Followers

Buat Ingatan ye ciksarah

Ada 5 malam doa yang tidak ditolak oleh Allah swt:
 malam awal bulan Rejab, malam nisfu syaaban, malam Jumaat, malam hari raya Idul fitri, dan malam Idul Adha
( HR : Ibnu Asakir)

KAWAN


 Assalamualaikum
 Baru seminggu cuti sem saya dah mula rindu kawan-kawan sekepala dan bukanlah kawan-kawan BMI , saya kan ramai orang tak suka . hehe dan saya dah rindu nak main basketball malam-malam dengan yasarah , baring tengah-tengah court basketball sambil pandang langit yang sangat sangat tenang sambil teka-teka awan yang tengah buat bentuk apa , serious , rasa hilang semua masalah bila pandang langit . Dan semalam we which Kak Ainaa dengan Yasarah kita orang buat i.m ramai-ramai , tak laa ramai sangat tapi kalau dah lebih dari satu tu ramailah kan . Rasa 'tersentuh' gila , sebab last-last semester 2 , when i lost my inspiration they come and help me . when i lost tempat saya gelak guling -guling diorang datang buat saya gelak guling-guling lagi banyak . Dia orang tempat saya dengar nasihat , specially dari Kak Ainaa . Dia orang tempat saya untuk refleksi diri saya pasal islam . specially from Baby Azizah , kita kan sama-sama nak berubah . Moga-moga sem depan kita kuat lebih sikit dari sem ni , InsyaAllah and tak lupa my super triple happy friend , Datin Sara - my motivation untuk kurus macam hyuna , tempat untuk saya gelak , buat perkara berfaedah , jogging malam-malam pusing satu BMI  dan ternyata saya dah rindukan kegilaan kami bersama lagi sedih bila dah habis paper untuk final , i has to stayed dekat BMI tu sebab ada program dekat Perak . Habis paper hari khamis , sabtu baru ada program dan ahad baru balik Kuantan , hah . saat tu rasa kosong gila sebab tengok one by one kawan balik , dengki sangat dengan dia orang sbb dia orang balik awal! lagi hebat bila bangun pagi hari ahad tu saya dah tak jumpa dengan Yasarah , ntah apa jadi pagi tu pergi ketuk pintu bilik dia , bukak2 je , lupa , yasarah dah balik alahai sebak nya lah waktu tu dan semester ni saya pecah rekod sebab lepas mid term break saya tak balik rumah langsung sampailah hari ahad yang telah saya nyatakan dkt atas tadi . Ya Allah , rindu dekat rumah toksah nak cakap laa , sebak tau kalau tiba-tiba ingat kan Kuantan . Pernah sekali tu , keluar dengan Baby , tengah makan then ternampak one family ni , anak dia ada 4 orang lelaki , botak-botak lepas tu pakai kopiah , lepas tu terus cakap dekat Baby , "baby , sarah teingat dkt Kuantan " , tak sampai seminit cakap mcm tu , dah berlinangan air mata nih ..sbb karakter askar-askar saya waktu kecik-kecik botak-botak dan pakai kopiah . haha dan kalau saya rindu Kuantan , Kak Ainaa akan jadi mangsa saya untuk saya cerita pasal family saya , saya pun tak tahu apa reason saya cerita pasal family saya dan saya pun tak tahu apa reason saya taip panjang-panjang malam ni cerita pasal kawan yang saya ada sekarang ni , mungkin diorang kawan terhebat saya dekat BMI , tapi semua ni baru permulaan kami baru nak kenal masing masing punya hati,  

Our conversation semalam


First time Kak Ainaa join kita orang main basketball , dan bola Kak ainaa tersangkut tak masuk jaring dan tiba-tiba datanglah .. cerita lanjut tekan sini .

Our 2nd outing after Sg Pisang 

Doakan kami sahabat sampai bila bila . taknak gaduh- gaduh besar seperti yang telah KAMI alami . InsyaAllah , doakan kami semua

Renungan bersama

"5% tu banyak atau sedikit ? 5% daripada biasiswa masyuk RM500 sebulan, baru RM25. Tapi tepuk dada tanya iman, RM25 tu destinasinya ke kedai mamak atau tabung masjid ? Jangan nak berkira sangat kalau top-up sebulan RM30 paling cikai, belum campur pelan internet blackberiii lagi. Setiap hari rabu, wajib tengok wayang pulak tu. Kalau rasa nak berjoli benda peribadi sekalipun, jangan lupa 'hak' orang lain. Duit kita dapat itu rezeki Allah, jadi apa salahnya kita sampaikan rezeki Allah itu kepada orang lain pula. Tanya pada pengalaman masing - masing, " miskinkah aku bila bersedekah ? "

 “Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (QS. Al An’aam : 160) 

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Latih diri untuk bersedekah wang ringgit ( harta ) pula, tidak banyak, cuma 5% sahaja sebulan. Orang yang berusaha membaiki diri/akhlak dijanjikan sebuah rumah atas bukit di syurga nanti tahu ? :)" 

Mungkin sesuai kot saya nak share 'status' dekat sini , buat tatapan , ingatan buat kita untuk tak jauh tersasar , Betulkan apa salahnya kalau 25% dari elaun kita kita sedekahkan . Tak rugi pun bersedekah . Kadang - kadang 'status' fb yang simple simple pun boleh buka mata kita luas luas . 

Thanks to Pendakwah Muda .

Thanks Allah



Assalamualaikum. 
First of all , i want to thank Allah for giving me the opportunity to breath and continue my journey as a muslim in this great month , Rejab. 

Alhamdulillah, i succeed to fast yesterday with my mok and my abang 

Mok



Tadi saya cerita dekat mok saya pasal kawan . Pasal dia dah biasa tak makan dari pagi sampai petang sebab parent busy kerja , kalau makan pun nasi bungkus je . Kawan saya cakap dia dah bosan makan nasi bungkus . kesian dia . then mak saya tanya ,
Mok : Macam mana hubungan dia dengan adik beradik dia .
Saya : Biasa biasa . tak rapat sangat
Mok : Dah banyak mok tengok , kalau mak dalam satu keluarga tu jarang masakkan untuk anak anak dia , hubungan kekeluargaan diorang tak rapat .
Oke , that true i think
Thanks Allah for give a mum that i called 'mok' . 
seronokk sebab dapat mok yang pandai memasak macam mak saya , 
seronok sebab dulu waktu sekolah , balik je rumah dah ada makanan atas meja 
seronok sebab balik je dari British hari tu mak cakap , 'mok dah lama tunggu awak balik sebab nak buat kek tiramisu lah , tart telur lah ' *tersentuh . 
seronok sebab idam je nak makan apa , my mum can cook kecuali spaghetti .
seronok sebab kalau cuti sekolah , setiap petang pizza , tart telur , moist cake , kek pelangi banyak lagi .. 

and

Thanks Allah for this gift and Alhamdullillah . hubungan saya dengan adik beradik saya sangat akrab mungkin resepi dari masakan dari air tangan seorang mak

Untuk nasihat untuk diri , kenalah pandai memasak cik sarah oi untuk kebahagian rumah tangga , and untuk anak anak yang sihat dan comel .Barulah berkeluarga sampai jannah ,

 InsyaAllah , one happy family full with Islam . Ameen .

sorry



 Assalamualaikum 
 kalau perasann entry sebelum ni semuanya di post dalam minggu ni kan , sebenarnya , entry entry tu dah di taip sebelum sebelum ni lagi , cuma belum publish sebabkan wifi bumi British sangatlah bergerak macam siput , asyik tersedut -sedut je . Maka haruslah entry sebelum2 ni di 'draftkan' dulu then balik Kuantan baru publish one by one . sorry . kalau terasa dkt korang punya dashboard tu penuh je new entry dari saya .. 

again , saya minta maaf

LEKA




Terlalu leka dengan urusan dunia, terlalu sibuk dengan urusan duniawi, saya jadi semakin malas bangun mengadapNya di tengah malam. Astagfirullah . Solat menjadi tidak lagi kusyuk, terlalu banyak urusan dunia yang saya fikiran .. Astaghfirullah..


ukhti sahaja

Assalamualaikum
 *while listening to paramore , jah suka sangat dengar lagu paramore ni selepas si mak cik yasarah suruh dengar lagu - lagu paramore , habis hilang iman hari ni .Done !   i really have fun with my girlfriends . kita orang pergi jalan jalan sampai sunway pyramid padahal khamis ni ada exam digital electronics . tengok hebatkan kami , boleh berjalan jalan lagi . kita oraang pergi sunway sebab temankan kak ainaa pergi DAISO . kedai jepun yang barang dia cuma rm 5 . mungkin kalau area kl dah biasa dengan DAISO tu tapi to us tak tahu apa pun  ,kuantan mana ada kedai hebat hebat . ten 10 ada lah .  dan yang lagi kelakar jah  fikirkan bahawasanya DAISO tu DENSO .. pemikian bakal engineer lah katakan .  dengan tiada angin dan ribut maka kami merancang secara tiba tiba untuk makan angin ke putrajaya . dan lagi hebat senah senah senah ni semua tak tahu jalan punnn .. lagii glamour ada mamat afrika hon kereta kami sebab kami drive slow  . oke , tu biadap wahai warga asing .


sarah and sara


with lil baby



baby with kak ainaa





look ! cute kan yang pakai tudung merah tu , doakan dia berhijab eh kawan-kawan




after asar , Masjid Besi 


sara , driver Datin Sarah

Practical lab (:



Having fun with practical lab yang bertimbun - timbun . thanks Unikl-BMI

Si Tenang



Assalamualaikum si Tenang . 
Si pemain gitar . 
kau tenang sahaja di situ walaupun mereka disekeliling mu terpekik terlolong ,
 aku tabik wahai si jiwa tenang

 Alhamdullilah , you are now better than before .

aduhai Technical math



Again . saya rasa menyampah dengan Technical math . tak suka tak suka math .. masuk kelas macam tak belajar apa apa pun , masuk kelas kosong , keluar kelas pun kosong . aiyaaa , macam mana oo nak jawab final . funing aa funing .. nasib baik , carry mark ada tiga full mark . TIGA ! tapi semua tu tak de makna kalau final buat macam darjah satu jawab soalan . tu pun nasib baik buat dengan yasarah , semua assignment math dia yang buat , i'm just buat cover je . bagi touch up cantik cantik . serius paling menyampah dekat technical math . sejarah tingkatan 4 berulang lagi ke ? terasa dapat A dalam math time spm tak de effect pun for my technical math . dan

 boleh ke saya nak jadi engineer kalau saya tak suka math ?

perfect ?



petang tadi kita berdua nampak dia tengah berjalan kat bawah tu ,
kita duduk dekat tingkat 4 hostel waktu tu ,
kita nampak dia kan ?
kita lambai lambai dekat dia sebab dia lambai kat kita berdua
pastu awak terus cakap ,
'kita dah tak suka dia , bagi kita dia annoying , sekarang ni kita kalau nampak muka dia kita rasa menyampah sangat '
saya diam ,
dan tanya , 'kenapa tak suka ? '
awak jawab 'entah ,
tapi kita betul betul dah tak boleh pergi dengan perangai dia '
then , tiba tiba , esok tu awak ada problem .
dan Dia kawan yang awak keji dan awak tak suka sangat tu yang tolong awak .
saya hanya dengar perbualan tu dan tersenyum .

Awak selalu nakkan yang sempurna tapi sempurnakah diri Awak ?


ATM

hai my mr yang saya langsung tak tahu nama .
adakah kebetulan kita bertemu di situ ?
dan kenapa encik selalu datang melawat saya dalam mimpi ?
dan
kenapa ?

hai hai hai ,
' When you are saying you happy spending time with your boyfriend, you just exposing yourself to public and showing you do something haraam '

 khas ditujukan kepada si dia dan si dia yang selalu sangat post dekat fb
 'b i love u'
 'best naik moto dengan my baby tadi'
 'nak masuk tempat belajar sama lah , nanti hari hari dapat jumpa sayang saya '

 oi la la , geli kot . macam dia husband awak kan ,saya yang hari hari on fb rasa macam nak campak campak je phone . kadang -kadang tiba tiba terjerit sebab tak tahan nak baca , GELI .
awak tak rasa ke maruah awak terbang macam tu je ? 
tak rasa ke ? kesian kat awak .
tak rasa malu ke buat sesuatu yang haram ? 
tak rasa rugi ke bagi sesuatu kepada orang yang belum pasti kita punya ? 
best ke macam tu ?
nanti kahwin , nikmat dah tak de sebab dah biasa sangat buat kan .  

dunia akhir zaman , MasyaAllah
gonna busy gila
lab , lab , dan lab lagi ..
then ,
Alhamdullilah masih diberi peluang untuk bernafas lagi


watakmu


kau sentiasa dalam dunia mu sahaja ,
walau kacau mana hidup mu ,
kau masih mampu memberi kuntuman senyuman itu ,
aku suka watak mu ,
pahit mana kau telan jarang terlihat senyuman itu lekang dari bibir mu ,
aku suka watak mu ,
mr.siblings .
oh kau
kenapa sentiasa muncul dalam mimpi ku ?
saat pertama kita bersua
senyuman manis mu menemani pertemuan kita
aku di sini masih lagi berdiri kaku ,
eh , bukankah kau yang acap kali muncul dalam mimpi ku ?
dalam tidak sedar ,
kita selalu sahaja bertemu di petang isnin yang indah namun ,
mengapa baru aku sedar akan kehadiran mu , apakah aku sedang berhayal ?


ayah

Aku memerhati dan aku berfikir ,
Since duduk jauh , aku lebih banyak memerhati . memerhati betapa besarnya kasih sayang ayah terhadap anaknya . Aku sering melihat dari kaca mata ini , seorang ayah mengusap kepala anak perempuan nya dan terus mencium ubun ubun anaknya dengan penuh kasih sayang . terdetik di hati , pasti ayah aku juga pernah mngusup aku dengan cara sedemikian . tapi adakah aku akan megusup ayah aku sedemikian? Sekali lagi aku bermonolog dengan diri ku , melihat betapa besarnya pengorbanan yang ayah aku telah curahkan kepada kami ,dari dulu sajak aku lahir hingga kami matang sebegini , dia tidak pernah berkira mengikut kemahuan anak anaknya , tapi mungkinkah aku akan mengikut kemahuan nya bila saat dia tidak berdaya lagi ? insyaallah ,aku cuba menjadi anak yang tidak lupa siapa ayahnya , ameen