Followers

Jam 1.30 Pagi

Ampang Puteri Specialist Hospital
2.30 p.m


Senanya , tak sakit apa apa pun .. Mungkin pasal kes jatuh katil atau minor stress because thinking a lot of things . yes ! tiba tiba rasa sem kali ni mencabar dia peliks sikit ..
dengan microelectronics sir yang jarang masuk , dengan kelas electronics nya yang selalu digantikan dengan kelas tazkirah , tambahan lagi , group members yang langsung tak membina ,  kadang kadang suka sangat keep asking question ,

"sarah , nak tajuk apa ?"
"sarah, nak buat apa"

Huwaaa , berapa kali dah mmenangis depang yasarah sbb tak tahan di pressure kan sebegini ..



..................................................................................


tiba tiba terasa terharu ,
"ramainya take care pasal aku "

Thanks for those yang text , im dan bla bla bla laaah ..
Tiba tiba rasa malu pulak , sbb korang baik sangat .
Lagi terharu , pagi tu dapat call dari roommate kemudiannya dia menangis sebab risau sangat . *aww terharunya 
Thanks much , Kak Chanoi , Kak ainaa , Kak Sarah , Yasarah , Kak Ainaa Abduris , Kak Nor Pacheoli , Nurul , Baby , Baem , Syahrul , & Tikah my roommate , 

dan tiba tiba saya sedar yang saya lupa ayat ni ,

"Dan janganlah kamu merasa lemah , dan janganlah kamu berdukacita , padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu beriman." 





Lemahnya aku , cepat sangat kalah dengan diri sendiri . Malunya ...


go go sarah !
teruskan berlari 
jangan pancit 


aku sememangnya gadis yang lemah









Saya penat

Ya Allah , Give me a strength ..

Tiba tiba 'tekanan' tu datang , tak sanggup rasa nak menolak 'tekanan' ini .. 
oke , decided nak drop human . 
GILAKKK , dah lah esok last drop subject .
Oke , dah decided dengan sesungguh sungguhnya ni . Sungguh .. kita nak drop human 

 .................................................


Semalam jatuh katil . katil atas pulak tu , dan belakang badan ni jatuh dulu , dan sekarang ni nak berdiri sakit , duduk sakit , menonggeng pun sakit .. tak tahan dah . Tangan keep shaking dari semalam , muntah pun tak habis habis ,dah masuk 3 hari ni .  
ahh malas nya nak pergi jumpa Dr Ali Noor  .. 

................................

Dada turun naik . 
aahh simpton minor stess dah sampai ..
 please , shuuu ..shuu .. Jauh dari saya sekarang .. 


Biarlah tak rapat asalkan always take care pasal kita ,
 tu pun dah cukup indah untuk kita lalu jalan sukar macam sekarang ni . 
Thanks for always be with me . 



Ramadhan Berlalu

Sedih meninggalkan bulan tarbiyyah ni . we're getting older , we finally realise that Ramadhan is actually the month worth waiting for . Lain feeling raya kita waktu zaman hingusan berbanding sekarang . Tak puas lagi nak pergi tour masjid ke masjid .Ramadhan kali ini terlalu cepat . cepat sangat rasa masa tu pergi .. sungguh pantas . Belum puas rasanya nak iktikaf dan tarawih di beberapa masjid . Alhamdulillah , Allah turunkan  dan berikan aku merasai kemanisan iman bila beribadat .

Sungguh ramadhan kali ini begitu bermakna bagi aku . Berjalan berdua bersama baby demi merasai kemanisan ramadhan yang sungguh buat aku ditarbiyyah . Dari tudung bawal yang amat jarang gila tu sampai lah saat ni mampu keluar berjalan dengan tudung bidang lebih besar .

Senanya , best kot pakai tudung jenis yang besar besar ni , serius cakap lagi payah korang pakai tudung bawal tu nak nak time dia tak tegang . I mean waktu tak jadi bentuk muka yang diinginkan . Pakai tudung jenis besar ni mudah sangat nak tegang , you cabut bukaklah berpuluh kali  pun , bila pakai balik .. taraaaa , tegang jgk.. i dah rasa you , time tu i pergi qiam tour dkt masjid As-Syakirin,Gombak . Time tu gedikss dgn baby nak pakai tudung labuh , kononnya sbb qiam .. jadi berpura pura buat buat baik . Baby pun pakai tudung bidang besar dari yg dia biasa pakailah kan . Disebabkan masjid tu tandas di bawah . Jadi terpaksa lah cabut pakai tudung tu berulang ulang kali . Then tgk ada kawan ni dia pakai tudung bawal .. makk aihh , leceh la .. kitaorg jgk senang . Dah la senang , selesa pulak tu .
Lepas dari tu terus ajak baby , pergi UIA beli tudung bidang besar sikit . And the most part paling terkejut bila baby beli tudung syria saiz XL ... peh peh , saya yg besar ni pun tak de kekuatan nak pakai XL . Ni baby yang kecik molek tu . Comel sgt .. she vhery vhery sthrong and alwaysz make me setrong
  ..
Senanya , hajat nak pakai tudung besar besar dah lama ada . Tapi sebab ego tinggi taknak tunjuk depan mak yang anak perempuan dia ni pakai tudung bidang besar . Jadi saya simpan je rasa tu walaupun dalam hati nak sangat pakai tudung besar . Nampak manis sgt si pemakai  .
Perasaan nak pakai tudung bidang sikit ni makin membuak buak bila saya refleksi semua menda yang jadi depan mata , selalu bertadabbur .. that time cuma pikir , 

Nak dapat syurga allah , kita kena hebat di mata allah
Nak duduk aman dalam kubur nanti , kita mestilah cukup ilmu amal , ibadah .
Nak jadi muslimah hebat , kita kena hebat cari ilmu untuk jadi muslimah hebat

Nak dapat anak anak yang comel pandai pandai , kuat agama yang boleh jadikan aset kita di syurga nanti makanya 'ummi'nya haruslah hebat dalam ilmu agama juga .
Nak jadi orang hebat dunia akhirat , makanya aku haruslah pandai imbangkan ilmu duniawi dan juga ukhrawi 

Nak dapat husband yang hebat ilmu agama  , kita kena control our self sbb lelaki yang cukup amal nya tak pandang perempuan yang 'murah murah' . so , saya kena lah jadi yang mahal mahal .. ;p . kan ?


Jadi dengan bantuan Eka , Baby , Natriah . Aku kuat untuk duduk dan berjalan di jalan ini . In shaa allah .

Namunn namun , aku bukanlah 24/7 pakai dan tutup semua perhiasaan aku ini . Aku tahu aku masih lemah , masih baru .. kadang kadang nak jaga semua tu payah sangat sangat . Nak nak bila duduk beraya dengan keluarga . Cepat je lengan baju ni naik . Dah terbiasa kan . Mungkin dari segi lengan tu boleh lagi la jaga . Tapi kaki nii payah sangat sangat nak jaga . Yelah , kalau kerja nya duduk je dekat dapur dari pagi hingga petang cuci pinggan hurmm tak ke diri ini rasa peliks . Yang tu  payah lagi saya nak jaga  . Memang payah sangat nak jaga . Dan aku bukanlah terus terusan berbidang labuh ni , kadang kadang kalau tudung bidang besar tak de warna sama dengan baju nak pakai terpaksa jugaklah lah tarik tudung bawal tu .. tapii , dengan cara yang lain supaya tak nampak leher tu .
Kan kalau perasaan tudung bawal tu senanya kalau kita pakai bayangan leher itu masih lagi nyata ye kawan kawan . Makanya , saya telah beli satu mini syria lah saya panggil sebab dia cara pakai mcm tudung syria tapi jenis kain dia cotton murah . Jadi bila pakai dengan tudung bawal dia jadi ada 3 lapisan  . Makanya , bayangan leher tu takkan nampak pun . Menda alah ni payah sikit nak cari , kalau cari dkt masjid jamek gerenti tak jumpa . Ni pun saya beli dekat UIA . Dekat UIA je ada . Anyone ? Haha

Dan dan bila pakai tudung besar besar ni paling best sekeliling hormat kita . Yang ni paling saya rasa . Contoh1,
Kawan kawan tengah gosipp kita masuk mencelah dan diorang payah sangat nak ajak kita gossip gossip sbb mungkin diaorg rasa kita tak layan gosip gosip ni kot . Padahal kita layan lah awak tapi sebab awak tak nak cerita makanya baguslah utk kita awak , sebab dapat hindar dari dosa gosip gosip ni . Kadang kadang mulut ni nak je  bergosip tapi kena  keep thinking banyak kali  dulu dalam hati ni .

'Ada bukak aib dia tak ?' 


Tapii , aku masih aku . Masih cuba membaiki diri .Kadang terlepass jugak . I'm not perfect yet .


Contoh 2:
Hari tu kita ada turun dari surau senanya hantar dobi , kemudian terdapatlah sekumpulan Adams sedang melepaks di bawah tu . Kalau sebelum ni ajak je kita lepak sama , borak borak . 
Tapi sekarang , diorang bila nampak kita diaorg punya reaksi tu lain sikit , diorang akan tunduk dan senyum . Kan rasa dihormati tu . Ececeh..

Dan bila ber'khemah' besar ni saya rasa maruah saya terjagaa . Sangat terjaga sebab mungkin perhiasan perhiasan tu dah ditutup makanya tak de lelaki pun nak tengok . Yang ni saya mengaku sangat sangat .
There was an accident , waktu jalan jalan pergi klcc sambil pakai jubah dgn baby , dekat taman tu ada orang tegur kitaorang siap berzikir lagi nampak kitaorang . Sekurang kurang mereka menghormati kami dengan zikrullah , dan tak de nya buat bunyi mulut yg sangat annoying tu . See ...

Entry ni ditulis pada malam hari raya kedua , orang lain sibuk melayan mael lambong , aku sendirian menaip keseorang didalam bilik . Memandang kampungs i takde wifi , makanya aku haruslah buat as note dulu dalam smartphone ni kemudian copy paste dkt bloggerdroid kemudian save as draft barulah edit betul betul . Fuhh , panjang betul perjalanan si entry . Entry ditulis khas dari Terengganu ,


Walau gelak aku kadang kadang lupa diri , jalan macam lelaki tapi alhamdulillah , fitrah aku masih wanita .. dan aku bukan sesempurna yang kalian lihat . Aku masih lagi bertatih mengutip kekuatan di setiap ceruk .



Pergilah rasa ni , pergilah bersembunyi . dan datanglah hingga aku benar benar bersedia 
atau 
aku sudah benar benar bersedia ? 
Allahu Rabbi ,please guide me . 











Published with Blogger-droid v2.0.6

Overnight

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah , walau tak pernah bersua tapi aku dapat rasakan ukhuwah antara kita . Mungkin istimewanya ukhuwah ini mungkin kerana  kami mencari cinta Dia .

Akhirnya tercapai jugak impian nak solat terawih di masjid UIA . Thanks Kak Radhiah , moga allah membalas jasa baik akak .
Senanya , antara saya dengan Kak Radhiah kitaorg tak pernah bersua muka pun . Berhubung pun dalam fon dan kadang dalam mukabuku . Kenal Kak Radhiah ni sbb dia salah seorang ahli PEMBINA  . Dia sangat rajin tanya khabar saya dan paling best ajak saya berusrah dgn dia .. pertama kali rasa berada dlm  bulatan gembira .

Tepat jam 0700 , kak radhiah jemput dkt BMI naik motor . Time tu rasa shahdu je dlm hati  . Baiknya mereka mereka ni sanggup tolong saya ni walaupun tak kenal langsung hati budi masing masing .  Pertama kali naik moto dkt bumi gombak !

Sampai sampai , mak aihh . Besor nya masjid UIA ni . Rupa2nya selama aku naik dan tawaf masjid UIA tu senanya hanya suku je . Mungkin tak sampai suku kot aku tawaf masjid tu . Mak aihh , macam masuk bangunan admin BMI pulak aku tawaf , naik turun tangga ..

Sampai sampai suasana yg sgt sgt berbeza dgn BMI ku kira , masing masing sibuk dgn perihal masing masing . Namun seperti satu budaya di mana setiap kali yg dicapai dari beg galas itu hanya lah senaskah tafsir Al-Quran . Duduk bersila lalu dibacakan kalam suci itu . Begitu juga situasi yang aku alami . Sebentar tadi baru saja bergelak ketawa bersama namun sapaan lembut dari Kak Laika buatkan aku terus duduk diam lalu teruskan bacaan ayat suci itu
.
'Jom sarah kita tilawah ' .
Lembut dan bersahaja tarbiyyah itu .

Solat terawih
Berbeza dari terawih terawih yang lain dimana kondusinya sungguh berbeza . Dari segenap pelusuk manusia datang menyembahMu dengan pelbagai cara namun dengan satu nawaitu , lillahitaala .

Bacaan imam nya , subhanaallah , ku kira mungkin 3 pipi ayat quran dibacanya . Kaki ku mula mula sakit  , lutut mula senget sebelah . Terlintas di fikiranku gagahnya kekasih Mu Ya Allah . Nabi yg Allah ampun kan dosa dosa dia pun dan yang Allah dah janji syurga pun masih rajin beribadat kpd Allah sebagai tanda bersukur atas apa yg telah Allah berikan . Kita ? .. hurmmm , kene sebutir atah pale .



Qiam ,
Dipertemukan dengan seorang kakak yang sudah  berpunya 2 orang hero lelaki . Lepasan universiti di Australia . Hebat ! Berjilbab labuh  . Sejuk melihat wajahnya . Anak anak nya pun comel comel belaka . Namun , apa yg membuatkan aku kagum pada nya adalah cara dia mendidik anak anak ke rumah Allah . MasyaAllah , bukan kah bagus membawa si anak kecil melihat islam sejak kecil lagi . Sanggup berjaga malam demi sujud padaNya namun langsung tidak mengabaikan si anak yang sedang merengek di tepi . Membaca al quran sambil anak di ribaan . Ohh manisnya didikan sebegitu . Moga moga aku juga menjadi 'ummi' sebegitu . In shaa Allah

Bacaan Qunut paling lama pernah aku dengar  kira kira hampir 20 minit imam itu menadah tangan membaca kan qunut . Ku kira itulah qunut yg paling lama pernah aku dengar namun bila ku ceritakan pada ahli keluarga yg lain rupa rupa nya cerita adikku lebih menarik . Dia pernah merasa menadah tangan bagi bacaan  qunut selama 50 minit .. hebat sungguh orang kelantan  . Hebat sungguh tarbiyyah di sana 
dan i keep rethinking kenapa bila aku cakap pasal orang dari kelantan atau something dari kelantan  mesti tunjuk muka macam orang orang negeri tu sangat sangat mengelikan .. anda faham maksud saya ?


Sesudah solat subuh fikiran ligat ingin balik BMI  awal . Badan penat sangat . Namun , kak radhiah ckp ada bacaan al mathurat dgn usrah sekejap . Alhamdulillah , pertama kali bermathurat dan rasa dia sangat best dan diri ini tersangat lah malu kerana masih merangkak tergagap bacaan al mathurat sedangkan hidup di muka bumi hampir menginjak ke 19 tahun .

'Maka nikmat Aku yang manakah kau dustakan ?' 

Alhamdulillah . Impian nak solat dkt masjid uia dah tercapai, check! . Suasana yg best , bacaan imam kadang kadang menyentuh lembut hati ini . Buat kak radhiah , kak laika , kak mai . Terima kasih atas jasa baik akak akak semua . Semoga allah membalas jasa baik kalian dalam membantu saya melihat islam di bumi UIA . Semoga benih ukhuwah kita terus tersemai menjadi pepohon yang rendang buat aku berteduh di Jannah suatu hari nanti . In shaa allah .

 .
Some people out there tak suka saya join usrah dengan budak UIA . hurrmm . Kelakar lah awak ni . tak sangka pulak awak kolot macam tu sekali dan don't you know the meaning of privacy ? 
check sms bagai , gallery segala dalam hp org kot kann ?
saya tahu awak nak tarbiyyah saya , tapi awak  tu bukan cara dia dan detail lagi , saya dah tawar hati untuk bersama awak .  

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tambun

Tambun,
beribu cerita tentang mereka .
kecil lagi sudah biasa ditinggalkan .
keseorangan bertatih mencari makna hidup
sedangkan aku  .
kecil lagi terbiasa dimanja , bermanja .
buat
syafiqah , nurul , ima , nurin .
terima kasih kerana mengajar aku erti hidup .

Published with Blogger-droid v2.0.6

Masjid Tour 2


Assalamualaikum ,

Kalau semalam saya pergi Masjid AsSyakirin , Sri Gombak dengan Masjid Zakaria , Sg Pusu .. Alhamdulillah . lancar semua ...
dan hari ini , nak berjalan lagi mengikut rentak hati dengan kaki .. Senanya , saya teringin nak jalan jalan cari masjid sebab kawan kawan sanggup dari Toulouse ke St Petersburg semata mata nak jumpa kawan kawan usrah . Duduk sana bukan lah dah berkurun tapi baru lagi tapi ada kekuatan untuk travel semata mata nak cari cinta Allah . Tapi aku , duduk Malaysia tak pernah pun travel dengan kawan kawan nak pergi masjid ke masjd ke . Join usrah ke .. yang tahu pergi movie , hang out , karok ... Tahu berjalan mencari cinta syaitoon je . Jadi cuti semester lepas , tekad sangat sangat nak ajak seorang dua kawan utk teman kan saya jalan jalan tengok Islam . dan Alhamdullilah , Baby buat saya kuat sangat . Dia ikut je apa yang saya nak buat .

Jadi hari ini , saya bersama si baby yang comel tu rancang nak pergi KLCC dan berbuka dekat Masjid Asy-Syakirin  .Sampai je sana dah nampak makanan terhidang , jadi kami join je la .Macam macam manusia jumpa ada  yang hebat ada yang kurang hebat namun aku tetap beruntung menjadi aku .  Pada awalnya , rancang nak tidur dekat masjid tu je sebab nak terawih dekat sana tapi tiba tiba dapat Msg dari Eka cakap , malam tu ada Qiam dekat masjid AsSobirrin ,Melawati .. Hati ni tak nak sangat pergi Qiam tu sebab nak sangat terawih dekat Asy-Syakirin sebab waktu solat Maghrib tu imam dia baca YaAllah , best sangat , menangis hati ni rasa . Syahdu ! .. tapi Baby pulak nak sangat pergi Qiam tu . jadi
nak tak nak saya kena mengalah ..  Hati ni rasa sayu sangat nak tinggalkan masjid tu ..

Add caption


Jadi lepas solat maghrib , terus ambik train balik gombak ..
Bersiap dan tiba tiba peristiwa cincin tunang yang fake tu hilang lagi lah buat saya nak menangis sungguh sungguh ..
Lepas call mok ,everything turn to positive ..

Sampai je sana , wow .. kaya nya diorang !
tapi bangga tengok makcik makcik ni , solat terawih 20 rakaat .. aku yang muda ni pun sakit lutut lutut ..

Disini , saya jumpa ohsem people .
Bayangan ,
Qiam malam tu perempuan 3 saf penuh , saya menangis tengok diorang semangat sangat nak qiam .
Bacaan imam , sungguh menusuk kalbu . Semua jemaah menangis ..
Tak tahu nak cerita macam mana tapi Masjid AsSobirrin masjid yang paling best pernah saya pergi !

Subuh di sana lagi la rasa terharu .
Walaupun masing masing bawak BMW dan bla bla bla yang hebat
tapi diorang tak lupa nak jemaah subuh , ini mungkin tanda mereka orang berjaya ..
Bayangkan , subuh dekat sana macam terawih . Jemaah penuh satu masjid ! faham tak penuhh satu masjid . ramai sangat !

Subuh di As-Sobirrin bukan terawih


*Tinggal masjid shah alam dengan kuantan je lagi

Masjid Tour 1

Assalamualaikum

Alhamdullilah . Hujung minggu ni saya sangat bahagia .
Alhamdulillah , Allah memudahkan urusan kami .
Alhamdullilah , seminggu dekat sini akhirnya saya rasa hampir dapat apa diri saya mahukan ..

Semingu dekat Bmi , hati ni selalu rasa kosong .
Menangis tanpa tujuan tak tahu kenapa .
Kadang kadang pandang dinding pun boleh menangis .
Hati rasa tak menentu
Sampailah , satu hari tu . Kak Radhiah ajak jumpa buat Tadabbur , Tadarus dan Tazkirah.
Alhamdulillah , dah jumpa geng usrah luar dari Bmi .

dan jumaat tu , kitaorang takda plan pun nak pergi mana mana .Cuma cakap dekat baby , yang hati ni rasa kosong tak tahu nak isi apa .
Jadi kami decided pergi Uia ,sebab saya tahu kalu  pergi Uia saya boleh lepas air mata ni laju laju sebab dekat sana je saya rasa islam tu wujud . Sebab bila tengok sisters kat sana ayu ayu pakai tudung labuh serius jauh berbeza dengan diri ini . Baru tahu kerdilnya diri ni .
Lepas dah buat reflection sana ,balik Bmi berbuka dan tiba tiba dapat Msg dari Mr Messi Baby . Dia cakap malam tu , Ustaz Don datang masjid belakang Bmi ni . Wow , Ustaz Don laa . Ruginya kalau tak pergi ..
Dalam keadaan last minit kitaorang bersiap dan pergi Masjid Zakaria pun pakai redah je  dengan tak de transport nya , dengan tak tahu ceramah tu akan habis pukul berapa kami cuma serahkan segalanya kpd Allah sebab saya tahu Allah akan bantu hambanya yang mencari cintanya .

dan kebetulan malam tu jugak Bmi ada buat Qiam tour dekat Masjid AsSyakirin , Sri Gombak .. Tapi kitaorang dah terlepas bas .. Jadi kami pun stay je lah dengar ustaz ceramah ..

dan ..disebabkan baby nak sangat pergi qiam tu .Maka Allah beri jalan dkt kami . Everything going very very smooth . Lepas ceramah , terjumpa Kak Biha . dan dia tanya .. Kitaorang tak pergi Qiam ke dan bla bla bla ..pastu kitaorang cakap la , tertinggal bas , nak balik Bmi dah lambat dan bla bla bla .. tiba tiba Kak Biha
offer,
'Jom la ikut kitaorang , kitaorang boleh ambik kereta kalau korang nak ikut '

dan apa lagi . laju kepala kami mengangguk tanda setuju .
Bahagia sangat hati ni bila dapat pergi dua dua .

see , Allah is the best planning ever..


Cincin Tunang Hilang

Assalamualaikum 

Bahagia nya kita dengan awak masa ni 

Tajuk tak boleh blah langsung kan .. bajet je dah tunang .
Semalam , hati kecik saya ni rasa sedih sangat sangat bila mendapati sebentuk cincin emas yang bertakhtakan sebutir permata  yang sentiasa menghias jari saya dah hilang dari pandangan . Tak tahu nak cakap apa , rasa kehilangan terus . Kalau pegang tangan kanan , tiba tiba rasa cincin tu dah tak de rasa macam  tak lengkap je jari ni .

Cincin tu hilang waktu lepas mandi , rasanya cincin tu dah tercampak masuk dalam salur air kot , Puas cari tapi jawapan hanya menghampakan rasa hati ni .

Senanya cincin tu mak yang bagi dan bukanlah cincin tunang *bajet je ada orang dah masuk line kan .  HAHA , tapi disebabkan , ramai sangat yang tanya macam macam pasal cincin kat jari tu , jadi jawapan malas nya saya cakap lah , cincin tunang .
Tapi tu lah , ada hikmah jugak cincin tunang tu hilang . Mungkin Allah taknak bagi aku buat dosa menipu orang kot , haha ..

Sebelum hilang tu , i was really beria - ria tangkap gambar cincin tu , balik je outing .. terusss tak jumpa .. sobsob ..

Sedih kot cincin tu hilang sebab that only harta yang parent saya bagi dekat saya sebagai tanda anak perempuan tunggal . Adik beradik lelaki mana dapat . Jadi bila pakai cincin tu saya rasa sangat bertuah sebab saya sorang je princess dalam family . Tapi sekarang ... tak boleh dah nak bajet bajet depan diorang yang kak yah diorang ada cincin .

Tapi Alhamdulillah , mok sangat oke bila saya mencerita berita yang amat sedih itu ... Mok rilek je , anak dia je yang gelabah ayam lebih . Mok cakap , 'takpelah bukan rezeki awok la tu , redha je ..'



hei awak , saya sygs awk tau . kenapa hilang tak nak bagitahu saya . Jari saya ni sedih sangat awak tak de  . Please datang balik duduk dengan jari saya ni



Tak pernah rasa kehilangan macam ini ,
 please hati jangan nak menangis kehilangan sangat la ..