Followers

mungkin ini yang paling teruk telah aku berikan kepada mereka .
berjuta maaf buat kalian , diri ini sentiasa tidak sempurna dan sentiasa ada sifat mazmumahnya  .
aku mengaku , jalan penyelesaian yang aku pilih ini amat sukar utk kalian terima .
maaf dari diri ini ,

sarah .
level 5
group members of management for engineers .

Published with Blogger-droid v2.0.4

manusia

entah kata kata apa yang ingin ku susunkan . cuma rasa kecewa yang amat menggunung sedang ku tahan .
manusia itu sentiasa ada khilafnya .
usia makin mengijak tua ,
pelbagai ragam manusia kutemui .  
inilah kehidupan ,
yang kaya menindas si miskin ,
yang pandai menindas si bodoh .
ada disaat kita ketawa ,
hilang disaat diperlukan .
aku penat mentafsir ragam manusia dan yang pasti aku bukan sempurna .

Published with Blogger-droid v2.0.4

akan kurindui

Hari ini dikejutkan dengan satu berita kematian . Ye kematian . Siapa sangka sedang enak aku bergurau senda . Aku menerima panggilan dari abg tersayang . Dia cakap "ayah we dah takde" . Aku masih lagi blur , betulkah apa berita yang ku terima ini . Aku cuba menyembunyikan lagi air mata ku ini dihadapan mereka dihadapan ku.namun , setelah aku meninggalkan mereka .satu demi satu air mataku jatuh .


Akhirnya,selamat juga ku sampai di terengganu setelh jauh berjalan semalaman . Rasa terkejut masih lagi ada dalam diri ini , namun ku gagah kan juga diri ku utk menerimanya dgn redha .


Tepat jam 0830 aku bersiap utk melihat si dia yang akan kurindui,selamanya buat kali terakhir . Aku terkilan kerna sudah lama kami tidak ketemu .


Aku duduk . Meminta si dia dihadapn ku menghulurkan aku peringan buat si mati , iaitu yaassin.


Ku baca dan ku ulanginya sebanyak tiga kali , hairan sepanjang menghabiskan tiga kali bacaan yassin itu aku langsung tiada rasa penat seperti biasa yang aku alami .mungkin rasa bersemangat untuk menyedekahkan kepada si dia yang aku sayangi . Sekali lagi air mata ingin laju menuruni , namun ku tahan lagi , ego ku sangat tinggi untuk menitiskan air mata di hadapan mak ku .


Tiba saat mayat sudah siap dikafankankan , ertinya sudah masa utk kami bertemu untuk kali terakhirnya walaupun dihadapan kami hanyalah jasad semata mata. Aku mengalah , ku turunkan ego ku ini . Aku menangis akhirnya . Aku menerima hakikat bahawa si dia betul betul telah pergi buat selama lamanya .





selepas ini , akan ku jejak lagi ke teratak itu namun pasti selepas,ini tiada lagi panggilan 'saroh' dari anjung tetarak itu . lagi pasti selepas ini tiada lagi suara seperti si dia untuk menasihati aku . akan aku rindu saat saat di teratak itu .


#dedikasikan untuk pak cik belah ayah yang saya rasakan hubungan kekeluargaan kami cukup rapat . saya terasa sangat kehilangannya walaupun telah hampir dua minggu dia di alam sana . AlFatihah buat Omar bin Nong .


Published with Blogger-droid v2.0.4