Followers

Hawa

Lemah yang dipuisikan oleh aku 
Bukanlah cinta putus di tengah jalan 
Atau bukan kisah 
 Si tunang menolak aku  

Hanya bingkisan rasa takut terhadap hamba bertudung beridentitikan Hawa

Rebah

Diam & berlalu pergi  
Mungkin perlu 
Kerna sakit yang menyinggah tu melemahkan batang tubuh ini 



Lupakan itu ini  
Pandang sisi hadapan

Untuk jiwa 
Moga rebah lalu 
Bukannya rebah selamanya 


Graduasi




Dan ,
 Aku akan menyepikan diri untuk tidak menghadiri hari bersejarah itu  ;

Hari Graduasi 


Duka

Masih terkesan dengan cerita duka berbulan yang lepas , 
Masih mencari serpihan kekuatan untuk melangkah alam baru . 

Dan , 
Akan aku lari dari tanah kenangan lepas . 
Kerna,  
Masih tersisa rasa takut itu . 



Kuala Lumpur 
Julai 2011 - Mei 2014 

Hidup

Diterima dan ditendang sebahagian dari hidup . 
Lama memendam , kini sagala rahsia tercungkil 

Pandang sisi positif , 

Allah akan sampaikan yang lebih baik . 
Triple yang sebelumnya . 

Lapangkan dada . 
Baca ayat Allah 

Husin

Hari ini .
Bersarungkan jubah hitam berbutirkan pemata hujung lengan . 
Manis berlitupkan hijab berwarna biru laut . 

Sekali lagi aku teringat orangnya , 
Dari saat aku sampai hinggakan tazkirah bermula mata aku masih meliar liar mencari empunya diri . 

Orang nya bermulut manis 
Kulit kuning langsat . 

Dan , 
Tak semena mata tertacap satu kelibat manusia . 
Cuma dari belakang . 

Namun , 
Gayanya lenggok jalan nya , 
Aku pasti . 
Itu Dia . 



" Husin "


Dia cuma memandang sepi . 

" Husin , Ni cikgu Sarah ! "

*******************

Mana mungkin Cikgu Sarah masih melekat di dinding otak seorang anak kecil berumur 5 tahun  selepas satahun aku menghilang ?

Husinnnn !