Followers

INDUCTION WEEK (:

Oke semangat-semangat sambil melayan lagu westlife season in the sun . 
ohh touching je lagu ni . Dah lah tengah sedih nak tinggal rumah esok . hadoi , malas nya . tak puas lagi duduk rumah ni . oke .
 hari ni saya nak share pasal cerita yang telah berabad lama nya saya lalui . herrk . memang sangat lama . is about my induction week dekat UNIKL . 
What the hekkk ! nak masuk sem 2 dah baru nak cerita . biarlah tiba-tiba je terasa rajin nak menaip pasal induction week tu . 
*sangat lapuk sarah ni . sila faham sekarang .

 Saya mendaftar as student UNIKL -British Malaysian Institute pada 17 julai tepat jam 10.15 pagi . Saya ingat lagi waktu tu . Saya terpaksa park kereta dekat dalam UIA memandangkan British kami bukan lah besar sangat . Lepas park kereta terpaksa tunggu bus nak angkut kiteorang masuk dalam bumi British . dan on that time saya manusia yang paling last sekali masuk dalam bas dan terpaksa berdiri dekat tangga je! penat tau kaki ni terpaksa berdiri nak pergi bumi British . ceh ceh ayat tu hiperbola semata-mata . jarak kampus saya dengan UIA sangat-sangat lah dekat tak sampai 3 minit naik bus dah sampai . Sebab memang betul-betul sebelah UIA yang comel tu . dan fasi pertama yang saya kenal dan saya ingat is KAK IMAN . sebab dia comel sangat . oke sebenarnya saya ingat dia sebab waktu saya dalam bus tu dia menjerit dekat telinga saya dan saya berkenan dengan suara dia .suara dia merdu eh bukan merdu tapi serak serak . best woot . oke lupekan .

Lepas naik bus mak ayah kena pergi dewan kami yang paling besar sangat tu . Lepas kaki pijak je bumi British tu , time tu rasa Ya allah aku sendirian sekarang . Sorang - sorang ! Tak de mak . Tak de ayah . Aku kena urus semua sorang-sorang . Time tu nak nangis sangat - sangat  sebab tadi elok-elok ketawa dengan ayah , tiba-tiba saya sorang je kena pergi TTL * TTL ni macam dewan kecik lahh . 
sambung balik . 
and tiba -tiba saya tak sanggup nak jalan depan orang ramai sorang-sorang . arghh takutnya time tu . tapi  bekalkan confident yang sikit  so  saya jalan time tu memang  cover ayu habis . Jalan kalau boleh taknak pijak batu pun .! oke , malampau tu sarah . 


Lepas naik tangga dekat Foyer TTL pergi ambik numbor giliran and fail . After that ada banyak kerusi dia susun . Time tu dah garu kepala nak duduk mana . Yelah semua orang kiri kanan depan belakang semua  tak kenal . Jadi tengok-tengok ada kumpulan kecil budak perempuan tengah borak . and i was sitting there . and muka still berlagak macam confident . Padahal susun file pun terabuk ketaq punya pasai .

Lepas dah pergi meja daftar kena masuk dewan TTL *dewan/bilik kuliah sebab nak daftar hostel . 
Time saya masuk oke , lagi ada perempuan tengah tunggu turn . Lepas saya duduk kelibat -kelibat perempuan semua tu dah tak de , kecuali perempuan kat sebelah saya je . Dari 10 baris kerusi yang budak-budak ni duduk hanya saya dan kakak kat sebelah saya je perempuan . Saat dan ketika  tu dalam hati macam -macam dah terkeluar , macam menyesal sangat .Semua lelaki , mana wahai perempuan perempuan semua . huhu

''hah tu lahh dulu mak suruh ambik bussiness tak nak , nak jugak ambik budak lelaki punya kerja ''

''hah tu lahh , degil sangat .padan muka kau . lelaki je kawan kau .''

Biasalah dah terbiasa dengan environment kelas perempuan terover kan , dulukan saya budak accounting dekat sekolah teknik . so accounting je lahh yang ramai sangat - sangat perempuan . Dalam kelas time form 4/5 hanya ada 2 lelaki dalam kelas saya . so , sila faham keadaan saya ni erk  sbb memang dah lama gila tak bergaul dengan lelaki .

