18-20 Januari 2013
Tarikh ni aku pergi UIAM Gombak fasi untuk program lepasan spm . Seronok seronok seronok ! Ya Allah bertuah sangat lah aku rasa sebab dapat ramai jumpaa engineer yang hebat hebat balik dari oversea .
Yelahh , aku kan dari dulu gila mereka mereka yang balik oversea . Dengki ahhh dengan mereka .
Semua balik kerja hebat hebat . Geologist laa , Process Engineer la , .. Fuh ,Tangan atas dahi bila tengok diorang ni . Tergugat rasa . Jauh sangat dengan aku ni ..
Dan , ada satu peristiwa ni aku tak boleh lupa ...
Macam ni . Aku pergi UIA hari jumaat . Jam 630 petang . Aku sampai dalam area jam 640 petang. Aku tak tahu nak pergi mana . So aku decided duduk dalam masjid dulu . Lepas tu , aku nampak al-quran aku capai . Seperti biasa aku selalunya capai al-quran dari Mekah . Al quran dari Mekah yang hadiah dari kerajaan Mekah selalunya warna hijau lumut . Dari dulu sampai sekarang aku memang serasi baca al quran dari Mekah je . Kalau bagi al quran yang besar beli kat Mydin tu aku rasa tak syokk baca . Then , aku cakap sorang sorang ..
"Nak baca surah apa eh ? "
"Eh hari ini hari jumaat la , Kahfi baru baca separuh . Baca Kahfi je la"
Memandang surah Kahfi sangat la panjang , jadi aku dah baca hari khamis tu tapi separuh je . Tak habis ..
Aku duduk . Letak beg . Buka al-quran ..
Taraaaaaaaaa ..
Aku buka al-quran tu . Ya Allah , betul betul page 293 . Surah Kahfi .
Jadi terus sambung baca .
Dan lagi hebat nya Allah ni ,
Dia ingatkan balik part mana aku stop hari tu .
Ya Allah .. Best ! Best ! Best !
Skill menulis macam sampah ,
Sarah
No comments:
Post a Comment