Followers

Beza

Bumi johor . 

Jauh beza jika dibandingkan bumi KL 

Jujur , aku rindu sana . 
Aku rindu setiap jalanan aku di sana . 

Aku rindu sahabat peneman hari minggu aku ; Weekender

Mana mungkin aku jumpa suasana sebegitu lagi . 

Kehidupan pelajar Ijazah di dunia baru , bukan mudah . 

Hati meronta , aku mahu pulang ke sana . 
Menikmati sibuknya kotaraya 
Menikmati indahnya jumaat aku di bumi UIA .

Terbayang , niqabis niqabis UIA . 

Aku kangen . 


Lepasan STPM

Apa entah aku ingin coretkan . 
Hmmm , kian lama makin menghilang skill penulis aku .
Sukar mencari kata kata . 

Yang pasti , kondisi aku sekarang ; 
Aku bagai terbang dilamun cinta 

Entah batang tubuh siapa aku inginkan , 
Entah gerangan siapa yang menggetarkan jiwa ini . 

Dan , buat kau si budak lepasan STPM 
Terima kasih atas buaian rasa ini 
Dan , paling aku syukur 
Kau hadir menyentakkan aku tentang kisah lama aku 

Tentang rasa syukur 
Tentang rasa ikhlas 
Tentang batas batas 

Ammar , 
Hadir kau kejap namun berbisa .

Mungkin aku bagai hilang lari jauh dari laluan asal aku , 
Namun , aku sedang mencari rentak supaya aku masih Siti Sarah yang dahulu . 
Yang aku rindukan , 
Sangat 


Sakit

Tak tahu nak kata apa 
Bila mana subjek electrical & electronic yang zaman diploma dulu dulu 
Yang mana belajar satu minggu satu topik kaver 3 topik besar 
Tiba tiba digabungkan jadi 1 topik dan dapat dihabiskan dalam masa 3 jam 

Taffffnya degreee

***********

Balik bilik sakit gigi 

Setelah

Dibalik kisah duka , 
Terselit cerita indah hari ini . 

Alhamdulillah , 
Akhirnya setelah 3 tahun , dapat jugak invitation majlis dekan . 

Pergi atau  tak ? 

Ngehngeh 

Tunggu kata dari Allah 
(:




Tahniah Sarah ! 


You make it ! 

Tahniah

Minggu kedua Oktober

Terlalu banyak yang ingin dicoretkan . 
Kisah perkahwinan sahabat Imtiyaz Group ; Fatihah & Rahim 
Tahniah buat kalian . 
Jauh nak dibandingkan diri aku yang tercungap cungap mencari erti hidup sebenar 
Masih belum matang seperti Fatihah 
Dan , Gelak lelaki tu masih belum dapat dipisahkan lagi dengan aku 
(: 



Tak lupa , 
Tahniah untuk ; 
Sahabat buat kek sama sama , 
Sahabat mengadu hal keluarga sama sama 
Sahabat yang boost minat aku dalam electrical line 

Syikin !

Dan 

Sahabat ketawa bersama 
Sahabat yang terlalu positif 
Juga , laluan kerjaya masih sama didalam bidang Electrical Engineering 

Syaqirah !


Selamat Hari Graduasi Kelas Pertama Syaqirah & Syikin In Electrical Engineering 


Selamat Hari Graduasi Cik Sarah In Medical Electronics ;
Yang tak menghadirkan dalam  hari graduasi  diri sendiri 
(:

Sebab , 
Graduation just a temporary achievement 
Success will follow later 



Sekian 





13 Oktober  2014
Hostel Siswi  



Suasana Baru

Bangun pagi . Kelas . Makan . Kelas . Ketawa berdekah dekah .
Hidup dulu dengan saat ini beza . 
21 Tahun sudah 
Pengalaman dahulu jadikan tauladan . 

Apa aku boleh kata , 
Aku suka suasana sini . 

Aku bahagia disini 
Mohon aku peroleh Ibrah & cepat kerja . 

Doakan juga aku dapat jejak New Zealand & Niosh Cert ! 

............................

Siapa sangka , perjalanan hidup aku sekarang di sini . 
Dan , entah , aku masih cuba merahsiakan segalanya . 
Mungkin ada beberapa kerat aku ceritakan di mana aku sekarang 
Yang lain , aku biarkan teka teki 


Kadang ,
Aku terfikir 
Kenapa aku biarkan segalanya tergantung --
 Tak pergi konvo , Sambung degree dekat unknown university
Tapi jauh sudut hati , 
Aku percaya ;

Ini Aturan Allah
Ini Aturan Allah 
Ini Aturan Allah 

Kun Faya Kun   


Dan , 
Dari mana kekekuatan datang ; 
Aku hanya ada 4 coursemate perempuan . 
Tapi , entah 
Aku rasa tenang sini 
Tiada gundah 
Tiada sesak 

Aku bahagia 

Moga , 
Diluruskan niat ini 


...........................




 



Mencari

Kalau dulu Kota Metropolitan ,
 Hidayah berlimpah limpah 

Sekarang , 
Ceruk kampung aku tergapai gapai . 

Harapnya , 
Aku bisa kutip cebisan semangat asal dahulu  

Dan , 
Moga aku masih dibawah rahmatNya & masih dilimpakan kasih hidayahya . 

Ameen