Followers

Datang

Katanya ,

Keluarganya nak bertandang

30 Januari 2016

Perasaan ?

Nervous . Rasa nak lompat pastu rasa nak duduk balik . Pastu rasa nak diri lagi buat waves .

Hahaha

Mix feeling

Bunyi Hujan

Kadang dia macam .....

Shhhh , saya nak dengar bunyi hujan je .
And I start tu potpetpotpet ..
Againn ..
Shhhh . Diam diam . Kita dengar hujan jap .
Ambik masa untuk bertenang kejap

.................

Kadang sakit hati bila dia tak bagi kita cakap
Tapi kadang ,
Ajar untuk aku rilek kan diri dari bercakap banyak

....................

Tenang nya manusia yang aku sedang kenal hati budi nya ini .
Uweeeekk

Tige Semester Lagi !

Life getting so different than before
I've lost friends
Yes !
I've lost friends !
Macam pelik bila aku hilang kawan sebab aku memang suka cari kawan
Tapi ,
Waktu mengubah segalanya
Kadang aku di atas
Kadang aku ke bawah

Key is - SABAR

And sometimes .
Penat nak ukur takat dan define my Sabar

Fuh
3 Semester lagi !

Cacakir


Dan dia bukanlah sejenis manusia yang sentiasa membuat orang sekeliling tertawa
Tapi , aku suka sikap , pendirian beliau.
Kadang ajar aku untuk fikir sebelum cakap .
Hmm hmm  

Cakir


Lepas dia ketuk pintu rumah untuk jemput anak raja pergi kelas .
Duduk bawah hujan sambil tunggu anak raja bersiap .
What words should I say ?
Terima kasih untuk sabar yang selalu , Cakir
Seeing his smile , kadang buat rasa hati rasa tenang .
Moga dilancarkan segalanya .
Ameen .


Pagi Hujan Renyai Renyai 
15 November 2015 

Haluan

Dalam sujud itu
Dia bagi rasa

Mungkin ini terbaik
Kita ikut haluan masing masing
Ada ganjaran disebalik rasa ini

Mohon aku gagah
Moga Allah redha

Terima kasih untuk rasa yang sebentar



" la yukallifullahu nafsan illa wus'aha "
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 
al-Baqarah 2: 28




Bantu

Lagi terharu bilamana hectic week ni Allah bantu sangat sangat .
Maksudnya ,
Macam -- aku ada berderet test , berderet presentation dan muncul pulak kes 'test adhoc'
Nak ulang kaji cover semua topik tak la kan . sebab memang style aku pun  study awal , kalau study lewat memang kelaut mental tak hadap semua menda .

Tapi
Setiap kali nak jawab test 
Allah bagi aku 'rasa'
Macam ,
Topik ni Weld ni takkan masuk , tapi yang akan masuk advantage of weld . Kot

Masuk kelas ..
Taraaaaaaa .
Betul la 'rasa yang aku rasa tadi '





Little Surprise Make My Day

Rasa sangat happy sangat bila penat penat fikir hal belajar tambah dengan hal hal kelab yang memenatkan  tiba tiba ada orang datang bantu kita  .Jenguk jenguk kepala tengok tengah pegang penyapu . Barang semua dah tersusun cantik . Kemas semua dalam stor  .

Manis nya beliau dalam diam . 
Terima kasih awak 
Surprise sangat 

AS 

Lambaian

Dan
Masih segar ingatan
Saat lambaian dia dari jauh

Dejavu kah ?


Senai Airport 

AS

Past is past . 
Everyone can be mine 
So , Kalau nak jentik hati aku
Nah , ni no ayah aku  
019*******10
Apa apa terus dengan dia ye 

........................................................

I dont know why I'm so brave do like that 
But 
The end of the convesation 
I feel  calm and undefined feeling ; freeeeeee & happy 
No more resah . takut or else 


TQ


# chicken little

Luka

Bila mana kita cuba bergelak ketawa bersama hati hati yang sedang bahagia 
Aku juga bahagia 
Eh , Aku cuba bahagia 
Namun , 
Dalam diam 
Siapa tahu
Sendirian memeluk takdir 
Terpalit sedikit luka 
Saat kita berdekah ketawa bersama 



Kata



Kalau lah kau tahu aku suka kau 
Eh , Kau tahu tak ? 
Aku suka kau 

..
..
..

Diam sendiri 
Bisu seribu kata 
Lafaz dan kata  turun naik dalam dada sahaja 

..

Haih 
Berangan je mampu 
Kan ? 

Reminder



" Saya pi join usrah takut futur "

..
..

Thanks Yed 
For a short reminder for myself .
..
..

Rasa diri terbang jauh ke atas 




Cik Sarah ang cuba untuk move on 
Malam  yang hening di bulan Mac 


Senyuman

Terima kasih untuk rasa yang sementara ini 
Terima kasih untuk semua 
Terima kasih beri aku rasa bahagia 




Bila mana Sarah ucap terima kasih , 
There something behind her smile . 



Ketemu

Makin hari makin kurang semangat
Mungkin
Semangat semangat  insan yang selalu bersama aku telah hilang

Harap ,
Dapat jumpa kalian semua

Tanpa kekok

Lama sangat kita tak ketemu


Hampir setahun

Cerita kau dan aku
Makin berbeza .
Jauh beza

Dan ,
Moga ,
Kita segar bergelak ketawa tentang perihal seperti dahulu .

Yasarah , Kak Ainaa , Azizah
I do miss you all laaa !!




Balas



.........................................


Izinkan aku membalas kata kata mu itu ; 

Bukan aku membiarkan kau pergi 
Namun 
Aku cuma menunggu masa 
Untuk meluruskan lidah lidah ku untuk menuturkan kata kata ini 
Biar masa penentu cerita ini 
Kerna 
Aku takut 
Kau bukan dicipta untuk aku 

Dan 
Aku akan cuba untuk memberi sebuah erti di akhirnya 
Seupaya aku 
Aku tetap akan menunggu 
Kerna 
Kau punya nilai 
Bukan rupa 


.............................

Selama Malam Dunia 
Moga tidur lena 

Esok kelas ,
 Jangan lupa sapa aku ye !



Sarah 
8 Mac 2015

Karakter


Camping is all about good memories 

Jujur rasa malas nak menaip kisah yang hampir dua minggu berlalu 
Tapi ntah apa yang manghasut 
Ingin juga aku coretkan 

Kisah dia 
Aku pergi camping 

dan 

Aku teruja 
kerna 
Dia pun turut serta

Dari kampus aku 
Hanya 10 orang terpilih 

Dan 
Ditakdirkan 
Aku satu dapat cohort dan batch yang sama tarikh camping dengan 3 orang lagi classmates aku

..............

Jujur kata
Kalau nak cari calon suami 
Cari masa korang camping , hiking masuk hutan sama sama 

....................

Belum pernah saat camping 
Aku lihat dia marah 
Dia mengeluh 
Dia menyumpah seranah 

Walau sesat dalam hutan tebal tetap cool 
Walau kena maki dek tak reti tengok jalan masih steady tak marah 

Aku yang dengar pun sakit 
Namun dia tenang bersahaja 

Sama juga saat untuk selesai task yang diberikan
Dialah ketua yang sentiasa mengetuai ahli lain 
namun masih bertoleransi antara ahli kumpulan 

Saat gelap gelita di malam hari 
bila mana terpaksa berhenti dari melaksanakan misi 

Dia lah yang pertama menjadi si pencari kayu api 

Setulus dan sejujur hati aku ;

HE IS GOOD LEADER 

Dan 
Kau punya ciri ciri yang aku idamkan 

.................

Akan aku ingat tentangan mata itu 
Walau kau tidak faham apa erti dalam ini 


Akan aku ingat detik kita bergambar bersama 

...........................

Harap 
Suatu hari aku punya si dia yang duplicate gaya kau 
Aku bukan idamkan si budak bandar lagak seperti hipster 

Tapi cukup sekadar ; 
Budak kampung yang tahu serba serbi 



Kalau bukan dia bukan kau pun tak mengapa 
Asal ciri ciri itu sama

**gatal 
( Tapi tak salahkan aku aku mimpi angan angan sorang sorang ? )


...........................

Thanks MARA 
Thanks GEL Cohort IV PB 2
Thanks Cha 






Sarah 
Yang tiba tiba rasa lifeless
Selamat jadi Sarah yang tabah seperti  dahulu kala 
Because you can do it Sarah ! 








Unlock



Tengah melayan hati sendu 
Biarkan hati terus melayang jauh sejauh mungkin
................ 

Alhamdulillah 
Semester 2 sudahh 
Pantas masa bergerak 
Well 
Baru 3 weeks dalam semester 2 , 
Tapi terlalu banyak perkara berlaku 
Biar aku coretkan disini 
Sebagai tanda aku pernah alami dan rasa peristiwa itu . 
...............
Kejutan demi kejutan semester ni 
Termasuklah soal hati dan unlock certain achievement yang aku selalu impikan selama ini  . 

........

Alhamdulillah 
Aku terpilih ke program Global Excellent Leadership Mara di Jeram Besu Pahang 
Lagi , 
Terpilih sebagai Setiausaha KOR SISPA JPAM 
Serta Setiausaha Fame Society 3rd Batch 
Dan terbaru 
Semalam 
Aku dipanggil oleh pihak xx
Katanya ; 

" Tahniah , anda dipilih sebagai calon MPP kampus " 

What ?! 

Pernah mimpi untuk jadi calon MPP , 
Namun bukan tika dan saat ini . 
Pelan asal mungkin ingin calon kan diri sendiri pada tahun 3 pengajian 
Tapi 
Allah beri jalan ini 

.....................

Hmmmm 
Sedut oksigen 
Pujuk hati 
" Ada something yang Allah nak bagi "

Tiba tiba rasa tenang 









Cinta

Ada bait yang ingin diucapkan 
Namun , 
Ada perlu aku berdiam 

Teruskan melangkah seperti Sarah yang dulu 
Dan , biar Dia rencanakan sesuatu buat diri ini . 

Cuba untuk tidak memaksa diri 
Namun , 
Nafsu kuat menyatakan itu ini . 

Aku inginkan rasa itu
Tapi
Tapi 
Terhenti bila aku terimbas bait bait lama pegangan diri ini 

Aku mencari sesuatu yang pasti 
Yang mampu membimbing diri ini 
Yang telah lama hanyut 



Gembira Hati Ini

Semalam hari gembira  buat semua , mungkin . 

Buat penulis tinta dengan gaya penuh puitis dan tersusun . Merangkap juga sumber inspirasi aku untuk travel jejauh ; Mr Dsim 

sebab dapat offer yang luar biasa -- Msc Space Technology 

Hah lupakan beliau .

 Aku ada cerita yang mungkin menarik dan bahagia untuk aku . Muaheehhee 

.....................................................

Kalau post sebelum ni aku ada bicara tentang penat lelah aku untuk subjek electrical aku . 
I'm not good enough in this subject 
Jujur 
Konfiden aku zero 


Tapi 
Semalam 
Sir Electrical aku text aku 

" Congrats Sarah sebab score high marks dalam final " 

Whatttttt . 
Hah , sengih sensorang aku semalam 

Hhehhee

Usaha aku kecik , tapi Dia balas besar ni 

Alhamdulillah 
Result pun syukur sangat 
Walau tak capai target 3.69 yang aku impikan . 
Tapi takpee 
7 semester lagi untuk aku fight !

Infiruuu Sarah !!

#Randomly 2

 Engineer Perempuan . Relevan ke ? 

Syaqirah is Bachelor in  Power Electrical Sytem 
And , 
Syiqin is Bachelor in Electrical 

Both of them , dream to have their own company related to engineering fields  . 

Tapi , 
Aku masih bercita cita nak pakai coverall 
Masih lagi manusia yang suka tengok kilang dan plant

Hmmm , Weirdo saraah 

#Randomly

Engineer Perempuan . Releven ke ?

Engineering .
Macam aku boleh terjun dalam bidang ni bukan aku tak pasti macam mana  .
Kadang aku berfikir ,
Mampu ke aku tanggung tugas sebagai budak teknikal-- Bila mana sebut kejuruteraan sememangnya kaitan dengan teknikal things . Am I right ? 

Fikir lagi  ,
Aku tak lah sebijiak manusia yang mampu buat equation math 
Imu hisab lah antara ilmu yang aku paling tak suka . -- Bila mana sebut kejuruteraan , makpak mesti kata kena pandai matematik
Tapi jujurnya ,
Aku manusia paling lemah matematik

Fikir dalam sikit ,
Kenapa aku ditakdirkan dalam jalan ini ?
Macam mana aku mampu survive dalam bidang ini ?

Yeahh , I am currently Bachelor in Engineering kot !

Hai ,
Wahai sarah
Tabahlah menempuh hari mendatang .
Tiga tahun setengah .
Tak lama pun .

Dan , aku masih keliru .
Hahhaa .

Tapi  , hari hari aku suka fikir pasal Engineering . 
HaHAHA


Goodnight dear self !






22

Hai 
Entah apa lagi yang aku ingin ceritakan . 

Sepatutnya , saat ini aku mengerah jejari dan benak benak fikiran aku supaya memikirkan susunan jadual semester hadapan serta aktiviti aktiviti untuk budak budak FaME  . 

Tapi , Entah apa jadi . Sambil melayan lagu Leaving On Jet Plane
Aku kelaut  . 
Dasar mana aku selam , Jauh mana aku pergi . 
Berlarutan . 

..............................

Dua puluh dua dah rupanyaa . 
Hmm , masih macam ni . 
Tak matang 
Tak tahu apa apa . 

Moga bertambahnya angka kali ni , maka bertambah lah ilmu agama dalam diri . 
Rasa banyak sangat hilang dalam diri ini . 

...............................

Jadi hari ni keluar bershooping bersama Syaqirah . 
Memandangkan , Sabtu ni 17/1 dia akan pergi Umrah .
Rezeki dia . 
Walau aku dah plan setahun yang lepas , 
Dah booked flight
Booked hotel 
dan booking segalanya , 
Tapi , bukan rezeki dan masa yang sesuai . 
Jadi Allah hold dulu turn aku . 
*Visa tak lepas

Moga dapat jejak ke sana dengan hati penuh rasa kerinduan pada kekasihNya 

Dah keluar shooping , maka Topic of the day is

Engineer perempuan . Relevan ke ? 

Jeng jeng 

Angau

Makan aku tak kenyang  .
Mandi apa pun tak rasa .
Mengigil kesejukkan . 
Hujan masih terus membasahi bumi  ini . 
Diri aku masih disini .
Ntah apa apa  yang aku rasa . 
Tapi , bagai ada syurga dalam ini .
Kalut semacam aku rasa . 

Asyik terlihat mana mana pesanan ringkas dari si dia masuk . 

Aihhhh , 
Aku benci bila mana rasa ini datang lagi dan aku kecundang lagi 

Jatuh sekali lagi 
Mungkin aku terus tutup  . 

Beri aku peluang 
Dan , 
Jangan lari jauh jauh 


Cerita Electrical Installation

Sambungan ..

Allah Maha segalanya

Dalam keadaan memang sejujurnya rasa lifeless sangat badan ni
Aku langkah kan jua kaki ni pergi exam .

Sepanjang perjalanan aku dzikir .
Selalu kalau sebelum paper dapat baca 2 pipi alquran pun dah lega
Tapi , tak boleh baca
Terpaksa dengar je alunan surah dari corong corong telefon canggih .
Tapi , tak cukup nak tenangkan hati gundah ini


 Jalan dan terus sampai ke muka pintu hall .

Duduk .

Hati masih terawang
Apa yang aku hafal tadi ntah lari kemana ntah .
Aku bajet bajet cool .
Bajet bajet tenang .

Tak sanggup buka soalan
Electrical kot !
Aku nak tipu celah mana .
Calculation , Act
Fuhhh .


Hati gundah seratus kali degup debar
Tiba
Allah beri ilham selak helaian paling akhir .
.....
.....


Allahu , rasa nak menangis dalam dewan
Rasa nak sujud syukur sekarang ,
Rasa macam macam rasa .

Apa yang aku baca keluar sebijik sebijik
Apa yang aku hafal semuaa dalam soalan .

Speechless .
Usaha aku kecik sangat
Aku langsung tak mentelaah dengan bagusnya
Studi last minit
Tapi Allah bagi aku soalan yang aku baca topiknya .

Paling tak percaya diagram output compressor dgn input aircond pun masuk .
Yeayy , bila tgk soalan compressor masuk baru yakin nak selak soalan yang lain .

Selak dan terus selak .
Allahu . Alhamdulillah Ya Rabb .

.....................

Keluar exam dengan senyuman paling manis .
Dengan hati tak sabar nak cerita keajaiban Allah bagi dengan kengkawan

Walau aku tahu aku bukan lah calon untuk dapat 4 flat untuk subjek ni .
Tapi apa apa keputusan aku redha sebab ni je usaha yang aku persembahakan untuk paper akhir aku .

Sikit sangat usaha yang aku berikan .
Terlalu sedikit
Sikit






Exam Semester 1

Penat barangkali 
4 paper direct aku jawab untuk minggu ni   
Jari dah bengkak semacam 
Tulis jawapan untuk paper Hubungan Etnik pun pakai tangan kiri sbb jari kanan betul betul  tak mampu nak pegang pen. 
Bergilir gilir tulis . 
Cakar ayam tak payah cakap la . 
Sampai the end of booklet tu tulis pesanan comel -- 


"Sir , mintak maaf tulisan comot . Jari saya bengkak tak mampu nak tulis sebaiknya . Moga Allah beri ketenangan ketika sir menanda kertas saya in . Maaf Sir " 


....................................

Tak cukp tidur pun satu hal . 
Untuk paper Intro Fame aku mampu tahan lagi segala penat lelah dalam badan semua ni . 

Tapi , 
Lepas je paper Intro Fame  Jam 1 terus tidur . 
Sebab jujur nya memang badan dah takde tenaga . 

Bangun bangun pukul 6 . 
Bilik takde orang 


Terus perasaan sedih datang . 
Mungkin sebab bangkit tidur lepas asar . 


Ambik wudhu' 
Kebetulan Aliaa baru balik bilik . 

Solat . 
Dalam solat terus menangis 
Menangis mengadu tak larat pada tuan punya badan . Dia 
 
Otak tak mampu nak berfikir , 
Badan dah tak larat nak mentelaah . 

Tapi , alhamdulillah . 
Lepas mengadu pada Dia . 
Badan dah elok semula . 
Energi datang balik . 

Tapi , mood masih terawang awang . 
Sebab , esok paper Electrical Installation . 
Yeahh  , kelas dimana aku seorang je pelajar perempuan dari 7 orang . 
Dan , aku sorang je pelajar junior . 

Sbb tu mood aku terawang awang 
Tak tahu nak studi apa 
Tak tahu apa nak dihafal . 
Dengan tiba tiba sejuk satu badan , 
Rasa mahu demam 
Pinggang sakit 

Aku speechless satu malam . 
Walhal aku paper jam 2.30 petang esok 
Satu apa aku belum telaah . 

Tapi , Allah itu sebaik baik pembantu . 
Yang Maha segalanya . 


Sambungg ......................