Belakangan ni aku jadi makin kuat rindu rumah
Gamaknya faktor usia & kematangan
Makin lama , makin berat beban dipikul
Mana mahu bahagi masa ,
Kerja , Mak ayah , Adik beradik 5 orang , kawan kawan ,
Dating dengan Allah lagi
Huh , Mengeluh ?
Dunya Sarah , Dunya
*****************************************
Rindu Rumah
Makin lama aku makin rindu masa dulu
Zaman adik adik berlari satu rumah
Zaman suka sepahkan rumah
Zaman aku masak tapi tak sedap -- kena kondem pulak tu
Zaman sekolah-- tengok adik adik balik sekolah bawak beg berat berat
Baru aku sedar ,
Kami makin besar .
Sejak adik bongsu aku lebih tinggi dari aku ,
Aku sedar --
No more gaduh perkara bodoh -- Rebut remote tv , Siapa makan banyak dengki .
Takde dah
Takde dah kawan aku nak gaduh perkara bodoh bodoh
Sebab ,
Masing masing dah besar
Jadi sekarang ,
Aku rindu nak membodohkan diri depan budak budak --
Macam -- Ehh , cantiknya perut awak . Mesti awak kuat makan kan ?
Hahhaa .
Simpton sekarang ni -- Aku rindu kanak kanak
Hilang stress borak dengan diorang
Sebab tu ,
Kadang dalam kereta pun aku gelak sorang kalau nampak budak
Kadang dari jauh aku main kenyit kenyit mata
Kadang , budak dalam kereta sebelah pun aku nak agah
Nak aje aku pergi tadika bermesra dengan diorang .
"Aneesa , hari ni bangun pukul berapa "
Dan sekarang ,
Aku kangen balik kerja cikgu tadika .
I wish I could
* Izinkan aku kuat .
Kata kata bila hati sesak dengan masalah duniawi