Followers

Perempuan Kain Batik di Bahu

Cerita semalam ,

Seorang perempuan berumur lingkungan 40 an , Kain batik ditepi diikat kemas , diletakkan bayi di tengah tengah nya . 

Seorang perempuan muda , berusia dalam akhir 20 an . Rambut dibiarkan lepas melepasi bahu . Berbaju soft pink . Dikiri tangan asyik dengan alat teknologi canggih bernama Apple .. 

Seorang lelaki . Berwajah ala ala boleh tahan laa . Berambut pendek . Disisi tempat duduknya  ada kereta bayi tetapi kosong . Asyik berborak borak dengan si perempuan muda tadi .. 

.................................................

Lumrah pandangan aku lihat sekarang , si ibu dan bapa membiarkan anak mereka di bawah jagaan orang ketiga , atau nanti apabila anak itu sudah meningkat dewasa akan dipanggil perempuan itu , 'Bibik' .. 


Muak aku lihat , Bibik itu lebih lemah lembut mengusap kepala bayi itu berbanding si ibu itu  . 
Muak aku lihat si ibu asyik dengan teknologi nya . 
Muak aku melihat si bapa itu melepaskan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak itu  . 
Muak ! 
Mana tanggungjawab mereka ?

.......................................

Lumrah sekarang anak anak dibesarkan bersama  bibik . 
Diberikan kasih sayang oleh bibik 
Disuapkan nasi oleh bibik 
Dimandikan oleh bibik 
Dicucikan najis ooleh bibik . 
Didodoikan oleh bibik 
Dikejutkan oleh bibik 

dan tidak hairan lah , 
Akan datang anak, hilang kasih sayang 
Si ayah sukar berbicara dengan anak 
Si ibu sukar memahami anak . 
Anak anak memberontak . 

.........................

Adalah bagus mempunyai seorang bibik di rumah bagi membantu urusan rumah 
tetapi bukan lah membantu dalam urusan menjaga anak anak . 

Kenapa tidak peruntukkan satu hari hanya meluangkan masa bersama anak anak tanpa ada bibik . 

....................

Aku benci melihat mereka begitu . 
Kesian kat baby tuu 





Melalut , 
Sarah 





No comments: