Followers

Result

Assalamualaikum .
Hari full result dah keluar .
Alhamdullilah . Walaupun tak sehebat mana , walaupun biasa biasa sahaja ,
Aku senyum ! Mungkin ini sahaja aku mampu . Mungkin Allah mengajar aku sabar , memandangkan  ciri ciri penyabar dalam diri itu nipis atau  mungkin dan pasti  ada ibrah disini  .

Mungkin suatu ketika , aku mengeluh panjang . Aku hairan , usaha aku tinggi tapii hasilnya selalu tangan didahi . Aku mengeluh . Belum cukup kahh ?

Aku penat Ya Rabb .

Lalu jari manis ini menaip sesuatu  ,
Hati mencari sesuatu
Hati ingin kan sesuatu
mungkin sebagai pemangkin setelah kedukaan

..
..
..

Travelog Khalifah ..
Hurrmm ,
Tanpa melihat , jari terus menekan tetikus tepat pada link dibaca .

..
..
..
Aku Berjaya Kerana Aku Gagal Part-1
..
..
Hurmmm , Menarik !
terus aku capai bacaan hingga akhir cerita .

Allah ,
Aku terlalu memintaa !
Aku sedar luar sana ramai lagi jatuh !
Bawah dan bawah lagi dari aku ,
tapi mereka kuat !
Kuat untuk terus berusaha
Sedangkan aku tergelincir sedikit sahaja dari sasaran ,
Cepat benar aku mengeluh .
Sombong benar aku di bumi Mu .

..............................

Baca cerita si Zufar sungguh buat aku yakin  bahawa rezeki bukan semata pada pointer
tapi In Shaa Allah luar sana banyak lagi . Yang penting hubungan dengan Nya jangan dilupa .. 



 Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….

 (al-Baqarah 286)


...............................

Sebelum ni ada cerita pasal exam kan . 
Yeahh , aku cuma rasa aku boleh  score paper Human dengan Electronics je . 
Yeah , aku memang pencinta setia Electronic dari aku tingkatan 5  sampai saat ni . Semestinya dalam hati dan kepala dah set mesti dapat A .. Tapi entah lahh , rasanya tak perlu dah kot aku nak sayang apa apa subjek lebih lebih ni . Sebab , Electronics aku dapat palingg rendah kot untuk semester 3 ni !
Sebelum ini aku ada cakap aku tak boleh nak score paper Microelectronics dengan Electric Circuit Tekan Sini  . Tapi entah lahhh . 
Last last 2 subjek ni jugak aku boleh dapat markah Tinggi . Tak de lahh tinggi tapi B !

Pelik ! 

Rezeki kot dan senanya , aku langsung tak studi 2 subjek ni . 
Tengoklah microelectronics , Aku dapat soalan pun pukul 10 malam esoknya exam . Pukul 11 malam baru siap photostat . Dan pukul 12 tengah malam aku tidur dengan harapan pukul 3 pagi aku bangun . Yup , aku bangun pukul 3 pagi , tapi lepas tu kepala cantik je lentok atas toto . haha . Pukul 5 pagi bangun , dan baru gelabah tak studi satu apa . Pukul 5 pagi  sampai 8 pagi , baru studi dengan Tak refer nota . Cuma studi soalan yang di photostat semalam   .

Tapi aku tak tahu pun soalan tu yang keluar . 
so , baca je lahh kan dah nazak waktu tu . 
Alhamdulillah , walau tak ingat apa pun jawapan 
dengan tak yakin sikit pun 
dah la kepala ting tong .
Akhirnya , Allah bagi hadiah ni .. haha

Semua oke , tak de yang teruk . Human soalan tah pape aku jawab pun , Alhamdulillah , Bereh je !
Cuma masih punya rasa kurang enak dengan Electronics ! Oke , merajuk!

......................................


Mungkin kali ini aku lebih berlapang dada dari sebelum ini , 
kerna aku percaya dengan kata kataNya . 

Juga bisikan semangat darinya . 
dan 
semalam aku mimpikan seseorang , 
seperti keadaanya seperti mahu pergi dan mahu mengungkap sesuatu kepada aku , 
yang jelas , dia disisi dan lembut lidah berbisik

"Take Care , Sarah" 

dan aku mengenalinya , Rapat !



Si Dekan Tipu Tipu , 
Siti Sarah 



No comments: