Followers

Sollu a'lan Nabiyy...

Zaa , zass .
Bagai dipukul

" Kau cakap kau nak jadi muslimah sejati , muslim sejati . Tape cuba recheck balik . Akhlak kamu tu sama ke dengan Rasulullah s.a.w , Pinjam pensil dengan kawan pun , ada kamu mintak izin ? Rasulullah s.a.w tak ajar kita macam tu ! "


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang al Ahzab :21



Law kana Bainana , Andai Rasulullah masih ada .. 
Zass ! Allah , kena lagi . Rasa diri ini tak sanggup nak angkat muka . Malu . 
Malu lihat umat sendiri .

Akhlak , zero !
Ibadah ,  zero !
Bertegur sapa bersama saudara islam , Zero !
Mememulakan salam seperti baginda , Zero !
Berjihad di jalanNya , Zero !


Aku lah antara golongan itu . Golongan bodoh , bongkak yang islam semata tercop atas IC .  



............................................................................................................


Pagi pagi membaca facebook , tiba tiba terbaca status sepupu yang belajar dari bumi Shoubra , Egypt 

" Jadi betul la apa ke apa yang ana mimpi seorg lelaki 
memakai jubah putih dan memakai serban muncul di dalam
 mimpi ana mengaku dirinya sebagai Nabi Muhammad s.a.w.. di dalam mimpi ana , ana hanya melihatnya di belakangnya sahaja.. lelaki itu menangis dan menyuruh kami berdakwah di bumi allah selagi ada hayat dikandung badan - mimpi seorang adik junior aku yang sanggup berkongsi dengan aku... "




Terkedu baca status ni . Baca 3 kali nak make sure kan betul tak apa yang aku baca ni . Allah , best nya dapat mimpi berjumpa baginda . Tapi tapi . Kenapa dia menangis . Dia sedih ke lihat umat dia sekarang . Dia sedih ke melihat barah barah makin menular dalam diri setiap umatnya . 


Sama sama lah kita mengambil ibrah dari mimpi sahabat ini . 
Tenung diri , Lihat sekeliling , Review balik cara hidup .
Kita jauh tersasar sayang sayang semua . Jauh sangat .
Celah mana sangat islam yang kita amalkan dalam hidup kita . Yang kita praktiskan setiap sendi kita . Ada ?


"Lelaki itu menangis dan menyuruh kami berdakwah di bumi Allah selagi hayat dikandung badan  "


...............................................................................................................


Semoga diberi kesempatan dan dipilih untuk  menziarahi mu di bumi sana , 
Rindu aku pada mu makin lama makin kuat , 
Walau tak pernah bersua , 
Aku dapat rasakan belaian kasih sayang kau pada umat kau . 
Jatuh butir butir jernih saat aku merindui mu , Ya Muhammad . 
Aku rindu . 
Dan yang pasti 
Aku tenang saat aku menjatuhkan kaca kaca jernih kerana mu  Muhammad 





I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me , 




  





I pray to be close to you , 
Sarah 







No comments: