Tiba tiba hati ini kering ,
Entah baja apa yang disemai.
Aku rindukan Ramadhan.
Aku rindukan kerahmatan bulan itu ,
Entah mengapa ,
Hari hari yang dilalu kini suram .
Suram mengikut rentak yang mendayu .
Iman ini makin hari makin menipis ,
Aku sedar ..
Aku cuba perbaiki
Aku cuba bangkit
Namun ,
Diri ini masih lagi membatu
Ditolak sudah , dicemuh sudah ..
Aku gusar akan hati ..
Gusar andai hati in lambai bertemu baja yang sesuai
Aku cuba berlari
Menggapai apa yang aku mahu .
tapi ..
Aku lemas dalam nafsu aku sendiri ..
Aku adalah aku
Si pemburu di dunia
Memburu ketenangan yang abadi
No comments:
Post a Comment