Followers

1 Januari 2013

Pagi tadi dua orang hero dah balik hostel masing masing.
Satu hari sedih , sebak sebab rindu mail (adik bongsu)
Macam biasa , pagi pagi pergi bilik budak budak ni , pergi tidur sebelah mail sambil cakap

"Mail .. Maill bangunn!! Ayoh tak g keje hari ni "

Dalam mamai mamai ..dia pun cakap ..

"Kak Yah , tak payah buat kelakor laa" 

Aiishh , Too much happy hour this semester break !
Tour Kelantan, ambik adiks  - Cameroon , makan strawberry - Perak , makan mee udang & cari durian muroh muroh  - Rawang , cari tayar murah - Karak , angkat 1 bakul besar durian untuk buat tempoyak stock setahun - Kuantan . Happy hour with le mok , masak masak !

................................................

Yeah , esok 1 Januari dah balik Gombak .
Tak happy rasa .
Dari tadi rasa sebak je ..
Call mok dekat Kelantan ..
Dia tanya ,

"Demam ke "


Takpunnn , Senanya , saya sebak nak balik Gombakk! Saya sebak nak tinggalkan Kuantan ..

Tapi dalam hati je
Luaran ..
"Tak aah , oke je "

Sebak sebak ..
Tiba tiba , satu suara dalam ini memanggil manggil ..

Sarahhh ! Ingat tak Umar Al- Khattab ada cakap ,
  "Takkan gundah walau sekali, kalau kau tahu apa dicari.."

Wahai hati , wahai diri ...
Lawan dalam itu .
Ikhlas kan hati . 
Laksanakan Target baru . 
Ikhlaskan hati dengan amanah itu !

Yuhh , sarah . Jangan Pancit !

Sedang dalam ketiadaan hati untuk mengemas barang barang untuk balik Gombak , sambil melayan live video UAI  . Dalam penuh  kesibukan mengemas lalu terlintas celah celah speaker  suara comel Ustaz Haslin , 

Bermula lah dengan sedikit , Kemudian baru besar . 
Dengan sebatang Pen , yang kecil maka berubahlah . *part ni apa apa apa je lah ustaz kan .. 
Nak berubah bermula dengan kita 
Bermula lah pada hari ini  , Maka In Shaa Allah ... 


Yeahh ,
Dia beri jalan .

Dia hantar melalui suara sahaja untuk aku betulkan niat .
Fuhh , berpeluh membaiki niat .
Semoga kali ini , Lebih bermakna , lebih mahabbah , lebih hidup dan lebih menggerakkan .
Bismikallah . ..



Mail Lambong . 

Kerana kami semua sepet --'

Cameron Highland

Le Mok yang gagah perkasa 

Add caption

Abang paling henseng di dunia . --'


He love dancing 

Boyfie paling atas dalam hati ni , dah la hengseng 
*Gambar lain lain tak tahu p mana , Tak jumpa .  :(



Si hati sensitip , 
Sarah jelly melly 

Kuatkan Dia

Semalam ..
Pejam mata rapat rapat .. 
Tak kuat dah.. 
Dia angkat takbir . Cuba menghabiskan apa yang wajib 
Rukuk dia . Sujud dia . Sungguh memedihkan setiap inci saraf 
Tak tahan dah .
Lalu , 
Menangisnya dalam sujud itu . 

Hari ini ..
Dia kuatkan diri . 
Dia cuba lawan rasa itu ..
Dia cuba bunuh rasa setiap yang rasa itu ..
Tapi, 
Dia kalah ..
Dia menangis lagi . 
Tak tertahan bisa yang datang. 

Hari ini dan semalam . 
Dia rasa kaki dia berat melangkah .
Dia fikirkan masa depan . 
Dia malu melangkah di bumi ini . 
Dia kata dosa banyak , malu dengan yang di atas . 
Dia fikirkan ini mungkin pengakhiran baginya 
Dia fikirkan itu ini .
Tapi , dia gagahkan lagi kaki itu melangkah 
Tapi tetap fikiran dia hanya fikirkan alam sana ! 

Dia faham kan diri dia supaya terus kuat ! 
Tabah ! 
Dia tengok langit , 
Tarik nafas dalam dalam .. 
Fikirkan macam macam 

Dia ke pantai , 
Dia tarik nafas dalam dalam , 
Dia rasa tenang
Dia bicara sama bunyi ombak .
Dia kata tenang . 
Dia kata semangat baru datang . 

Terngiang kata kata kakak berniqab itu , 
"Kalau boleh rawatan datang setiap minggu "


Doakanlah Allah bagi dia kuat . Sihat macam dulu





May Allah grant me a strength and calm, 
Dia



Riak

Hari ni keluar dengan Mok , Ayoh , & Boem (adik no 5 )
Situasi  ayoh sedang berbual bual dengan mok sekian sekian sekian . Tiba tiba , sedar tak manusia sekarang riak dalam tak sedar .

Sarah kiut : Contoh ?

Ayah katang : Tunjuk surat nak pergi haji dalam Fb . Kadang kadang perbuatan semua tu mendatangkan sifat takbur dalam diri kita . Kita nak buat menda baik dalam pada masa yang sama kita rasa ingin menunjuk nunjuk kepada orang lain . Kan tak ikhlas dah tu jadinya .

Sabar Sarah , sabar Sarah . Rasanya dah betul betul kena atas batang hidung tu , bukan setakat atas batang hidung tapi terasa macam sebeban batu jatuh atas kepala . Allah


Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya, 
“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).
.................................................

Betullah apa yang ayah aku cakapkan tu . Wujudnya alam maya macam ini buat semua orang tak ikhlas bekerja semata berharapkan setiap manusia memberikan pujian . 

Riak boleh diertikan sebagai memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.

Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riak hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat. 

Betul tu . Kadang  rasa nak buat kebajikan , Tapi kita  mengharapkan balasan . Aku tahu rasa itu mahukan balasan itu , bukan balasan ukhrawi tapi lebih kepada duniawi . Balasan berupa manusia duniawi memandang kita lebih tinggi . Tapi jarang terlintas di hati kita untuk mengambil perhatian untuk penduduk syurgawi memandang kita . Nauzubillah ... 

"Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)


Aku pernah merasa perasaan riak itu . Sungguh perasaan riak itu sememangnya sentiasa ada dalam diri kita . Bila ada niat baik dalam hati , sering kali dan acap kali terlintas pelbagai perasaan ingin menunjuk nunjuk . Kadang si kanan kuat cakap , "Jangaaaan Sarahh ", 
Tapi seperti biasa , dalam diri manusia masih punya Syaitonn Khonnas ...
Aku mengalah dengan nafsu riak , takburr ... 
Kalah lagi .


Dulu waktu halaqah , Kak Dhiah ada cerita pasal penyakit Ain .
Tak ramai yang tahu pasal penyakit Ain . Sebenarnya penyakit Ain mengenai penyakit dari pandangan mata .
Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu .Dalam hadis Musnad Ahmad


“Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)

Oke , saya bagi contoh senang dan biasa sangat kita semua alami . Serius !

Aminah mengupload gambarnya sedang bercuti di Perancis .Dengan penuh bergaya mengenakan baju tebal ,  sedang asyik meniup salji salji ringan umpama sedang feel habis , bersama Iphone6 nya dan DSLR yang dipegang oleh abangnya 

Situasi di atas sungguh si Aminah terlalu asyik menceritakan keseronokan dan kemasyhuran hidupnya kepada masyarakat umum sehingga tanpa disedari ada mata yang memandang kehidupannya dengan perasaan kagum tetapi turut terselit perasaan cemburu atau hasad dengki.

Makanya ,bagi si mata mata yang memandang di alam maya , sangatlah berasa kagumm , dan tak kurang jugak dalam hati penuh rasa cemburu , Betulkan ? So , maka disinalah syaitan Khonnas sedang menjalankan tugas nya . Sila rujuk surah ke 114 untuk cerita si Khonnas , Saya penah cite dulu kat sini (: 



.............................................

Maka , beringatlah kawan kawan .
Aku bukan paling hebat dan aku bukan juga yang hebat 
Aku catat sebagai peringatan aku juga  






Yang Sentiasa Khilaf , 
Sarah 

Jumaat Terakhir 2012

Awan cantik seperti selalu hilang . Awan yang sentiasa mengukir senyuman saat aku mendongak ke atas hilang . Terlindung dek hujan , digantikan tempias hujan rintik membasahi alam  . Angin pagi membawa dingin hingga ke tulang . Hujan tidak berhenti . Tubuh ini dipeluk kemas . 

Jumaat . Ini Jumaat terakhir bagi tahun ini namun sentiasa sebagai penghulu segala hari .
Sungguh simbolik aku rasa . Sayu hati meninggalkan tahun ini
dan tak kurang juga hati ini melonjak kehadapan untuk mencapai target target baru .

Dari semester 1 hinggalah kini bakal melangkau ke semester 4 ,
Jumaat adalah hari aku untuk aku melihat indahnya Islam di Bumi UIA .
Mendengar khutbah Jumaat , walau bukan dalam bahasa aku , Namun diri ini cuba memahami
Mendengar bacaan solat Imam di sana . Subhanallah , Kadang jatuh air jernih ini .
Jumaat adalah hari aku memaksa aku kesana , Bumi UIA
Walau peluh menitik , aku gagah ke sana ,
kerna aku mencari sesuatu .  
Kadang diri ini kosong , hilang arah , hilang azam
Hati ini rindukan mereka disana ..

Semester 3 merubah segalanya ,
Kapadatan jadual belajar menyekat aku untuk kesana .
Mendengar Khutbah jumaat , mendengar Imam membaca ayat cinta dari Dia
Melihat Islam dari seluruh pelosok alam
Aku kosong seketika .
Namun , saat kosong itu datang ,
Pada Jumaat juga ,
Dia datangkan aku akhwat akhwat UIA manis manis belaka , 
Budi pekerti mereka buat diri ini malu seketika ,
Mereka baik .
Mereka baik sangat .
Sungguh mereka teramat baik .
Aku ingin jadi seperti mereka .
Sentiasa berkorban untuk aku .
Saat diri ini dahagakan sesuatu , mereka sanggup bersusah demi aku .
Allahurobbi , Indahnya pekerti mereka .
Redhai mereka Ya Allah .


Jumaat Terakhir 2012 ,
Jumaat , masih utuh dalam ingatan .
Bagaimana aku mencari cintaNya .
Aku nampak Allah sentiasa ada disisi aku ,
Kali pertama aku mengagahkan kaki , keluar tanpa apa apa
Hanya bertemankan gadis bernama Azizah , di Ramadhan penuh barakah
Ya , aku gadis .
Dan dia juga gadis .
Keluar ke rumahNya dengan berjalan kaki ,
Tanpa berteman apa apa . Hanya anugerah anggota dari Nya kami guna sepenuhnya .
Aku tawakkal .
Namun , saat manis itu kekal kehari ini . Aku masih ingat bau bau hujan .
Aku masih ingat , aku tidak takut ketika itu .
Aku yakin Allah bantu aku .
Syukur aku panjatkan ,
Allah bantu aku segalanya  .
Rasa , pengalaman , bau , emosi semua aku masih ingat .
Dan walau sesibuk mana ,
walau jauh kaki ini melangkah ,
walau mata ini sudah terbuka jam 3 pagi
Allah bagi secebis kekuatan itu kepada kami .
Kami tidak letih malah bersemangat
Aku rindukan saat aku bersama hamba hamba Allah bermalam di masjid masjid .
Ya Allah , kurniakan rasa itu lagi .
Aku rinduu .


Jumaat juga hari untuk aku bersama sama menghabiskan waktu bersama mereka
Menonton movie bersama sama
Mereka,
Tulang belakang aku .
Tanpa mereka ,
Aku tersungkur .
Aku jatuh tergolek .
Mereka baik orangnya .
Pertemuan tanpa diduga ,
Allah satukan kami bersama sama masalah masing
Kami faham
dan kami cuba fahami hati masing masing .
Kenal mereka , buat aku sentiasa positif .
Jatuh bangun aku ,
Mereka ada . Hembus kan kata kata positif
Mereka sahabat yang baik namun sentiasa disalah tafsirkan sekeliling .
Biarlahh ,
Hanya Aku , Kak Ainaa , & Yasarah faham masing masing
Mungkin sekeliling tidak tahu kisah Kami
Biarkann ..
Aku sayang mereka .
Hilang mereka tak bermakna aku hilang segalanya .
Aku kuat dengan kata kata dan pandangan mereka .
Mungkin , Jumaat juga kita pernah terusik hati
Tapi , anggaplah segala ini pelajaran untuk kita sama sama melangkah ke hari yang lebih matang .
Kejp hati ini marah ,
Tapi merekalah yang meredakan hati ini .
Tiap sabtu berjalan ke taman .
Meluahkan segalanya .
Kami rapat
! Dia positif ! Dia matang dan aku , Si budak kecil yang sentiasa merengek


Jumaat juga adalah hari aku untuk berjumpa dengan si kumbang
Walau tak banyak bicara ,
Kau sentiasa datang  .
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama aku .




Family Outing - Masjid Besi , Putrajaya


Pertama kali bershopping bersama tudung bidang 50'- Times Square, KL

Rindukan susana ini , kiri kanan menyibukkan diri  dengan Kekasih yang satu 


Pertama kali malangkah sendirian  keluar semata ke rumahNya - Masjid Zakaria


Berbuka tanpa rancangan - Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Iftar - Papa Johns , 

Monthly routine - Seoul Garden ,KL Festival City 

Family Outing , meluahkan segala disini - Taman Layan Layang 

Kami Bahagia dengan kekurangan masing masing - Taman Layan Layang 

Halaqah pada Jumaat yang damai bersama akhwat UIA - Surau KAMI , BMI

Qiammulail - Masjid As-Syakirin , Sri Gombak 

Penuh pengajaran disini - Masjid As- Sobirrin 

Kemuliaan Kak Dhiah , Bersusah untuk aku . (':


Jumaat yang aku rindu selamanya .
Semoga Jumaat 2013 lebih membawa erti kepada aku sebagai musafir dibumi Allah .
Ameen .
Ya Allah , Redhailah kami ,

Buat mu Yasarah , Kak Ainaa , Azizah , Kak Radhiah , & Si Kumbang
Terima kasih atasa jasa kalian .
Kini walau aku jatuh , aku masih mampu bangun kerna jasa jasa kalian
Dalam sedar dan tak sedar kalian sentiasa sahaja menghembuskan semangat kepada diri ini
Semoga tahun 2013 kita menjadi yang baru .



Aku yang berhutang dengan kalian , 
Siti Sarah Binti Bahrudin  







Result

Assalamualaikum .
Hari full result dah keluar .
Alhamdullilah . Walaupun tak sehebat mana , walaupun biasa biasa sahaja ,
Aku senyum ! Mungkin ini sahaja aku mampu . Mungkin Allah mengajar aku sabar , memandangkan  ciri ciri penyabar dalam diri itu nipis atau  mungkin dan pasti  ada ibrah disini  .

Mungkin suatu ketika , aku mengeluh panjang . Aku hairan , usaha aku tinggi tapii hasilnya selalu tangan didahi . Aku mengeluh . Belum cukup kahh ?

Aku penat Ya Rabb .

Lalu jari manis ini menaip sesuatu  ,
Hati mencari sesuatu
Hati ingin kan sesuatu
mungkin sebagai pemangkin setelah kedukaan

..
..
..

Travelog Khalifah ..
Hurrmm ,
Tanpa melihat , jari terus menekan tetikus tepat pada link dibaca .

..
..
..
Aku Berjaya Kerana Aku Gagal Part-1
..
..
Hurmmm , Menarik !
terus aku capai bacaan hingga akhir cerita .

Allah ,
Aku terlalu memintaa !
Aku sedar luar sana ramai lagi jatuh !
Bawah dan bawah lagi dari aku ,
tapi mereka kuat !
Kuat untuk terus berusaha
Sedangkan aku tergelincir sedikit sahaja dari sasaran ,
Cepat benar aku mengeluh .
Sombong benar aku di bumi Mu .

..............................

Baca cerita si Zufar sungguh buat aku yakin  bahawa rezeki bukan semata pada pointer
tapi In Shaa Allah luar sana banyak lagi . Yang penting hubungan dengan Nya jangan dilupa .. 



 Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….

 (al-Baqarah 286)


...............................

Sebelum ni ada cerita pasal exam kan . 
Yeahh , aku cuma rasa aku boleh  score paper Human dengan Electronics je . 
Yeah , aku memang pencinta setia Electronic dari aku tingkatan 5  sampai saat ni . Semestinya dalam hati dan kepala dah set mesti dapat A .. Tapi entah lahh , rasanya tak perlu dah kot aku nak sayang apa apa subjek lebih lebih ni . Sebab , Electronics aku dapat palingg rendah kot untuk semester 3 ni !
Sebelum ini aku ada cakap aku tak boleh nak score paper Microelectronics dengan Electric Circuit Tekan Sini  . Tapi entah lahhh . 
Last last 2 subjek ni jugak aku boleh dapat markah Tinggi . Tak de lahh tinggi tapi B !

Pelik ! 

Rezeki kot dan senanya , aku langsung tak studi 2 subjek ni . 
Tengoklah microelectronics , Aku dapat soalan pun pukul 10 malam esoknya exam . Pukul 11 malam baru siap photostat . Dan pukul 12 tengah malam aku tidur dengan harapan pukul 3 pagi aku bangun . Yup , aku bangun pukul 3 pagi , tapi lepas tu kepala cantik je lentok atas toto . haha . Pukul 5 pagi bangun , dan baru gelabah tak studi satu apa . Pukul 5 pagi  sampai 8 pagi , baru studi dengan Tak refer nota . Cuma studi soalan yang di photostat semalam   .

Tapi aku tak tahu pun soalan tu yang keluar . 
so , baca je lahh kan dah nazak waktu tu . 
Alhamdulillah , walau tak ingat apa pun jawapan 
dengan tak yakin sikit pun 
dah la kepala ting tong .
Akhirnya , Allah bagi hadiah ni .. haha

Semua oke , tak de yang teruk . Human soalan tah pape aku jawab pun , Alhamdulillah , Bereh je !
Cuma masih punya rasa kurang enak dengan Electronics ! Oke , merajuk!

......................................


Mungkin kali ini aku lebih berlapang dada dari sebelum ini , 
kerna aku percaya dengan kata kataNya . 

Juga bisikan semangat darinya . 
dan 
semalam aku mimpikan seseorang , 
seperti keadaanya seperti mahu pergi dan mahu mengungkap sesuatu kepada aku , 
yang jelas , dia disisi dan lembut lidah berbisik

"Take Care , Sarah" 

dan aku mengenalinya , Rapat !



Si Dekan Tipu Tipu , 
Siti Sarah 



Kamu


Kamu , 
Mutiara dalam gelap
 Kemas menggapai mardhatillah
 Erat kamu peluk semangat itu .
 Aku termenung , 
 Bersama langit . 
 Didada langit aku terlihat kamu , 
 Kagum sama kamu .
 Aku bicara pada langit lagi , 
 Bicara langit itu cukup untuk ku rungkai satu persatu kudis diri ini 
 Penuh nanah berdarah
 Aku belum cukup .. 
Belum cukup untuk mengidam menghidu kasturi Jannah
 Aku malu . 

 Wahai kamu , si kecil molek , 
 Aku dedikasi buat mu , 
 Sungguh aku ingin jadi seperti kamu
 Walau kiri kanan berkata ,
 kau tetap dengan Cinta kamu , Cinta kamu terhadapNya . 
Penuh semangat kau semai cinta itu . 
Sungguh aku iri .
 Boleh aku jadi seperti Kamu ?


Ajari jiwa aku ini untuk terbang tinggi,
 Agar segala yang ada di dunia terlihat kecil.
 Agar mimpi-mimpi itu membumbung untuk suatu kehidupan abadi…







Ikhlas & Much Love , 
Sarah ,  
Manusia sampah yang tiada apa untuk diberi 

Dan

Aku malu pada Kamu ,
dan ,
Terima Kasih kerana sentiasa menolak aku kehadapan .
Terima kasih untuk momentum ini .
dan
Datanglah sentiasa memberi aku azimat
Supaya aku terus kuat
dan
Izinkan aku meminjamnya dari kamu untuk aku terus berjalan di atas laluan ini dengan kekuatan kamu ,
Izinkan ya ?
dan
aku sentiasa berbisik pada lantai ,
Bersyukur dengar hadirnya Kamu ,
Kumbang tanpa nama



Subuh yang Dingin 

Angah

Do read this , Siblings By Baby

Dia cakap yang anak kedua ni Pelik .. hurmmmmm ! Mangaku diri aku begitu
 lalu dengan penuh jitu dan rajin nya jari  saya meng'google' ..   

Yeahhaa ,
 Kajian mendapati ibu bapa di seluruh dunia berhadapan dengan The Second Child Syndrome atau Sindrom anak kedua . Peh , anak no 3 ada ke sindrom ni ? Takde kann ..

Dan Ciri ciri diaa

  • Tak Pandai Pujuk  
Ye , Saya mengaku . Aku adalah salah seorang dari manusia yang mngalami masalah untuk pujuk memujuk orang . Seserius nya , aku cakap . Macam kayu je kalau bab pujuk ni . Kalaau exam sah dah FO (Failed &out ) nih


  • Setia
Ohh , sweetnyaa *buat suara annoying orange .. Oke , Seriusly aku setia . Kat Mak Ayah , abang , adiks , hehe .. but the truth is , saya contact lagi dengan kawan kawan yang tak sampai 2 minggu pun saya kenal dia . Alhamdulillah , Baru melepas rindu dengan mereka minggu lepas . Eh , Kira setia ke tu ? Tak pernah ada , so macam mana nak sukat aku setia ke dak kan . Sebab mostly apa yang saya baca semua kaitkan  setia dengan cintan cintun . Takpelah , aku setia dengan islam lebih 19 tahun dah . Alhamdulillah . Cukup Setia ! kan ?


  • Pemaaf & Caring
Tuuuuuuttt , Datang sini dan berkawanlah dengan saya .Then , You will know who am I .