Sebab dah tak kenal sapa-sapa dan time tu takde langsung batang hidung perempuan pun . So time tu tak silap abang akmal yang kacak bergaya tanya nak bilik sama tak dengan akak yang sebelah saya tu . so saya pun oke je lahh sebab tak kenal sapa pun except kakak sebelah tadi .Bersyukur jugaklah sebab saya dapat roommates dengan dia  sebab dari susun fail sampailah nak dapat hostel memang saya tanya dia je

and alhamdullilah saya dapat group numb 2 sebab numb ID saya berakhir dengan number 2 . Dan dalam tu saya ada kawan yang saya kenal dan satu sekolah dengan saya tau . Hisyam and Shakir . Dalam group ni saya jadi penolong tau dan Mr hengsem Shakir jadi jetua and our group name is SCROLL .

So the induction week berjalan dengan lancar kecuali myself yang tak sempat nak habiskan induction week dengan jayanya . Sebab saya masuk hospital sebab nya over penat  dan gastrik yang terlampau kuat buat kepala saya kosong dan saya pitam malam tu .

oke cerita dia macam ni , tak silap hari rabu lah hari tu , saaat tu semua freshie berak-berak sebab keracunan makanan . TAPI saya sorang je yang muntah-muntah . SAYA SORANG JE . oke over sikit . hah memang saya sorang je . Dan saya muntah dari pukul 6 pagi sampai pukul 9 pagi . Time tu badan dah lembik gila . Satu badan mengigil . and sebab dah tak tahan sangat saya menangis . hochuu . manja saya kan . Tapi serius time tu sangat -sangat tak bermaya .and saya teringat mot yang tolong saya time tu . thanks mot .

Jadi saya pergi dewan lambat sikit . Sebab memang gila tak boleh jalan dah time tu  and yang buat saya bengang time tu ada sorang fasi ni dia boleh tanya saya .

''adik tak pernah berjauhan dengan keluarga ke ?"'
saya balas balik
'' pernah ''
''habis kenapa jadi macam ini ''

aih , boleh pulak dia cakap macam tu . Sakit tahu hati ini tapi sabar je lahh kann .

disebabkan saya ni penolong kumpulan jadi saya buat kuat je lahh kan . Dalam dewan tu sakit lagi  tapi tahan je  gelak-gelak dan nyanyi lagu paling havoc .

Esok khamis tu sakit lagi tapi biasa-biasa je .

Dan khamis malam tu ada program macam nangis -nangis laa . Dan malam tu saya dah tak sedap badan saya cakap dekat kawan saya yang saya rasa nak pitam dan time tu saya sempat lagi mengumpat .Saya ingat lagi . Masuk dewan , ustaz yang bagi ceramah tu tengah buat ayat sedih aa . Tiba-tiba saya gelap , saya ingat time tu saya jatuh atas Dinie . dan saya dengar Dinie cakap ..

''eh eh , sarah pengsan .''

dan seterusnya tak ingat .

sedar-sedar tak cukup nafas . dada sangat sakit .sakit sangat-sangat .
dan terdengar suara sumbang mamat ni cakap .

''eleh ni baru sikit dah pengsan belum dapat tekanan belajar lagi ''

time tu rasa nak bangun je nak pergi ketuk kepala mamat tu . tak de simpati langsung . tapi nak buat macam mana angan-angan je .

Disebab kan saya teruk sangat time tu fasi-fasi decided hantar sayat pergi hospital . dan saya boleh lagi demand time tu cakap kat akak Zainab

"please hantar saya private hospital , kpj members ."

sebab saya trauma dengan hospital kerajaan .
Jadi bermalam lah saya dekat Hospital Ampang Puteri . selama 3 hari 2 malam .
oke nanti saya cerita pasal pengalam 1st time duduk hospital ye .

*Hampir setahun saya tulis entry ni dan hari ni , dah nak masuk sem 3 baru saya nak publish , sarah sarah .. (:

No comments: