Followers

Jari Ingin Menguis Kata kata

Menulis tanpa jiwa meragam .
Rasa mahu jari ini menguis papan aksara , 
Tapi belum tahu , 
Apa yang perlu diluah . 


Cuma ada dikit rasa gembira , 
Bercampur rasa - Cepatlahh aku berlalu dari daerah ini 
Tenangkan hati yang kelam 

Mahu tarik udara bayu dalam dalam 
Ganti hidup baru 
Harus 

Lari 
Dari cerita cerita palsu yang tiada erti 




Pain

'






Pain with Silent 


Pisah

Sarah , Azizah , Yasarah , Ainaa

Dan 
Seorang pandang ke utara 
Seorang ke selatan 
Dan 
Berdua menetap di Timur . 

Yang pasti , 
Semua di laluan masing masing 
Masing besar panjang 
Punya jalan cerita berbeza 

Semoga , 
Pandai pandai bawa diri 
Solat jangan tinggal 
Zikir jangan lupa 
Redho & Berkat Allah yang pandang mudah 

Huh , 
Aku kagum semangat kalian 
Pandangan kalian 


Aku cuma takut , 
Aku masih bertatih untuk lupakan bau bauan korang 
Gelak senda kalian 

Aku Takut , 
Aku rindu terlampau sampil menangis di tepi perigi 
Menghitung jumlah titis air mata 


Dan , 
Selepas ini , 
Siapa lagi mampu melayan karenah aku ?

Huh 


Kerna , 
Perpisahan itu pasti 
Pahit mana rasa , 
Jujur aku harus telan
Payah mana mahu lepas , 
Harus biarkan ia pergi 
Berlalu  



Yaa Qawiyy
Ya Qawiyy 
Ya Qawiyy 

" Beri aku kekuatan "








Kucai

Aku kenal kau -- Tak lama pun . 
5 tahun yang lepas

Tapi,
Sekolah dulu -- Aku tak pernah tegur kau 
Senyum pun tak pernah 

Tak pernah pun kenal kau .

***********************

Takdir mungkin 




Pertama kali aku tegur kau di saat kali pertama kita bertemu selepas 5 tahun  . 

"Eh , kau bukan ehem norkiah kan ?"

Waktu ni lewat malam kita touch down Kuantan 


Dan semalam , 
Aku terserempak lagi dengan kau  
Untuk destinasi yang sama- Kuantan 

Tapi aku pura pura tunduk . 
Pura pura tak nampak ,
Pura pura tak kenal . 

dan , 
Bagai telemovie kau dan aku  

Kita
Ditakdirkan satu bas , 
Kau terlewat naik bas 
Tergopoh gapah cari tempat duduk 

Aku nampak kau naik , 
Tapi sekali lagi aku pura pura tunduk 


Malangnya , 
Seat kau sebelah aku . 

dengan muka , teegopoh gapah , 
Kau cakap , 

Hai 

Aku balas , 

"Memang selalu balik ke apa ni , Asyik terserempak je "

Fuh , 
Takdirr weh takdir . 


Sungguh drama melayu kau 



Dan kita , 
Sama sama tak tahu nama masing masing 

"Eh , nama kau apa ? "

" Qusyairi  "

" Kau ? "

" Sarah "

" Aku ingat muka kau , Tapi tak pernah tahu nama  "








Kucai , May
Shah Alam - Kuantan 

Kata





Sekali lagi tertusuk kata kata 

Mahu mengadu , 
Tiada siapa mampu mendengar rintihan tak bermelodi ini 














Kanak Kanak

Belakangan ni aku jadi makin kuat rindu rumah 
Gamaknya faktor usia & kematangan 

Makin lama , makin berat beban dipikul 

Mana mahu bahagi masa , 

Kerja , Mak ayah , Adik beradik 5 orang , kawan kawan , 
Dating dengan Allah lagi  


Huh , Mengeluh ? 


Dunya Sarah , Dunya 


*****************************************

Rindu Rumah 

Makin lama aku makin rindu masa dulu 
Zaman adik adik berlari satu rumah 
Zaman suka sepahkan rumah 
Zaman aku masak tapi tak sedap -- kena kondem pulak tu 
Zaman sekolah-- tengok adik adik balik sekolah bawak beg berat berat 


Baru aku sedar , 
Kami makin besar . 


Sejak adik bongsu aku lebih tinggi dari aku ,
Aku sedar --
 No more gaduh perkara bodoh -- Rebut remote tv , Siapa makan banyak dengki .
Takde dah 

Takde dah kawan aku nak gaduh perkara bodoh bodoh 

Sebab , 

Masing masing dah besar 


Jadi sekarang , 
Aku rindu nak membodohkan diri depan budak budak --
Macam --   Ehh , cantiknya perut awak . Mesti awak kuat makan kan ?


Hahhaa . 


Simpton sekarang ni -- Aku rindu kanak kanak 
Hilang stress borak dengan diorang 

Sebab tu , 
Kadang dalam kereta pun aku gelak sorang kalau nampak budak 
Kadang dari jauh aku main kenyit kenyit mata 
Kadang , budak dalam kereta sebelah pun aku nak agah 


Nak aje aku pergi tadika bermesra dengan diorang . 


"Aneesa , hari ni bangun pukul berapa "


Dan sekarang , 
Aku kangen balik kerja cikgu tadika . 



I wish I could







* Izinkan aku kuat . 





















Kata kata bila hati sesak dengan masalah duniawi 


Hati Sendiri

Penat juga nak jaga hati sendiri ye 

" Wahai hati , tabahlah "
" Wahai Sarah , kuatkan diri . Agar hati kamu mampu tabah setabah tabahnya "

Syurga untuk orang sabar 

Allah beri pahit sebab dia sayang kamu 
Dia nak kamu ingat Dia 

Sabar ye sayang 


*Pujuk diri sendiri 

Angin





Angin kencang dia datang 
Tak bersebab 
Ntah . 
Aku bingung 
Apa lagi yang kurang