  • Anak manja ibu  
Ohh No , sebab ramai lagi adik yang kat bawah ni lebih manja dengan Mok . Kakak kan , kena lahhh berkorban untuk adik .. uuweeeekkkkkkkkss


  • Hitam / Putih 
Mengikut apa yang dibaca . Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam hitamlah  , kalau putih putihlah . Degil tak boleh toleransi . Tapi sebenarnya , saya ni macam lalang . Tak de pendirian . Contoh  , Dari rumah cakap nak beli susu coklat , Tapi sampai 7E nampak susu putih . Ambik masa selama 5 minit berdiri dihadapan peti ais tu semata mata untuk menguraikan permasalah dalam otak ni . Last last decided ambik susuk putih . Balik rumah , minum susu . Ahhhh , menyesal gilaa tak beli susu coklat padahal dah lama mengidam . See ? 


  • Tak Terima Arahan 
Yup , Aku suka buat kerja aku . Aku memang payah nak terima arahan . Contoh , 

Jam 9 :
Yah , jemur baju , Sapu rumah , Basuh tandas ... yada yada yada . 
Pukul 10 :
Baru nak jemur baju .. 
See ?

  • Suka Membuli Adik Lebih Muda
Mungkin dengan Mail aku boleh buli buli . Tapi yang lain tu kuat macam John senna , Muka aje failed . wakkka . Kalau yag lain , In syaa Allah , Di umur 19 tahun ni aku mampu lagi menangis sebab dibuli . 

  • Berdikari 
Agakla .. Walaupun aku sorang je perempuan dalam adik beradik ni tapi aku rasa aku sorang je yang pandai nak pergi bandar naik public transport . Ye lahh , Kawan kawan aku kan orang biasa biasa je kan . 



Tapi kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri . Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel . 

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka . 

.............................................................
Dari pandangan mata kasar aku , Yelahh dulu aku minat dengan Psikologi So memang aku ada buat survey pasal kelahiran mengikut urutan ni . 

So anak kedua ni bagi aku , 

  • Dia seorang yang pendiam . 
  • Kadang manusia paling happy . Suka buat jokes walaupun kadang nampak dia tu macam seorang yang pendiam .
  • Pemendam . 
  • Sensitif dalam adik beradik , 
  • Selalu menyendiri . 
  • Seorang yang peliks . 
  • Berdikari . 
  • Kadang dalam family dia lagi berguna dari yang sulong . Bukanlah yang sulung tu tak berguna langsung, tapi the second child ni dia ada kelebihan nya sendiri. 
  • Pemalu berhadapan dengan khalayak yang baru dikenali dan boleh jadi manusia paling ramah kalau sekelilingnya adalah orang yang dikenali . 


Sensitif , Kuat menangis , Kedekut , Garang macam singa , Tak dengar cakap ,
Sombong , Bongkak - Itu semua aku . 



Si singa Betina , 
Ir Siti Sarah 
Hujan lebat , 25 dec 2012

Rapat


Tak kenal ,
Tapi rapat 

Tak tahu ,
Tapi rapat 

Tak pernah bercakap , 
Tapi rapat 

Tak rapat , Tapi rapat 

Tak pernah beriring ,
Tapi rapat 

Tak itu tak ini ,
Tapi rapat 

Tak pandang ,
Tapi rapat

Tak pernah bersua , 
Tapi rapat 

Tapi , rapatkan fikiran dia kepada aku 
Atau aku sahaja sendirian mengrapatkan segala konklusi yang ada 
Aku mengharap lebih 

  



16/12/2012 , 01:33 
A. Samadd Sarah 


Semester 3


Alhamdullilah , The sky's pretty, the sounds of the late birds trying to catch up with their early friends. This serenity is all it takes to realize His blessing are oh so beautiful. Alhamdulillah we are still breathing air into out lungs, our hearts are still in rhythm and we can cherish all this beauty

Alhamdulliah , Semester 3 telah berlalu dan takkan pernah kembali lagi ,
Biarkan yang manis menjadi pengajaran , yang pahit dijadikan iktibar untuk terus berpijak di bumi pinjamanNya ini . Dan meneruskan cita cita untuk menjadi seorang jurutera dalam bidang yang saya salah ambik .. true story . Tak kesah lah  salah ke , apa ke ..Allah dah tetapkan jalan aku disini . In Syaa Allah , Ada rezeki aku disini . Ameen .

So , here is the conclusion of all the experiment and experienced all along semester 3 in 2012

Study 
Mostly , aku tak faham apa aku belajar apa sem .. Cehh , tipu je . Microelectronics dengan Electric Circuit  je pun . And forever , electronics be my sahabat baik ! Dan tahun ni lah aku merasa biziwik tu macam mana . Sesungguhnya semester 3 itu sungguh mengajar aku tak tidur malam , percayalah !




Electronics Wave


Friendship 
Banyak sangat konflik antara batch mates ni. Konflik diantara masalah kemanusian yang hanya tahu sikap tidak berpuas hati . Dan Twitter menjadi tempat luahkan amarah yg dipersetankan oleh setan laknatullah ! Sampai kan phone ni kalau Install twitter tiba tiba jadi space low , Tengok , Phone pun tahu  Twitter is actually is not a good thing . Dan Alhamdulillah , dikurniakan kawan kawan yang sangat tabah memekakan telinga dari tohmahan tohmahan yang diterima  dan mengdeactivekan twitter adalah jalan paling selamat dari terus melihat sandiwara sandiwara cleopatra itu semua . Dan ujian yang diberikan itu bukanlah sia sia sahaja , Belajar sesuatu dari situ . Be  positive ! Panjang sepuluh page kalau sentuh bab sahabat ni . Takpe lah , nak tulis jugak . Lagipun , tak dak sapa pun baca blog ni kan ... Thank to Allah ,

  •  Kurniakan saya Akhwat dari Uia yang sangat sangat penyayang . Salah satu dari wishlist saya tercapai 
  • Kurniakan kawan yang comel , baik , pending dan saling mengingati diri ini , Baby & Amira 
  • Kurniakan saya kawan yang boleh buat rectum saya pecah dan gelak tak ingat sesape dah , Kak Ainaa & Yasarah . 
Kak Ainaa 


Baby 

Yasarah 

Amira & Yasarah 


No more Baem after this 


Tinggal kenangan ;(

Kak Nur dan sepupu . *Rindu anak anak Mak cu . 

Relationship 
Hidup single, tiada couple sangat tenang, sangat happy. Mungkin dan kadang-kadang rasa lonely  tapi Allah kan ada , family, Yasarah , Kak Ainaa , Kak Dhiah , Baby , Kak Nur , Kawan kawan ... then , apa lagi . Belum tiba saat untuk saya serius menjaga hati orang lain lagi sedangkan ukhuwah dan hati sekeliling saya belum cukup terjaga lagi .


"Usah gusar jika belum berpunya,..Usah risau jika belum dipetik sesiapa..Yakinlah dengan qada' & qadar Allah"



Result 
Basah mulut ucap syukur  walaupun result full belum keluar  . Alhamdulillah , Maintain lagi walaupun lari sikit  daripada yang diinginkan dan diidamkan . *Rezeki bukan setakat pointer 4 rata je .. Bersyukurlah dan redha dengan ketentuanNya . He plans something for you , Sarah . SURPRISE !!


Random 
Banyak sangat hajat hajat dah tercapai sem ini . Banyak belajar untuk lebih matang , matang dan matang . Saya kuat untuk bertudung labuh , the best feel ever . Ada kakak kakak halaqah yang ohsem ! Kawan yang kuat dan sentiasa positif , terutama si gelabah ayam Kak Nur .  Yeah , Semester 4 will come less than 1 month  dan tahun hadapan adalah tahun akhir dibumi British sebagai pelajar diploma . Sobsobsob , sedih  dan gugup cause i only thinking who will be my partner for my Engineering Design's subject and also as my Final Year Project Partner . Walaweeh , Aku cuba berharap , ada jejaka yang tak hensem dan hebat gilaaa macam Mcgyver datang dan ,

"Sarah , will you be my partner for this project " - Mr Mcgyver 
Ohhh , nak nak nak nak nak ! - Gadis 

Haraplah kan . Haha .. dan setelahh melalui semester 2 dan semester 3 , i've through a lot of experienced . Ditikam kawan . Jangan cepat  judge orang . Jangan jadi insan yang terlalu sensitif terhadap perkara sia sia dan berlapang dada lah dengan segalanya .  Allah ada .

Saya disini mengharapkan semester 4 adalah semester untuk saya perform sebaik baiknya . Terus mengingati antara satu sama lain and say no to waste weekend . Semoga Ukhuwah saya dan kawan kawan sekeliling bertambah tambah rapat . Tahun akhir , Aku mahukan berjuta kenangan untuk aku kenang bila aku tua dan tak akan menyesal dengan apa yang aku telah buat . Berikan aku kekuatan Ya Rabb untuk aku terus istiqamah bercita cita untuk menjadi seorang jurutera suatu hari nanti . Ameen .



