Sorry , hari ni banyak nak post .
tak tahu dalam kepala macam banyak sangat nak cakap kat blog ni .
Senanya , dah lama nak cakap pasal ni . tapi entah lah .. tak terbuat .
Oke , Kebahagiaan ..kalau kita fikir fikirkan balik , apakah kabahagian sebenar yang kita cari .
Saya cakap ni sebab saya sendiri terkeliru dengan diri saya ,
pengembaraan mencari ilmu di bandar besar macam KL ni banyak sangat mengajar saya erti kebahagiaan .
dalam benak ni selalu sangat persoalkan , "apakah kebahagian yang aku cari " ,
Bermusafir mengajar saya memerhati , mentafsir dan memperbaiki diri .
Menjejakkan kaki ke Masjid Jamek .
Saya rimas melihat situasi di Masjid Jamek , gaya pemakaian yang pelik saya temui , manusia duduk didalam suasana yang merimaskan tapi baginya selesa amat , kepanasan , warung warung yang saya sendiri musykil untuk memenuhi perut saya ini , manusia terpekik terlolong , lorong yang sangat sempit , suasana yang melemaskan!
Di dalam benak saya , bahagiakah mereka ?
Menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid
Suasana yang amat selesa , tapi kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan masing masing lupa untuk sujud kepadaNya , melihat pasangan pasangan yang sedang bermanja manja di hadapan saya memperagakan pakaian berjenama membuatkan saya tertanya tanya , "adakah mereka mencintai kerana akhlak , rupa atau kebendaan semata mata " ,melihat suasana di waktu zuhur begitu memilukan , "dimanakah mereka yang seagama dengan saya ?" , anak melayu dah tiada melayu nya lagi .
Saya menyoal diri saya lagi , bahagiakah mereka ?
Kepala saya ligat memikirkan apakah bahagia sebenar yang aku cari ?
Apakah kemewahan itu tandanya kita bahagia ?
Jawapan untuk persoalan yang telah lama bersarang telah saya temui ,
Erti kebahagian bagi saya ialah , saat saya boleh sujud lama lama di atas sejadah , meluahkan apa yang saya mahu saat itu merasakan bahawa hanya saya seorang hamba yang Dia ada , saat saya membaca surat cinta dariNya , ya Allah , rasa hati tenang sangat , lapang selapang lapangnya . Bahagia bagi saya ialah , bila Allah berikan saya family yang bahagia , ayah yang superohsem yang buat saya nak jadi macam dia , mak yang pandai masak , adik beradik yang tahu pasal agama dan selalu tegur saya pasal perempuan patut buat itu perempuan patut buat ini , bahagia saya bila dalam selalu solat berjemaah dengan family , dilahirkan oleh parents yang sangat menekan kan soal agama , sering marah dekat anak- anak dia , kalau tak pergi solat dekat surau . Bahagia saya bila ,saya melihat ayah saya seorang kuat jihadnya di jalan Allah , saya kagum ! mempunyai ayah yang tidak membesarkan saya dengan kemewahan . Itulah bahagia bagi saya ,
Rasanya tak perlu bermewah mewahan , Bagi saya cari bahagia di atas sana dahulu , InsyaAllah , Dia akan taburkan bahagia yang amat mendalam untuk kita . InsyaAllah , Bahagia dunia dan akhirat .

No comments:
Post a Comment