Followers

Memberi dan Menerima

Wahai Encik Entrepreneur ,
sila ketepi .
Saya nak jadi keyboard warrior sekejap .

.......................................


Kadang - kadang kita bajet dah faham dan dah amal apa yang kita tahu dan faham. Padahal banyak yang kita lupa . Banyak yang kita tertinggal dan  sengaja tinggalkan  & do remind and keep remind to our self ni , yang hidup ini memberi bukan menerima

Hidup bukan untuk disuap tapi menyuapkan  .
Bukan sekadar menyuap rohani tapi fizikal .

Dulu aku ,
Sombong
Bongkak
Mengedik
Garang
Kedekut taik hidung masin
Apa aku peduli hati sekeliling


Aku berjalan lagi ..
Berjalan ..
Aku jumpa cara bahagia dari dia
Dia bukan lagi alim ulama , dia bukan lah tokoh tokoh hebat
dan dia bukan si pemakai khemah besar
Dia biasa sahaja


Dulu dia ajar aku ,
Memberi
Menerima kelemahan sekeliling
Dia ajar ku ,
Sabar
Tahan amarah syaitan ..

Dia cantik ,
Peramah
Pemurah
Pandai


Hidup nak bahagia kena selalu memberi Sarah , baru orang sekeliling kasih pada kita . Jangan makan sorang je   - Dia 

.....................


Nak bahagia kakak oi , kena pandai memberi . Buang hasad dengki . Buang ego ilmu tinggi awak tu . Buang sikap berpuak - puak . Bergaul lah dengan sekeliling . Letak kan husnuzon dalam diri . Tapi bukan di mulut kakak , tapi di hati . Niat untuk husnuzon . 
Sebarkan ilmu yang ada . Memberilah segala ilmu yang ada . Jangan simpan untuk kepentingan yang rapat rapat sahaja . Ilmu Allah meluas abang oi , tapi janganlah nak sorok sorok . 
Dapat terus tutup mulut taknak bagitahu . 


Anda akan sedar hidup ini akan akan muram , kosong sebab anda kurang memberi . 
Tak kesah lah , duit ke , baju ke , makanan ke apa apa je lahh kan .  Memberilahh 
Paling penting , berikan lah kasih sayang anda kepada sekeliling anda . 
Perfectly , awak akan rasa bosan sebab awak rigid dalam memilih kawan . Awak akan bosan sebab awak tunggu untuk menerima sahaja . 
Beri bahagia awak pada sekeliling , dan awak akan rasa bahagia . 
Walaupun , apa yang kita beri tidak dibalas , tapi Allah tetap akan titiskan rasa bahagia itu sebab kita tidak menerima . Kita memberi . Sedekah . 
In Shaa Allah , banyak dan mahal rezeki awak nanti 



Jangan tunggu untuk orang datang kepada awak suapkan segala untuk awak 

Andai , awak insan terpilih untuk menerima apa apa dari orang yang memberi , 
Silalah senyum  & ucapkan terima kasih . 
Buang sifat syaiton . 


....................................................


Aku menulis atas pengalaman 
Aku sedar selamanya tak bahagia kalau asyik tunggu orang bagi kita 
Tapi kita , terus duduk diam diam . 
Aku menulis atas apa yang jadi dalam landsan aku berjalan sekarang . 

Nak jadi positif , silalah rajing rajing pasang ikim, dengar Prof Muhaya ceramah .
Makan dalam kot 







Aku tak bahagia bila aku asyik menerima & aku bahagia bila aku memberi , 
Siti Sarah 







Kids




Hai Nazurah . Hai Fakhrulrazi .
Tadi ummi awak letak gambar ni ,  
Pastu
Cik Ngoh Sarah dah rindu awak ni . 
Rindu nak awak awak semua ni
Baring manja manja sambil sambil minum susu atas peha Cik Ngoh ni . 
Nak kekong kakak sebab kakak takut dengan orang . 
Nak dengar Fakhrulrazi baca Alfatihah potong potong . 
I'm gonna miss you wahai  kiddos kiddos yang comel lote ni .. 








Nak cium budak ,
Cik Ngoh Sarah 







#Random


Seperti bata bata melekat lekat
Menikam nikam tulang empat kerat ini  .
Ditambah lagi  simen padu yang menghentam lagi permukaan bata bata
Pedih
Keras

&

So many dreams swinging out of the blue
I want forever young








Malas pergi kelas , 
Sarah >'<

Ultraman

Assalamualaikum . 

Selesai menjalankan ujian ujian kekuatan tulang ! 
seperti biasa Di Kuantan Specialist Hospital 
yeahhh ! saya lepas .
Xray cantik ! posture tulang yang menarik !
No slip disc 
Ultrasound pun hebat . 
Doktor pun hensem dan baik !
Tapi tapi tapi 
  Doktors tak dapat detect apa apa yang peliks pun sekitar tulang- liver- pundi kencing  & rahim  . 
Itu suatu petanda yang baik ye sarah 
dan tapi mengapa aku tetap rasakan kesakitan itu . 

Doktors pun menggaru kepala melihat akan sihat nya tulang saya ini . 

Senanya , tak nak check pun . 
Tapi hari tu , berborak dengan nurse
Dia cakap takut effect in 6 years . 
Dimana , takut nanti bangun tidur  nanti dah tak boleh bangun kerana kerosakan di spinal cord
Tambahan pula , takut saraf saraf di bahagian saraf tunjang ni cedera . 
Jadi boleh membawa kepada lumpuh kekal . 
Ye lahh kan , semua saraf berhubung terus dengan saraf tunjang bagi mendapat feedback .
 Tok rhoti lah nak torang panjang panjang macam kelas human
Sedangkan Process repolarization , depolarization pun tergagap gagap nak torangkan .. 
Maka tertimbulah idea untuk berjumpa pakar . 







Ultrasound resultyang lagi tinggi dari cik sarah yang makin mengemuk ini . (:





Makcik jijah kita cakap nampak baby lah .. Lol
DIsebabkan tulang cantik
Organ dalaman pun cun seh
Makanya haruslah bersua pula dengan cik cik saraf yang kiut kiut pulak kan
So , next is Magnetic Resonance Imaging ye Cik Sarah  .. !!


Baru berharap semester 4 ni tak 'melawat' lagi hospital ..
dan dan je harus lagi melawat lagi 'staf staf 'sana .. 





Cik Sarah yang gemuk 

Reunion

Yeah cutiii , tapi not really cuti nokss . 
Tak menang tangan , plus with more more double ahhsengment .. 
Tapi tulah aku . Dah tahu kerja banyak main main lagiii .. 
Lot of pedoman hidup sarah  dah lariii . Jauhhh jauhh sangat . Yang terbang jauh jauh pun ada . hadoiii .. 
I need refreshing air . I need carrot cake with delicious creamy cheese . I need some freeze chocolate . I need some soft and sejuk sejuk punya yogurt . Ahhh , pleaseeee .. I need all that . 
 I dont want going back to my workspace .

.........................................

Photo with , Geng Meja Batu . 
umur 20 tahun , baru jumpa 
Semua ada kecuali Mimie .. 
13/2/2013
East Cost Mall jelahh kann . 


Saya , Hanisah , Syaqirah , Durar , 
Eqin , Eynasuha , Fatihah , Najwa 



Masing masing berjalan di jalan masing . 
Masing masing berjaya diatas jalan masing masing . 
2013 aku , mereka  dan dia dah pun besar . 
20 habaq hang .. 
2014 tahun masing masing Grad , 
Mungkin tahun untuk masing masing tunjuk gambar pakai jubah konvo . 
ahhh , copatnya masa berlalu ... 


Mereka ajar aku 'kawan'
Mereka ajar aku 'gedik'
Mereka ajar aku 'manja'
Mereka ajar aku 'bersaya awak' 
Mereka ajar saya buat muka ketat dengan Pn Yeo . 
Mereka ajar saya share bahagia kita untuk bahagia orang lain . 
Mereka ajar aku jatuhkan ego 
Mereka ajar aku jadi 'perempuan'
Mereka ajar aku 'sharing'
Diri saya sekarang adalah kerana diri mereka . 
I miss u guys .. 
Aku rindukan gelak besar kita dalam keadaan masih perpakain baju kurung putih , kuning , biru sambil dua buku tebal akaun di tangan . 

Imbau kembali mesin masa , 
aku hanya ingat senyuman kita semua .. 




..............................

Saya masih malas nak buat hw , 
Sarah 



#Random











I may have hundreds friends around me , thousands on social network, but I just stop and think , 
" how many friends are really there for me during my  hard times ? "


Doing some counting, in entire life and times, I may have less than 5 persons that truly cares about me .
 Sad story but it's true 




Apa apa yang terlintas


Facing the same problem again , which is , you have a tons , hmm maybe a 'grams ' of work need to be done but you stuck because you are confused which one u want to start first


And  when the moment come to me , I start to open my old text and my photo album , go through all the memories and I start miss each of them .. hmmmm , Tak bantu langsung la sarahhh .. 



Pagi pagi esok lagi , kelas medical instrument .. Hhuhuhu . 
Silalah , batman dan keluangman sekalian memberikan kekuatan anda kepada saya untuk menjejakkan kaki ini ke lab.. Saya sungguh fobia bila di soal tentang 'OpAmp' ..


Minggu ni Kuiz Entrepreneur , arghhh . 
sungguh rasa kembali pada zaman sekolah dulu .. 
sejibik sejebon belajar macam PKU .. 
ohh , Wahai keyword -keyword / sebutan-sebutan ' keusahawanan silalah laju laju masuk dalam kepala ni ye ...  
Tiba tiba teringat , surat cinta dari IPB nak bawak fly pergi Aust . 
Kenapa lah aku tak pilih track tu .. 
dan kenapa lah dua tiga minggu ni asyik teringat ingat tawaran tuu .. 
dan aku masih tertanya, 'Kenapa !' 

Pastu , sejak sejak rajengnya ayah aku online .. 
peliks !

Tahniah , untuk sepupu ku , 
Merangkap kawan kami adik beradik kami waktu mak ayah takde hampir satu bulan setengah
 sebab sebab dah kawengg !

Pastu , 
Saya makan herbalife tau !
bukan sebab nak kurus .. Nak kurus tu target no 10 .. 
Tapi , sebabkan untuk tulang belakang ku yang masih tercedera ni . 
Alhamdullilah , no more pain gang !
Serius  , Patut makanggg !

Esok , entrepreneur direct ! Malasssss !



oke , sekian sahaja updates dari orang yang sangat malas malas malas sangat pada malam berbahagia ni .. 
Ya Allah , merapu gila tulis ni ... 




Sarah si pemalas !



Nafsu

I've learn something from Halaqah tadi ,

" Jangan  kita meng-agama-kan nafsu  "

Dimana bermaksud disini , *ceeewah sarah , sastrono negara katakan .. Oke , berbalik yang asal . maksud nya , janganlah kita meletakkan agama kita sebagai pelepas nafsu kita . Aipp , jangan nakal nakal fikir yang bukan bukan . Nafsu kan banyak .

Nafsu Amarah
Nafsu Lawama
Nafsu Marhamah
Nafsu Mutmainah
Nafsu Raudiah
Nafsu Kamaliah
Nafsu Mardiah


Dalam halaqah kami membincangkan tentang isu couple couple ni , yang mana mereka meletakkan Allah sebagai aras untuk mereka saling berhubung . Faham ? 

Pernah dengar tak sekeliling cakap , atau kawan kawan kita cakap , 

"Aku cintakan Umaira sebab Umaira tu alim , baik , patuh agama , solat selalu bagi nasihat .. "

"Tapi aku tetap letakkan Allah paling atas sebab aku nak dapat redho Allah dulu . Kalau dah dapat redho Allah baru la best , halal je cinta kami ni  "


Persoalan pertama disini ialah , betul kah anda meletakkan Allah yang pertama di hati anda  ? Sedangkan solat pun macam nak patuk pokok je . Tung tang tung tang dah siap .

Persoalan kedua ialah , Betulkah Allah redha dengan dengan cara anda bercouple dalam menyampaikan dakwah ? Sedangkan setiap kali on call bermuah muah . Mana nasihat mu ?

Persoalan ketiga ialah , Halalkah awak dengan dia ? Only nikah buatkan acuan lelaki dan perempuan itu halal . 

Dan saya ingin ulang lagi untuk persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita  ? Tapi tapi tapi siapa dahulu yang anda cari ketika anda betul betul down ? boyfriend / girlfriend kan ..

Saya ulang lagi persoalan pertama tadi . Betulkan kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita  ? Tapi sebenarnya kita meletakkan Allah sebagai 'penyedap' untuk kita terus mengikut rentak nafsu kita untuk terus hanyut bersama kekasih masing masing kan  ? 

Saya ulang lagi persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita ? Atau meletakkan sahaja Allah itu  sebagai bualan kita dengan boyfriend / girlfriend kita supaya nampak kita concern sangat dengan islam . Kan ?

Saya ulang sekali lagi untuk persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita ? Sedangkan , setiap langkah kita ingat pada kekasih kita , terbayang bayang dia di sebelah sebagai perlindung ,  

dan sekali lagi ingin saya ulang lagi persoalan pertama tadi . Betulkah kita meletakkan Allah yang pertama di hati kita ? Kalau macam tu , sebarkan dan tebarkan ayat ayat cinta dari dia kepada sahabat sekeliling . Tapi , fact is .. Anda masih sibuk berkata kata soal kebaikan/kesweetan dia kepada sekeliling anda . Allah kat mana ? 



.............................................................

Bukan sekadar meletakkan Allah sebagai pengukur kepada untuk kita selesa untuk bercouple , tapi Rasullulah & Al Quran jugak .. 
Berhati hati lah dengan setiap perbuatan kita yang kadang kita tak sedar pun kita sebenarnya sedang ditipu oleh syaitoooonn . 


.............................................................


Jadi , Kawang kawang semua . Janganglah kita meletakkang Allah / Al- Quran / Rasullulah itu sebagai  satu penanda aras untuk kita terus melakukan dosa dan selesa melakukan dosa . 


.........................................................
Saya bertulis tulisan ini untuk peringatan diri saya sendiri yang lemah  yang banyak dosa . Tapi saya nak share jugak , supaya nanti  kalau saya dah takde kat dunia ke orang ingat jugak saya bila bukak blog yang takde followers ni . Kan ?

Saya pun manusia biasa , masih lagi macam dulu . Masih lagi berkawan dengan lelaki , masih lagi kasar , masih lagi macam dulu . But , i'm try my best . 





sarah  , 
1213