Aku masih ingat
Saat itu datang
Sekejapa aku merasa manisnya saat itu ,
Manis persis gula melaka
Tapi tapi tapi
Itu sementara
Panas terik diluar jauh berbeza dengan terik hati ini
Panas !
Mahu merintih meratap kegilaan
Aku senyap
Ohhh bukan jalan itu yang aku perlu
Nafas ditarik
Dalam sedalam mungkin
Aku hilang punca
Kalah lagi!
Sekali lagi aku merasa pedihnya .
Allahurobbi , Aku perlu apa lagi
Tolak kau negatif
Aku jatuhkan segalanya
Mengadu padamu , Kau yang Esa
Tak mampu lagi untuk aku tegakkan badan ini
Aku pedih lagi kali ini .
Laju jari mencari ayat cinta Dia buat tenangkan hati gundah ini .
Jumpa !
Baca
Baca
dan baca
Aku pandang langit
Moga hati ini lembut , Selembut awan sana
Aku cuba senyum
Selebar mungkin
Senyummm.....
Tapi bukanlah mudah buat hati yang dilanda taufan
Aku sabar
Aku senyap
Aku fikir
Aku ingat
Aku tahu Allah sedangkan berikan terbaik untuk aku
Aku terima dengan hati terbuka
dan kini aku bahagia
Aku lapang
Aku tenang
Aku lega
Akhirnya Kau beri petunjuk
Semoga kau sahabat ku berbahagia lah
Aku akan sentiasa membantu mu biar luka yang kau berikan tak mungkin hilang dari lubuk ini
Malahan ingatan ini
Akan kekal kukuh seperti kukuhnya konkrit bata itu
Wahai langit gombak ,
Terima kasih untuk belaian motivasi tidak ternilai
Buat si burung burung
Kicauan mu sungguh merdu
Aku tenang lihat cara kau tenangkan penduduk alam ini
Aku masih gagah perkasa disini ,
Melangkah untuk aku yang baru
Biarkan parut dahulu semata parut yang tiada rasa andai dicuit .
Jejari manis merintah ,
sarahbahrudin
Jam 2 pekat malam
No comments:
Post a Comment