Followers

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

I'm In Love

Baru satu hari tak jumpa hari ni dah start rindu
Aku pun tak tahu kenapa hati ni rindu je nak tatap wajah manis itu
Hahah .. Poyoo
Jap , mungkin aku dah berjumpa jalan yang serasi untuk bermanja manja kot .

Hahah .

Kita jiwang menta dehh ..

Hmmm . Semalam lepas tatap muka muka manis tu terus tidur sampai lena
Abang call 7  kali pun dah tak sedar .
Lena diulik mimpi kot .

Hmmm .

Hari ni hari sabtu
Esok ahad
Isnin kita jumpa
Kita cakap banyak banyak
Rindu 2 hari kita tahan ni awak .

Hmm .

Payah aku nak ekspresikan sayang aku pada mereka pada blog yang langsung takde followers ni
Ye lahh ..
Aku ni kan kayu
Keras
Aku ni kerikil
Ego melangit

Hmmm .

Aku rindu budak Tadika !
Serious rindu mereka


..........................................


Aku rindu bersebab .
Dulu aku jadi cikgu untuk sebulan je kebetulan waktu tu 'tiba-tiba' dapat . So grab je lah . Bergaji kan . Dulu aku tak ready sangat . Tak banyak buat research . Tak tahu nak ajar apa . Ntah la rasa jadi cikgu yang dulu tu -- lain sangat dengan rasa cikgu untuk kali ini .

Kalau dulu aku mengajar -- aku ada kelas aku sendiri tapi kali ni tak . Kelas aku ada dua orang cikgu-- Kelas Lily  . Sebabkan cikgu Aisyah pregnant  -- maka selalu la tak sihat , sakitt pinggang  so aku ganti ganti je bila dia tak sihat . So kelas yang aku dapat agak nakal . Ada 5 big boss dalam kelas tu . Jadi kelas tu kadang kadang tak dapat nak kawal  .

Dalam kelas Lily tu , ada budak budak nakal . Melalui amatan aku mereka  mereka semua nakal bersebab .  So , I take note about that . Sebab aku taknak nanti anak anak terima nasib sama . Walau tak kahwin lgi tapi aku rasa penting untuk aku ambik tahu kot   -- yelah zaman sekarang dah terlalu advance . Antara sebab budak budak nakal yang aku dapat kesan ;

Sebab mak ayah kurang bagi tumpuan / kasih sayang -- sebab berbeza aku tengok anak anak yang mak ayah bagi kasih sayang. tumpuan -- Otak mereka lagi laju . Cepat .

Sebab kat rumah budak budak dibiasakan dengan perkatan tak elok -- mak selalu tengking - tengking
Ada budak ni cerita . Mak ayah dia selalu sebut pelik pelik --bongok, gila , bengong, ba**-- Budak kalau cerita aku peraya sebab diorang copy & paste apa yang orang tua buat . So budak tu pun , selalu je sebut mende yang tak elok tu dekat sekolah -- depan kawan kawan .

Hah . Lagi satu . Tahu tak sebenarnya kalau budak tengah active gatal gatal tangan nak menconteng dinding . Tengah gatal gatal kaki nak panjat meja . Gatal gatal nak 'susun susun ' buku , Gatal nak main pasir , Geram tengok ekor kucing -- tu senanya proses sel sel dalam otak bergabung . Untuk tahap umur mereka tu , aktiviti panjat meja , conteng meja  tu senanya pembelajaran bagi diorang .

Kalau mak ayah asyik marah atau melarang anak buat semua tu . Jadi pembelajaran mereka terbantut sebab tu kanak kanak lambat belajar sebab tak ada pengalaman . Hmmm , kiranya macam kita la , kalau tak buat latihan math , selagi tu otak lambat je . Okeh . Faham ?

Oke lagi satu selama aku mengajar dua minggu sini . Aku sedang berusaha supaya budak yang nakal dapat jadi baik . Sebelum tu , aku bekerja kat sini tugas aku ajar seorang budak je . Untuk period before rehat .
Budak ni payah sangat nak kenal huruf dan nombor . Serius . She only know 1 , 2 & 3 . Yang lain kelaut . Kadang no 2 & 3 pun dia dah tertukar . Nama budak tu Damia

So , untuk budak budak nakal tu -- Aisy , Hakim , Harraz - 3 bigboss besar dalam kelas ni memang nakal sangat . Hero besar . Abang Long dalam kelas .  Senanya , yang Abang Long tu Hakim . Harraz pengikut 2 . Aisy pulak pengikut 3 .

Penat dah tulis gaya karangan ni . Kita sambungg . Baii



Left : Fawza , Hakim , Harraz
Kite story jap lagi eh 






Semester 3


Alhamdullilah , The sky's pretty, the sounds of the late birds trying to catch up with their early friends. This serenity is all it takes to realize His blessing are oh so beautiful. Alhamdulillah we are still breathing air into out lungs, our hearts are still in rhythm and we can cherish all this beauty

Alhamdulliah , Semester 3 telah berlalu dan takkan pernah kembali lagi ,
Biarkan yang manis menjadi pengajaran , yang pahit dijadikan iktibar untuk terus berpijak di bumi pinjamanNya ini . Dan meneruskan cita cita untuk menjadi seorang jurutera dalam bidang yang saya salah ambik .. true story . Tak kesah lah  salah ke , apa ke ..Allah dah tetapkan jalan aku disini . In Syaa Allah , Ada rezeki aku disini . Ameen .

So , here is the conclusion of all the experiment and experienced all along semester 3 in 2012

Study 
Mostly , aku tak faham apa aku belajar apa sem .. Cehh , tipu je . Microelectronics dengan Electric Circuit  je pun . And forever , electronics be my sahabat baik ! Dan tahun ni lah aku merasa biziwik tu macam mana . Sesungguhnya semester 3 itu sungguh mengajar aku tak tidur malam , percayalah !




Electronics Wave


Friendship 
Banyak sangat konflik antara batch mates ni. Konflik diantara masalah kemanusian yang hanya tahu sikap tidak berpuas hati . Dan Twitter menjadi tempat luahkan amarah yg dipersetankan oleh setan laknatullah ! Sampai kan phone ni kalau Install twitter tiba tiba jadi space low , Tengok , Phone pun tahu  Twitter is actually is not a good thing . Dan Alhamdulillah , dikurniakan kawan kawan yang sangat tabah memekakan telinga dari tohmahan tohmahan yang diterima  dan mengdeactivekan twitter adalah jalan paling selamat dari terus melihat sandiwara sandiwara cleopatra itu semua . Dan ujian yang diberikan itu bukanlah sia sia sahaja , Belajar sesuatu dari situ . Be  positive ! Panjang sepuluh page kalau sentuh bab sahabat ni . Takpe lah , nak tulis jugak . Lagipun , tak dak sapa pun baca blog ni kan ... Thank to Allah ,

  •  Kurniakan saya Akhwat dari Uia yang sangat sangat penyayang . Salah satu dari wishlist saya tercapai 
  • Kurniakan kawan yang comel , baik , pending dan saling mengingati diri ini , Baby & Amira 
  • Kurniakan saya kawan yang boleh buat rectum saya pecah dan gelak tak ingat sesape dah , Kak Ainaa & Yasarah . 
Kak Ainaa 


Baby 

Yasarah 

Amira & Yasarah 


No more Baem after this 


Tinggal kenangan ;(

Kak Nur dan sepupu . *Rindu anak anak Mak cu . 

Relationship 
Hidup single, tiada couple sangat tenang, sangat happy. Mungkin dan kadang-kadang rasa lonely  tapi Allah kan ada , family, Yasarah , Kak Ainaa , Kak Dhiah , Baby , Kak Nur , Kawan kawan ... then , apa lagi . Belum tiba saat untuk saya serius menjaga hati orang lain lagi sedangkan ukhuwah dan hati sekeliling saya belum cukup terjaga lagi .


"Usah gusar jika belum berpunya,..Usah risau jika belum dipetik sesiapa..Yakinlah dengan qada' & qadar Allah"



Result 
Basah mulut ucap syukur  walaupun result full belum keluar  . Alhamdulillah , Maintain lagi walaupun lari sikit  daripada yang diinginkan dan diidamkan . *Rezeki bukan setakat pointer 4 rata je .. Bersyukurlah dan redha dengan ketentuanNya . He plans something for you , Sarah . SURPRISE !!


Random 
Banyak sangat hajat hajat dah tercapai sem ini . Banyak belajar untuk lebih matang , matang dan matang . Saya kuat untuk bertudung labuh , the best feel ever . Ada kakak kakak halaqah yang ohsem ! Kawan yang kuat dan sentiasa positif , terutama si gelabah ayam Kak Nur .  Yeah , Semester 4 will come less than 1 month  dan tahun hadapan adalah tahun akhir dibumi British sebagai pelajar diploma . Sobsobsob , sedih  dan gugup cause i only thinking who will be my partner for my Engineering Design's subject and also as my Final Year Project Partner . Walaweeh , Aku cuba berharap , ada jejaka yang tak hensem dan hebat gilaaa macam Mcgyver datang dan ,

"Sarah , will you be my partner for this project " - Mr Mcgyver 
Ohhh , nak nak nak nak nak ! - Gadis 

Haraplah kan . Haha .. dan setelahh melalui semester 2 dan semester 3 , i've through a lot of experienced . Ditikam kawan . Jangan cepat  judge orang . Jangan jadi insan yang terlalu sensitif terhadap perkara sia sia dan berlapang dada lah dengan segalanya .  Allah ada .

Saya disini mengharapkan semester 4 adalah semester untuk saya perform sebaik baiknya . Terus mengingati antara satu sama lain and say no to waste weekend . Semoga Ukhuwah saya dan kawan kawan sekeliling bertambah tambah rapat . Tahun akhir , Aku mahukan berjuta kenangan untuk aku kenang bila aku tua dan tak akan menyesal dengan apa yang aku telah buat . Berikan aku kekuatan Ya Rabb untuk aku terus istiqamah bercita cita untuk menjadi seorang jurutera suatu hari nanti . Ameen .



Dan matangkah aku setelah sekian lama menghirup udara percuma ini ?
Aku masih cuba ..
Yuhh , Sarah !


Semestinya rindukan nak tengok langit dari sini ,
dengar tazkirah tak payah turun surau dan azan subuh jelas disini .



Doktor Mesin , Sekejap lagi .
Ameen 


Jalan Masih Panjang  
 Ir Siti Sarah  , si mata kuyu 
Semestinya rindukan mereka , 
Semester 3