampu saya cakap bila tengok video .
Allahu Akbar. Kadang-kadang kita terleka dengan dunia. Terlupa tujuan utama kita. Terima kasih untuk peringatan ini. :')

eqin masri

selamat tiba di bumi british yang kecil sangat-sangat ni tepat jam 1 tengah hari . haiyo , malas gila nak balik british . mana aci adik saya cuti seminggu , saya cuti 2 hari je . mane aci . sekolah dia mana ada cina . sekolah agama pulak tu . haissh .! takk adil . oke stop merengek macam budak darjah satu sarah .

kali ni balik british tak naik bus punnnnn . kita naik kereta . *ayat bajet je .. naik dengan pikah dan kak zan merangkap jiran sebelah rumah . sebab tu sampai awal . kalau tak . memang petang lah kan sampai kalau naik bus .

sebenarnya nak cerita pasal semalam . tepat jam 3.50 petang . saya dikejutkan dengan panggilan dari sahabat saya , ohhhh dia ajak saya makan spaghetti .. hand make by eqin masri eh . dia pandai masak . saya suka dia masak . BEST ! lepak makan 3 pinggan spaghetti . KAMI pun terjun kolam sampai basah kuyup . hehe . nak balik rumah dah takut sebab jam menunjukkan pukul 7.05 petang . so decided call mak buat ayat sedih lahh . cakap tu cakap ni . yelah kesian pulak kat eqin kena hantar anak dara orang maghrib-maghrib kan . hehe . last-last mak pulak SUDI ambik saya dekat rumah eqin . bestkan eqin . erkkk .. ye lahh sebab boleh menggatal bersama cerita pasal kahwin .. ! haha



chapter two




my 2nd sem baru je start dan saya rasa sangat menyampah kenapa sem ni mula sebelum raya cina . bayangkanlahh this week kiteorang masuk and next week cuti , isnin dan selasa sebab kan raya cina . dan selepas minggu raya cina tu kan ada cuti lagi kan. dan cuti pulak hari selasa ! bayangkan saya KERUGIAN 2 hari hari selasa . dah lahh hari selasa tu banyak kelas yang saya suka dan agak tough dan 3 credit hour . arghh . geram tau .oke dah cerita pasal geram .

then .saya nak cerita pasal my life as a 2nd semester student . this sem rasa malas nak bercakap banyak-banyak . tak tahu kenapa . sangat-sangat malas nak buka mulut untuk bercakap dengan orang sekeliling dan saya lebih selasa tunggu kelas sambil main sudoku . dan walaupun ada gap dalam 30 minit untk the next class ,saya still naik bilik . tak tahu kenapa . dan kalau sebelum ni kalau tak de kelas pun saya suka sangat merewang dalam BMI yang kecik tu . tapi sekarang . pemalas gila ! kalau dulu habis kelas mesti duduk lama sikit dekat cafe cuci mata . tapi sekarang pemalas gila . habis kelas dah tak tegur orang kiri kanan terus naik bilik . ya allah sangat terukkan . saya tahu ada orang terasa dan ada yang mengumpat saya . tak kesah lahh . saya malas nak tegur orang .

MAAF .



dan saya akan duduk je dekat hostel pergi bilik kawan-kawan layan running man tak pun pergi bilik akak fifa memberatkan lagi timbangann belah kiri dan belah malam saya lebih selasa pergi surau dengan eka untuk menstabilkan catitan dibelah kanan pulak . hehe .



terasa bagai berterbangan . end .
yea . alhamdulillah . saya dah boleh register untuk sem 2 ni setelah kepenatan menunggu selama tiga hari . tak jemu bukak page BMI(BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE) hari-hari. oke selama ni saya sangat-sangat berharap semoga ceh ayat macam buat speech pulak .heh oke sambung balik . semoga hari isnin jadual saya start pukul 8 . hah . pukul 8 ye .ye la kalau kelas start pukul 10 or something lah , oh tak semangat nya . dah lah isnin hari pertama dalam setiap minggu kan , so mulakan harimu dengan semangat yang baru ,ayat macam iklan .oke .

and saya jugak wish semoga saya tak de kelas hari jumaat macam sem lepas . sebab nya jumaat tu dah lesu dan rasa ,malas dah nak belajar . hehe . apa-apa jelahh . dan lagi 1 jumaat ni best tak de kelas sebab boleh balik rumah awal tak payah dah nak tunggu kelas habis .pagi jumaat dah boleh balik .dan dan kampus saya kan bersebelahan dengan UIA dan saya sangat lahh suka merewang macam orang gila yang bajet macam student UIA setiap jumaat sebab nya suka duduk dalam masjid UIA tu . tenang sangat tambahan pula environment UIA yang sangat-sangat tenang dan mendamaikan . ditambahkan lagi si gentlemen yang sangat osem pakai kopiah putih pergi solat jumaat .selit sikit je gatal saya . hehe .
after dapat bukak register terus bukak timetable dan terus menjerit macam orang gila .. hehhe .. yelahh mane tak gila . jumaat saya free !isnin kelas start pukul 8 .haha .osem ! saya suka sangat !



so ni timetable saya yang sangat kacal bergaya . i love you more lahh timetable .

i've been proposed !

oke jangan gelabah ke apa . tittle tak da kena mengena ye dengan diri saya ye . and saya single lagi . !


