Followers

Kematian

Assalamualaikum ,

Hari ni  masih lagi penat , berjalan yang panjang untuk 3 hari ini belakangan ni . Sangat penat umpama baru habis  merentas desa waktu sekolah dulu .

Tiga hari yang lepas dalam pukul 3 petang dapat call dari paksedara , cakap my ayah teh koma  .
then lepas dapat call terus balik terengganu , sebab takut tak sempat kannn .
so sampai terengganu dalam pukul 8 , Alhamdulliah , dapat jugak masuk wad walaupun pada awalnya di bangkang oleh nurse dekat situ * biasalah gov hospital ..



 Jam 8.30 malam


waktu melawat sempat baca Yassin , and tengok keadaan dia stabil je walaupun dia tak sedar tapi berdasarkan skrin bacaan tekanan darah tu ,menunjukkan dia stabil .
lepas tengok keadaan dia yang sangat stabil tu , jadi ayah decided nak balik kuantan semula memandangkan esok dia bekerja . Ada cerita waktu saya balik ke Kuantan , tapi taknak cerita lagi .

Jam 2 sampai Kuantan .

Tapi dalam pukul 7 , kami dapat call dari pak sedara , yang ayah teh dah habis umur ..
Sangat terkejut , sebab semalam waktu melawat dia, tengok dia oke je . Tak sangka tu last aku tengok dia bernafas walaupun dalam keadaan tak sedar  .
Dengan penat semalam tak habis lagi , pulanglah ke kampung ...


Sampai saja terus capai Yassin dengan harapan ringan beban yang dia tanggung dan berharap bila aku dah terlantar kaku ada yang sudi membacakannya untuk aku .

Dan sekali lagi aku berpeluang menatap wajah ayah teh betul betul untuk kali terakhir ,
Bila kain putih dah di buka serius aku lama sangat tengok muka arwah sebab muka arwah masa tu sama macam arwah ayah we aku .. sebak lagi teringatkan dkt ayah we , tak tahu kenapa setiap kali ingatkan arwah ayah we mesti macam tak percaya dia dah pergi untuk selamanya , terasa lagi kewujudan dia . Bila rasa dia wujud mula lah mata akan terus berlinang mungkin sebab rindukan dia , yelah dari kecik lagi rapat dengan dia .

Perasaan sedih dalam gmbira...bercampur baur perasaan bila melihat jenazah ayah teh yg mata tertutup rapat dan mulut seakan akan tersenyum seperti sangat tenang disana ..

Mendengar berita kematian yang cukup banyak dalam kalangan ahli keluarga terdekat sejak belakangan ni , membuat kan aku tersedar dan takut , ternyata bahawa ajal itu hampir dan tersangat hampir dengan aku , Apakah amalan aku selama ini cukup untuk menjadi bekalan untuk aku terus subur di alam sana  ?
Aku masih lagi mencari nya dan pasti bila tiba saat jenazah diusung keluar , aku tersedar harta bukanlah bekalan yang kekal untuk menjadi bekalan untuk menghadap Sang Pencipta .



Selamanya ke alam sana


dan
 semestinya aku juga akan merasai mati itu bagaimana hanya menunggu waktu .

Apakah perasaan bila tanah mula menghimpit jasad ini ?



 Janji Allah itu pasti



No comments: