Followers

An-Nas

Kemarin , hati ni rasa kering sangat .
Terus text Kak Dhiah .
Malam tu terus dapat perkhabaran yang Kak Dhiah nak datang Bmi .
Hati sumpah gembira .
Kadang terfikir , gagahnya mereka membantu insan seperti aku ni .
Aku malu sendiri .

Semalam , walau badan dah tak larat .Setiap sendi badan ni rasa menyengat sangat sangat . Aku cuba gagahkan jugak . Niat di hati nak sangat text Kak Dhiah , cakap aku tak nak pergi pergi Halaqah hari ni . Tapi bila fikirkan balik pengobanan Kak Dhiah yang datang dari jauh apalah sangat berbanding aku yang hanya berapa tapak je lagi .

Alhamdulillah , masuk masuk surau , nampak Kak Dhiah dan Kak Sarah . Ada peluang nak betulkan balik bacaan nih .
Jadi , semalam Kak Sarah tadabburkan Surah An-Nas .
Rhupa rhupa nya , Surah An-Nas tu menceritakan tentang anak iblis dalam diri kita . Baru aku tahu bahawa selama ni , dalam diri kita sebenarnya memang ada iblis yang duduk dalam hatii kita ,

 
     مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ
 Daripada kejahatan (bisikan)syaitan yang biasa bersembunyi :4 

Hujung ayat 4 ini diakhiri dengan 'Khonnas'.  Senanya , 'Khonnas' tu nama anak iblis 

ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
  Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia :5

Kaitannya antara ayat 4 dan 5 ialah tentang Syaiton . Dan 'Khonnas' yang mendiami hati hati manusia .
Ertinya , di dalam hati manusia sebenarnya ada syaiton mendiaminya , patutla kadang kadang nak buat jahat datang dari diri kita sendiri jugak , Sebabnya 'Khonnas' sibuk membisikkan perkara jahat dalam diri kita . 

Macam mana 'Khonnas' boleh berada di dalam hati manusia ?

Ginih cerita dia ..

Dulu waktu zaman Nabi Adam , Iblis datang kepada Hawa untuk meminta Hawa menjagakan anaknya sebentar , Hawa menolak untuk menjaga anak iblis . Namun , setelah puas memujuk rayu , Hawa kesiankan si Iblis , lalu diambilnya anak iblis bernama 'Khonnas' itu , lalu dijaga . 
Apabila Nabi Adam pulang, dan ternampak si 'Khonnas' , Nabi Adam terus memotong motong si 'Khonnas' lalu dibuang ke suatu tempat . 
Esoknya , si iblis datang , lalu bertanyakan tentang anaknya di mana , lantas Hawa menceritakan perkara sebenar . 
Lalu , si iblis , memangil mangil si 'Khonnas' beberapa kali . Tiba tiba , 'Khonnas' mencul kembali dengan badan cukup lengkap bercantum kembali . 
Esoknya lagi , iblis sekali lagi merayu kepada Hawa utk menjagakan si 'Khonnas' , Sama seperti tadi . Hawa kalah dalam pujuk rayu iblis . Lalu di dijagakan lagi si anak iblis itu ,
Sekali lagi , Nabi Adam ternampak si anak iblis itu , Lalu dipotong dan dibuangkan ke merata tempat . 
Esoknya , Iblis datang menuntut anaknya itu . Sekali lagi Hawa menceritakan berita sebetulnya , Lalu iblis memanggil nama anaknya berulang kali lagi dan kemudian apabila disebut nama 'Khonnas' berulang ulang kali , lalu si 'Khonnas' itu bercantum kembali ' . 
Esoknya lagi , si iblis datang lagi kepada Hawa , meminta utk menjaga anaknya itu .Sekali lagi Hawa tewas . 
Kemudian , Nabi Adam geram lalu dipotong anak iblis itu , lalu dimakan anak iblis itu , agar iblis tidak lagi mengganggu mereka .
Akhirnya , perbuatan Nabi Adam itu merupakan rancangan sebenar iblis untuk terus mengacau dan mempengaruhi manusia . 
Akhirnya , iblis berpuas hati kerana dapat mendiami hati manusia . 

Jadi , macam ni lah cerita dia mcm mana si 'Khonnas' boleh berada dalam diri kita .
Sesungguhnya , iblis itu tak pernah berhenti untuk terus mengacau anak cucu Adam .

This Surah is really amazing !
Sesungguhnya , Allah tak cipta sesuatu itu tanpa apa apa . Tengok aje lah surah ni , Sependek pendek ayat ni boleh buat aku sedar .

Tak sangka di dalam surah yang ke 114 ni sebenarnya menceritakan tentang apa yang ada dalam diri kita  .

Walau awalnya aku malas sangat nak pergi Halaqah ni , tapi aku tahu kalau pergi aku dapat output 1 , kalau tak pergi maka dapatlah output dia 0 lah , Maka sampai bila harus biarkan hati ini terus kosong dan kosong .

Halaqah kali ini ada isinya , Ada tarbiyyahnya . Ada sumbu Iman nya .




Senyum banyak banyak . (:(:

No comments: