Followers

Renungan bersama

"5% tu banyak atau sedikit ? 5% daripada biasiswa masyuk RM500 sebulan, baru RM25. Tapi tepuk dada tanya iman, RM25 tu destinasinya ke kedai mamak atau tabung masjid ? Jangan nak berkira sangat kalau top-up sebulan RM30 paling cikai, belum campur pelan internet blackberiii lagi. Setiap hari rabu, wajib tengok wayang pulak tu. Kalau rasa nak berjoli benda peribadi sekalipun, jangan lupa 'hak' orang lain. Duit kita dapat itu rezeki Allah, jadi apa salahnya kita sampaikan rezeki Allah itu kepada orang lain pula. Tanya pada pengalaman masing - masing, " miskinkah aku bila bersedekah ? "

 “Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (QS. Al An’aam : 160) 

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Latih diri untuk bersedekah wang ringgit ( harta ) pula, tidak banyak, cuma 5% sahaja sebulan. Orang yang berusaha membaiki diri/akhlak dijanjikan sebuah rumah atas bukit di syurga nanti tahu ? :)" 

Mungkin sesuai kot saya nak share 'status' dekat sini , buat tatapan , ingatan buat kita untuk tak jauh tersasar , Betulkan apa salahnya kalau 25% dari elaun kita kita sedekahkan . Tak rugi pun bersedekah . Kadang - kadang 'status' fb yang simple simple pun boleh buka mata kita luas luas . 

Thanks to Pendakwah Muda .

No comments: