Followers

Hikmah kah ?

" Setiap yang berlaku ada hikmahnya  "


...............................


Kadang aku berfikir-fikirkan , sama ada orang yang aku bertemu hari ini adakah mempunyai asbab tertentu untuk masa hadapan ?


Macam 

Berjumpa seseorang yang berpengaruh di dalam sesuatu industri . 
Berjumpa coursemate dari Universiti lain ; Siap menawarkan untuk mencari pekerjaan untuk aku dalam industri Biomedik lagi . 
Berjumpa dengan dental technologist yang hampir 5 tahun di German ; Lalu ingin menjemput ku menemani nya ke Bali menghadiri Conference dental disana . 
Berjumpa dengan bigboss Ritter dari Germany 
&
Paling bermakna bertemu sama Dr Zalinda ; Seorang doktor gigi yang sanggup menanggung kos rawatan gigi aku dan klinik nya dibuka untuk sedekah semata . 


Dan 
Aku berkira-kira 
Aku memang manusia kurang pandai mengambil peluang .

Diploma


Lalu tamat satu  lagi tajuk cerita dalam hidup Cik Sarah – Diploma . Usai jua diploma ini . Hampir 3 tahun bergelumang . Masalah tak henti kunjung mengunjung , tanda ujian dari Nya . Disusuli pula dengan manis jejak jejak zaman itu . Huh , Aku rindu .

Jujur , zaman diploma aku biasa biasa sahaja . Dekililingi tiga sahabat baik ;
Azizah , Kak Ainaa , & Yasarah  .

Dan , seorang roommate yang setia dari semester dua hingga semester 5  ; Atikah Nazari . * Budak baik . Untung siapa tulang rusuk kirinya .

Cerita diploma aku berbeza dari senior senior ku . Aku kira . Kerna zaman aku zaman teknologi . Masing masing setia dengan kecanggihan teknologi masing masing .

Bonding seperti zaman sekolah langsung tiada .


Tiada erti reunion
Tiada erti lepak sama
Tiada erti studi group yang sanggup share semua menda


Bukan setakat batchmate aku tak rapat .
Dengan coursemate pun  tiada  ‘bonding’ sebagai  coursemate
Ditambah sistem kelas bukan by group , lagi menyukarkan hubungan sesame sahabat – sentiasa bertukar classmates . Setiap kelas , beda orangnya .


Zaman diploma aku juga terlalu banyak konflik hubungan sesamA manusia . Entah . Makin hari sifat manusia itu makin rakus atau mungkin kerna aku belajar di Universiti swasta di Kuala Lumpur  maka sifat ‘lagak’ itu sudah sebati tertanam  ?

Hmm , Mungkin kah ?

Nyata , Diploma aku di BMI menghantui aku untuk terus ke sana atau sebaliknya .

Ntah , bila difikir-fikirkan – Aku ingin jauuh dari suasana ini .