Followers

Riak

Hari ni keluar dengan Mok , Ayoh , & Boem (adik no 5 )
Situasi  ayoh sedang berbual bual dengan mok sekian sekian sekian . Tiba tiba , sedar tak manusia sekarang riak dalam tak sedar .

Sarah kiut : Contoh ?

Ayah katang : Tunjuk surat nak pergi haji dalam Fb . Kadang kadang perbuatan semua tu mendatangkan sifat takbur dalam diri kita . Kita nak buat menda baik dalam pada masa yang sama kita rasa ingin menunjuk nunjuk kepada orang lain . Kan tak ikhlas dah tu jadinya .

Sabar Sarah , sabar Sarah . Rasanya dah betul betul kena atas batang hidung tu , bukan setakat atas batang hidung tapi terasa macam sebeban batu jatuh atas kepala . Allah


Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya, 
“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).
.................................................

Betullah apa yang ayah aku cakapkan tu . Wujudnya alam maya macam ini buat semua orang tak ikhlas bekerja semata berharapkan setiap manusia memberikan pujian . 

Riak boleh diertikan sebagai memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.

Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riak hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat. 

Betul tu . Kadang  rasa nak buat kebajikan , Tapi kita  mengharapkan balasan . Aku tahu rasa itu mahukan balasan itu , bukan balasan ukhrawi tapi lebih kepada duniawi . Balasan berupa manusia duniawi memandang kita lebih tinggi . Tapi jarang terlintas di hati kita untuk mengambil perhatian untuk penduduk syurgawi memandang kita . Nauzubillah ... 

"Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)


Aku pernah merasa perasaan riak itu . Sungguh perasaan riak itu sememangnya sentiasa ada dalam diri kita . Bila ada niat baik dalam hati , sering kali dan acap kali terlintas pelbagai perasaan ingin menunjuk nunjuk . Kadang si kanan kuat cakap , "Jangaaaan Sarahh ", 
Tapi seperti biasa , dalam diri manusia masih punya Syaitonn Khonnas ...
Aku mengalah dengan nafsu riak , takburr ... 
Kalah lagi .


Dulu waktu halaqah , Kak Dhiah ada cerita pasal penyakit Ain .
Tak ramai yang tahu pasal penyakit Ain . Sebenarnya penyakit Ain mengenai penyakit dari pandangan mata .
Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu .Dalam hadis Musnad Ahmad


“Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668)

Oke , saya bagi contoh senang dan biasa sangat kita semua alami . Serius !

Aminah mengupload gambarnya sedang bercuti di Perancis .Dengan penuh bergaya mengenakan baju tebal ,  sedang asyik meniup salji salji ringan umpama sedang feel habis , bersama Iphone6 nya dan DSLR yang dipegang oleh abangnya 

Situasi di atas sungguh si Aminah terlalu asyik menceritakan keseronokan dan kemasyhuran hidupnya kepada masyarakat umum sehingga tanpa disedari ada mata yang memandang kehidupannya dengan perasaan kagum tetapi turut terselit perasaan cemburu atau hasad dengki.

Makanya ,bagi si mata mata yang memandang di alam maya , sangatlah berasa kagumm , dan tak kurang jugak dalam hati penuh rasa cemburu , Betulkan ? So , maka disinalah syaitan Khonnas sedang menjalankan tugas nya . Sila rujuk surah ke 114 untuk cerita si Khonnas , Saya penah cite dulu kat sini (: 



.............................................

Maka , beringatlah kawan kawan .
Aku bukan paling hebat dan aku bukan juga yang hebat 
Aku catat sebagai peringatan aku juga  






Yang Sentiasa Khilaf , 
Sarah 

No comments: