Aku pun tak tahu kenapa hati ni rindu je nak tatap wajah manis itu
Hahah .. Poyoo
Jap , mungkin aku dah berjumpa jalan yang serasi untuk bermanja manja kot .
Hahah .
Kita jiwang menta dehh ..
Hmmm . Semalam lepas tatap muka muka manis tu terus tidur sampai lena
Abang call 7 kali pun dah tak sedar .
Lena diulik mimpi kot .
Hmmm .
Hari ni hari sabtu
Esok ahad
Isnin kita jumpa
Kita cakap banyak banyak
Rindu 2 hari kita tahan ni awak .
Hmm .
Payah aku nak ekspresikan sayang aku pada mereka pada blog yang langsung takde followers ni
Ye lahh ..
Aku ni kan kayu
Keras
Aku ni kerikil
Ego melangit
Hmmm .
Aku rindu budak Tadika !
Serious rindu mereka
..........................................
Dulu aku jadi cikgu untuk sebulan je kebetulan waktu tu 'tiba-tiba' dapat . So grab je lah . Bergaji kan . Dulu aku tak ready sangat . Tak banyak buat research . Tak tahu nak ajar apa . Ntah la rasa jadi cikgu yang dulu tu -- lain sangat dengan rasa cikgu untuk kali ini .
Kalau dulu aku mengajar -- aku ada kelas aku sendiri tapi kali ni tak . Kelas aku ada dua orang cikgu-- Kelas Lily . Sebabkan cikgu Aisyah pregnant -- maka selalu la tak sihat , sakitt pinggang so aku ganti ganti je bila dia tak sihat . So kelas yang aku dapat agak nakal . Ada 5 big boss dalam kelas tu . Jadi kelas tu kadang kadang tak dapat nak kawal .
Dalam kelas Lily tu , ada budak budak nakal . Melalui amatan aku mereka mereka semua nakal bersebab . So , I take note about that . Sebab aku taknak nanti anak anak terima nasib sama . Walau tak kahwin lgi tapi aku rasa penting untuk aku ambik tahu kot -- yelah zaman sekarang dah terlalu advance . Antara sebab budak budak nakal yang aku dapat kesan ;
Sebab mak ayah kurang bagi tumpuan / kasih sayang -- sebab berbeza aku tengok anak anak yang mak ayah bagi kasih sayang. tumpuan -- Otak mereka lagi laju . Cepat .
Sebab kat rumah budak budak dibiasakan dengan perkatan tak elok -- mak selalu tengking - tengking
Ada budak ni cerita . Mak ayah dia selalu sebut pelik pelik --bongok, gila , bengong, ba**-- Budak kalau cerita aku peraya sebab diorang copy & paste apa yang orang tua buat . So budak tu pun , selalu je sebut mende yang tak elok tu dekat sekolah -- depan kawan kawan .
Hah . Lagi satu . Tahu tak sebenarnya kalau budak tengah active gatal gatal tangan nak menconteng dinding . Tengah gatal gatal kaki nak panjat meja . Gatal gatal nak 'susun susun ' buku , Gatal nak main pasir , Geram tengok ekor kucing -- tu senanya proses sel sel dalam otak bergabung . Untuk tahap umur mereka tu , aktiviti panjat meja , conteng meja tu senanya pembelajaran bagi diorang .
Kalau mak ayah asyik marah atau melarang anak buat semua tu . Jadi pembelajaran mereka terbantut sebab tu kanak kanak lambat belajar sebab tak ada pengalaman . Hmmm , kiranya macam kita la , kalau tak buat latihan math , selagi tu otak lambat je . Okeh . Faham ?
Oke lagi satu selama aku mengajar dua minggu sini . Aku sedang berusaha supaya budak yang nakal dapat jadi baik . Sebelum tu , aku bekerja kat sini tugas aku ajar seorang budak je . Untuk period before rehat .
Budak ni payah sangat nak kenal huruf dan nombor . Serius . She only know 1 , 2 & 3 . Yang lain kelaut . Kadang no 2 & 3 pun dia dah tertukar . Nama budak tu Damia
So , untuk budak budak nakal tu -- Aisy , Hakim , Harraz - 3 bigboss besar dalam kelas ni memang nakal sangat . Hero besar . Abang Long dalam kelas . Senanya , yang Abang Long tu Hakim . Harraz pengikut 2 . Aisy pulak pengikut 3 .
Penat dah tulis gaya karangan ni . Kita sambungg . Baii
Left : Fawza , Hakim , Harraz Kite story jap lagi eh |
No comments:
Post a Comment