Followers

Ramadhan Berlalu

Sedih meninggalkan bulan tarbiyyah ni . we're getting older , we finally realise that Ramadhan is actually the month worth waiting for . Lain feeling raya kita waktu zaman hingusan berbanding sekarang . Tak puas lagi nak pergi tour masjid ke masjid .Ramadhan kali ini terlalu cepat . cepat sangat rasa masa tu pergi .. sungguh pantas . Belum puas rasanya nak iktikaf dan tarawih di beberapa masjid . Alhamdulillah , Allah turunkan  dan berikan aku merasai kemanisan iman bila beribadat .

Sungguh ramadhan kali ini begitu bermakna bagi aku . Berjalan berdua bersama baby demi merasai kemanisan ramadhan yang sungguh buat aku ditarbiyyah . Dari tudung bawal yang amat jarang gila tu sampai lah saat ni mampu keluar berjalan dengan tudung bidang lebih besar .

Senanya , best kot pakai tudung jenis yang besar besar ni , serius cakap lagi payah korang pakai tudung bawal tu nak nak time dia tak tegang . I mean waktu tak jadi bentuk muka yang diinginkan . Pakai tudung jenis besar ni mudah sangat nak tegang , you cabut bukaklah berpuluh kali  pun , bila pakai balik .. taraaaa , tegang jgk.. i dah rasa you , time tu i pergi qiam tour dkt masjid As-Syakirin,Gombak . Time tu gedikss dgn baby nak pakai tudung labuh , kononnya sbb qiam .. jadi berpura pura buat buat baik . Baby pun pakai tudung bidang besar dari yg dia biasa pakailah kan . Disebabkan masjid tu tandas di bawah . Jadi terpaksa lah cabut pakai tudung tu berulang ulang kali . Then tgk ada kawan ni dia pakai tudung bawal .. makk aihh , leceh la .. kitaorg jgk senang . Dah la senang , selesa pulak tu .
Lepas dari tu terus ajak baby , pergi UIA beli tudung bidang besar sikit . And the most part paling terkejut bila baby beli tudung syria saiz XL ... peh peh , saya yg besar ni pun tak de kekuatan nak pakai XL . Ni baby yang kecik molek tu . Comel sgt .. she vhery vhery sthrong and alwaysz make me setrong
  ..
Senanya , hajat nak pakai tudung besar besar dah lama ada . Tapi sebab ego tinggi taknak tunjuk depan mak yang anak perempuan dia ni pakai tudung bidang besar . Jadi saya simpan je rasa tu walaupun dalam hati nak sangat pakai tudung besar . Nampak manis sgt si pemakai  .
Perasaan nak pakai tudung bidang sikit ni makin membuak buak bila saya refleksi semua menda yang jadi depan mata , selalu bertadabbur .. that time cuma pikir , 

Nak dapat syurga allah , kita kena hebat di mata allah
Nak duduk aman dalam kubur nanti , kita mestilah cukup ilmu amal , ibadah .
Nak jadi muslimah hebat , kita kena hebat cari ilmu untuk jadi muslimah hebat

Nak dapat anak anak yang comel pandai pandai , kuat agama yang boleh jadikan aset kita di syurga nanti makanya 'ummi'nya haruslah hebat dalam ilmu agama juga .
Nak jadi orang hebat dunia akhirat , makanya aku haruslah pandai imbangkan ilmu duniawi dan juga ukhrawi 

Nak dapat husband yang hebat ilmu agama  , kita kena control our self sbb lelaki yang cukup amal nya tak pandang perempuan yang 'murah murah' . so , saya kena lah jadi yang mahal mahal .. ;p . kan ?


Jadi dengan bantuan Eka , Baby , Natriah . Aku kuat untuk duduk dan berjalan di jalan ini . In shaa allah .

Namunn namun , aku bukanlah 24/7 pakai dan tutup semua perhiasaan aku ini . Aku tahu aku masih lemah , masih baru .. kadang kadang nak jaga semua tu payah sangat sangat . Nak nak bila duduk beraya dengan keluarga . Cepat je lengan baju ni naik . Dah terbiasa kan . Mungkin dari segi lengan tu boleh lagi la jaga . Tapi kaki nii payah sangat sangat nak jaga . Yelah , kalau kerja nya duduk je dekat dapur dari pagi hingga petang cuci pinggan hurmm tak ke diri ini rasa peliks . Yang tu  payah lagi saya nak jaga  . Memang payah sangat nak jaga . Dan aku bukanlah terus terusan berbidang labuh ni , kadang kadang kalau tudung bidang besar tak de warna sama dengan baju nak pakai terpaksa jugaklah lah tarik tudung bawal tu .. tapii , dengan cara yang lain supaya tak nampak leher tu .
Kan kalau perasaan tudung bawal tu senanya kalau kita pakai bayangan leher itu masih lagi nyata ye kawan kawan . Makanya , saya telah beli satu mini syria lah saya panggil sebab dia cara pakai mcm tudung syria tapi jenis kain dia cotton murah . Jadi bila pakai dengan tudung bawal dia jadi ada 3 lapisan  . Makanya , bayangan leher tu takkan nampak pun . Menda alah ni payah sikit nak cari , kalau cari dkt masjid jamek gerenti tak jumpa . Ni pun saya beli dekat UIA . Dekat UIA je ada . Anyone ? Haha

Dan dan bila pakai tudung besar besar ni paling best sekeliling hormat kita . Yang ni paling saya rasa . Contoh1,
Kawan kawan tengah gosipp kita masuk mencelah dan diorang payah sangat nak ajak kita gossip gossip sbb mungkin diaorg rasa kita tak layan gosip gosip ni kot . Padahal kita layan lah awak tapi sebab awak tak nak cerita makanya baguslah utk kita awak , sebab dapat hindar dari dosa gosip gosip ni . Kadang kadang mulut ni nak je  bergosip tapi kena  keep thinking banyak kali  dulu dalam hati ni .

'Ada bukak aib dia tak ?' 


Tapii , aku masih aku . Masih cuba membaiki diri .Kadang terlepass jugak . I'm not perfect yet .


Contoh 2:
Hari tu kita ada turun dari surau senanya hantar dobi , kemudian terdapatlah sekumpulan Adams sedang melepaks di bawah tu . Kalau sebelum ni ajak je kita lepak sama , borak borak . 
Tapi sekarang , diorang bila nampak kita diaorg punya reaksi tu lain sikit , diorang akan tunduk dan senyum . Kan rasa dihormati tu . Ececeh..

Dan bila ber'khemah' besar ni saya rasa maruah saya terjagaa . Sangat terjaga sebab mungkin perhiasan perhiasan tu dah ditutup makanya tak de lelaki pun nak tengok . Yang ni saya mengaku sangat sangat .
There was an accident , waktu jalan jalan pergi klcc sambil pakai jubah dgn baby , dekat taman tu ada orang tegur kitaorang siap berzikir lagi nampak kitaorang . Sekurang kurang mereka menghormati kami dengan zikrullah , dan tak de nya buat bunyi mulut yg sangat annoying tu . See ...

Entry ni ditulis pada malam hari raya kedua , orang lain sibuk melayan mael lambong , aku sendirian menaip keseorang didalam bilik . Memandang kampungs i takde wifi , makanya aku haruslah buat as note dulu dalam smartphone ni kemudian copy paste dkt bloggerdroid kemudian save as draft barulah edit betul betul . Fuhh , panjang betul perjalanan si entry . Entry ditulis khas dari Terengganu ,


Walau gelak aku kadang kadang lupa diri , jalan macam lelaki tapi alhamdulillah , fitrah aku masih wanita .. dan aku bukan sesempurna yang kalian lihat . Aku masih lagi bertatih mengutip kekuatan di setiap ceruk .



Pergilah rasa ni , pergilah bersembunyi . dan datanglah hingga aku benar benar bersedia 
atau 
aku sudah benar benar bersedia ? 
Allahu Rabbi ,please guide me . 











Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: