Yea . Secara tiba tiba dan tak de plan langsung aku dapat
jadi Fasilitator untuk minggu orientasi Bmi untuk intake januari 2013 . Senanya
, tak de semangat langsung nak jadi fasi ni . Memandangkan aku bukanlah manusia
ramah mesra andai bersua untuk kali pertama , tapi ntah . Semua berjalan dengan
dengan sangat smooth . Pertamanya , Baby yang rajin gilaa ambikkan borang
fasilitator . Hari last tarikh tutup hantar borang , aku baru terkial kial nak
isi form bagai . Kemudian waktu temuduga , penemuduga tegur sebab isi form tak
penuh .. Meme lah tak penuh kan , last minutes baru nak isi . Waktu ditemuduga
semua hebat hebat , Aku je noob gila ! Tapi last last dalam kawan kawan yang
ditemuduga sekali , aku terpilih ! *clapss please..
Training .
Kami start training di Hulu Langat . Awal awal tak best ,
Bosan macam budak sekolah je rasa . But then , ntah malaun mana datang , semua
jadi best ! nak nak bila dengar ustaz azahari bagi ceramah . Allah sayu hati
ini . Banyak sangat lompang dalam hidup ni .
Sesi kedua nya buat kat bmi je . Agak bosan ,and again ustaz
azahari buat hidup ni bersinar sinar . Lembut
sapaan dia . Dalam tusukannya tepat kedalam hati menyegarkan hati hati kering . Training
kali ini , ada 3 sahaja budak diploma baki 27 orang adalah pelajar degree !
awal awal aku agak kekok nak kenalkan diri , nak bergaul dengan diorang
memandang aku ni budak diploma je pun lama lama Alhamdulillah , we’re in one
team . Nak tak nak aku kena jugak bercakap .
Le best thing nya yang aku dapat belajar tentang diri aku
sini ialah , aku baru tahu senanya ramai sekeliling anggap diri aku ni lemah
lembut .. hahha . First impression lah katakan kan . Sampaikan Nas Americano
pun cakap waktu last day , “Tak sangka sarah macam ni , nampat lemah lembut je
“ .
See?
Senanya , aku dapat tahu pun melalui slot Surat Cinta ,
Slot tu ginih , ambik satu A4 paper , dan semua team kena
tulis pasal diri kita . Teguran ke , nasihat ke , semua atas A4 paper tu . Then
, akan diserahkanpada tuan empunya badan . Jadi , kita dapat tahulah macam mana orang
sekeliling pandang kita .
Surat aku banyak tulis aku ni lemah lembut la , kena
bersuara lebih sikit laaa, suruh garang sikit laa dan sekian sekian . Dan
sebetulnya , aku bukan seperti mereka sangkakan . Aku garang kot ! hahhha . Jangan
tertipu dengan lakonan pandang pertama saya . Jom kenal saya dulu . Oke .
Next next next , aku rasa training MSR kena lebih mantap
lagi . Banyak kena baiki . (:
Cerita kali ini lebih banyak aku angkat bakul aku sendiri . Harap jangan muntah selepasa baca .
Si penulis penat angkat bakul sendiri ,
Sarah Bahrudin