Disebabkan tanda tanda Premenstrual syndrome macam dah nak sampai . Maka aku tahu , napsu makan pun menjadi - jadi .
Kalau duduk KL mewah makan woo
Kalau teringin makan kek ,
Call je teksi --" Pakcikk , Sri Gombak eh pakcik "
Hah ! Bertandang la ke Secret Recipe .
Kalau teringin nak minum air buah
Call teksi -- "Pakcikk , hantar train eh "
Naik train -- berhenti station KLCC
Hah ! dapat minum gelas besar Juice Work ..
Blurpppp .. Sodaapp !
Habis RM 13 ++ ..
Kalau teringin aiskrim yogurt ,
Pergi je duduk makan Yogenfruz .
Nak nak kalau tension
Call Azlann -- "Lan , tolong aku beli Chatime "
Teeet .. Sampai
Tapi tu KL ..
Kuantan ?
Hmmm .. payoh sangat .
Chatime tu dekat Teluk Chempedak je ada .
Teluk Chempedak , bukanlah sebelah ECM ..
Berkilo jauh ..
Memandangkan , public transport kat sini langsung tak effisien .
Aku pun payah nak gerak pergi sana pergi sini .
Realiti kat sini memang payah nak gerak ..
So , hari ni aku buat puding paling simple
Memandangkan selera makan makin kuat
Meng-anaya kan pemilik tubuh badan ..
Huuhu
So .. malam ni aku buat Puding Triffle Without Wipping Creamm ..
- Swiss Roll
- 1 Kotak Kristal Jelly
- Tepung Kastard
- 1 Tin Susu CAait
- 1 Tin Fruit Cocktail
- Gula
- Air
Step :
Potong Swiss roll ikut suka hati .
Mampat -mampatkan diaa ..
Pastu ,
Susun comel comel dalam bekas
Rapat - rapat .
Basahkan swiss roll tu dengan air buah cocktail tu
Tapi ,
Jangan sampai roti swiss roll hancur
Lembapkan ajeee .
Macam tuam muka tu hah ..
Taruk buahan cocktail atas roti itu tadi
Didihkan Jelly
Kalau Jelly cair sangat ,
Campur dengan serbuk agar agar .
Tuang Jelly , atas lapisan cocktail
Simpan dalam peti .
Sekejap je .
3 minit dah aa .
Bagi jelly beku je
Didihkan 1 tin susu cair
Tambahkan dengan 1 tin air masak
Tambahkan 7 sudu gula manis cap prai .
Cap lain tak diterima ..
Sila faham ..
Pada masa yang sama ,
Gaulkan tepung kastard sebanyak 4 sudu + air 1/2 tin
Bila susu yang dah didihkan telah mendidih
Masukkan ,
Adunan tepung kastard dalam susu mendidih tadi .
Atas lapisan jelly
Sapukan bahan kastad dan rakan rakanya ..
Ulang step yang sama
Sampai penuh had muatan .
Rapat rapat kan saf Nanti abang setan kita masuk mencelah |
Didihkan jelly |
Lapisan pertama ; Swiss Roll - cocktail- jelly Pahtu , bubu la kastord & the gang |
Taraaa , Sedia untuk kena kritik dengan askar askar . Normal thing kalau aku masak -- kena kutuk |
No comments:
Post a Comment