sila ketepi .
Saya nak jadi keyboard warrior sekejap .
.......................................
Kadang - kadang kita bajet dah faham dan dah amal apa yang kita tahu dan faham. Padahal banyak yang kita lupa . Banyak yang kita tertinggal dan sengaja tinggalkan & do remind and keep remind to our self ni , yang hidup ini memberi bukan menerima
Hidup bukan untuk disuap tapi menyuapkan .
Bukan sekadar menyuap rohani tapi fizikal .
Dulu aku ,
Sombong
Bongkak
Mengedik
Garang
Kedekut taik hidung masin
Apa aku peduli hati sekeliling
Aku berjalan lagi ..
Berjalan ..
Aku jumpa cara bahagia dari dia
Dia bukan lagi alim ulama , dia bukan lah tokoh tokoh hebat
dan dia bukan si pemakai khemah besar
Dia biasa sahaja
Dulu dia ajar aku ,
Memberi
Menerima kelemahan sekeliling
Dia ajar ku ,
Sabar
Tahan amarah syaitan ..
Dia cantik ,
Peramah
Pemurah
Pandai
Hidup nak bahagia kena selalu memberi Sarah , baru orang sekeliling kasih pada kita . Jangan makan sorang je - Dia
.....................
Nak bahagia kakak oi , kena pandai memberi . Buang hasad dengki . Buang ego ilmu tinggi awak tu . Buang sikap berpuak - puak . Bergaul lah dengan sekeliling . Letak kan husnuzon dalam diri . Tapi bukan di mulut kakak , tapi di hati . Niat untuk husnuzon .
Sebarkan ilmu yang ada . Memberilah segala ilmu yang ada . Jangan simpan untuk kepentingan yang rapat rapat sahaja . Ilmu Allah meluas abang oi , tapi janganlah nak sorok sorok .
Dapat terus tutup mulut taknak bagitahu .
Anda akan sedar hidup ini akan akan muram , kosong sebab anda kurang memberi .
Tak kesah lah , duit ke , baju ke , makanan ke apa apa je lahh kan . Memberilahh
Paling penting , berikan lah kasih sayang anda kepada sekeliling anda .
Perfectly , awak akan rasa bosan sebab awak rigid dalam memilih kawan . Awak akan bosan sebab awak tunggu untuk menerima sahaja .
Beri bahagia awak pada sekeliling , dan awak akan rasa bahagia .
Walaupun , apa yang kita beri tidak dibalas , tapi Allah tetap akan titiskan rasa bahagia itu sebab kita tidak menerima . Kita memberi . Sedekah .
In Shaa Allah , banyak dan mahal rezeki awak nanti
Jangan tunggu untuk orang datang kepada awak suapkan segala untuk awak
Andai , awak insan terpilih untuk menerima apa apa dari orang yang memberi ,
Silalah senyum & ucapkan terima kasih .
Buang sifat syaiton .
....................................................
Aku menulis atas pengalaman
Aku sedar selamanya tak bahagia kalau asyik tunggu orang bagi kita
Tapi kita , terus duduk diam diam .
Aku menulis atas apa yang jadi dalam landsan aku berjalan sekarang .
Nak jadi positif , silalah rajing rajing pasang ikim, dengar Prof Muhaya ceramah .
Makan dalam kot
Aku tak bahagia bila aku asyik menerima & aku bahagia bila aku memberi ,
Siti Sarah
No comments:
Post a Comment