Followers

tekanan



tengok status semua orang dekat fb semua pakat dok cakap pasal paper technical math esok . tak da apa pun nak di catit kan di sini . tapi saja meroyan nak juga buat entry sebelum cuci muka pergi mimpi mr osem malam ni . hehe .
oke . this week very stressful week . memang terasa dan merengsa amat dengan minggu ni . tidur pun tak stabil sebab last ada camping . sampai kan nak study technical math 2 pun macam nak tak nak je . sampailah satu tahap keluar pergi wangsa maju sorang-sorang . pergi munasabah kan diri kenapa jadi teruk sangat ni .dan shooping ye . fuhh , hilang stress . and now saya boleh study technical math 2 dengan sangat tenang . oke . kawan-kawan . shooping sangat membantu kita menghilangkan stress ye . oke doakan saya esok . kbai .

refleksi




entah apa yang nak dituliskan . cuma ingin mengucapkan rasa syukur tidak terhingga . aku terkedu . semenjak dua ni cerita dari sahabat-sahabat menjadi refleksi kepada diri ini . Refleksi yang telah memberi impak yang sangat besar dalam diri ini . alhamdullilah , refleksi ini menginsafkan diri ini tidak kurang juga menabahkan lagi hati ini . cerita dari si dia , membuatkan diri ini merasa sangat bertuah kerna dikurniakan mereka-mereka yang hebat . menceritakan kepada mereka tentang kisah hidup diri ini membuat mereka begitu kagum dengan orang -orang hebat di sekeliling diri ini  .diri ini tersipu malu , kerna sebelum diri ini kurang kagum dengan orang-orang hebat disekelilingnya . aku sayang mereka-mereka hebat disekelilingku .





Karma




please take it seriously ,
bila fikir-fikirkan balik , menda alah ni sangat sangat betul .
cuba fikir balik , kenapa orang asyik nak marah je kalau tengok muka kita . sebab kita pun suka marah orang , asyik buat muka annoying memang lah menyampah kan . so how people treat you is all reflected from your attitudes. so , kalau orang tak senyum kat awak ke makna nya awak pun susah kan nak senyum dekat orang lain kan , pastu mula lah cakap dia tu jahat . suka jeling awak kann . tapi awak kan yang suka jeling orang dulu kan .

lepas baca mende alah ni terus je fikiran ni terbukak luas-luas . kalau nak buat somethings ke mesti fikir kan akibatnya dulu . kalau kita layan dia macam ni mesti aku pun dia layan macam tu . KARMA kan .. jadi kalau nak kita dilayan dengan baik makanya layan lah orang lain dengan baik .


#dunia ini bulat , akhirnya ke paksi nya semula . sedikit beremosi .

finally .

yes , akhirnya .. one of my wishlist kalau dapat duit MARA nak beli tafsir al-quran ,. dan akhirnya dapat jugak beli walaupun  guna baucer buku 200 tu tak guna duit MARA  . sebenarnya , dulu tak de niat pun nak beli tafsir ni . tapi waktu ramadhan tahun lepas , wardina yang cun gila datang bagi tazkirah . Dia cakap belilah tafsir , senang nak bawak ke mana-mana . nak baca kat mana-mana pun senang . nak bawak ke mana-mana pun senang . dan kebetulan Kak eu , yang saya cerita hari tu . dia sebarkan kempen MEMBACA AL QURAN DI MANA -MANA dekat fb . so saya join that group . dan rasa bersalah sangat kalau just join tapi tak laksanakan . so tekad dalam diri ni tinggi sangat-sangat nak beli tafsir yang kecik dan comel dan senang nak bawak . so sabtu lepas terbeli lahh .alhamdulillah . allah permudahkan segalanya . 




homesick







this photo have been captured when i was in form 4 . that is in 2009 . tengok-tengok . hebat kan . actly , rindukan rumah . rindukan bau rumah . kesepahan rumah bila semua askar-askar balik dari asrama . hehe . and the moment bila kita orang main badminton petang -petang tepi halaman rumah . nak balik . saya homesick gila ni .

Rindu


rindu nak cium pipi dia
rindu nak pegang tangan dia yang kasar tu
rindu nak dengar dia buat lawak dia yang sangat tak masuk akal tu .
rindu nak dengar dia membebel tak kena tempat
rindu nak tengok dia masuk pintu rumah tu
rindu nak naik kereta yang dia drive
rindu nak tengok dia pakai jubah putih tu
rindu nak tengok muka dia yang hensem gila
rindu nak dengar dia azan
rindu nak dengar suara dia bila dia jadi imam
saya mencintai semangatnya di jalan allah
sesungguhnya saya teramat rindu dengan ayah saya .

sejenak terfikir , sesungguhnya masa itu pantas sungguh berlalu .
terlihat dari jauh seorang si ayah memegang kepala anaknya dengar penuh kasih sayang sambil mengucup ubun-ubun sekecil itu .

saya tersentuh , tiba-tiba wajah si en bahrudin yang hensem terus menerpa dalam kotak fikiran tanpa disedari air mata berguguran jatuh . dalam otak ligat berfikir mungkin ayah saya juga pernah mengucup ubun-ubun saya dengan penuh kasih sayang seperti si ayah tadi .

tersedar betapa besarnya rasa kasih sayang si ayah pada si anak . saya rindukan sangat-sangat ayah saya .



andai di panjangkan umur saya .
saya nak sangat-sangat pergi umrah sama -sama dengan ayah saya .
andai satu hari saya dirisik ,
biarlah ayah saya yang menjadi wali saya .
biarlah dia merasa menjadi wali buat pertama kali dan terakhir kali nya untuk anak perempuan tunggalnya ini .
andai sudah masa saya harus berkahwin ,
biarlah si hensem saya , ayah saya yang tentukan .
dan jika si adam hadir dalam hidup ini , saya lebih suka andai ciri-ciri si adam saya itu sama seperti ayah saya yang katang ni .
saya sayang ayah saya 



assalamualaikum .
saya cuma terkedu , terkedu kerana perbezaan pemikiran , gaya , misi , dan dakwah menyebabkan si dia tidak menghadiri tahlil itu .

saya : malam ini OPKIM buat tahlil .
kawan saya : aah , jom lahh join .
si dia : takpe lah , lagipun tahlil tu bukan ISI yang buat .

seketika saya berfikir , perlukah ISI yang arrange tahlil tu baru kau nak datang baca yassin dan bertahlil ? berdosa ke atau terkurang ke pahala kau bila OPKIM yang arrange majlis tahlil ni ?

yes , saya tahu . anda menutup aurat dengan sangat baik sekali , namun janganlah disebabkan OPKIM bukan koko yang menekankan agama islam sepenuhnya anda tidak mahu mengikuti majlis ilmu tersebut . saya terkejut selama ini maghrib & isya' di surau tapi bila ada majlis ilmu yang OPKIM buat anda terus lesap . perlukah begitu ?

saya terkedu dengan sebaris ayat itu .







choopp !! ISI tu IKATAN STUDI ISLAM ,
OPKIM tu pulak OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT .
sekian

crying

perjalanan hidup ini baru bermula , ia masih jauh dan terlalu lama untuk sampai ke penghujungnya
>

seperti biasa duduk dalam bilik sorang-sorang suka nangis tengah malam sorang-sorang ,
kawan kiri kanan semua dah berubah , dari pakai tshirt lengan pendek sekarang dah pakai tudung bawal labuh . aku teringin sangat nak pakai tudung labuh . but i don't have enough strength to a positive point . ya allah , kuatkan lah diri ku ini .

dari tadi i'm keep google-ing tentang kisah orang yang berubah ke arah bertudung labuh . insaf sekejap . nangis sorang-sorang . ya allah banyak nya khilaf ku pada mu .

and tadi saya ada terbaca blog geng surau saya ,
HANIS MAISARAH - kami selalu pergi solat terawih sama - sama . oh ya allah . dia dah berubah . pakai tudung labuh kiut sangat . dulu dia sangat ganas , tapi kiut . tak sangka dia berubah awal dari saya . alhamdullillah .

EKA NADHIRAH - saya dah anggap dia macam kakak saya . dia pun dah berubah dari slow-slow . dari pakai bawal ke pashmina labuh-labuh . kemudian terus jilbab . saya menangis tengok dia berubah . Dia kekuatan saya . Sebab dia saya rajin turun berjemaah dekat surau . lepas solat je mesti saya menangis atas bahu dia . saya tak tahu kenapa tapi dengan buat macam tu saya rasa terlindung , tenang , dan rasa terlepas beban sebatu , dengan dia saya mampu cerita macam - macam . saya sedih dia faham . dia banyak bagi nasihat ,

KAK EU - Dia memang saya kagum dari sekolah menengah lagi . dia seorang yang sangat kiut . Dia bukanlah pemakai tudung labuh dari zaman sekolah lagi tapi berubah bila belajar di taylor's college . saya menangis hiba awal-awal dia pakai tudung labuh . saya terfikr betul hidayah itu milik allah . saya nak jadi macam kak eu .bila iman saya lemah , saya akan bukak blog kak eu ni muhasabah di sini  as my refreshment . dia buat saya bertambah kuat . thanks kak . u're my idol dalam diam . moga allah merahmati akak


 hanis maisarah

kak eushahida farizza raffar


istiqomah kan lah diri ku ini ya allah .berikanlah ku sedikit dari hidayah mu ya allah .

#menaip sambil airmata bergenang di mata . habis basah keyboard .