Followers

Adult

Hai ,
Cuma ingin meluahkan segala macam jenis idea yang bersarang di dalam kepala sekarang .
Mungkin ,
Saat ini otak dah bersedia untuk berfikir tentang masa hadapan .
Bachelor in Engin ? Mas kahwin ? Duit gaji nak bagi berapa kat parent ? Nak kereta Sdn Bhd ? Bisnes ? Wedding nak kaler apa ? Door give nak bagi apa ? Surah yassin ? Jajan ? ke sumi ?  Dah cukup ilmu agama ? Sedekah rm 200/month ? Nak kerja mana ? Anak nak bagi nama apa ?
*Ohh , Btw , I dah shortkan list nama anak .
Okeh ,
Ni namanya mereng sebab tak de kerja duduk rumah melangok je kerjanya ,
Taraaaa ...
Aisy , Khadeeja , Sameeha , Laila , Izz Haira' .
Oke , Anak anak I semua Gegurl
Bosan ahh .
Dari kecik sampai besar ,
Dari abang , adik , sepupu , kawan kawan , Pakcik belah ayah , Pakcik belah mak ..
Semuaaaaaa lelaki .

So , nak anak perempuan jugak !!

Aku tak suka nama panjang panjang ,
Penat aku nak sebut
Atau
Nama sebenar yang lain tu tak pernah nak dipanggilnya .
Contohh ,
Humaira Maisara Merissa Binti Abu  *Nama nak melambung je kerjanya
Tapi panggil ,

" Weh , Mai.. Mai.. "

Hate that



Aishh ,
Banyak betul nak fikir
Atau ,
aku jenis yang banyak berfikir ?
Entah ,
Mungkin aku manusia jenis begitu


Relax.
 You will become an adult Sarah ! 

Just A Random ; Cuti Semester 4


Cukup seminggu cuti semester 4 berlalu , Masih lagi berbaki dalam 3 bulan 2 minggu ? Mungkin laa , Sebab aku kira congak je ni . Kali ni cuti semester di panjang kan sampai bulan 9 . Sangat lama kot . Selalunya Julai dah masuk tapi UniKL tukar sistem dan seperti biasa we're the 93's selalu jadi mangsa bila sistem ditukar . Makanya , diploma aku lambat lagi habis . Should be , hujung tahun aku dah habis studi dan hujung tahun nya aku praktikal . Tapi la ni , aku terpaksa praktikal lambat sikit . Mungkin dalam bulan 7 baru aku habis studi . Aku kira congak je ni .

So , aku sekarang tengah tunggu reply dari pengetua SMK kat area rumah ni . Sebab aku ada apply kerja untuk cikgu ganti kata sana . Then , lepas aku hantar resume kat sana , aku dapat call dari numb pejabat  , 09-536xxxx . Dan ternyata ianya dari SMK tersebut . Tapi malangnya , aku tak angkat sebab tak dengar . So , aku tunggu  dan tunggu sekarang dengan harapan ,  He will call me back ! 

Tapi , 
Bukan rezeki aku kot . 

Dan ,
Memang  dah confirm aku akan dapat kerja di Tadika Pasti yang aku dah mengajar before ni . Tapi , 
aku agak kurang berminat untuk mengajar kat situ sebab kan sistem yang aku kurang enak dan tak sebati dengan diri aku . Bukan aku tak suka budak budak but  I have my own reason to avoid from that place . 
REJECT !

Then 
Aku kena cari lagi kerja . 

4 Days ago , 
Got a call from Cik Ta ; Jiran aku 
Dia ada cakap ada kerja kosong di kilang bawah syarikat husband dia. 
Opkos la aku nak , 
Sebab memang niat aku nak kerja kilang , 
Maksudnya , something yang boleh bagi added value pada diri aku dan jurusan yang aku sedang ambik .
Maksudnya , kerja yang related to Engineering 
Tapi , 
Awal awal aku dah dapat agak 
Mok mana bagi sebab kerja shift 
Again , 
REJECT !


Last week , 
Aku ternampak iklan for Teacher dekat tadika . 
Basic gaji , 
Hurrmmm ; Menawann
Tapi .. 
REJECT 
Sebab aku nak kerja yang lasak . 
Bukan mengajar tak lasak . 
Tapi ,
Kadang jadi cikgu ni macam tak sebati pulak dengan diri aku .


Dan konklusinya ,
Esok daftar kelas menjahit la gamaknya . 

Aku Sepi


Sekian menyepi dari bertinta disini  .
Menyepi itu bermakna aku hilang .
Aku hilang semangat
Aku malas bangkit
Aku sakit .
Iman jatuh .

Entah apa aku kejar
Entah apa aku kendong
Mimpi mimpi semalam bagai berterbangan .
Aku hilang arah .
Aku hilang punca

Aku takut
Nanti kita tak seperti dahulu .
Sepi dari gelak tawa
Sepi dari bualan kemarin


Angan angan untuk bersama hanya sekadar omong kosong .
Beritahu kami ;

" Apa salah kami "









Tak Pernah






Tak pernah tinggal secepat ini
Tak pernah pergi tanpa meninggalkan rasa
Tak pernah rasa ingin melarikan seperti ini
Tak pernah laju kaki ini melangkah


Mungkin diri ini sedang mencari kekuatan untuk terus lenyap
Lenyap jauh dari kotak fikiran mereka .


Tarik napas dalam dalam jadi Engineer Sarah !


Secubit Kata





Secubit kata , 
Masihkah ada jalan bahagia ?

Simpati belas mungkin ?

This is just a self reflection for myself.
Stay strong, Sarah.
You just need to be so.
Even when you cry loud inside despairing your tiredness,
You just need to stay strong.


Berdoalah supaya hati itu digantikan  dengan hati yang lain ..




Avoiding and Leaving.
Make them happy . 


.......................................

Esok . 
15 May 2013 . 
Jam 9 Pagi . 
Paper Fiqh Kontemporari 2 










Ir Siti Sarah Bahrudin 
Dah lama tak letak title mengada ngada nih 



Just A Random Feeling #2



Esok ada paper
Esok pulak last day of Jamadil Akhir . 
Lepas Jamadil Akhir , 
Rejab , 
Lepas tu , Syaaban . 
And , 
Assalamualaikum Ramadan !
Sungguhh saya rindu awak Ramadan . 
Tak sabar nak meluah segala rasa dengan awak  

......................................................


Eh , 
Nanti dah kahwin taknak beli rumah dekat dengan kedai runcit .
7E ke , 
Hypermarket ke ,
Eng Hong ke 
Kedai Anney ke 
Tak mboh 
Tok sey 
Tak nak 
Sebab nanti anak aku senang senang pergi kedai beli jajan 
Macam aku buat dulu 
Sampai Mok bagitahu tuan kedai , 
Kalau aku beli jajan lagi report kat dia terus . 

Dulu aku rasa best
Sekarang aku rasa rugi .. 
Dulu aku rasa Cloud9 tu best sangat 
Sekarang aku rasa , 
Tuiii , manisssnyaaa weh 
Mungkin hormon orang tua yang aku sedang bawa . 
Mungkin ?
Mungkin laaa
Menyesal aa 
Banyak duit aku bagi kat tauke kedai tu 
Rugi ! 

Ohh , pleaseee
Cayaq







Redbull buat aku taff , 
10052013 


Revision Tu Apa ?



Ohhh , Jangan pandang saya lama lama .
Nanti saya melting gaya aiskelim tengah panas .


Perangai malas makin menjadi jadi .
Lepas satu episode satu episode aku habis tengok movieee ..
Gilaaaa !

Berjam jam aku tidur ,
Terbongkang je kerja nyaaa .
Gaya macam dah ingat semua .

Ohh , saya ada Mok
Dia  bukan graduan Unibersiti pun .
Orang kampung yang reti masakk
Orang kampung yang cantik .
Then , semalam
I was cried to  Mok
Thru phone
Sebabnyaaa ,
Aku tak studi apa apa paper MISIS .
Nangeh ..
Pastu Nangeh lagi
Gaya putuss dengan boyfriend .

Mok tanya , "Kenapa"
"Ntohh , Sarah dok buleh nok buat Revison subjek ni "

Aku masih nangeh .
Mok Diam .

Lepaastu Mok tanya ,

"Revision tu apa ..."

Aku diam ..
Bukan nak gelak
Tapi ..
Aku rasa .....
Tapi aku meratap air mata lagii ..


Tapi .
Dia lah Hamba Allah yang Allah kirim untuk aku .
Satu satunya .
Aku takde kakak
Aku takde adik /kakak perempuan
Cuma dia ; Mok


Nak mengharap adik adik ,
Hmmm , toksah laaa
Semua anti perempuan

Dan
Aku bukanlah perempuan sangat .
Tak ayu macam senah kat kampung pun .


Sarah  Dekan,
 Ameeen 

Earth Hour Paling Tak Best

Hari ini Isnin . 
Aku janji nak studi Medical Instrumentation , Signal & Imaging System start malam semalam
Tapi , 
Senanya aku lebih suka & berminat nak studi result PRU . 
Ahh , aku sedihh sangat . 
Rip Democracy la . 
Tiba tiba boleh buat sambutan Earth Hour la . 
Ahhh , aku sedih .
Kerana Malaysia di ambang kemiskinan , 
Sehinggakan mentol lampu berkualiti tak mampu dibeli .  
Harus selepas ini , 
PRU 14 masukkan manisfesto untuk bekalkan lampu berkualiti tinggi . 
Ahh , Gimana saat genting letrik boleh terputussss ! 

Oh , politik dan aku . 
Maaf , aku bukan remaja biasa yang nonton TV3 .
Bukan remaja biasa yang dibiasakan dengan newspaper Metro , Utusan .. 
Selamat .
Dari kecik ayah dah ajar berpolitik . 
Bukan benci membenci , 
Tapi ajar aku mencari yang benar 
Maaf , 
Aku melihat politik dengan serius dari aku kecil lagi . 
Aku tak tipu . 

Maaf , 
Ada ketika seorang PM aku . 
"Ambui , Sarah & Politik "

Maaf , 
Aku cuma ingin membuka mata kalian 

Arghhhh , 
5 tahun yang panjang lagi aku rasa . 
Nak beli telur ayam pun mahal . 
Taugeh 50 sen pun ciput je dapat . 
Berat nak studi . 


Ada orang kata , 
"Buat apa nak kecoh kecoh pasal politik , tak cukup umur lagi kan "

Wei , 
Aku bukan budak darjah 6 
Dua puluh tahun dah . 
Dah boleh kahwin . 

Aku cuma mahu Malaysia yang penuh majlis ilmu yang penuh barokah . 
Takut je , 
Nak sara diri sendiri pun terkial kial . 


Sebabkan aku tak tahu nak studi apa MISIS ni , 
Boleh tak  , nak blankout kan rumah Sir , 
Andd , yeaahhh !!! 
Aku dapat A++ MISIS .