Followers

Overnight

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah , walau tak pernah bersua tapi aku dapat rasakan ukhuwah antara kita . Mungkin istimewanya ukhuwah ini mungkin kerana  kami mencari cinta Dia .

Akhirnya tercapai jugak impian nak solat terawih di masjid UIA . Thanks Kak Radhiah , moga allah membalas jasa baik akak .
Senanya , antara saya dengan Kak Radhiah kitaorg tak pernah bersua muka pun . Berhubung pun dalam fon dan kadang dalam mukabuku . Kenal Kak Radhiah ni sbb dia salah seorang ahli PEMBINA  . Dia sangat rajin tanya khabar saya dan paling best ajak saya berusrah dgn dia .. pertama kali rasa berada dlm  bulatan gembira .

Tepat jam 0700 , kak radhiah jemput dkt BMI naik motor . Time tu rasa shahdu je dlm hati  . Baiknya mereka mereka ni sanggup tolong saya ni walaupun tak kenal langsung hati budi masing masing .  Pertama kali naik moto dkt bumi gombak !

Sampai sampai , mak aihh . Besor nya masjid UIA ni . Rupa2nya selama aku naik dan tawaf masjid UIA tu senanya hanya suku je . Mungkin tak sampai suku kot aku tawaf masjid tu . Mak aihh , macam masuk bangunan admin BMI pulak aku tawaf , naik turun tangga ..

Sampai sampai suasana yg sgt sgt berbeza dgn BMI ku kira , masing masing sibuk dgn perihal masing masing . Namun seperti satu budaya di mana setiap kali yg dicapai dari beg galas itu hanya lah senaskah tafsir Al-Quran . Duduk bersila lalu dibacakan kalam suci itu . Begitu juga situasi yang aku alami . Sebentar tadi baru saja bergelak ketawa bersama namun sapaan lembut dari Kak Laika buatkan aku terus duduk diam lalu teruskan bacaan ayat suci itu
.
'Jom sarah kita tilawah ' .
Lembut dan bersahaja tarbiyyah itu .

Solat terawih
Berbeza dari terawih terawih yang lain dimana kondusinya sungguh berbeza . Dari segenap pelusuk manusia datang menyembahMu dengan pelbagai cara namun dengan satu nawaitu , lillahitaala .

Bacaan imam nya , subhanaallah , ku kira mungkin 3 pipi ayat quran dibacanya . Kaki ku mula mula sakit  , lutut mula senget sebelah . Terlintas di fikiranku gagahnya kekasih Mu Ya Allah . Nabi yg Allah ampun kan dosa dosa dia pun dan yang Allah dah janji syurga pun masih rajin beribadat kpd Allah sebagai tanda bersukur atas apa yg telah Allah berikan . Kita ? .. hurmmm , kene sebutir atah pale .



Qiam ,
Dipertemukan dengan seorang kakak yang sudah  berpunya 2 orang hero lelaki . Lepasan universiti di Australia . Hebat ! Berjilbab labuh  . Sejuk melihat wajahnya . Anak anak nya pun comel comel belaka . Namun , apa yg membuatkan aku kagum pada nya adalah cara dia mendidik anak anak ke rumah Allah . MasyaAllah , bukan kah bagus membawa si anak kecil melihat islam sejak kecil lagi . Sanggup berjaga malam demi sujud padaNya namun langsung tidak mengabaikan si anak yang sedang merengek di tepi . Membaca al quran sambil anak di ribaan . Ohh manisnya didikan sebegitu . Moga moga aku juga menjadi 'ummi' sebegitu . In shaa Allah

Bacaan Qunut paling lama pernah aku dengar  kira kira hampir 20 minit imam itu menadah tangan membaca kan qunut . Ku kira itulah qunut yg paling lama pernah aku dengar namun bila ku ceritakan pada ahli keluarga yg lain rupa rupa nya cerita adikku lebih menarik . Dia pernah merasa menadah tangan bagi bacaan  qunut selama 50 minit .. hebat sungguh orang kelantan  . Hebat sungguh tarbiyyah di sana 
dan i keep rethinking kenapa bila aku cakap pasal orang dari kelantan atau something dari kelantan  mesti tunjuk muka macam orang orang negeri tu sangat sangat mengelikan .. anda faham maksud saya ?


Sesudah solat subuh fikiran ligat ingin balik BMI  awal . Badan penat sangat . Namun , kak radhiah ckp ada bacaan al mathurat dgn usrah sekejap . Alhamdulillah , pertama kali bermathurat dan rasa dia sangat best dan diri ini tersangat lah malu kerana masih merangkak tergagap bacaan al mathurat sedangkan hidup di muka bumi hampir menginjak ke 19 tahun .

'Maka nikmat Aku yang manakah kau dustakan ?' 

Alhamdulillah . Impian nak solat dkt masjid uia dah tercapai, check! . Suasana yg best , bacaan imam kadang kadang menyentuh lembut hati ini . Buat kak radhiah , kak laika , kak mai . Terima kasih atas jasa baik akak akak semua . Semoga allah membalas jasa baik kalian dalam membantu saya melihat islam di bumi UIA . Semoga benih ukhuwah kita terus tersemai menjadi pepohon yang rendang buat aku berteduh di Jannah suatu hari nanti . In shaa allah .

 .
Some people out there tak suka saya join usrah dengan budak UIA . hurrmm . Kelakar lah awak ni . tak sangka pulak awak kolot macam tu sekali dan don't you know the meaning of privacy ? 
check sms bagai , gallery segala dalam hp org kot kann ?
saya tahu awak nak tarbiyyah saya , tapi awak  tu bukan cara dia dan detail lagi , saya dah tawar hati untuk bersama awak .  

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: