Followers

SEMALAM

Oke . last entry saya cakap saya telan panadol 3 bijik kan sebab sakit kepala yang amat sangat . Dan semalam saya dah pergi klinik buat check up . Tapi bukan lah klinik biasa yang ada doctor pakai kot warna putih tu . Saya pergi klinik homeopathy , actually saya dah sakit kepala ni since saya dari darjah 6 lagi . dah macam-macam ubat saya telan dah merata hospital saya redah dah berapa orang pakar dah saya ‘date’ .tapi sakit tak jugak hilang . jadi mak saya bawak saya pergi berubat cara homeopathy dekat Pusat Rawatan As – Syifa(Perubatan Homeopathy & Alternative) ni dan alhamdullillah , segala punca sakit saya selama ni diketahui . tapi waktu tingkatan 2 tu saya tak tahu nak cakap apa dengan doctor kat sana dan doctor tu cakap buat rawatan akupuntur je . so saya buat lahh . terpacak 4 jarum atas kepala saya ni . dan alhamdullillah sakit kepala sebelum-sebelum hilang ! dan saya terus buat rawatan akupuntur tu sampai tingkatan 3 . dan lepas tu saya tak buat dah rawatan tu sebab tak sakit kepala dah .


Tapi sebab kan dos akupuntur tu dah habis jadi saya pergi balik klinik tu sebab sangat tak tahan sakit kepala ni semalam . Dan jumpalah dengan doctor .kat sini cara rawatan dia dia tangkap gambar mata kita tau . Sebab dengan anak mata ni kita boleh tahu sakit apa kita . Jadi bila doctor tunjuk gambar anak mata saya yang baru di ambil tadi didapati punca segala sakit satu badan saya selama ini berpunca dari GASTRIK je . Selama ni saya rasa sejuk dekat bahagian kaki rupanya tanda gastrik rupanya . Sakit kepala saya selama ini sebab kan gastrik je . Jadi perkara pertama yang perlu saya rawat ialah gastric saya sahaja . Tapi dengan mengharapkan ubat dari klinik –klinik biasa mungkin gastric saya tak boleh diubati tapi hanya melegakan kesakitan . dan doctor tu cakap gastric saya dah lama dan teruk .oke doctor tu betul saya gastric dari saya darjah 2 lagi kalau tak silap saya lah sebab saya ingat saya pernah muntah makan ubat warna putih tu . hehe .

Dan lagi doctor tu check saya banyak toksik dan darah kotor dalam badan . Toksik dalam badan bermaksud makanan yang tak hadam dengan betul dan tak menjadi najis atau dalam kata lain sembelit . dan sebab kan toksik dalam badan ni lahh jerawat naik ke muka . oke ! yes saya ada jerawat sikit-sikit di muka ye . Jadi start sekarang nak muka licin cun melecun macam nora Danish kena lah saya rawat nak buat sisa toksik dan darah kotor saya ni dengan makan ubat cuci kolon dengan banyak-banyak .hehe . Secara klinikal yang selama ni saya faham jerawat ni di sebabkan minyak terlebih di bahagian muka tapi doctor tu cakap tu hanya 15% punca kulit berjerawat dan selebihnya perlu tahu dari akar di mana punca jerawat tu tumbuh macam saya ni sisa toksik terlebih .
Dan semalam saya buat rawatan akupuntur dengan stimulate je . tu je sempat . at least sakit kepala ni reda lepas buat akupuntur . rawatan seterusnya reflexsologi . doctor itu cakap buat reflexsologi sebab nak urai kan urat-urat tersimpul .


dan rawatan akupuntur ini bukanlah takat cucuk jarum dengan bahagian yang sakit tapi cucuk jarum dekat punca yang sakit . macam semalam saya ada sakit gastrik jadi jarum kena cucuk dekat betis sebab urat perut di betis .

No comments: