Followers

Aku , Coverall & Boots

Hmmm ..
Tinggal lagi setahun baki pengajian aku .
Satu semester di bumi Gombak dan selepas itu , selamat tinggal bumi tarbiyyah aku . Walau sikit ,
pem-bawak-kan yang sikit-sikit itu mengubah aku .

Entah apa yang semangat sangat nak cerita hari ini . Mungkin  tahap emosi , mental dan kerajinan sedang balance .

Tahniah untuk Imran ; adik ketiga sebab dapat sambung belajar di USIM ; Tamhidi atau Asasi Perakaunan & Muamalat . Sekurang kurangnya boleh replace tempat kakok awok ni . So that , boleh buat mok bangga

Berbalik 2 tahun lepas , untuk berada tempat aku sekarang macam macam tentangan aku dapat . Memandangkan , kaum kerabat -- sepupu sepapat perempuan ;  semua background tak de yang ambik engineering . Jadi untuk melepaskan aku ke bidang ini sangat la payah . Sampaikan aku kena cari pelbagai alasaan .

Akhirnya , aku jumpa British Malaysia Institute . Jurusan Medical Electronics -- satu satunya cara untuk aku pujuk mok dan abang untuk lepaskan aku ke dunia kejuruteraan .

Sebelum masuk BMI aku decided aku akan tukar kos . Aku memang tak mahu dan tak nak  ambik Medical Electronics . So , aku decided nak tukar ke Electrical Electronics .Tapi , bila jumpa Pn Jamaliah ;

 "Nanti MARA awak sangkut -- payahh " . 
"Menda alah ni ambil banyak masa nak settle "

Nak minta pendapat family lagi la aku avoid , sebab sure sure mereka  akan tahu aku nak tukar kos . So aku senyapp . Sampai dah akhir semester 2 , aku mohon lagi untuk  tukar kos .Tapi , admin tak bagi memandang kan aku dah tandatangn kontrak dengan MARA .. ---- Aku pasrahh dengan bidang ini .

Berbalik kepada cita cita aku .
Aku senanya nak jadi budak  power plant . 
Yang duduk kerja bahagian operation 
Yang kerja pakai baju coverall  
Yang kerja pakai kasut boots 

Aku pun ntah kenapa aku obses gila bila nampak diorang pakai coverall dengan boots .
Nak nak perempuan .
Lagi la aku rasaaa ..
"Akak , boleh pinjam baju takkk ? "

Aku lahir dengan Paka , Terengganu .
Bersebelahan dengan Kerteh
Aku rasa aku jadi ghairah tak tentu hala denga baju coverall Petronas & kasut boots ni
Sebab masa mak aku mengandung
Ayah aku kerja Petronas .
Ayah aku pergi kerja -- balik kerjaa wajibul la pakai baju coverall kuning tu kann
Maka , daki daki minyak dan debu petronas tu melekat lagi kot kat aku ni .
Sebab tu aku obsess .
Dan , percayalah
Kalau aku lalu Kerteh -- Jiwa aku tenang .
Sebab ?
Sebab dapat tengok kilang kilang kat sana ..
Sama jugak kalau aku lalu Gebeng ..
Aku excited  sangat  ..
Sampailaa saat ini , aku masih tergila gila siapa yang pakai baju coverall 
Tak kesah lah Wasco ke , Rp Chemical ke , Bredero ke
Asal kan baju coverall dan kasut boots

Aku minatt !!
Perempuan pakai kasut boots pun aku dah cair .


Tapi berbalik semula dengan jurusan aku ni ..
Ada ke budak medical  test devices pakai coverall ??
I hate this part !

Sebab tu nak bakal pasangan orang oil & gas . 
Ehhh ?
Dapat tengok kat rumah ada coverall dan kasut boots pun dah cukup ..
hehhe

So , sekarang aku agak  menyesal tak masuk German - Malaysian Institute
Ambil Process &  Instrumentation
Ikut jejak abang .
Jadi orang Petronas
Walaupun baju BASF burukk ,

Bukan sikit menyesal
Tapi banyak .
Jutaa juta nyosal
If i can retun back all the time
And stick with mine .

Semua gambar ini dah berabad lamanya
Tapi aku simpan
Bagi perempuan lain
Ini mungkin sampah
Tapi bagi aku ini monumen penting dengan cara sendiri
Tiada siapa faham
Tiada siapa tahu












hmmm . Gerangg deh 
Pakai coverall dah kacak


All these picture belong to Hj Baha
Plant BPCM








2 comments:

Unknown said...

Saya trainee jugak kt rp chemical.. Sy punya obses dgn awk pn sma

DEEN_NAZ said...

saya juga punya obses dgn awk. obses bila tgk org kje pakai coverall ngn boot ni. lagi2 Petronas dgn coverall kuning dgn boot red wing dye. stim abis tgk. wlaupun sy tau gaji technician Petronas x besr tp sy ttp nk masuk compny tu sbb sy pnh jdk trainee dkt Petronas Penapisan Melaka dulu dan sy tau mcmne care kje kt sane. mmg kje agk brt sbb sy bidang mekanikal tp sy ske kje tu. myb bkn rzki sy nk kje dlm bidang oil n gas ni. skrg sy kje dlm gov sbg pengajr ni pust latihan kemahiran. npkny sy bkn dilahirkn utk jdk pengajr sbb sy x minat dgn kje ni. sedang berusha mencari keje dlm bidang oil n gas ni dan juga power plant. Insyaa Allah jika ad rzki sy akn berhenti kje skrg ni dan kjar impian sy utk kje dlm bidng oil n gas ni. sy lbh suke kje pki coverall drp pkai bju kemeja. doakan sy dpt capai impian sy utk jdk org minyak. Salam.. :)