Followers

Training MSR


Yea . Secara tiba tiba dan tak de plan langsung aku dapat jadi Fasilitator untuk minggu orientasi Bmi untuk intake januari 2013 . Senanya , tak de semangat langsung nak jadi fasi ni . Memandangkan aku bukanlah manusia ramah mesra andai bersua untuk kali pertama , tapi ntah . Semua berjalan dengan dengan sangat smooth . Pertamanya , Baby yang rajin gilaa ambikkan borang fasilitator . Hari last tarikh tutup hantar borang , aku baru terkial kial nak isi form bagai . Kemudian waktu temuduga , penemuduga tegur sebab isi form tak penuh .. Meme lah tak penuh kan , last minutes baru nak isi . Waktu ditemuduga semua hebat hebat , Aku je noob gila ! Tapi last last dalam kawan kawan yang ditemuduga sekali , aku terpilih ! *clapss please..


Training .
Kami start training di Hulu Langat . Awal awal tak best , Bosan macam budak sekolah je rasa . But then , ntah malaun mana datang , semua jadi best ! nak nak bila dengar ustaz azahari bagi ceramah . Allah sayu hati ini . Banyak sangat lompang dalam hidup ni .

Sesi kedua nya buat kat bmi je . Agak bosan ,and again ustaz azahari buat hidup ni bersinar sinar . Lembut  sapaan dia . Dalam tusukannya tepat kedalam  hati menyegarkan hati hati kering . Training kali ini , ada 3 sahaja budak diploma baki 27 orang adalah pelajar degree ! awal awal aku agak kekok nak kenalkan diri , nak bergaul dengan diorang memandang aku ni budak diploma je pun lama lama Alhamdulillah , we’re in one team . Nak tak nak aku kena jugak bercakap .
Le best thing nya yang aku dapat belajar tentang diri aku sini ialah , aku baru tahu senanya ramai sekeliling anggap diri aku ni lemah lembut .. hahha . First impression lah katakan kan . Sampaikan Nas Americano pun cakap waktu last day , “Tak sangka sarah macam ni , nampat lemah lembut je “ .
See?

Senanya , aku dapat tahu pun melalui slot Surat Cinta ,
Slot tu ginih , ambik satu A4 paper , dan semua team kena tulis pasal diri kita . Teguran ke , nasihat ke , semua atas A4 paper tu . Then , akan diserahkanpada tuan empunya badan  . Jadi , kita dapat tahulah macam mana orang sekeliling pandang kita .
Surat aku banyak tulis aku ni lemah lembut la , kena bersuara lebih sikit laaa, suruh garang sikit laa dan sekian sekian . Dan sebetulnya , aku bukan seperti mereka sangkakan . Aku garang kot ! hahhha . Jangan tertipu dengan lakonan pandang pertama saya . Jom kenal saya dulu . Oke .

Next next next , aku rasa training MSR kena lebih mantap lagi . Banyak kena baiki . (:















Cerita kali ini lebih banyak aku angkat bakul aku sendiri . Harap jangan muntah selepasa baca . 




Si penulis penat angkat bakul sendiri , 
Sarah Bahrudin 

No comments: