Assalamualaikum
Hari ni hari pertama saya jadi cikgu & first time saya bekerjaone word yang paling nak diluahkan ialah PENAT !
Rasa dalam hati macam "huwaaa, huwaaaa" sebab tak rilek macam selalu
dan kan tak pernah bekerja dengan orang ,
jadi ni pengalaman kena jugak tempuh .
Sebabkan hari ni hari Isnin , so pagi pagi tadi ada tazkirah
so tazkirah tu berbunyi :
"Andai anda melakukan sedikit manfaat dan kebaikan dan anda tebarkan kepada semua makhluk Allah , In Shaa Allah pahala iyu milik kita , dan kalau kita menyokong seseorang dalam melakukan kebaikan , In Shaa Allah , kita akan dapat separuh dari pahala orang yang kita sokong tu , & kalau kita menyokong seseorang melakukan kejahatan , walaupun dengan berkata "YA" , maka separuh dari dosa itu akan menjadi milik kita"
Secara details saya mengajar di Tadika Pasti Ibn Khaldun , officially guru kelas Lavendar , cikgu Aisyah macam tahu tahu je saya suka lavendar . Dalam kelas saya ada 14 students ,
Mengajar budak tadika memang banyak sangat kena sabar ,
dari awal saya datang sampailah nak balik , these children keep saying ,
" cikgu ! tengok ni dia tak nak kawan dengan kita "
"cikgu , tengok ni dia taknak salam dengan kita " ..
ohh , mungkin aku dulu pun macam tu , asyik cakap dia tak nak kawan kita ,
dan paling cute bila tengok diorang gaduh pastu baik semula macam tak de apa apa . Seronok !dan dalam kelas saya , saya haruslah selalu berkata pasal syurga sebab this thing je yang buat diorg jadi duduk diam ,
setiap kali diorg bising , saya kena cakap . "Allah tak suka orang nakal nakal"
setiap kali diorg ambil barang kawan kawan , saya kena cakap , "Allah tak suka org mencuri nanti banyak dosa tak dapat masuk syurga "
dan always kena cakap esok cikgu bagi gula gula .kalau nak suruh diorg diam
dan kalau malas nak buat kerja kena cakap , " siapa nak bintang ?"
then diorg dengan tekunnya buat kerja dan mintak 10 bintang .. hehe .
dan lagi 1 waktu balik tadi , ada sorang budak ni dia nak terkencing dah terkencingg dalam seluar .
Then saya cepat cepat bawak dia pergi tandas dengan lembut laah kan ,
pastu lepas dia dah siap , dia tanya saya "Cikgu tak marah ke saya kencing dalam seluar "
time tu speechless sangat , sebab memang tak niat pun nak marah , so terpaksa lah pretend cakap , "aah , cikgu marah sangat , lain kali umaira jangan kencing lagi dalam seluar , nak kencing bagitahu "
saja cakap macam nak kasi dia ingat sikit ...
No comments:
Post a Comment