Followers

Dia Datang



" Dia pun intern kat Subang Airport " 

Mana aku lari , 
Situ jugak dia datang . 

Patut lah ,
Ada perasaan sayu sayu dihujung hati
Hiba dan suka . 

Patut la , 
Pandang airport pun rasa sesuatu . 

Patut la , 
Rasa berat hujung hujung saat . 

Patut la , 
Cepat Allah pujuk hati untuk terus kesana . 


5 tahun menghilang , 
Ntah bahagia atau dendam yang aku rasa . 




Ara Damansara 
301213


Yang Aku Cari

Hafazan nya lancar , 
Persis ayoh di rumah 

Azan nya merdu , 
Persis macam Imran 

Haih , Rindu rumah jadinyaa . 

Laki - laki ,
Kalau sudah pandainya azan , 
Bacaan solatnya panjang - panjang 
Tambah merdu dan berlagu lagi 
Hafaz Kalam Allah .
Pekerti nya mulia 
Kasih sayang nya terpancar 
Langsung , tak merokok . 

Bisa sahaja aku terima . 
Kerna itu yang aku cari . 






Pusat Jagaan Al- Fikrah 
28122013

Gone

Let all things go away .
And choose your own path ..

Tried being your consultant
But then ,
I dont get anything

Cuma ,
Tanda amarah dari riak wajah mu .
Tanda protes dari setiap inci detak jalan mu

Biarlah ,
Lakukan yang semampu kau boleh .
Jangan soal aku ,
Kenapa aku pergi menghilang

Jangan kata kawan sampai Jannah kalau di dunia pun biar sahabat sendiri terkapai kapai .

Berlalu wahai semester 5 ,
Lari jauh jauh .
Lupakan batang tubuh ini .



Langit

Aku rindu langit 

Langit dahulu yang beri erti 

Erti kehidupan . 

Bukan seperti sekarang . 

Tandus & Hilang . 

Kerna , 

Aku sombong mendongak ke atas ; Si Pemberi 

Manusia

Jadi sekarang aku faham ,
Konsep manusia  --

Manusia takkan faham manusia .

Macam ,

Kau drive kereta  pastu kereta depan ko lambat ,
Kau pun asyik bebel -- cucuk belakang kereta depan tu
Kau emo gila .
Kau marah satu dunia .

Tapi ,

Bila kau sendiri kena cucuk buntut kereta kau ,
Tahu pulak kau suruh manusia sabar
Tahu pula gelabah kau .
Tahu pula cuak .

Tapi ,
Manusia .
Aku kena faham -- Masing masing 'rasa' bagus

Kena faham
Tapi payah nak faham

Manusia .

Final

Jadi ,
Esok harinya .

Hari yang dari semester satu aku tunggu .
Industry Day .

Dan ,
Esok adalah harinya .

Jadi ,
Ini tandanya -- Aku bakal tinggal semua
Bumi Gombak
Bau - bauan nya
Kasih sayang nya
Senyuman senyuman orang nya



Aishhh ,
Semoga Maju Jaya Sarah !

Final Year Project -- Development Of 3D L.E.D. Clock Globe
Akhinyaaaaaaaaaa .





Inspirasi

Ntah apa yang rindu sangat .

Dia ,
Gadis biasa --
Pemalu dan punya gelak besar .

" Boleh tak kalau kita cakap kita tak kerja Lawyer "

Dia ,
Gila suka merendah diri .

That why , aku adore dia

Sebab dia ,
Aku bangkit

Dari cita cita cuma nak jadi housewife after 3 tahun bekerja  --
Tiba tiba terbit rasa kena juga bekerja .

Dari rasa menyampah dengan hidup ,
Tiba tiba rasa kena hargai hidup .

Dari aku rasa ,-- cukuplah diploma
Tiba tiba ,-- Sampai Master Sarah !

Kangen .
Sibuk bertalu talu .

Macam mana kalau dah ada anak ?
Boleh spent time utk diorang  ?

Ishh ,
Hidup




................................................................



17 hari sebelum merangkak ke 2014 

Teliti dan rencana hidup baru . 

In Shaa Allah --- HSO --- Bachelor . 
Ameen ameen , Ya hayyun 





Berdebar dengan Final Year Project 

Kelahi

Bila hujung hujung ini

Setan mula berbisik ..

" Berkelahilah wahai cucu-cucu Adam "

Biar ia kembali normal

Seperti dulu kala ,

Saat senyuman sekuntum di bibir

dan ,

Gelak tawa yang menyapa gegendang telinga ini .

Aku harap normal sebelum semua berakhir .



Serius

Putaran alam .
Putaran masa

20 tahun . 

Indah bersama manusia 
Indah dengan nikmatNya 

Mungkin , 
Selepas ini perlu makin serius 
Perlu makin berorganisasi 

Perlu lagi matang . 

Mungkin , 
Sudah masa untuk berfikir tentang kehidupan bersama  
Kehidupan yang memberi 
Kehidupan yang lebih matang




”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa.” (25:74)



Semoga aku lebih tabah 
dan 

Redha 

Hikayat

Aku harap aku terus semangat melalui lopak lopak hidup .
Meneruskan hikayat hidup ini hingga akhirnya .
Terus menerus menyambung ceritera kisah ini .


Hikayat tanpa noktah .
Hikayat tanpa dasar .



Rindu

Kerna aku juga manusia 
Punya rasa untuk merindu 

Jangan salahkan aku , 
Jika suatu hari nanti -- Aku tak rindu kau 


Mengira detik untuk lebih dewasa . 

Nikmat






Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan . 
Tak terkata . 

Keluarga 
Kenders WC 
Kawan - kawan 
Makan 
Minum 
Nyawa 
Kencing berak 

Allahu , tak terhitung 






Surga


Jadi tadi aku tiba tiba rasa hiba ..
Mungkin , ada orang ucap ayat romantis  pada aku lewat petang tadi .

Aku hiba bila
Kak Jannah , Kak Eein , Kak Fifa , Bro Icam , Bro Shamin –
Selalu kata – Jom kita jumpa kat syurgaaa

Tapii ,
Aku berpikirr .
Duduk .
Terfikir orang sebelah aku ..
Mungkin kah aku akan jumpa dia syurga nanti ?
Maksudnya – Adakah aku akan jumpa dia peluk cium -- bagi nasihat -- buat lawak bodoh macam selalu .
Mungkin kah ?

Atau –
Ketika itu ,

……….

Ahhhh , mungkin aku di neraka .

Kerana corak jalanan aku di dunia – hanya langkah langkah ke pintu neraka .

Atau ..

Aku yang terlalu berfikir . 

Mati .  

Jejak Jalanan Yang Bakal Hilang



"Mungkin 12 Januari kita ramai ramai menangis "

..
..
..


Makin dekat waktu berpisah 
Makin kencang hati ini 

..
..

Kuatkan aku , Ya Rabb 
Aku sayang mereka 


..

Meniti hari meninggalkan jejak jejak ini 





#ceritasaya dan Weekenders Club

#ceritasaya dengan Weekenders Club .


Syukur sangat pada yang atas sebab tautkan hati ini dengan budak budak WC .

Ketika kenal WC ,
aku kiranya macam manusa yang tengah diuji --biasalah la tarbiyyah dan ujian takkan pernah lari .

Aku cari macam macam untuk TAK rasa kosong dalam diri ini .
Aku cari manusia manusia yang banyak ilmu agama ,
Aku cari manusia yang boleh bagi aku nasihat .
Tapi waktu tu , semua lari .
Tinggal aku seorang

Maka hidup dan iman aku terkontang kanting .
Hidup seperti takde sense .

One day , Aku ternampak event Duduk Diam Untuk Gaza (DDUG) dekat KLCC .
Ada jugak ajak seorang dua kawan ,
Tapi rata rata -- Tak boleh pergi .

Well , manusia -- Kadang cakap tak serupa bikin .

So , aku terlepas event .


Next event is The Nasi Bungkus Project 2.0
Aku nekad gilaaa nak pergi doe
Walau , tak de kawan baik nak ikut
Aku nekad
Memang nekad teramat sangat .

So , aku ajak Jal & Nida
Untuk ?
Untuk teman kan aku
Sampai di lokasi kejadian ,
Kitaorang dipisahkan .

Miracle tentang Weekenders Club ni ialah ,
Hmmm ,
Manusia dia ramah gila dan automatik myself sendiri rasa harus ramah .

Kadang baru join , tapi rasa Ukhuwah among us tu kuat sangattttt sangat --Kadang rasa rindu sangat sangat kat diorang walau jumpa kat event sekejap je .

We can laugh together macam bukan baru kenal -- siap peluk peluk bahu lagi

They always share something tentang hidup tapi dari sudut yang sangat berbeza berbanding pemikiran  tipikal melayu .


I learnt that we 'Received' soo much more from the homeless than what we give --
It remind me dengan nikmat Allah yang tak terkata .


Hubungan antara lelaki dan perempuan masih lagi terjaga -- walau kadang gelak bersama lelaki dan perempuan  tapi it looks like everyone jaga dan tak nampak mereka melanggar syariat islam .


Wallahi , setiap aktiviti yang aku join banyak mengajar aku erti hidup --
Sebab , kebanyakkan kenders WC dari background lain lain .
Semua hebat -- sampai aku rasa aku sekecil semut .
Majoriti mereka dari professional background study -- Budak Law , Medic , Biochem , Engineering , architecture ,
Seriusss wow !

Tapi , mereka tak pernah sombong dengan apa yang diorang ada .
Sifat rendah diri mereka tu sampai aku pun tak sangka yang mereka ni semua kerja dalam background yang hebat hebat .
Berbeza dengan pemandangan biasa aku nampak .


Aku belajar untuk terima seadanya .
Aku belajar untuk terus positif
Aku belajar untuk teruskan hidup dengan bermatlamatkan Mati .



Dan ,
Founder WC -- Icam pernah cakap
"Jom kita reunion di syurga ,
Borak tentang kita panjang panjang di syurgaa"
Ohhh , Tak syahdu ke rasa ?


Tiba tiba teringat ,
Malam di Cameron --
Rafiq berceita masa awal awal dia join WC
Dia terharu bila Icam cakap yang Icam nak bawak semua orang masuk syurga .
Sebab , Tak pernah orang yang  ajak masuk syurga bersama seiring dengan perbuatan .

Dan , sebenar nya Icam ni budak architecture dari Manchester University ,
Tapi dia lepaskan kerjaya dia -- dan sekarang jual nasi lemak shj .
Bila tanya kenapa tak kerja arkitek je --
Dia cakap -- Arkitek tak de hidup -- Kerja kerja kerja ..
So , dia bukak WC sebagai saham dia yang berterusan untuk je Jannah .
Hebat kan ?
























Icam , The Founders .
Manusia yang hebat dari kaca mata aku . 


*Senanya , WC banyak buat program sosial -- 
macam pergi rumah anak yatim , bagi homeless makan 
Tapi , kebanyakkan event  hiking je dapat aku ikut sbb waktu tu baru free 
Oke , nak tahu lebih lanjut -- 
Search dkt Fb -- Weekenders Club 












And i think , more than anything is the fact once ur a kender, u'll always be a kender . 
Bila teringat balik semua memori , it warms my heart amat sangat .  I got atrracted to WC because of it's togetherness or for the ummah and liveness . WC is very spiritually bersemangat ! I feel a strong connection when I'm with you guys . It's not just about fun and games , but in WC , remind each other of Jannah  . I think that is the core of WC . Nak nak bila dengan moto Reunion Di Syurga tu ! How i miss them -- pekerti mereka .




Kender Sarahhhh  
Yang rasa sangat rare update blog panjang panjang 
9 Muharram 


Zuriat & Kahwin





 " Apa yang buat ko terfikir nak kahwin waktu belajar ye ? "
"  Aku nak kahwin sebab satu je ;

 " Aku nak zuriat . Zuriat yang mampu doakan aku bila aku dah takde . 
Aku risau kalau aku mati , 
Dan takde orang yang doakan aku nanti  "  






When a man start a serious conversation ; 
Ameer & Rafiq 
Gunung Datuk , Rembau 
91113 

Pertemuan

Pertemuan

Sungguh signifikan aku rasa

Mungkin ni yang pertama dan terakhir

Moga lepas ini ,

Aku mampu lupakan segala kotak kotak memori 7 tahun kita

Izinkan aku berhenti dari terus menjadi  pendosa

Moga
Dari titik titik menjadi asbab untuk kita mengejar pahala ,
Untuk ke Jannah

Bertemu dengan orang kita sayang disana nanti .

Dan ,
Semoga dari titik ini
Tidak menjadi asbab kita ke neraka Nya .

Izinkan aku kuat untuk terus
Melupakan segalanyaaa tentang cerita kita .









With Thor -- Anak Mak 
Seremban 

31 Okt 2013 

Karya Sembunyi

Kalau aku , 
Aku ingin jadi seperti dia . 

Menulis 
Menulis 
Dan terus menulis 

Sembunyi selagi boleh . 

Menghibur 
Menghibur 
Dan terus menghibur 

Tanpa siapa kenal siapa mereka . 

Sungguh , 
Misteri di alam maya . 

Wahai Hlovate 
Wahai Angel Pakai Gucci 
Wahai Encik Mimpi 

Aku pencinta karya mu ! 

Hmmm , dengar cerita #AngelPakaiGucci hensem wooooo . 

K , bai . 

Bersin

Masih terngiang , 

Aku terbersin 

Lalu , dia menyapa .. 

"Yarhamkallah " 



Semoga ilmu kau sampai kelangit sana dik oi 






Perjalanan Ini

Alhamdulillah .
Syukur .
Akhirnya , pelajar tahun akhir dah kita yep  .

Maka , aku rasa perjalanan aku semakin hari semakin tercabar .

Dan Allah akan sentiasa menguji dan terus menguji .
Tabah dan teruskan .

Kerna ujian itu ,
Terselit bahagia .
Terselit cerita tak bermelodi .
Cerita tak terolah dengan kata kata .
Tepuk dada ,
Biar batang tubuh merasa lelah manisnya diuji .



*************************************



Maka ,
Semester last ni , emosi aku kadang tak stabil
Kadang nak marah melulu .
Kadang nak gaduh .
Kadang menangis ntah hape hape .


Kadang ,
Aku suka sendiri .
Kelas menyendiri .
Toilet sendiri .
Berjalan sendiri .
Berweekend sendiri .


Sebab ,
Nanti aku tak mahu rindu mereka .
Tak ingin rindu bau bau mereka


Aku cuma takut ,
Aku tak boleh hidupp tanpa mereka nanti.
Gelak tawa mereka .
Senyuman mereka .
Gaya mereka .
Bau mereka .
Lawak bodoh mereka .
Annoying mereka .
Kebaikan mereka .
Kejelitan mereka
Gila gila mereka .

 *****************************************


Berapa minggu lagi ,
Kemudian study leave 
Dan perlahan lahan mereka tinggalkan aku .
Tinggalkan gelak tawa ini .
Tinggalkan jejak jalanan kita di bumi Gombak

Dan ,
Memang adat dibumi .

Manusia ,
Datang dan pergi .











K , aku nak gapai cita cita aku .
Moga moga aku sihat melawan sakit dalam ni . 
Salam 



Buah Tangan

Detik berlalu hilang bersama khabarmu .

Aku terpikir saat itu
Aku teringat saat itu
Kau beri aku pendingin mulut itu lalu berlalu dengan senyuman

Melalu tingkap putih jernih ,
Bayang kau pun hilang
Lenyap bersama kicau burung

Senyuman kian tawar .

Aku tak rindu
Cuma tertanya tanya

"Kau ambik kesempatan ke weh ? "

Takut

Aku cuma takut .
Kerna terlalu selesa .

Aku takut nanti hilang segala bahagia dan selesa ini .

Jagakan hati kami ini Allah .


Ya Rabb ,
Kuatkan lagi ikatan ini

Izinkan aku dan dia ke sana
Menuju Jannah bersama .






Awak -- Si Anak Cikgu







Kita nak jumpa dengan pengawas lelaki baju biru  yang anak cikgu tu yang selalu tunggu kita depan pagar S.K. Budiman  setiap hari dan belanja kita  khepok lekor . Sampai sekarang , nama awak masih lagi misteri dalam fikiran kita  . 


Bodoh nya aku kerna zaman hingus meleleh -- tudung senget sana sini  aku terlalu sombong .
Sombong hidung tinggi






Weekenders' Explore Trans Cameron



Kali pertama jumpa 
Namun aku sudah kangen sama kalian 
Cuma Meluah rasa rindu 
Cuma ingin meluah betapa besar nikmat Dia 
Arghhh , 
Sukar diolah dengan kata kata 
Cuma aku rindu melihat kebaikan kalian 
Melihat dakwah kalian

Semoga kita bertemu 
Bercerita 
Berangan angan 
Bermain main 
Di syurga nanti . 
Sebab kenders Hisyam was said 
" Semua orang berhak ke Syurga "

Hanyut dalam kekaguman dan kerinduan 

camping is all about good memories 












Picnic Day

Kejap tadi ,
Tangan laju mencari butir butir aksara ni

Tapi ,
Sejadah melambai lambai
" Meh , sujud syukur kat sini "

Terima kasih untuk pertemuan ini
Trimas !

Erti hidup bila dikeliling manusia hebat hebat .
Surgaaaa la jawabnya

Untuk Kak Pikah , Syaqira , Eqin
Kalian tak pernah hampa berbicara
Tak pernah hampa berkongsi ilmu

Untuk Pojie , Sofi , Mat
Terima kasih juga

Terima kasih untuk sentiasa membangunkan diri lemah ini

Oke ,
Cant wait for the next adventures
Next steps of life
New target
New passion
Yeahh , H.S.O. -- Tungguu








































190 Hari

Tutup mata & bisu sementara
Membayangkan hari hari semalam
Nafas berlahan menurun

Manis bila membayang
Pahit bila berhadapan

Teruskan menghadap
Dan
Bertatih berjalan

Sarah kan kuat . Lek laa
Kurang 190 hari lagi

Jawapan





Bila Dia berikan kewarasan ini ,
Ini tanda kematangan .
Syukur












.

Stetoskop



Terlintas dalam benak otak
Apakah rasa bila pakai kot putih atas bahu tergantung stetoskop ?
Megah dengan jolokan atau beban sebatu memikirkan nasib pesakit ?

Aku terfikir dan berfikir
Hanya sekadar pemerhati bisu yang dipinggirkan

"Doktor , Senyum sikit doktorrrr "





HTAA
24/8/13

Bicara

Bicara tadi
Cukup !
Alunan bait baitnya menghiris setiap detak nafas ini

Panas jari jemari menahan
Nafas turun naik .

Nasib baik kau kawan .

Luka

Semalam dan hari ini ,
Dua dua belah jari telunjuk kiri dan tangan kanan luka .
Boleh tahan dalam lukanya  . 
Yang belah kiri kena besi 
Ntah macam  mana tertoreh nya . 
Yang belah kanan kena pisau 
Ntah macam mana tak perasan terhiris tangan sendiri 
Darah mengalir atas pisau baru perasan . 

Minggu lepas , 
Gigih kaki kiri terencot encot 
Sebab nya , 
Satu tercocok lidi satay 
Satu lagi terpijak kaca .
Semua makan dalam .

Tadi
Saat titisan merah jatuh ke bumi 
Mengeluh semestinya 

Tapi , 
Jappp 
Tiba tiba ilham diberi 
"Mesir kena lagi teruk Sarah . Apa je setakat terhiris tangan sendiri "

Tiba- tiba , 
Asyik terfikir orang sana 
Allah hilangkan rasa sakit 
Allah hilangkan rasa perit 

Titisan titisan merah itu bagai air biasa mengalir keluar . 
Allah beri ilham 
Dia suruh sabar . 


Mungkin aku tak ikhlas tadi , 
Nawaitu tak nak tolong orang 
Maka Allah beri 'rasa'


Sejenak terlintas , 
"Hmmm , oke Sarah cool eh "
"Ikhlas "

Maka ikhlas itu penting 
Yang sakit dapat dikurangkan 
Yang iri dapat dielakkan 
Yang ikhlas itu pahala 


Dari jauh cuma mampu lemparkan senjata hati ; Doa
Tak terluah dek mulut 
Takpe Allah beri hati 
Berdoalah dengan hati 

Jatuh cinta dengan ayat ini , 

Pisto Tidak Membunuh Manusia , 
Manusia Membunuh Manusia ; Politik 

Kejam 
Rakus 






Mati Hati

Jalan ini jauh
Gersang
Tandus
Kering

Jasad aku mati
Semua terbang melayang

Apa tujuan aku ?
Ntah ?
Otak aku konfius

Segala bagai terbang
Hilang
dan terus lenyap

Aku lepaskan segala
Lepaskan semua tanpa angan untuk mimpi semula

Kerna ?

Aku mati hati

Lastikkan doa
Moga moga cepat cepat aku sembuh
Moga moga cepat aku bangkit
Moga moga cepat aku gapai hidayah Dia

Belaian kasih Dia
Aku rindu

Saat hati tandus
Saat jasad hilang punca
Aku rindu belaian dia

Aku rindu banget .

Selamat Tinggal Ramadhan
Selamat Jalan



Zulhilmi (:

Selepas 6 tahun tak jumpa akhirnyaa ,

"Sarahh "

"Eh , Zulhilmi "

"Buat apa "

"Buat akaun bank , dapat masuk UPSI bulan 9 ni . Awak buat apa Sarah ? "
.
.
.

Dia masih lagi macam dulu .
Pelik .
Baik
Pandai
Jalan macam Mr Bean
Cakap bahasa baku .
Sopan
Ramah
Skema ; Seluar atas perut


Kawan sekolah rendah sama
Dulu dia tak macam tu
Maksudnya ,
Dia bukan seperti sekarang ;
Jalan mcm Mr Bean ,
Rambut sikat tepi
Cakap skema
Seluar tinggi

Bukann
Dulu dia tak macam tu pun .

Dulu kacak .
Rambut pacak sikit
Dulu waktu darjah 3 -- tak silap aku

Tapi ,
After dia accident 
Semua berubah
Dia tak ingat diri dia
Dia tak ingat Bak - *pakcik van aku dulu


Aku selalu ingat dia sebab ,
Dia accident depan mata aku
Betul betul depan aku
Aku baru lambai dia lintas jalan
Tiba tiba ,
Dush !!

"Bakkkkk !!! "


Dentum bunyi badan dilanyak kereta jelas lagi terdengar
Merah darah atas jalan segar lagi depan mata ini
Kaku badan dia , Bak angkat masuk kereta jelas lagi .
Semua umat manusia menjerit .

Hmmm ,
3 Bulan dia tak pergi sekolah
2 minggu  ICU

Dan tahu tahu dia datang sekolah  dengan sepenuhnya dia tak ingat apa apa .
Kawan -- cikgu -- semua lupaa

Sampai sekarang .
Parut atas dahi jelas lagi


Poyo Merindu



Berjuta salam yang sampai 
Satu aku tak balas 
Sombong 
Bongkak 
Perasan hebat 

Lama lama 
Makin jauh 
Makin hilang 

La ni aku rindu segala bagai yang menyerabutkan itu 

So , 
Siapa rindu siapa ?

*Mengalami simpton simpton poyo kerinduan . 

Husin & Akram

7.20 Pagi

Mentari ufuk timur muncul 
Berlari seperti biasa menggapai beg , stokin , handsock 
Sengaja biarkan tak terpakai dari rumah 

Sengaja biarkan begitu 
Sengaja bersusah payah sarung stokin dalam kereta 
Sengaja suka nak mengimbau nostalgia zaman sekolah 
Kena marah sebab stokin busuk 


Laluan kiri kanan sungguh sibuk 
Jauh berbeza dulu dulu 
Jauh sangat 
Makin hari makin ketat jalan kecil ini 
Berlambak logam bertayar bermaharajalela 


Laluan masih sama 
Tujuan cuma berbeza ; belajar -- mengajar 


Sampai destinasi !

Tanggal kasut 
Salam cikgu cikgu 

Terus kaki laju melangkah


"Husinnnnnnnn !! "


Dia datang peluk aku 
Kemas 
Ketat 
Tangan tak lepas baju aku 


Allahurabbi 

Ntah apa hati nak berkata 


Peluk Husin pagi pagi hari mesti rasa hilang masalah 
Mesti rasa tak nak berhenti mengajar 
Mesti rasa tenang 
Pasti !

Aura apa Husin pakai ?

Kadang tak jumpa sehari --aku rindu 
Tak peluk dia rasaa -- hilangg 
Tak main - main dengan dia rasa tak lengkap satu hari jadi cikgu 


Husin mulut manis 
Cikgu jatuh hati dengan awak ! 

Lepas peluk husin puas puass

Mata melilar cari Akram 

Tegur Akram -- Akram pemaluu 
 
Selalu lari kalau cikgu ajak borak 


Husin & Akram 
Dua dua buat aku tenang
Jujur cakap , 
Aku takut kehilangan mereka 


.................................



Husin

Akram
*Habib tengah usha awek kat belakang , gatai 



......................

" Cikgu Sarah jadi utomen max "
" Alaaaa , tak nakkk laaa "
"Takpeee , Husin jadi raksasaaaa "
"Tengokk , lampu cikgu sarah dah tak nyalaaaa , utomen kalah "





.

Lorong Aku

Melayang layang terbang

Ini lorong takdir aku

Terima

Sendirian melangkah bersama kekuatan dari sisi yang lain

Berhenti
Mendengar
Terpaku

Cuma bukan rezeki aku lagi kali ini

Berkali tertacap dengan baris kata ,

"Allah berikan apa yang hambanya mampu "

Aku tak semampu dia .

Titik

Terus hidup apa ada .




Kerana Nama Aku Sarah

Perkara yang paling aku tak suka zaman sekolah ,

" Nama apa ? "

" Siti Sarah "

" Ohh , Siti Sarah Raisudin "

" Eh , tak aaaa . Siti Sarah Bahrudin "

" Sama laaa tu ! Sayang menyayang ... cintaaa di kenanggg .. "

*Nyanyi laaa sampai kenyanggg . Aku benci !

Pernah ada kawan panggil aku Jamal Abdillah
Takde kaitan aku dengan mamat kerinting itu .

...........................................


 "Saraaah "
 " Sarahh "

" Apa ? "

"Adammmmmmm " *Jerit mendayu dayu  dengan sleng sleng omputihh tiru gaya iklan gula gula Halls

*Benci sepuluh ganda sebab empunya badan yang nama Adam tu tak hensem pun .

Julai

Hai .

Salam Ramdhan Kareem

Apa maksud aku menaip malam ini
Ntah
Aku cuma rasa gatal mahu menaip
Meluah rasa sambil berkias kias


Aku dah pun baca blog sohabat sohabat yang dicintai
Terima kasih  andai tulisan itu ditintakan untuk diri ini
Aku malu dan masih mencari kekuatan bersama mu

Julai Dua Ribu Tiga Belas ,
Singkat sangat .
Seperti baru semalam berlalu Julai dua ribu dua belas .


Masih kemas bau bau kenangan Julai lepas

Hmm ,

Cukuplah setahun penghijrahan ini

Terlalu banyak aku belajar

Diterima
Dibuang
Semua aku rasa

Julai
Tiba tiba hati rindu pada kenangan lama
Terbuku rapat kenangan semalam
Lagu - lagu itu ,
Nasihat - nasihat itu ,
Jemputan untuk berbuka bersama ,
Melihat kau dari jauh ,
Seakan rapat
Namun ,
Hanyalah khayalan aku budak budak belum cukup matang


Biarlah semua berlalu .
Biar aku rasa .
Pedih terjatuh
Bangga bila di atas .

Mungkin kita tidak sehaluan


Dua malam teraweh yang ditemani bintang terang
Cukup syahdu bagi aku
Terlalu berat kepala ini
Saat kepala sujud di atas sejadah lusuh
Satu persatu memori memori Julai lepas berlari - lari keluar
Laju air mata mengalir seakan mencari sesuatu yang hilang


Aku tahu
Hati ini rindu semua itu


*Baru ada perasaan mahu menulis










Rindu Serindu - Rindunya

Hai

Rasa itu datang

Hah ! Dia datang .

Tiba tiba dia datang .

Katanya dia rindu bumi Gombak

Senanya , Tarbiyyah di bumi Gombak  Tekan Jap

Aku kira hampir setahun ; exactly dalam 9 bulan lebih aku lari dari jalan dahulu

Hmmm , Payah

Banyak dugaan

Imam , Jap turun jap naik

Tapi most of the time turunn

Ramadhan makin hampir

Rindu saat - saat begini bersama Azizah

Rindu saat bersama kakak kakak yang baik

Qiam -- berbuka ramai ramai -- tour masjid ke masjid .. Tour 

Ha'ah . Rindu Kuala Lumpur

Rindu Kak Radhiah

Rindu Kak Laika

Rindu UIAM





Kak Aisyah  _ _ Kak Radhiah _ _ 



Kak Laika 

I'm In Love

Baru satu hari tak jumpa hari ni dah start rindu
Aku pun tak tahu kenapa hati ni rindu je nak tatap wajah manis itu
Hahah .. Poyoo
Jap , mungkin aku dah berjumpa jalan yang serasi untuk bermanja manja kot .

Hahah .

Kita jiwang menta dehh ..

Hmmm . Semalam lepas tatap muka muka manis tu terus tidur sampai lena
Abang call 7  kali pun dah tak sedar .
Lena diulik mimpi kot .

Hmmm .

Hari ni hari sabtu
Esok ahad
Isnin kita jumpa
Kita cakap banyak banyak
Rindu 2 hari kita tahan ni awak .

Hmm .

Payah aku nak ekspresikan sayang aku pada mereka pada blog yang langsung takde followers ni
Ye lahh ..
Aku ni kan kayu
Keras
Aku ni kerikil
Ego melangit

Hmmm .

Aku rindu budak Tadika !
Serious rindu mereka


..........................................


Aku rindu bersebab .
Dulu aku jadi cikgu untuk sebulan je kebetulan waktu tu 'tiba-tiba' dapat . So grab je lah . Bergaji kan . Dulu aku tak ready sangat . Tak banyak buat research . Tak tahu nak ajar apa . Ntah la rasa jadi cikgu yang dulu tu -- lain sangat dengan rasa cikgu untuk kali ini .

Kalau dulu aku mengajar -- aku ada kelas aku sendiri tapi kali ni tak . Kelas aku ada dua orang cikgu-- Kelas Lily  . Sebabkan cikgu Aisyah pregnant  -- maka selalu la tak sihat , sakitt pinggang  so aku ganti ganti je bila dia tak sihat . So kelas yang aku dapat agak nakal . Ada 5 big boss dalam kelas tu . Jadi kelas tu kadang kadang tak dapat nak kawal  .

Dalam kelas Lily tu , ada budak budak nakal . Melalui amatan aku mereka  mereka semua nakal bersebab .  So , I take note about that . Sebab aku taknak nanti anak anak terima nasib sama . Walau tak kahwin lgi tapi aku rasa penting untuk aku ambik tahu kot   -- yelah zaman sekarang dah terlalu advance . Antara sebab budak budak nakal yang aku dapat kesan ;

Sebab mak ayah kurang bagi tumpuan / kasih sayang -- sebab berbeza aku tengok anak anak yang mak ayah bagi kasih sayang. tumpuan -- Otak mereka lagi laju . Cepat .

Sebab kat rumah budak budak dibiasakan dengan perkatan tak elok -- mak selalu tengking - tengking
Ada budak ni cerita . Mak ayah dia selalu sebut pelik pelik --bongok, gila , bengong, ba**-- Budak kalau cerita aku peraya sebab diorang copy & paste apa yang orang tua buat . So budak tu pun , selalu je sebut mende yang tak elok tu dekat sekolah -- depan kawan kawan .

Hah . Lagi satu . Tahu tak sebenarnya kalau budak tengah active gatal gatal tangan nak menconteng dinding . Tengah gatal gatal kaki nak panjat meja . Gatal gatal nak 'susun susun ' buku , Gatal nak main pasir , Geram tengok ekor kucing -- tu senanya proses sel sel dalam otak bergabung . Untuk tahap umur mereka tu , aktiviti panjat meja , conteng meja  tu senanya pembelajaran bagi diorang .

Kalau mak ayah asyik marah atau melarang anak buat semua tu . Jadi pembelajaran mereka terbantut sebab tu kanak kanak lambat belajar sebab tak ada pengalaman . Hmmm , kiranya macam kita la , kalau tak buat latihan math , selagi tu otak lambat je . Okeh . Faham ?

Oke lagi satu selama aku mengajar dua minggu sini . Aku sedang berusaha supaya budak yang nakal dapat jadi baik . Sebelum tu , aku bekerja kat sini tugas aku ajar seorang budak je . Untuk period before rehat .
Budak ni payah sangat nak kenal huruf dan nombor . Serius . She only know 1 , 2 & 3 . Yang lain kelaut . Kadang no 2 & 3 pun dia dah tertukar . Nama budak tu Damia

So , untuk budak budak nakal tu -- Aisy , Hakim , Harraz - 3 bigboss besar dalam kelas ni memang nakal sangat . Hero besar . Abang Long dalam kelas .  Senanya , yang Abang Long tu Hakim . Harraz pengikut 2 . Aisy pulak pengikut 3 .

Penat dah tulis gaya karangan ni . Kita sambungg . Baii



Left : Fawza , Hakim , Harraz
Kite story jap lagi eh 






Cikgu Sarah

Hai


" Kerja apa cuti lama ni sarah ? "

" Cikgu tadika je "

" Gaji berapa dapat "

"Sikit je  "

"Laaa , tak berbaloi nyaa "

Hmmm .. Tak kesah lah berbaloi atau tak
Asal pengalaman jaga budak tu ada .
Kadang penat
Kadang hilang pegangan
Tapi ,
Flash back balik ..
Semuaa ni ajar aku
Sekeliling ajar aku .
Bukan senang nak ajar budak .
Bukan senang nak membangunkan insan
Bagi aku amanah
Bak kata Azizah ,

"  Didik cara Nabi "

*Menarikkan , Didik cara Nabi !

Nabi tak garang
Nabi tak tengking budak
Nabi kasih dengan Hassan  & hussin
Nabi tak guna rotan








Aglio Olio

Nafsu makan bab dua .

Maka hari ni rasa nak makan mahal mahal
Sedap sedap .

Jadi buat laa Spaghetti Aglio Olio . 
Wo !
Baru aku tahu selama ni aku kena tipu dengan tukang tukang masak sedunia .
Tukang tukang masak di Pizza Hut
Tukang tukang masak di Secret Recipe
Tukang tukang masak di foodcourt Pavilion .

Ya Rabbi ,
Senang macm korek hidung je resepi Spaghetti Oglio Oh Lioo ni .
Sungguh !
Senang kacang goreng bak hang

Bahan bahan :

  • Bawang putih 
  • Cili kering 
  • Spaghetti 
  • Chesse
  • Olive oil ( Tapi sy gantikan dengan Buttercup)
  • Ayam/ Seafood 
  • Chilli Flakes 



Steps :

Didihkan spaghetti 
Tos .
Keringkan

Lepas tu ,
Masukkan Olive oil atau Buttercup
Tumis bawang putih
Garing bawang putih ,
Masukkan cili kering .
Bagi naik bau .
Masukkan ayam / seafood 

Masukkan spaghetti 
Gaul
Bagi sekata rasa
Masukkan chesse
Siap !
Siap weh !
Sekejap je ...


Pastu hidangkan dengan chilli flakes bagi yang suka pedas .
Orang soromban dialu alukan taruk chilli flakes nya.
Kan suka pedas .


Taraaaa .
Lepas ni tak yah order dah Aglio olio kat kedai .
Menipu harganya ..



Ayam , Cendawan jaru , Chili Flakes ,
 Isi ketam , Cheese & Spaghetti 






Tumis bawang putih & Cili kering 



Lepas sudah nafsu mengidam makan Aglio Olio 



Puding Triffle Without Wipping Creamm

Hai .
Disebabkan tanda tanda Premenstrual syndrome  macam dah nak sampai . Maka aku tahu , napsu makan pun menjadi - jadi . 
Kalau duduk KL mewah makan woo
Kalau teringin makan kek , 
Call je teksi --" Pakcikk , Sri Gombak eh pakcik "
Hah ! Bertandang la ke Secret Recipe
Kalau teringin nak minum air buah 
Call teksi -- "Pakcikk , hantar train eh "
Naik train -- berhenti station KLCC 
Hah ! dapat minum gelas besar Juice Work .. 
Blurpppp .. Sodaapp !
Habis RM 13 ++ .. 
Kalau teringin aiskrim yogurt
Pergi je duduk makan Yogenfruz
Nak nak kalau tension 
Call Azlann -- "Lan , tolong  aku beli Chatime "
Teeet .. Sampai 

Tapi tu KL .. 

Kuantan ?

Hmmm .. payoh sangat . 
Chatime tu dekat Teluk Chempedak je ada . 
Teluk Chempedak , bukanlah sebelah ECM .. 
Berkilo jauh .. 
Memandangkan , public transport  kat sini langsung tak effisien .
Aku pun payah nak gerak pergi sana pergi sini . 
Realiti kat sini memang  payah nak gerak .. 

So , hari ni aku buat puding paling simple 
Memandangkan selera makan makin kuat 
Meng-anaya kan pemilik tubuh badan .. 
Huuhu 

So .. malam ni aku buat Puding Triffle Without Wipping Creamm .. 



  • Swiss Roll 
  • 1 Kotak Kristal Jelly 
  • Tepung Kastard
  • 1 Tin Susu CAait 
  • 1 Tin Fruit Cocktail
  • Gula 
  • Air 
Step : 

Potong Swiss roll ikut suka hati . 
Mampat -mampatkan diaa .. 
Pastu , 
Susun comel comel dalam bekas
Rapat - rapat . 

Basahkan swiss roll tu dengan air buah cocktail tu 
Tapi  , 
Jangan sampai roti swiss roll hancur 
Lembapkan ajeee . 
Macam tuam muka tu hah .. 

Taruk buahan cocktail atas roti itu tadi 

Didihkan Jelly 
Kalau Jelly cair sangat , 
Campur dengan serbuk agar agar . 

