Followers

Mok

Subuh subuh lagi pintu bilik dah bergema dek ketukan manja seorang mok kejut sorang sorang anak dia .
Bukan seorang dua . Tapi enam orang .
Sabar nya dia .

Bangun pagi , jenguk satu sudut bilik. Mok sibuk solat Dhuha .
Sepuluh  minit berlalu . Mok masih lagi bersarung kan telekung putih  khusyuk memperhambakan diri .
Usai sujud kepada yang satu .
Mok masih bertelekung mencapai Al quran . Dari ruang dapur kering jelas kedengaran suara Mok mengaji .
Selesai mengaji . Siap berjubah lalu dicapai kunci kereta .

"Mok , pergi surau . Lepas tu pergi pasar . Tolong jemur baju , cuci pingan , nyapu rumoh "

*Pesanan diterima dalam diri masih mamai

Pulang dari pasar , jam 12 .
Sibuk pula dia berjasa pada tanah . Pisang , mempelam . Dah macam kebun dah belakang rumah tu .

Macam tu lah rutin Mok .
Kalau tak ke majlis ilmu , ke pasar .
Setiap petang jumaat , ada sahaja majlis ilmu yang mok ikut .
Antara Maghrib dan isya' dipenuhkan dengan qadar balik solat yang tertinggal .
Bangun pagi mesti nampak Mok tengah solat .

Mok dengan perjuangannya .
Aku entah mungkin atau tak jadi seperti Mok .
Membesarkan 5 orang lelaki yang nakalnya MasyaAllah .
dan seorang anak perempuan dengan keras kepalanya .

Dia sentiasa berfikiran  positif .
Tak kesah sekeliling menindas , Mok sabar .
Dia tak pernah tunjuk dendam dia pada orang lain .

"Tak kesah orang lain nak buat kita , asal jangan kita buat orang "

Aku kagum punya Mok . Mampu membesarkan kami dengan Islam nya sendiri . Tegas ! Tapi alhamdullilah setegas tegas itu lah , dah ada anak Mok yang akan tarik Mok nge Ayoh dekat Syurga nanti .
Tegas tegas itu lah , buat kami mampu berdiri atas kaki sendiri .
Tapi tegas tegas itu dulu  . Sekarang bila kami semua 6 beradik dah besar panjang , Mencurah curah manja yang dia limpahkan .

" Tengok diri kita dulu , jangan tengok orang . Entah entah kita ni yang jahat " - Mok 






No comments: