Followers



amin

SEMALAM

Oke . last entry saya cakap saya telan panadol 3 bijik kan sebab sakit kepala yang amat sangat . Dan semalam saya dah pergi klinik buat check up . Tapi bukan lah klinik biasa yang ada doctor pakai kot warna putih tu . Saya pergi klinik homeopathy , actually saya dah sakit kepala ni since saya dari darjah 6 lagi . dah macam-macam ubat saya telan dah merata hospital saya redah dah berapa orang pakar dah saya ‘date’ .tapi sakit tak jugak hilang . jadi mak saya bawak saya pergi berubat cara homeopathy dekat Pusat Rawatan As – Syifa(Perubatan Homeopathy & Alternative) ni dan alhamdullillah , segala punca sakit saya selama ni diketahui . tapi waktu tingkatan 2 tu saya tak tahu nak cakap apa dengan doctor kat sana dan doctor tu cakap buat rawatan akupuntur je . so saya buat lahh . terpacak 4 jarum atas kepala saya ni . dan alhamdullillah sakit kepala sebelum-sebelum hilang ! dan saya terus buat rawatan akupuntur tu sampai tingkatan 3 . dan lepas tu saya tak buat dah rawatan tu sebab tak sakit kepala dah .


Tapi sebab kan dos akupuntur tu dah habis jadi saya pergi balik klinik tu sebab sangat tak tahan sakit kepala ni semalam . Dan jumpalah dengan doctor .kat sini cara rawatan dia dia tangkap gambar mata kita tau . Sebab dengan anak mata ni kita boleh tahu sakit apa kita . Jadi bila doctor tunjuk gambar anak mata saya yang baru di ambil tadi didapati punca segala sakit satu badan saya selama ini berpunca dari GASTRIK je . Selama ni saya rasa sejuk dekat bahagian kaki rupanya tanda gastrik rupanya . Sakit kepala saya selama ini sebab kan gastrik je . Jadi perkara pertama yang perlu saya rawat ialah gastric saya sahaja . Tapi dengan mengharapkan ubat dari klinik –klinik biasa mungkin gastric saya tak boleh diubati tapi hanya melegakan kesakitan . dan doctor tu cakap gastric saya dah lama dan teruk .oke doctor tu betul saya gastric dari saya darjah 2 lagi kalau tak silap saya lah sebab saya ingat saya pernah muntah makan ubat warna putih tu . hehe .

Dan lagi doctor tu check saya banyak toksik dan darah kotor dalam badan . Toksik dalam badan bermaksud makanan yang tak hadam dengan betul dan tak menjadi najis atau dalam kata lain sembelit . dan sebab kan toksik dalam badan ni lahh jerawat naik ke muka . oke ! yes saya ada jerawat sikit-sikit di muka ye . Jadi start sekarang nak muka licin cun melecun macam nora Danish kena lah saya rawat nak buat sisa toksik dan darah kotor saya ni dengan makan ubat cuci kolon dengan banyak-banyak .hehe . Secara klinikal yang selama ni saya faham jerawat ni di sebabkan minyak terlebih di bahagian muka tapi doctor tu cakap tu hanya 15% punca kulit berjerawat dan selebihnya perlu tahu dari akar di mana punca jerawat tu tumbuh macam saya ni sisa toksik terlebih .
Dan semalam saya buat rawatan akupuntur dengan stimulate je . tu je sempat . at least sakit kepala ni reda lepas buat akupuntur . rawatan seterusnya reflexsologi . doctor itu cakap buat reflexsologi sebab nak urai kan urat-urat tersimpul .


dan rawatan akupuntur ini bukanlah takat cucuk jarum dengan bahagian yang sakit tapi cucuk jarum dekat punca yang sakit . macam semalam saya ada sakit gastrik jadi jarum kena cucuk dekat betis sebab urat perut di betis .

panadol




panadol . oke malam tadi saya telan 3 biji panadol . 1st panadol jam 8.30 malam . ya allah sakit gila kepala . tak tahan sangat-sangat . nak-nak belah kiri .
oke , saya sangat-sangat tak suka telan penadol . saya memang selalu avoid dari makan panadol .kalau sakit macam mana pun still tak nak telan panadol . panadol kan bahaya . boleh mandul kot . saya nak mengandung eh . hehe .

dulu masa induction week dekat UNIKL . saya kenal dengan sorang ni . perempuan .dan time tu kami sama-sama period . tiba-tiba dia makan panadol yang warna pink tu 2 bijik sekali . saya marah dia . saya kata bahaya dan waktu tu dia tak sengugut pun . dia selamba jawab .

''aku makan sebab period, dah terbiasa , lantak aku lahh '' .

emh . malas dah lahh nak tegur . orang cakap bahaya tak caya .





oke .sambung balik . tak sampai pukul 10 malam saya telan lagi 2 biji panadol . sebab memang kepala ni sakit sangat-sangat . dan dengan harapan dapan tidur cepat dan sakit kepala dapat reda sikit dan harap-harap bangun pagi tak terasa sakit kepala . TAPI pukul 12 lebih sakit tak jugak reda . tidur pun tak boleh .ingat nak baca al-mulk sebelum tidur tapi sebab kan nak pecah kepala ni rasa jadi terbatal niat tu dan hanya zikir-zikir ringan mengiringi tidur malam tadi .

dan alhamdullilah bangun pagi , tak rasa dah pening-pening .

bangun terus mandi tak sempat jamah sarapan terus pergi bandar .

dari perjalanan balik lagi terasa nak muntah je .rasa badan tak sedap je .
balik rumah cabut tudung tak sempat sampai dalam tandas reus termuntah dengan banyak-banyak nya . tapi sakit kepala tetap jugak mengeras dekat kepala sebelah kini ni . aduihh .
sabar ja lahh ..

lepas solat zohor , mintak doa moga ringankan sakit kepala ni .
dan alhamdullilah . sakit dah berkurangan .

dan sebab tu boleh post entry ni .hehe


*Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

spm habis !

tak silap hari ini spm habis kan . oke .saya saya tahu pun sebab pengetua saya yang baik hati post dekat fb .hehe .baguskan .

teringat dulu-dulu dah habis spm . tapi time habis tu tak rasa heaven gilerr pun sebab time tu cuma budak akaun je last tinggal .so budak-budak engin semua dah balik .so takde nya bunyi-bunyi pelik macam anak buaya terlepas dekat hostel lelaki tu .faham-faham je lah kan budak engin memang otak macam ting tong sikit . dan kami-kami yang budak akaun ni memang sangat lembah lembut ye .

waktu kiteorang habis paper akaun ,keluar je dewan takde pun suara mengilai tanda kebebasan dari subjek akaun .semua budak akaun keluar dengan kesengehhan yang panjang . macam tak de perasaan je dah habis paper . saya pun tak faham .ingat kan nak jerit puas-puas tanda berakhirnya jajahan dengan puan yoe,tapi nampak kawan-kawan semua sopan je semua saya pun berlakonlahh jadi sopan .hehe *saya nano eh . nano tu nakal ya dalam bahasa terenganu .



bila pusing balik ke belakang , ingat balik zaman dekat TI .terasa sebak giler . teringat betapa rindunya nak kena tengking denganpuan yeo .?hah .
rasa lapang gilerr sebab semua usaha dibalas dengan result yang berbaloi buat mak ayah saya tersenyum .

kadang -kadang teringat betapa susahnya diri ni nak tempis macam-macam dugaan .timeni jugaklahh godaan dari lelaki banyak sangat datang . dan alhamdullilah , doa setiap kali selepas solat dari awal tahun hingga akhir tahun termakbul . dan saya istiqamah melakukannya , alhamdullilah .membuahkan hasil .

ni doa nya ..

''ya allah ya tuhanku , engkau jauhkan lah dengan adanya perasaan ingin bercinta dalam diri ku ini dan pulihkan kembali rasa cintaku ni selepasaku beroleh kejayaan ''


so habis exam , saya ,mimie ,eynasuha , kechek ,durar , syaqira ,hanisah pun bertangkaplahh gambar ramai - ramai .
mereka-mereka ni lahh yang membuatkan saya berjaya .all this is my catalyst .! thanks


syaqirah .spm 8A'S .now at Universiti Malaysia Pahang . Taking Diploma in electrical engineering .



mimie ! spm 7A's .Now at Kolej Matrikulasi Pahang .taking Accountancy .



yang kanan hanisah spm 8A's . yang kiri tu kechek spm 5A's . Now at UiTM JENGKA,taking diploma in accountansy .



Ainasuha .spm result sama dengan saya . now at UiTM ,MACHANG . Taking Information Management .


cerita kawan saya .

next post saya nak cerita tentang kawan yang membawa saya ke jalan yang sebenar .
i find the truth of islam .




Moga dipermudahkan

terdetik di hati ingin memakai tudung labuh .moga dipermudahkan segalanya .amin





final + result

oke . kiri kanan depan belakang saya asyik sibuk bercakap mengenai result yang akan keluar 16 dis ni . dan entah kenapa saya tak rasa pun nak ambik tahu pasal result saya ni . hehe . teruknyalahh sarah ni . tapi serius tak de hati langsung nak tahu result sem 1 .*mintak takde kena repeat ye .amin !



sem 1 ni saya ambil 7 subject

1:foundation english
2:technical mathematics 1
3:engineering physics
4:pengajian islam
5:programming
6:electronics workshop practice
7:community service

dan final ada 4 paper je . yang subjct num 5.6.7 tu tak de final sebab semua subject tu pakai skill .

ulasan paper final :

tak tau nak kata apa .ada susah .ada senang .hehe
tapi subject yang paling saya sayang lebih-lebih mestilahh paper engineering physics ..

ada orang cakap :
''wei,susah lahh subject tu , mcm mane ko study eh ??''

saya rasa sangat beruntung sebab bilik saya dikelilingi dengan budak-budak degree . dan lagi untung saya rapat dengan akak afifa .

akak afifa dia dulu budak preparation ke perancis tapi tak dapat fly sebab ada masalah yang tak dpt dielakkan . dia sangat-sangatlah banyak ilmu . best belajar dengan dia sebab dia bukanlahh sorang yang kedekut ilmu .kebetulan subject engineering physics sama silibud dengan subject engineering mechannics yang dia ambil . so ada masa memang saya selalu pergi jumpa dia tanya soalan mechanics ni .

dan kebetulan lecturer untuk subject ni pun student lepasan u dekat france so saya ambik kesempatan belajar bahasa france dgn akak afifa dan communicate dengan sir guna bahasa france . seronok sangat ! *sir tu hensem oke! hehe

speechless

mok saya pesan



tadi mok bercakap dengan saya dan saya tahu apa yang mok bagitahu kat saya ni sebagai peringatan untuk saya jika mok dalam kesakitan .

nak jadikan cerita ada mak sedara saya ni tiba-tiba je masuk wad ,koma , masuk icu dan kaki dipotong dari atas lutut .tragikkan ?

dari boleh berjalan tiba-tiba terpaksa berkerusi roda .dari boleh pergi toilet sendiri tiba-tiba bibik yang uruskan segalanya . sayu saya rasa dan tersedar yang hidup ni senang je ke atas dan senag ke bawah ke bawah bila-bila masa .

mak sedara saya tu kira nya dah teramat lama duduk dekat hospital mungkin lebih dari 4 bulan .

dulu waktu jaga nenek dekat hospital , mok saya selalu berkeras suruh nenek saya solat kadang -kadang saya rasa tu satu paksaan tapi akhirnya saya sedar yang solat tak semestinya dalam keadaan sihat atau sedar sebab solat ada banyak cara .darikaedah berbaring . duduk .dengan mata malahan boleh jugak solat dengan hati .





dan tadi mak saya cakap dekat saya ..

''kalau lahh nanti mok jadi macam cikwee(maksedara saya) , tiba-tiba je sakit ,masuk hospital ke, tolonglahh pastikan mok sembahyang , tu je mok nak jaga ''

saya sangat kagum dengan mok saya .

story behind the diaries .




oleh kerana saya ni dilahirkan anak tunggal perempuan .sangat kurangnya kasih sayang dari kakak *ouh sangat lahh touching ye sarah .hehe .saya keseorangan serius.hehe

dulu-dulu waktu zaman hingusan tak terasa pun ruginya tak de adik beradik perempuan sebab apa yang nak semua dapat sampaikan adik beradiklelaki semua cakap
'kak yah semua dapat''

tapi bila umur dah meningkat tua , baru terasa betapa sunyinya hidup ini . nak jugak sorang kakak .
so dari darjah 5 sampailahh sekarang kalau ada sesuatu yang buat hati ni berbunga-bunga cepat-cepat je tulis pakai pen PILOT dalam diari .
rasanya dah dekat 10 diari saya ada.terenggg .!



dan semalam tiba-tiba rasa nak baca dairi setelah 1 sem tinggal dalam kotak kasut ni.. hehe ..

baca..

baca..

baca..

dan baca ..

dan saya sangat sedar sesuatu yang saya tak pernah sedar
saya tahu saya sangat lemah dalam english dan saya sangat tak sangka semua luahan hati saya yang marah-marah semua saya tulis dalam english
dan paling tak sangka semua grammar betul ! haha . macam tak percaya je


dan tiba teringat satu kisah ni .
sekarang ni kalau saya pergi KFC mesti saya pesan KFC TWISTER .hihi.
sebab dulu waktu nak spm ada seorang budak ni selalu bagi saya kfc twister ni .
sampai sekarang saya terharu dengan apa yang dia dah buat .bukan SEKALI tau tapi banyak kali .



act, budak tu suka saya . awal-awal saya pun cakap saya suka dia *gatal. tapi lama-lamasaya rasa saya dah terlalu menyimpang dengan prinsip yang saya pegang selama ni . so lama-lama saya tak balas dah text dari dia . saya dengan dia pun baru rapat time nak habis exam spm. tengok ! sekejap gilerr dah boleh cair kan .nafsu-nafsu .
cerita dia .dia mintak skop fizik dengan saya da saya turun hostel bertemu empat mata dengan dia dan pergi dan terus berlaku episode cinta monyet yang sangat main-main . tu je .dan terus leka dan lagho..

ehm, bilabaca diari part ni je kan mesti terus teringat bau hostellah , malam yang renyai -renyai waktu saya pergi ambik kfc dari dia , text dari dia .
dan hari terakhir dia bagi chocolate bar yang besar punya .

atleast . with all those moment i always miss TI KUANTAN .

surah as-saf

surah As-Saf


Ayat 2 :

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Ayat 3 :

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu
kerjakan.



*peringatan buat diri sendiri . alhamdullilah sedikit sebanyak merubahkan diri ini

thanks to :
mQ

10 wish list 7 tahun akan datang

kenapa 7 tahun. suka hati saya lahh.hehe .
kalau 10 tahun lama sangat . hehe .



1: nak jadi engineer di petronas atau syarikat oil&gas . *walaupun bidang sekarang medical electronics.hehe .

2: nak jadi seorang yang educated SAMBIL orang-orang yang selalu pandang rendah dekat saya dulu kagum dengan apa yang saya ada .hehe

3: moga-moga dapat belakar di perancis.*amin3x



4: berusaha menjadi muslimah yang tak tinggal solat ,pakai baju labuh-labuh.*insyaallah

5: nak bercita selepas kahwin .*gatal!

6: future husband basic agama yang kuat dan HENSEM .

7: JADI PEREMPUAN YANG PENGEMAS .

8: harap bertemu jodoh dalam UIA/Student UIA .

9: bertambah kurus cantik dan menawan.hehe

10: dimurahkan rezeki .
amin!

semester break

oke ! saya dah makin besar . dah start merasa ape itu CUTI SEM . hehe .dan cuti sem kali ni sangat lahh bosan oke ! balik dari kampus dah kena bangun pagi-pagi masak unuk adik-adik sebab nya mak ayah takde . saya kat sini susah-susah mak kat sana senang-senang shopping-shoping . tapi takpe hadiah untuk mak setelah penat-penat jaga kiteorang . kirim salam je orang bandung tu eh.

sampai je kuantan hari jumaat , terus esoknya eqin call .
''sarah ! jum keluar ,rindu nak jumpa ni ''

yes!finally dapat jugak jumpa eqin setelah hampir 1sem takjumpa dia .

eqin ni banyak sangat tolong aku . dulu kiteorang penah cakap nak masuk BMI sama-sama.tapi rezeki diaa dkt UTHM .so , dia pergilahh ke UTHM sbb dia nak merasa belajar dekat johor . mak dia bole marah-marah lagi sebab nak suruh dia masuk BMI. Hhehe . that time jugaklah saya rasa macam nak tergedik-gedik masuk UTHM semata-mata nak dekat dengan eqin.tapi nak buat macam mane rezeki dekat gombak.


i wrote this thing on my diary past year ago .


i promise !

puan yeo 4




finally , spm . result my batch oke sangat which is dari 38 calon , 36 calon dapat A-. A+ ,A . baki lagi 2 calon dapat B+ .
dan akhirnya saya dapat B+ je . kecewa sangat sebab tak dapat banggakan pn yeo . sebab saya nk buktikan saya tak bodoh akaun .tapi ada hikmah jugak tak dapat A . kalau dapat A mesti mak suruh sambung akaun jugak .erkkk . taknak .mimpi buruk . hehe
alhamdullilah . dari 38 calon 3 orang je yang futher dengan enginering yang lain semua ambik akaun . let me tell you where all my friends now :

SITI SARAH - UniKL BMI , dip in engineering tech in medical electronics

NUR SYAQIRAH - UMP,dip in electrical engineering

HAZIQ - MATRIKULASI PAHANG , sains fizik

MIMIE NUR ELINNA/FARAIN AZIDA/MAZ/TEHA MAD/INTAN/NASUHA/NURULAIN/MIERAH/TIRA - MATRIKULASI PAHANG , accountansy

FATIHAH SALLEH/HANISAH ALWI/AMIR NURASYYID/MIRA SEPET/NAJWA BARNEY - UiTM JENGKA,dip in accontansy

SYA ROSLAN/SYAHIRA HANEEM - UiTM JENGKA ,dip in bussiness

AINASUHA - UiTM MACHANG , dip in information management

HIDAYATI IZZATI - IPG KAMPUS ILMU KHAS , Tesl

FATIN SYAHIRA - MATRIKULASI PERLIS , accountansy

IFWAT FATIHI - POLISAS, dip in accountansy

FATIN NABILAH SYAZWANI - INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL , dip in account

FATIN NABILAH - UNITEN

FATIN NABILAH ZAKARIA - UiTM SHAH ALAM , dip in music

AZYAN/DURAR/AQILAH- UiTM DUNGUN ,dip in accountansy

SURIA- UPNM , asasi pengurusan

yang lain tak ingat. and mostly sambung dalam bahagian bussiness . :)

dan bila dah habis sekolah saya tak pernah menyesal jadi nak didik pn yeo sbb dia ajar saya cara belajar yang betul .dan menjadi yang terbaik walau di mana pun

and the words from pn yeo yg saya takkan lupe time saya nangis depan whiteboard:

'' u tak payah lahh nak menagis sekarang ,u nangis lahh nanti bile u dapat result ''
i still remember .
ayat tu buat saya kuat sampai sekarang . thanks a lot pn yeo .

puan yoe 3


oke !
dalam kelas .every exam . every test . every quiz saya orang yang tercorot untuk subjek akaun .sebab hati saya betul-betul tak suka akaun !

dulu-dulu time nak exam akaun esoknya tu mesti pergi public phone sebelah bilik prep curi-curi call mak time waktu prep , call sambil nangis-namgis .

''mok ,sarah takut nak jawab akaun esok '

serius memang gigil kaki ni wei . takut sangat .

dan seperti biasa lepas exam saya antara yang teruk . oke .kalau dah exam dah teruk dia akan aim kite sampailahh kita ni dapat tahap dia nak .
so ,saya ni memanglahh kena sangat - sangat aim dengan dia . tiap kali ada akaun tiap kali tu lahh kene buat kat whiteboard sambil nangis-nangis sebab tak tahubuat . sedih sangat time tu . that time rasa marah sangat-sangat kat mak sabab suruh ambik akaun .

month by month kesedaran pun timbul .
dalam hati cakap penuh dendam sebab malu dah dengan kawan-kawan sebab tak pandai akaun .
tapi alhamdullilah i have a great friends that always bagi semangat . diorang lahh yang buat saya rasa saya kene buat pn yoe bangga dengan saya .

form5 .
start f5 saya dah jarang turun rehat sebab kene pergi klinik akuan untuk mereka yang lemah akaun .saya salah seorang dari nya .hehe .awal2 malu tapi lama-lama tak de hal dah .

alhamdullilah ,berkat kesabaran saya melayan kerenah akaun ni saya dapat lahh tgk prestasi dari f4 .start dari dari FAILED untuk 1st exam sampailah trial saya dapat B+ . time tu bahagia sangat-sangat ,.ye lah kan . usaha 2 tahun takkan tak berbuah ape-ape kan .
sambung lagi

puan yeo 2


oke . waktu 3 bulan terawal masu TI , yang ajar akaun time tu cikgi mastura . cikgu mastura ni cikgu practical dan saya tk faham satu ape pun belajar dengan cikgu ni . mintak maaf cakap .tapi serius doe .

oke .lepas cikgu mastura dah tak jadi cikgu akaun lagi PNYEOyang garang pun masuk lahh .
oke . sebelum dia mengajar kiteorang 1 kelas dah bising-bising cakap PN YOE ni garang gilerr .
semua orang baut cerita macam-macam .
dan akhirnyapn yeo masuklah kelas 4PENGURUSAN 1 buat kali pertaman nya . oke.
mula-mula rilek je .sampailah dia suruh dia panggil nama saya. 1st ayat dia keluar :

''I SUKA NAMA SITI ', SITI SARAH YOU MARI KELUAR ''

perrgghh! nak menagis time tu derr . dahlahh tak tahu ape2 akaun . confident level pun kurang . timetu rasa nak menangis je nak je berlari balik rumah nak tukar jurusan . TAPI hakikatnya khayalan je tu .

oke dan saya tak dapat buat soalan tu . so till the end of my school year , saya jadi budak AIM puan yeo . oke ! 2 tahun wei jadi mangsa whiteboard pn yoe. tahap kasabaran time tu memang sangat lahh tinggi . setinggi puncak everest !hah hipebola belaka .

mengantuk.bye!

puan yeo




assalamualaikum.
oke . tetiba-tiba saya terindu zaman sekolah , which is zaman sekolah menengah atas .ok saya bersekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN .teknik je . tak mampu nak sekolah sains .hehe
oke . biasalah kan kalauteknik ni mestilah aliran teknikal je kan tTAPI tapi saya bukan budak engineering oke ! saya budak akaun . atau kat TI KUANTAN budak-budak ni panggil budak PENGURUSAN . oke macam biasa kalau budak pengurusan ni kat TI KUANTAN mesti tak lari dengan PN.YEO which is cikgu yang mengajar akaun . she is very great teacher i ever had ! serius

oke , saya masuk teknik ni pun sebab pilihan hati saya sebab nak follow macam abg saya . tapi dulu abang saya ambik mechenical engineering . saya nak ambik jugak mechi tapi di bantah keras-kerasan oleh mak saya dan abang saya . hehe .mak cakap :

''anak mak dah ramai lelaki ,awak tak payah amik jurusan laki-laki . ambik akaun je . jadi perempuan sikit .''

oke ,tu lah nasib anak perempuan tunggal oke.

so, dengan tak de passion langsung dengan akaun , dengan tak minat ape-apa pun pasal bussiness , dengan hati yang BENGKAK saya pun masuk lahh kelas PENGURUSAN . demi memenuhi apa yang mak nak . taat kan? hehe

then ,alhamdullilah say masuk kelas 4 PENGURUSAN 1 .
masa ayah hantar untuk registration tu aah ada pesan ..
'' kat sini orang pandai-pandai ,jangan awk pulak jadi yang tercorot''
*i still remember the words .

sambung cerita.mengantuk .bye

KAWAN .

UNILEJ ??

hai ! malam ni saya nak cerita pasal universiti saya .
sebenarnya saya pun konfius nak panggil U atau KOLEJ . sebab nya .
kolej/universiti saya nama dia : UNIVERSITI KUALA LUMPUR - BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE
jadi dua2 pun boleh pakai kan .
so the final equation is : universiti + kolej = UNILEJ .. OKE ! mcm pelik derr .. haha .

saya matang !

oke . actually saya dah delete beberapa post sebelum ni .haihh . sebab nya bile baca balikk post sebelum ni terdetik dalam hati ''
alamak ! tak matangnya aku .haha " . apepun adatlahh tu kann . tak cukup dewasa .hihi . and now i;m 18TEEN .. that why rasa mcm terebih matang . HAHA .
petang yang sgt memenatkan melayan budak nih..

HARIZ HAIQAL..
sgtsgt lah hyper..sakit pinggang aku..
naek basikal dgn budak demoook ni.hehehe.
pastu bawak bdk demook ni pergi kedai bawak 20sen je..
tp mak oi amik ais krim wall's..
hahah...terkezuut den.
selamat pandai pujuk..
dapat lah pujuk budak tu beli gule2 seposeng due..
hehehe..

balok-pekan-kuantan

yes..today is my shooping time!! selonok2 bia pn takat kat pekan je.wuhhaa

dulu pergi tak bawak banyak duit baju cantik2 putih mata je nengokk..tapi peliknye hari ni bawak duit berguni 1 baju pn tak cantik.adush..kesian mak den.beria datang dari balok ke pekan ingat dapatlahh cari baju raya cantek2..tapi hancur
pastu adalahhh 1 adegan ni yang buat mak den rasa marah yang amat..

mak:berapa kain ni??
sang penjual kain:mahal ni dik
mak:berapa ??
sang penjual:boleh ke beli??
mak:saya nak beli lah ni tapi dah cakap mcm tu tawar dahh hati
(terkebil2 bijik mata sang penjual tu)
sang penjual:erm,rm 70


so,kepada mereka2 yang menjual kat lua sane jangan lah pandang sebelah mata dengan kami sang pembeli ni..kan dah lesap rezeki..

oke!!

pastu balik kuantan shooping lah kuantan je...

tapi memang musim kain sekarang baju tak lawa kot..habis jelajah kedai kain..
sume langsung tak berkenan dekat hati..
memang ta lawa..
heheh..the end .noktahh

i beli dua helai blouse.cun laa jugak.
dari langsung ta bawak hasil dari pekan..hahha

zina hati

Zina mata dengan melihat,
kedua telinga zinanya mendengar,
lidah zinanya bercakap
tangan zinanya berpegangan,
kaki zinanya melangkah
hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap.
Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh (HR Bukhari).


Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu ‘Tasawwuf’. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan.
Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..


Kemusykilan pertama: “apakah maksud detail zina hati?

al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:

berhasrat,berharap,membanyangi.
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Quran: “janganlah kamu mendekati zina (al-isra:32)


Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah mendekati.

Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan. Harap maklum.


Kemusykilan kedua: adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?

al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?


Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, sampai tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2).

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara'nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.


Kemusykilan ketiga: abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?

al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak

ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu Atoillah)

KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram.
Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga kemusykilan kedua tadi.

Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL.

Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.

Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi.
Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.


TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. yANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..

late meet the KECHEK..

..hari ini 'outing'ke bandar bersama kechek !!hahha..lepas jugak rindu ni.tapi terlewat sejam doe.hehehe..kesian kechek 1 jam jalan-jalan sorang2 tawaf ECM ..sory la kawan..before pergi ecm ,jalan nak pergi bandar jammed gilerr..biaselahh time budak sekolah terlepas..hehehe..so,dsbbkan sesak sgt ayah aku pun cakap nak pergi main saham jap..hhaha..adoi..ayah den ni mcm tatau je aku dah terlewat setengah jam..

so membatulahh diri ku kat dalam car tu.dalam 5min lps tu..aku ternampak couple ni..yang si perempuan tu bertemankan kawan dye ..tibe2 aku teringat lah zaman aku sekolah dulu.kalau korang perasanlahh 'kalau si perempuan yang kapel tu awal2 berkapel dengan laki tu mesti bawak kawan baek,dan melalui pemerhatiankulahh,kawan baek perempuan tu mesti yang lebih-lebih dari perempua yang kapel tu'..hehhehe..so,itulah yang aku nampak semalam..dan semestinye perempuan yang teman tu mesti buat muke kerek siket.haha..sejibik semalam..

oke2..lupekan kapel tu..melalut dah..

so,sampai lah ECM pkul TIGA
JANJI PUKUL due..hehhe..
so jalan2 shoping jap ..
pergi foodcourt
beli Icecream RAINBOW + jagung..
makan sambil kechek meluahkan perasaan kebencian,kekusutan.keserabutan dengan SISLUPEE..
after that...baliklahhh..
sekojapjee...
sobsob

meet the KETOD

hari ni naek skuter jalan-jalan makan angin jumpe si ketod a.k.a. sheda.rindu mangat dah 2 month ta jumpe minah ni.
*pic ni time form 3 ye..sangat kebudakan lagi*
amik dye dekat kedai pakcik nye then makan-makan kat 'blackstone'order laicikanggg and ABC.PASTU,pergi rumah meera..ya allah!!deebab gileer sekarang..mcm orang berkahwin.heheh.

pastu,pergi butik saffiyah usha-usha blouse,cute tapi mahall deh baek beli on9,half price dapat..hehhe.dah otw masuk butik tu wajiblah pergi ke 7E.hahha..aku suke msuk 7E ni sbb ade sorang akk ni asl aku jejak je kaki 7E mesti akk tu pandang da puas hati.aku pun tatau ape lahh masalah dye nngn aku..ke dye marah aku sebab selalu sangat beli SNEAKERS kt 7E.hhaha...ape lahh manusia sekarang..


selepas menyerempakkan diri berjumpa dengan akk tu,pergi balik rumah sheda,lepak tepi sungai..(perkara paling aku suke kalau pergi rumah dye)..so share lahh cerita selama 2 bulan tersimpAN Di ceruk hati ni..

kali ni pergi rumah gadis ni ta bawak camera pn.lerih..bawak camera mesti bawak beg buusaarr..part tu paling malas,so ta bawak lahh

away to terengganu

the things yg paling aku suke gilerr sbb dapat shopping habis-habisan kat atas 'pasor payang'..hahhaa..terutama asam.seriusly aku suke balik belah ayah sbb asl balik je mesti dpt ang pau.hahaha..balik t'ganu je mesti mewah hidup aku + belah ayah aku more like friendly..so,happy family..tapi tu no 2.tp paling best nye balik t'ganu ni sbb otw ke sana lalu ikut KERTEH..hehhe.yes.mmg aku suke giler lalu si ni sbb dapat tgk kilang petronas kirikanan .kadang2 funing kepala asyik toleh kanan toleh kiri
..



seriusly aku mmg fanatik giler tgk kilang2 ni.aku pn ta tau kenapa..kalau mase time berhingus lagi,aku slalu tgk dkt sebelah petronas punye kilang ade 1 tempat utk dye hasilkan api..kalo dulu api dye mmg besar gilos.aku slalu pikir agaknye kt situlah neraka sbb mmg ape dye besoor sgt..tp rupenye tmpat orghang petronas hasilkan tenaga untuk kilang2 seangkatan kat situ.TAPI skrg api tu makin kecik..kate ayah den.'SBB SKRG EKONOMI GAWAT,PRODUCT DAH TAK BYK BUAT' mcm tulah kata seorang trainee petronas..


kalau malam lagi cun habisss..
mcm malam cahaya pulak..yang kilang PETLIN mmg cun sbb kilang dye bermandi cahaya kaler putih..dan beribu batang lampu kalimantan.hehe..'
dan kat area kawasan ni tak buuleh nk capture gambar sesuka hati sbb camera ade 1 bahan yang boleh bikin explosion + kilang kat kerteh ni manyak kimia product(agaknyelah kot)sbb tu aku amik dkt GOOGLE je..


colours of my life


ni kawan baek time darjah 6..NAZURAH ..sayang dye gilerr..lost contact dari f1 till f5..langsung ta pnah jumpe dye selama 5 tahun..naseb baek ade fb..bertemu lahh kembali..mmg sayang dye sangat2..hehhe




apih..tue kan??mmg pn...dah 23..hehe..kteorg kawan dari f2 sampai skrag..dye mmg kawan sampai matilahh..simple.sempoi..mengarot.tp dye ng kawan terbaek aku penah ade
hehhe

hehhe..KETOD..tak kesah lahh..asl dyeorg mmg poyo,LAWAKING,comel..tersangat rindu sbb dah sebulan ta jumpe...bia pn 1 kampung je...kawan biase2 je dari f2 then kekal erat smpai skrg..ecceceh...hehehe...mok sllu ckp..dyeorg mcm kembar..ade gaye ke??dari aspek ketinggian adelahh kot..
hehheh....sayang lahh awok ezza & shedaa

nie..kawam terbaru dan terserempak kt TI KUANTAN..heheh...bapok ngn kechek...saye pgl dye bapok sbb dye jalan comel sgt...sumpahh..tp aku still suke pgl dye EYNASUHA..and yg satu lagi tu..fatihah..paggil kechek sbb ketinggian dye comel sgt...
hahhha...

comel kan
.
saya sebak sebab THANK YOU..

hari yang gUMbiiraa..lallaa


setelah sekian lame menggu...akhirnye..kawan baek aku col jgk hari ni..dgn lafaz..'aku tak marah kan ko lahh,fon aku ruusak..ta leh dengar'hhhhaaaa...
bahgie nye jantung niii..
hehhehee ..
lg 1 paling best..
setelah berjuta kali aku kol..
akhir sheda mcj aku balik..
dgn lafaz dri tangan'sory cyunk..aku tuka no maxis lahhh..malam ni aku col ye..sory tgh keje ni..hehhe..bye' sayang lahh awok sheda & ezza

ONE LITRE OF TEAR



hhaa...teringat zaman sekolah.(ececeh mcm dah 10 tahun tgl sekolah).mase dulu2 aku langsung tak minat cite jepun ke korea ke taiwan dan adik beradik beliau lahh..
sbb cite actor dyorg muke same je..susah aku nk paham cite ..
tp lps je aku tgk ONE LITRE OF TEAR ni..
adoi..
merah mate aku nages dlm bilik..hehhe...jiwang emas betul..
sumpahh aku ckp..cite ni menyentuh kalbu aku..ttusuk2..hehe..smpai skrg aku simpan lagi leratan surat khabar pasl sinopsis cite ni..gile kan..cite ni betol2 terjadi dan adaptasikan dalm drama ni..cerita yg mengisahkan aya ekuichi sakit spyrinicebal degeneration..(aku pkai hentam je..ntah betoi ke dok ejaannye).tp ade sorg mmt ni stil syg ni walaupn dye sakit..
tp aku fruss sket sbb time final episode aku tgk cite dlm keadaan kelam kabut..nk tau knp..
sbb hari tu mak aku ade bt makan2 kt umah..so berduyun lahhh kt umah tu...
pastu sume dok pakat tgk cite tu..
pastu bising2 tanye aku.."dye sakit ape?' 'dah lame ke cite ni?' 'knpe dgn dye??'
ta lah langsung nk fookusss..
hehhe..
tp kau berjaye jgj tgk cite ni sampai nanges2..hehhe

mara oh mara

Eeqa Mok 17 January at 23:12 Report
w'salm..:)
byk kelebihan nye dik..

**MARA**
Dri segi pointer (CGPA) kite kt university nti..
contoh (Final adik nti dpt pointer) :
1. 2.00 - 2.50 : adik just byr 30% (half) dri pinjamn penuh...
2. 2.51 - 3.00 : adik byr 25% dri pinjamn penuh..
3. 3.01 - 3.50 : adik byr 10 % dri pinjaman penuh..
4. lastly, klu adik dpt 3.50 above (DEKAN) : x payah byr pinjamn da..dikira sebagai biasiswa..:)

**PTPTN**
adik dpt pointer 4.00 sekali pon, still kene byr penuh..
sekrg PTPTN ade kaedh bru, die kurang kn pembyaran..tp still ade interest (bunge)...macm kite pinjam duit kt along, kn ade interest..ehheeheheh...

P/S :
ape2 pon, adik abes blaja nti...utk MARA 2, adik kene apply PENGURANGAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMN MARA...borng ade dlm website MARA..nti kene bwk bukti (transcript) adik nye pointer bape, so dpt la diskaun mcm akk kate tdi
TENKIU KAK EEQA...

ohsayedahhBESARlarr


pening deh...
nk isi borang upu..mak aku bese lahh ayat dia yg paling best..."amik cikgu je lahh"..
huhuhhu..sedap nyerr telinge aku dgr....
setelah mmbuat perhitungan yang begitu berjanggut..
aku agk larr aku nak amik MEDICAL ELECTRONIC..hehhe...6ti buuleh keje dkt hospital..boleh ler ngurat doktor....hehehhe.syiok planning..
hehhe..
tp course ni ade kat BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE ..tmpat laen tak usha lagi.tp baguih jgk..sbb senang dpt pinjaman mara..the best thing telinge aku dpt dgr miggu ni..
bile mak aku cakap "6ti aok masuk kt abg san je lahh,senang sikit"..waa..lega hati den ..bile mak aku ckp gtu..
GMi(german malaysian institute) best jgk..