oke .disebabkan saya kobosanan yang teramat sangat . saya tergoogle dkt mr google ''kisah bercinta selepas kahwin''

act , bukan saya gatal ka apa . tapi to motivated kan diri ni supaya tak kejar cinta dunia .hehe . *saya gatal sikit ja .
and google punya google saya tak jumpa pun cerita best . semua nya cerita khayalan je dari novel-novel . and i keep google-ing until i found this video . and i can't stop myself to watch this video .HAHA . memanglahh sweet gila lelaki tu .while watching the video dalam hati doa banyak-banyak . ''ya allah dapatkanlah aku husband macam tu ''haha . oh sarah ni memang kuat berangan sikit .
so this is the video .

tumblr sesat .









bantal

kemas-kemas bilik . tetiba jumpa bantal comel kecik dah koyak . 3 bijik pulak tu .
kemas-kemas lagi , jumpa kain-kain yang dah tak guna .
bantal dengan kain . yes !
i found my new job .
JAHIT BANTAL ! haha .



ingat nak jahit tampal macam ni

ingat senang . tapi oo mak ai .susah jugak . jahit senget lahh . benang tak sama lebar la .adoi ..
oke sarah , practise make perfect ! try again .

\malu nak tunjuk bantal yang saya jahit , buruk noe . nanti dah last touch up . dah comel .
saya upload bantal yang comel tu eh .. hehe


Anak sungai itu




semua orang ada masalah kan  . dulu waktu zaman belum matang kalau saya ada masalah mesti saya akan mengadu dekat kawan baik saya. hari –hari pergi rumah dia pun tak pe sebab saya dah rasakan diia macam adik saya . kiteorang sangat rapat . saya suka sangat pergi rumah dia tambah pulak saya ni tak de adik beradik perempuan jadi meman g teramatlah saya tak tahu  nak buat apa kalau saya duduk dekat rumah saya tu .jadi kalau saya ada masalah dengan je saya terus pergi rumah di a. tambah pulak kawasan sekitar rumah dia saya sangat-sangat suka . sebelum sampai ke rumah dia ada jambatan kecik dan ada anak sungai yang air dia sangat-sangat sejuk . selalu nya kalau saya datang rumah dia saya takk suka masuk berborak dalam rumah saya lebih suka ajak dia duduk dekat jambatan sambil kaki main-main dalam air sungai yang sejuk tu . hehe ,best sangat .

tapi tu dulu . masa kami sangat-sangat baik .masa saya belum pindah ke TI .
lepas saya pindah ke TI , dia rapat dengan orang lain . saya tak kesah sebab kawan baru dia tu pun kawan saya waktu saya sekolah rendah .tapi lepas dari saya pindah TI saya dah hilang kawan tempat saya mengadu selama ni . saya nak share ape-ape dengan dia pun agak susah sebab kami bukan lagi satu sekolah  . suasana sekolah dia lain . suasana sekolah saya lain . dia pun tak kenal budak sekolah saya so susah tau saya nak bergosip macam dulu . tambah dia lagi rapat dengan kawan baru dia tu .
dulu saya tension sangat  sebab tempat saya mengadu 80% hidup saya dah jarang dengar  masalah saya . asyik-asyik saya je yang call dia .hari-hari saya je yang text dia tapi dia masih anggap saya ni kawan biasa sedangkan saya anggap dia lebih dari tu  .

tapi ..
kawan bukanlah allah yang bila kita cerita masalah dekat dia, kawan kita tu boleh hilangkan masalah kita sekelip mata . dan bila saya tingkatan 4 saya kenal dengan sir Rafdi . Sir Rafdi ni sangat-sangat bagus orang nya . dia ajar saya English dan dia seorang yang sangat-sangat patuh pada agama . dia selalu bagi nasihat dan saya suka dengar sir rafdi bagi nasihat kat kiteorang dan kalau sir rafdi bagi nasihat memang saya akan catit dalam buku kecik saya . dan hari tu sir rafdi ada bagi nasihat

“menangislah kamu di sejadah dan kurangkan menangis di hadapan teman “


Dan  kebetulan hari tu saya dapat paper akaun yang bagi saya subjek  yang  membunuh  saya .dan saya tak dapat capai target saya . memang saya tak tahan sangat nak menangis  . habis je kelas saya cepat-cepat balik dorm . Sampai dorm terus capai telekung pergi surau dekat tingkat bawah . masa solat tu memang saya menangis sungguh-sungguh . saya luahkan segala rasa dekat allah . saya buat solat sunat hajat . saya doa banyak-banyak .  lepas solat saya ambil al quran mengaji sambil sebak-sebak .dan perasaan bercelaru ,kecewa yang saya rasa waktu dapat paper akaun tadi hilang . hilang jauh sangat-sangat dan saya langsung tak risau untuk berhadapan dengan kelas esok harinya . suatu perasaan yang saya tak dapat gambarkan . tenang sangat rasa hati ni .  rasa macam terlepas satu beban atas bahu ni . dan kalau kita sujud lama –lama sambil menangis mesti kita terasa waktu sujud tu tak de siapa-siapa pun wujud melainkan diri kita dan allah sahaja yang ada waktu tu . dan setiap kesusahan yang allah beri tu allah sebenarnya nak beri kita kegembiraan di akhir nya . Cuma perlu bersabar sikit .