Followers

Showing posts with label Tadika. Show all posts
Showing posts with label Tadika. Show all posts

Husin & Akram

7.20 Pagi

Mentari ufuk timur muncul 
Berlari seperti biasa menggapai beg , stokin , handsock 
Sengaja biarkan tak terpakai dari rumah 

Sengaja biarkan begitu 
Sengaja bersusah payah sarung stokin dalam kereta 
Sengaja suka nak mengimbau nostalgia zaman sekolah 
Kena marah sebab stokin busuk 


Laluan kiri kanan sungguh sibuk 
Jauh berbeza dulu dulu 
Jauh sangat 
Makin hari makin ketat jalan kecil ini 
Berlambak logam bertayar bermaharajalela 


Laluan masih sama 
Tujuan cuma berbeza ; belajar -- mengajar 


Sampai destinasi !

Tanggal kasut 
Salam cikgu cikgu 

Terus kaki laju melangkah


"Husinnnnnnnn !! "


Dia datang peluk aku 
Kemas 
Ketat 
Tangan tak lepas baju aku 


Allahurabbi 

Ntah apa hati nak berkata 


Peluk Husin pagi pagi hari mesti rasa hilang masalah 
Mesti rasa tak nak berhenti mengajar 
Mesti rasa tenang 
Pasti !

Aura apa Husin pakai ?

Kadang tak jumpa sehari --aku rindu 
Tak peluk dia rasaa -- hilangg 
Tak main - main dengan dia rasa tak lengkap satu hari jadi cikgu 


Husin mulut manis 
Cikgu jatuh hati dengan awak ! 

Lepas peluk husin puas puass

Mata melilar cari Akram 

Tegur Akram -- Akram pemaluu 
 
Selalu lari kalau cikgu ajak borak 


Husin & Akram 
Dua dua buat aku tenang
Jujur cakap , 
Aku takut kehilangan mereka 


.................................



Husin

Akram
*Habib tengah usha awek kat belakang , gatai 



......................

" Cikgu Sarah jadi utomen max "
" Alaaaa , tak nakkk laaa "
"Takpeee , Husin jadi raksasaaaa "
"Tengokk , lampu cikgu sarah dah tak nyalaaaa , utomen kalah "





.

I'm In Love

Baru satu hari tak jumpa hari ni dah start rindu
Aku pun tak tahu kenapa hati ni rindu je nak tatap wajah manis itu
Hahah .. Poyoo
Jap , mungkin aku dah berjumpa jalan yang serasi untuk bermanja manja kot .

Hahah .

Kita jiwang menta dehh ..

Hmmm . Semalam lepas tatap muka muka manis tu terus tidur sampai lena
Abang call 7  kali pun dah tak sedar .
Lena diulik mimpi kot .

Hmmm .

Hari ni hari sabtu
Esok ahad
Isnin kita jumpa
Kita cakap banyak banyak
Rindu 2 hari kita tahan ni awak .

Hmm .

Payah aku nak ekspresikan sayang aku pada mereka pada blog yang langsung takde followers ni
Ye lahh ..
Aku ni kan kayu
Keras
Aku ni kerikil
Ego melangit

Hmmm .

Aku rindu budak Tadika !
Serious rindu mereka


..........................................


Aku rindu bersebab .
Dulu aku jadi cikgu untuk sebulan je kebetulan waktu tu 'tiba-tiba' dapat . So grab je lah . Bergaji kan . Dulu aku tak ready sangat . Tak banyak buat research . Tak tahu nak ajar apa . Ntah la rasa jadi cikgu yang dulu tu -- lain sangat dengan rasa cikgu untuk kali ini .

Kalau dulu aku mengajar -- aku ada kelas aku sendiri tapi kali ni tak . Kelas aku ada dua orang cikgu-- Kelas Lily  . Sebabkan cikgu Aisyah pregnant  -- maka selalu la tak sihat , sakitt pinggang  so aku ganti ganti je bila dia tak sihat . So kelas yang aku dapat agak nakal . Ada 5 big boss dalam kelas tu . Jadi kelas tu kadang kadang tak dapat nak kawal  .

Dalam kelas Lily tu , ada budak budak nakal . Melalui amatan aku mereka  mereka semua nakal bersebab .  So , I take note about that . Sebab aku taknak nanti anak anak terima nasib sama . Walau tak kahwin lgi tapi aku rasa penting untuk aku ambik tahu kot   -- yelah zaman sekarang dah terlalu advance . Antara sebab budak budak nakal yang aku dapat kesan ;

Sebab mak ayah kurang bagi tumpuan / kasih sayang -- sebab berbeza aku tengok anak anak yang mak ayah bagi kasih sayang. tumpuan -- Otak mereka lagi laju . Cepat .

Sebab kat rumah budak budak dibiasakan dengan perkatan tak elok -- mak selalu tengking - tengking
Ada budak ni cerita . Mak ayah dia selalu sebut pelik pelik --bongok, gila , bengong, ba**-- Budak kalau cerita aku peraya sebab diorang copy & paste apa yang orang tua buat . So budak tu pun , selalu je sebut mende yang tak elok tu dekat sekolah -- depan kawan kawan .

Hah . Lagi satu . Tahu tak sebenarnya kalau budak tengah active gatal gatal tangan nak menconteng dinding . Tengah gatal gatal kaki nak panjat meja . Gatal gatal nak 'susun susun ' buku , Gatal nak main pasir , Geram tengok ekor kucing -- tu senanya proses sel sel dalam otak bergabung . Untuk tahap umur mereka tu , aktiviti panjat meja , conteng meja  tu senanya pembelajaran bagi diorang .

Kalau mak ayah asyik marah atau melarang anak buat semua tu . Jadi pembelajaran mereka terbantut sebab tu kanak kanak lambat belajar sebab tak ada pengalaman . Hmmm , kiranya macam kita la , kalau tak buat latihan math , selagi tu otak lambat je . Okeh . Faham ?

Oke lagi satu selama aku mengajar dua minggu sini . Aku sedang berusaha supaya budak yang nakal dapat jadi baik . Sebelum tu , aku bekerja kat sini tugas aku ajar seorang budak je . Untuk period before rehat .
Budak ni payah sangat nak kenal huruf dan nombor . Serius . She only know 1 , 2 & 3 . Yang lain kelaut . Kadang no 2 & 3 pun dia dah tertukar . Nama budak tu Damia

So , untuk budak budak nakal tu -- Aisy , Hakim , Harraz - 3 bigboss besar dalam kelas ni memang nakal sangat . Hero besar . Abang Long dalam kelas .  Senanya , yang Abang Long tu Hakim . Harraz pengikut 2 . Aisy pulak pengikut 3 .

Penat dah tulis gaya karangan ni . Kita sambungg . Baii



Left : Fawza , Hakim , Harraz
Kite story jap lagi eh