Dan matangkah aku setelah sekian lama menghirup udara percuma ini ?
Aku masih cuba ..
Yuhh , Sarah !


Semestinya rindukan nak tengok langit dari sini ,
dengar tazkirah tak payah turun surau dan azan subuh jelas disini .



Doktor Mesin , Sekejap lagi .
Ameen 


Jalan Masih Panjang  
 Ir Siti Sarah  , si mata kuyu 
Semestinya rindukan mereka , 
Semester 3



PMR , --'



Nampak tak ?




Versi kiut sikit laa .
Lemah jantung kan ?

okebai . Blog ni glamour dkt Israel nokkss !


Dunia Datang Lagi

Ketika Amirul Mukminin , Sayidina Umar mengirim 1000 dinar kepada Saad bin Amir Al Juman yang menjadi gabenor di Himsh , hati Saad menjadi gentar dan tidak keruan . Lalu Saad berluru ke arah isteri nya .
"Kenapa dengan mu , suamiku ?"
"Innalillahi wainna ilaihi rojiun"
"Apakah yang telah terjadi ? Apakah Amirul Mukminin meninggal ?
"Tidak . Bahkan lebih besar dari itu ", kata saad kesedihan
"Apakah yang lebih besar itu ?"
"Dunia telah datang untuk merosakkan Akhiratku . Bencana telah menyusup ke rumahtangga kita "
"Kalau begitu bebaskan dirimu dari nya "

Setelah itu , isteri Saad pun membahagikan wang itu kepada fakir miskin di negeri itu . Hati Saad lega atas pertolongan isteri yang bertaqwa itu .


...............................................................................................................

Harta tidak semestinya pasport kebahagiaan kita di akhirat . 
Kita nampak mereka bahagia , dia bahagia .. Tapi semua tu tak menjamin kita bahagia akhirat . 
Senang dunia banyak tapi dalam hati tak dak apa , tak ingat Allah buat apa ?

Kesenangan kita sekarang adalah ujian berat dari Allah untuk kita . So Shuhh, Virus Wahan !




Penaip balik , Ir Siti Sarah 
Meniru dari , Keistimewaan Wanita  Penyayang 
Edisi Disember 1989  ( Mok den belum kahwin lagi ) (*

Satu







"Ketika Allah inginkan dua hati bersatu, 
Dia akan menggerakkan kedua-duanya. 
Bukan salah satu " - Ustaz Don



Kerana saya bosan , Sarah 




Kerana Boolatnya Bola


Family Moment (':

Mok menjerit , Saya menjerit , Adik frust Malaysia kalah . Ayoh skip Usrah . 
B.O.L.A , Semalam 

Pergi




"It took away one soul to make me finally realized that life not just about eating,sleeping and having fun only. The true meaning of life is way beyond than that . Only if we try to understand it "



Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). [Surah Al-Mu'minuun : 99-100]



Jejari kontot , Sarah 

Tap Tap




Hentian Pekeliling ,
Pertama kali bertemu Kak Arni dan sekarang berfikir ,
bilakah aku akan bersamanya lagi 



Tap tap ,
Terlalu berat memori semulajadi ini menampung segala riang tawa dan airmata semalam .
Yang mungkin kini , aku panggilkan kenangan .
Tap tap ,
Satu per satu kenangan semalam datang .
Dari berbaju putih berkain hitam hinggalah berbaju putih berkain biru .
Dan kini , aku gah berdiri sebagai mahasiswi .
Tap tap ,
Kejap dia datang bawa si dia ,
Kejap lagi dia datang bawa pula si dia yang lain ..
Ahh , terlalu ramai manusia aku kenal .
Hitam , Pendek ,  Putih , Berkaca mata , Sepet , Bulat , Legam , Berjanggut , Tinggi , Keding ,Beruban ,
Semua ada ..
Tapi ,
Hadirnya cume seketika .
Saat bersua rasa terlalu lama
Namun jika saat ini aku toleh ..
Ahhh , cuma sebentar aku kenal mereka .
Bagai sedetik aku rasa sekarang .
Teringat senyum mereka , Hilai tawa mereka , Jenaka mereka . Semua tentang mereka ..
Sungguh masa mencemburui aku bersama mereka .
Tap tap ,
Mungkin selepas ini mereka yang sering menghiasi pahit manis hidup ini akan pergi .
Pergi dan mungkin sedekad lagi baru bersua .
Mungkin saat itu , masing masing dengan perihal masing .

Datangnya mereka sesaat dan perginya pula sesaat .
Dan aku bakal merindui mereka semua .


12122012
Lot 17/1444 , Chengal Lempong .