Tuang Jelly , atas lapisan cocktail 
Simpan dalam peti . 
Sekejap je . 
3 minit dah aa . 
Bagi jelly beku je 

Didihkan 1 tin susu cair
Tambahkan dengan 1 tin air masak 
Tambahkan 7 sudu gula manis cap prai . 
Cap lain tak diterima .. 
Sila faham .. 

Pada masa yang sama , 
Gaulkan tepung kastard sebanyak 4 sudu + air 1/2 tin 

Bila susu yang dah didihkan telah mendidih 
Masukkan , 
Adunan tepung kastard dalam susu mendidih tadi . 

Atas lapisan jelly 
Sapukan bahan kastad dan rakan rakanya .. 
Ulang step yang sama 
Sampai penuh had muatan . 





Rapat rapat kan saf
Nanti abang setan kita masuk mencelah 


Didihkan jelly 


Lapisan pertama ;
Swiss Roll - cocktail- jelly
Pahtu , bubu la kastord & the gang 


Taraaa ,
Sedia untuk kena kritik dengan askar askar .
Normal thing kalau aku masak -- kena kutuk  









Aku , Coverall & Boots

Hmmm ..
Tinggal lagi setahun baki pengajian aku .
Satu semester di bumi Gombak dan selepas itu , selamat tinggal bumi tarbiyyah aku . Walau sikit ,
pem-bawak-kan yang sikit-sikit itu mengubah aku .

Entah apa yang semangat sangat nak cerita hari ini . Mungkin  tahap emosi , mental dan kerajinan sedang balance .

Tahniah untuk Imran ; adik ketiga sebab dapat sambung belajar di USIM ; Tamhidi atau Asasi Perakaunan & Muamalat . Sekurang kurangnya boleh replace tempat kakok awok ni . So that , boleh buat mok bangga

Berbalik 2 tahun lepas , untuk berada tempat aku sekarang macam macam tentangan aku dapat . Memandangkan , kaum kerabat -- sepupu sepapat perempuan ;  semua background tak de yang ambik engineering . Jadi untuk melepaskan aku ke bidang ini sangat la payah . Sampaikan aku kena cari pelbagai alasaan .

Akhirnya , aku jumpa British Malaysia Institute . Jurusan Medical Electronics -- satu satunya cara untuk aku pujuk mok dan abang untuk lepaskan aku ke dunia kejuruteraan .

Sebelum masuk BMI aku decided aku akan tukar kos . Aku memang tak mahu dan tak nak  ambik Medical Electronics . So , aku decided nak tukar ke Electrical Electronics .Tapi , bila jumpa Pn Jamaliah ;

 "Nanti MARA awak sangkut -- payahh " . 
"Menda alah ni ambil banyak masa nak settle "

Nak minta pendapat family lagi la aku avoid , sebab sure sure mereka  akan tahu aku nak tukar kos . So aku senyapp . Sampai dah akhir semester 2 , aku mohon lagi untuk  tukar kos .Tapi , admin tak bagi memandang kan aku dah tandatangn kontrak dengan MARA .. ---- Aku pasrahh dengan bidang ini .

Berbalik kepada cita cita aku .
Aku senanya nak jadi budak  power plant . 
Yang duduk kerja bahagian operation 
Yang kerja pakai baju coverall  
Yang kerja pakai kasut boots 

Aku pun ntah kenapa aku obses gila bila nampak diorang pakai coverall dengan boots .
Nak nak perempuan .
Lagi la aku rasaaa ..
"Akak , boleh pinjam baju takkk ? "

Aku lahir dengan Paka , Terengganu .
Bersebelahan dengan Kerteh
Aku rasa aku jadi ghairah tak tentu hala denga baju coverall Petronas & kasut boots ni
Sebab masa mak aku mengandung
Ayah aku kerja Petronas .
Ayah aku pergi kerja -- balik kerjaa wajibul la pakai baju coverall kuning tu kann
Maka , daki daki minyak dan debu petronas tu melekat lagi kot kat aku ni .
Sebab tu aku obsess .
Dan , percayalah
Kalau aku lalu Kerteh -- Jiwa aku tenang .
Sebab ?
Sebab dapat tengok kilang kilang kat sana ..
Sama jugak kalau aku lalu Gebeng ..
Aku excited  sangat  ..
Sampailaa saat ini , aku masih tergila gila siapa yang pakai baju coverall 
Tak kesah lah Wasco ke , Rp Chemical ke , Bredero ke
Asal kan baju coverall dan kasut boots

Aku minatt !!
Perempuan pakai kasut boots pun aku dah cair .


Tapi berbalik semula dengan jurusan aku ni ..
Ada ke budak medical  test devices pakai coverall ??
I hate this part !

Sebab tu nak bakal pasangan orang oil & gas . 
Ehhh ?
Dapat tengok kat rumah ada coverall dan kasut boots pun dah cukup ..
hehhe

So , sekarang aku agak  menyesal tak masuk German - Malaysian Institute
Ambil Process &  Instrumentation
Ikut jejak abang .
Jadi orang Petronas
Walaupun baju BASF burukk ,

Bukan sikit menyesal
Tapi banyak .
Jutaa juta nyosal
If i can retun back all the time
And stick with mine .

Semua gambar ini dah berabad lamanya
Tapi aku simpan
Bagi perempuan lain
Ini mungkin sampah
Tapi bagi aku ini monumen penting dengan cara sendiri
Tiada siapa faham
Tiada siapa tahu












hmmm . Gerangg deh 
Pakai coverall dah kacak


All these picture belong to Hj Baha
Plant BPCM