Followers

Kahwin ?

Assalamualaikum
Lagi 2 minggu dah tak da dah orang panggil 'cikgu Sarah' .. Sekarang tengah berkenalan dengan 3 orang cikgu baru that is cikgu Mahfuza,21 . Cikgu Jiha,24 dan Cikgu fattin , 21

Sebenarnya nak cerita pasal cikgu Fattin . Dia ni budak lepasan poli , fresh graduate baru je habis tak sampai 2 bulan . Dia cantik ! dan dah kahwin baru 3 minggu yang lepas . Seronok sangat dengar dia cakap dia dah kahwin . Dia orang johor . Dia pakai tudung bidang 60' dan lepasan diploma fesyen . terkejut ? saya pun terkejut awal awal tahu . Walaupun umur kak Mahfuza dengan kak Fattin sama tapi sebabkan status 'kahwin' dengan 'tak kahwin' , serius rasa janggal sangat .. Dengan kak Mahfuza saya boleh bercakap macam saya bercakap dengan Eka , tapi kalau dengan kak Fattin , saya kena susun ayat betul betul dulu baru cakap .. tak tahu la kenapa macam tu sekali ..
Kak fattin kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah kenal , family match .. *sweet kan .. ?
tak pernah dating , tak pernah calling calling lastly kahwin jugak , takde zina hati , takde zina mata , takde zina mulut .. sweet kan ?

Nowadays dah banyak cerita pasal kahwin muda contoh Dena & Suffian ,

Ya , saya mengaku bila baca cerita tentang mereka semestinya hati terdetik teringin punya pelamin indah bersama . Hati meronta ingin dipinang sekarang .Hidup semati bersama adalah angan angan setiap insan di muka bumi ini . Pasangan itu satu perangsang bagi aku .  Namun , sedarkah kita mendengar cerita tentang kahwin muda ni buatkan kita hanyut dalam dunia kita sendiri . Hanyut dalam kabus mimpi . Goyah iman bak kata Eka ..
Aku berdiri , memerhati dan refleksi kembali
Ramai kenalan aku yang aku kenal , mereka hangat bermadu kasih .. Janji disemai unuk hidup semati . Mungkin alasan yang diberikan sebagai pembakar diri untuk dapatkan pointer yang lebih tinggi .

Bila disoal ,
"Korang serius ke ?" ..
"ntah la dia cakap nak nikah gantung "

"Sweet la korang "
"hehe , dah janji nak kahwin "

Kahwin ? Bukan semudah menyebut I Love U .. Bukan la semudah menceduk nasi ke dalam pinggan .. apa yang dilihat sekarang rata rata yang ingin berkahwin sebab untuk menghalalkan hubungan antara Adam dan Hawa . Ya , bagus begitu bagi mereka yang sudah bersedia dengan ilmu dan amal yang mantop tapi bagi mereka yang hanya berlandaskan janji untuk hidup semati tanpa ilmu rumah tangga yang cukup bagaimana pula ? Akan datang selepas berkahwin dan punya anak , siapa yang nak pakaikan lampin anak ? siapa yang nak basuhkan apa yang anak dah buangkan ? Siapa yang ingin bertanggungjawab . Bila Bila masing masing lupa akan rasa tanggungjawab , maka jadi lah seperti hari ini , ada yang bercerai berai . Paling sedih , anak anak terabai . Begini hasilnya bila dunia dijadikan sandaran dan bila agama dilarikan dari paksinya .
Si ayah mengharapkan si ibu , si ibu mengharapkan si ayah .. doh macam mano tu?

Tulisan kali ini diinspirasikan oleh buku bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA nukilan pemilik laman Saifulislam .com Nukilan Ustaz Hasrizal ini ini banyak membuka mata dan hati tentang hari hari mendatang . * Tak rugi beli


...............................................

Jadi cikgu tadika banyak mengajar saya macam mana susah payah nak besarkan seorang insan . Macam macam ragam budak budak saya jumpa , kunci pertama SABAR ..
Muhasabah diri untuk tak mudah lupa betapa payahnya mak ayah nak besarkan aku



One of my dreams with my Imam

...........................................................

Aku menulis sebagai ingatan untuk diri ini agar mampu menjaga apa yang harus dijaga  tidak sepenuhnya aku ceduk mungkin sedikit dapat aku ambil sebagai iktibar
Hamba menegur diri 


No comments: