Followers

Aku Mengeluh

Masih punya masa untuk aku coretkan disini .
Masa masih mengejar aku ,
Biarlahh , aku ambil masa seketika disini
Membiarkan aku coretkan apa yang terbuku
Untuk tatapan hari tua ,
Untuk merasai manisnya kenangan bersusah susah 

Keluhan demi keluhan aku lemparkan minggu ni ,
Mungkin salah nya dari diri aku yang kadang leka membiarkan nafsu berehat menguasai diri ,
Lalu jadi nya
Menggunung tinggi dan selebar lautan practical lab yang aku harus hadap sekarang .
Penat ini sementara !

.............................
 Cepatlah berlalu semua ,
Mock job interview 
Practical lab electronics  
Assignment 3 electric circuit
Lab 2 Human and physiology
Writing test mandarin
Run Microelectronics depan sir --'
...............................................

Kurniakan aku kekuatan , Ya Rabb 


.............................................................


Musim Hujan membasahi bumi 
Gombak , Pagi 1 November




 









Rasa Aku

Baru tersedar ,
jauh sudah aku tersasar …
Selagi lagi tersasar … jauh.
Jauh lubuk hati ‘apakah rasa ini ?’
Namun , nafsu sentiasa menyenangkan dunia aku .
Mungkin selama ini 3 baris ayat itu sudah cukup buat aku tenang ,
Namun , sejauh manakah tenang itu sampai ke lubuk hati ini ?
Aku terus leka ..
Leka sejauh jauh mungkin .
Sampai suatu ketika ,
Aku jatuh ..
Sekeliling menindas!
Ahh , mungkin rasa aku sahaja ..
Aku rimas Hilang arah
Namun , Surat cinta dari Dia melayang kepada ku
Sekali lagi , tinta dari Nya tidak pernah menghampakan aku ..
Aku kuat kerana ayat ayat cinta dari Dia ..
Aku bangkit kerana kata kata Nya ..
Bila aku teringin hendak mengatakan , “sudahlah .. aku tak mampu lagi “ ,
‘Buku Cinta itu’ datang memberi ketenangan ,

Seriously , kalau tak ada ‘Buku Cinta’ ni , mesti aku dah lama kecundang .

..........................................

Final is in few weeks and I'm stucked dengan timbunan kerja kerja yang nak kena hantar   !
ahhhh , alasan la mak cik  !

"Aku takkan mengubah apa yang ada pada sesebuah kamu melainkan kamu berusaha mengubahnya terlebih dahulu " - Tuhan 

Moga moga Allah redha dengan apa yang aku buat ni .Ameen .

...........................................
 



An-Nas

Kemarin , hati ni rasa kering sangat .
Terus text Kak Dhiah .
Malam tu terus dapat perkhabaran yang Kak Dhiah nak datang Bmi .
Hati sumpah gembira .
Kadang terfikir , gagahnya mereka membantu insan seperti aku ni .
Aku malu sendiri .

Semalam , walau badan dah tak larat .Setiap sendi badan ni rasa menyengat sangat sangat . Aku cuba gagahkan jugak . Niat di hati nak sangat text Kak Dhiah , cakap aku tak nak pergi pergi Halaqah hari ni . Tapi bila fikirkan balik pengobanan Kak Dhiah yang datang dari jauh apalah sangat berbanding aku yang hanya berapa tapak je lagi .

Alhamdulillah , masuk masuk surau , nampak Kak Dhiah dan Kak Sarah . Ada peluang nak betulkan balik bacaan nih .
Jadi , semalam Kak Sarah tadabburkan Surah An-Nas .
Rhupa rhupa nya , Surah An-Nas tu menceritakan tentang anak iblis dalam diri kita . Baru aku tahu bahawa selama ni , dalam diri kita sebenarnya memang ada iblis yang duduk dalam hatii kita ,

 
     مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ
 Daripada kejahatan (bisikan)syaitan yang biasa bersembunyi :4 

Hujung ayat 4 ini diakhiri dengan 'Khonnas'.  Senanya , 'Khonnas' tu nama anak iblis 

ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
  Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia :5

Kaitannya antara ayat 4 dan 5 ialah tentang Syaiton . Dan 'Khonnas' yang mendiami hati hati manusia .
Ertinya , di dalam hati manusia sebenarnya ada syaiton mendiaminya , patutla kadang kadang nak buat jahat datang dari diri kita sendiri jugak , Sebabnya 'Khonnas' sibuk membisikkan perkara jahat dalam diri kita . 

Macam mana 'Khonnas' boleh berada di dalam hati manusia ?

Ginih cerita dia ..

Dulu waktu zaman Nabi Adam , Iblis datang kepada Hawa untuk meminta Hawa menjagakan anaknya sebentar , Hawa menolak untuk menjaga anak iblis . Namun , setelah puas memujuk rayu , Hawa kesiankan si Iblis , lalu diambilnya anak iblis bernama 'Khonnas' itu , lalu dijaga . 
Apabila Nabi Adam pulang, dan ternampak si 'Khonnas' , Nabi Adam terus memotong motong si 'Khonnas' lalu dibuang ke suatu tempat . 
Esoknya , si iblis datang , lalu bertanyakan tentang anaknya di mana , lantas Hawa menceritakan perkara sebenar . 
Lalu , si iblis , memangil mangil si 'Khonnas' beberapa kali . Tiba tiba , 'Khonnas' mencul kembali dengan badan cukup lengkap bercantum kembali . 
Esoknya lagi , iblis sekali lagi merayu kepada Hawa utk menjagakan si 'Khonnas' , Sama seperti tadi . Hawa kalah dalam pujuk rayu iblis . Lalu di dijagakan lagi si anak iblis itu ,
Sekali lagi , Nabi Adam ternampak si anak iblis itu , Lalu dipotong dan dibuangkan ke merata tempat . 
Esoknya , Iblis datang menuntut anaknya itu . Sekali lagi Hawa menceritakan berita sebetulnya , Lalu iblis memanggil nama anaknya berulang kali lagi dan kemudian apabila disebut nama 'Khonnas' berulang ulang kali , lalu si 'Khonnas' itu bercantum kembali ' . 
Esoknya lagi , si iblis datang lagi kepada Hawa , meminta utk menjaga anaknya itu .Sekali lagi Hawa tewas . 
Kemudian , Nabi Adam geram lalu dipotong anak iblis itu , lalu dimakan anak iblis itu , agar iblis tidak lagi mengganggu mereka .
Akhirnya , perbuatan Nabi Adam itu merupakan rancangan sebenar iblis untuk terus mengacau dan mempengaruhi manusia . 
Akhirnya , iblis berpuas hati kerana dapat mendiami hati manusia . 

Jadi , macam ni lah cerita dia mcm mana si 'Khonnas' boleh berada dalam diri kita .
Sesungguhnya , iblis itu tak pernah berhenti untuk terus mengacau anak cucu Adam .

This Surah is really amazing !
Sesungguhnya , Allah tak cipta sesuatu itu tanpa apa apa . Tengok aje lah surah ni , Sependek pendek ayat ni boleh buat aku sedar .

Tak sangka di dalam surah yang ke 114 ni sebenarnya menceritakan tentang apa yang ada dalam diri kita  .

Walau awalnya aku malas sangat nak pergi Halaqah ni , tapi aku tahu kalau pergi aku dapat output 1 , kalau tak pergi maka dapatlah output dia 0 lah , Maka sampai bila harus biarkan hati ini terus kosong dan kosong .

Halaqah kali ini ada isinya , Ada tarbiyyahnya . Ada sumbu Iman nya .




Senyum banyak banyak . (:(:

Usia

Aku sedar ,
Usia mudanya Saidina Ali,
Mudanya Sultan Mohammad Fateh ,
Mudanya Usamah bin Zaid ,
Mudanya Muaz & Muawwiz .
Usia muda mereka dengan menabur bakti
dan Aku sedar itu ,
Aku sungguh jauh dari mereka .
Jauh ! 

Aku sedar ,
Usia muda itu bukannya usia untuk terus bergoyang kaki ,
Usia muda itu bukannya untuk terus lalai dan lalai
Usia muda itu bukannya untuk terus berharap pada cinta dia , tetapi Dia .
Aku silap lagi kali ini . 

Aku sedar
Usia muda itu sebenarnya satu benih yang subur untuk aku  tuaikan .
Suburnya benih untuk aku mengharapkan rimbunan buah untuk hari tua nanti . 








Jangan berhenti berlari walau berkali kali tersungkur jatuh , 
Kan dah janji , jangan berhenti berlari kan ? (;
Allahu qaribun minni , 


Hari Aku

Melalui hari hari yang sungguh beremosi aku rasakan , Banyak sungguh syaitoon menghasut untuk terus jadi pemalas sepemalas yang mungkin , Untuk terus rasa suasana sekeliling seakan akan sungguh tegang  .

Biziwik is kaming ! Penat aku mengejar lelah dalam siapkan assignment . Fuh !
Lepas ni direct terus bizi memanjang aku rasa , kerana didapati banyak lagi lab yang belum langsai kerjanya . Fuh!
Nak kejar subjek human yang aku rasa sungguh membunuh aku . Sungguh ! dan memandang kan sebelum  phase test human kena balik rumah ekoran kerana perkembangan maju business catering mok , so saya kena balik ! dan dipaksa balik dan haruslah study cepat cepat supaya tak terkura kura bila nak jawab phase test nanti . TAPI ! ada cerita sedih sikit .tau takk mesin fotostat dekat library rosak ..cang ne saya nak copy paper phase test ni , dah la tak boleh bawak keluar buku tu ..hurmmm ..

Lagi satu subjek microelectronics , ghane nih . Dalam lecture faham je tapii bila masuk tutorial .. arghhhh , mummy , tak faham .. isk isk .

...........................................................................

Ada orang cakap , " Kita yang menentukan hidup atau hidup yang menentukan kita "
ouchh , terasa weh ko cakap gituh kat aku .. tapii takpe , you bounce back semangat aku yang makin hari makin pudar .. Thanks weh!
and one more thing , hari tu Sir Ismail terpandang laptop aku yang usang ini , and i was wrote some quote on 'sticky notes' ..macam pesan memesan supaya aku tak lupa dunia dan ukhrawi *aku suka baca quotes . dan satu je dia cakap kat aku lepas tu ,

 "THE GIANT IS INSIDE YOURSELF , FOLLOW YOUR GIANT , NOT THE QOUTES"

Ni baru geng orang panggil walaupun dalam kelas dia aku rasa otak aku ni macam daun keladi je . Input dia bagi tu macam susah sungguh nak masuk ke otak aku ni .. Hebat sungguh otak aku ni sampai langsung tak dapat serap apa yang dia ajar .. *bangga .. 

So lepas ni , i just follow the giant of mine dan aku sukakan cara sir mail bagi aku ni !

..............................................................................

Last week , pergi wedding pupu-pupu di Shah Alam . Walaupun , hari tu Yasarah dah plan nak pergi Janda Baik tapi saya tolak mentah mentah , sebab saat tu saya betul betul nak jumpa family saya . Yeah , i know walaupun jumpa ayah sedara sekali pun aku tahu aku akan rasa masalah aku hilang . Lenyap terus ! 
Alhamdullillah . Allah memudahkan urusan kami . 
Tapi kali ni tak sempat jumpa all the babies .  hurmm . 
Untuk  Kak Long Sairah , Tahniah  untuk fasa terbaru dalam alam perkahwinan ni . 
dan alang alang , berada di seksyen 18 , aku decided nak pergi open talk Dr Zakir Naik .. tapii aku yang careless lupa nak amik numb Kak Teha .. Jadi cancel terus lah .. Takpe takpe , Kuantan masih ada ye sygs .. 

..........................................

JUST BECAUSE SOMETHING ISN'T HAPPENING RIGHT NOW , DOESN'T MEAN THAT IT WILL NEVER HAPPEN  !
GO ON & BELIEVE THAT EVERYTHING IS GONNA BE BETTER 
ALLAH KAN ADA CIK SARAH OI .. (: