Followers

Berita Kematian

Termenung sekejap . Terhenti sekejap melayan assignments . Lantas , tangan mengengam erat mouse . Melalaikan diri dengan Facebook . Hmmm status belakangan ini ramai yang kehilangan orang tersayang . Serius ramai sangat ! Berita seminggu yang lepas masih lagi terngiang ngiang ..

salam .kawan kite nazurah yaakob accident.. sekarang tengah koma dalam ICU..Doakan beliau cepat sembuh   and sedar k... "


Berita yang sampai terus membuatkan diri ini meronta ronta ingin terus terbang ke Johor . Terpisah selepas UPSR dan kini , berita yang sampai dia sedang KOMA . Subhanaallah . Aku terduduk ! Bertubi tubi persoalan menghentam , 

" sempatkah aku bertemu dengan dia dengan keadaan diri nya waras ? " 


Selang beberapa hari lepas tu pulak , kawan sekelas waktu sem 2 pun accident depan BMI . Hari tu jugak kali pertama aku nampak dia dekat Bmi dan petang tu accident . 
Lepas tu , Dapat pulak berita dari Min , ex - Bmi yang ayahnya dah pergi tinggalkan dia . 
Kemudian , Dapat lagi berita sahabat ISI telah kehilangan adik dia akibat dari darah beku di kepala sebab accident
Tak lama lepas tu , Baby cerita pulak yang adik Ustaz Azahari pun baru accident sekeluarga . Kereta tercampak dan sekian sekian ..
Semalam terbaca pulak kisah Siti Hajar Ahmad Sabir , saat kematian dan dugaan dia hadapi . Dan alhamdulillah , kini telah tenang ke dunia sana
Pagi ni , dapat berita abang kepada Wardiah Afiqah (adik) kawan satu sekolah teknik telah pergi ke alam sana . 
Beberapa jam lepas tu , Dapat berita dari Muiz , juga kawan dari sekolah teknik telah kehilangan sahabatnya  

Ya Allah , banyak sangaat berita berita kehilangan aku dengar dalam 2 minggu ni . Bukak je facebook , ada sahaja status status kehilangan mereka tersayang . Walau mereka mereka ni aku rapat pun tak , kenal sangat pun tak , tapii mati tu dekat sangat . Hampir sangat dengan diri ni . 


Kadang aku termenung . Pada dinding kosong . Imaginasi membawa aku ke suatu alam lain . Aku cuba bermain dengan dunia imaginasi aku . Aku cuba bayangkan , tiba tiba aku dapat panggilan dari keluarga mengatakan ayah aku dah pergi selamanya .. Aku selalu bayangkan apakah rasa yang aku akan rasa pada tiba saat tu nanti . Aku cuba . Dan yang pasti , airmata ini cepat jatuh menghentikan imaginasi aku yang bakal menjadi realiti suatu hari nanti . Ya aku pasti , apa yang aku bayangkan ini pasti akan menjadi sesuatu yang pasti . Pasti ! 



Kadang bila terbaca berita kematian , aku selalu terfikir apakah rasa mati itu ? Adakah aku sedar bila aku dah mati ? Lepas aku mati , siapa yang akan selalu sedekahkan aku Yaasin , peringan untuk aku di bawah sana nanti ? Nanti  waktu mereka solatkan aku solat jenazah , agak agak berapa kerat je kawan kawan yang nak solatkan untuk aku . Dan nanti , aku dah takde jasad aku ni tanam awal ke lambat ? Beribu soalan yang datang menghentam kotak bulat atas ini . 




Kadang aku fikir, bagaimana rasa sakit bila ditinggalkan? atau fikir bagaimana seksa bila meninggal? Tapi kedua-duanya. aku belum pernah rasa ditinggalkan. dan siapalah nak ada rasa itu? dan aku tak boleh cakap banyak macam mana rasa itu sebab belum ada dalam kalangan keluarga aku yang pergi 'sana' . *Kau tabahkan lah hati aku saat menerima berita itu , Ya rabb . 




Aku pernah rasa kehilangan orang yang aku sayang . Tokki aku , waktu tu aku baru darjah 2 . Aku ingat lagi , mula mula aku tak menangis , tapi bila saat mok suruh cium tokki untuk kali terakhir  aku menangis kuat kuat . Aku ingat lagi tu . Sebab lepas ni , tak de dah Tokki nak bawak aku jalan jalan naik motor . Aku ingat aku pernah mimpi Tokki dulu . Waktu tu Tokki dah gemuk . Tapi sekali tu je . *Aku rindu , Tokki . Kemudian , tahun lepas aku kehilangan 2 orang pak cik sedara . Sedih dia sampai saat ini masih terkesan . Aku rindukan mereka . Sampai sekarang aku masih tak percaya yang mereka dah tak de kat dunia ni . Aku teringat lagi , saat kami sekeluarga mengelilingi arwah . Allah , sayu hati ni tengok muka pakcik . Dua dua bila saat dikafankan , muka hampir sama . 





Dan aku bersyukur sebab Allah pinjamkan kotak fikiran ini dan meperlihatkan aku dengan berita kematian di facebok . Mungkin Allah bagi persediaan untuk aku sebelum  ditinggalkan atau  atau mungkin aku yang seterus akan diambilNya? wallahualam.



 " Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan." Al-Araf : 34



Bersedialah untuk menghadapi apa yang telah Allah S.W.T janjikan kepada setiap insan yang telah Dia ciptakan . Jagalah Solat , aurat , hubungan sesama manusia kerana mati itu bila bila masa .

Mungkin untuk aku , selepas aku menulis ini .
Barangkali , nama ku sudah gugur dari pohon di sana .





Bakal Jenazah ,
 Sarah 

No comments: