Followers

Setahun , Aku kembali Lagi

Melihat awan tercorak atas sana
Aneka ukiran .
Lama sudah aku tinggalkan rasa 'tenang' apabila mendongak atas sana .
Entah apa ,
Tiba tiba , 'rasa' itu hilang .




Setahun berputar
Kini aku kembali
Berpagi-an melihat mereka berlari
Mendengar celoteh mereka
Melayan tangis mereka .
Humaira , Hasan , Damia , Haikal , Nain , Nurin , Afiq

.
.
.
.
.

"Cikguu , cikgu ada Iphone tak ? "






Setahun sudah .
Aku kembali lagi .
Menemukan 'rasa' seperti dahulu .



There is a feelinng here that we should let bygones be bygones and move on to more important things .




Sarah 


Just A Random

Natural sikap aku . Aku tak kesah kan orang . Aku tak kesah apa yang aku nak buat . Aku tak kesah apa aku nak pakai . Aku tak kesah aku ke kelas sorang sorang . Aku tak kesah aku jalan sorang sorang ke UIA. Aku memang  begini

 Aku ttak tahula itu positif ke negatif. Entah . aku terasa pun tak. aku tak ambil kesah, aku pun bukan jenis yang attach dengan orang. kawan baik tu ada, kawan rapat tu ada, tapi kalau tak berkepit selalu pun tak pe. pada aku okay je benda tu..

Ntah tapi , apa yang hati sedang ragu kan ni . Macam hilang sesuatuu .

Mungkin aku ni ego sikit .
Tak pandai nak express rasa sayang



Result Semester 4

Alhamdulilah . Semua diberi atas kehendak hati .
Walaupun waktu final exam aku seperti orang gila sebab kan minum redbull 2 tin .
Masyaallah , memang ting tong kepala ni .
Sampai nangis nangis , macam tak tentu arah pandang orang .
Sungguh lepas ni taknak minum dah redbull .
Takutt dengan rasa pening pening macam mabuk je . Serius !

Alhamdulillah , Allah makbulkan doa ini .
Walaupun subjek Medical Instrumentation , Signal & Imaging System aku macam blur-blur je sir ajar apa
Macam tak pernah belajar ,
Tapi saat akhir sir bagi jugak clue untuk final
Walaupun aku tinggal satu soalan yang 10 markah , tapi akhirnyaaa .
Yes ! Yes ! Thanks Sir ,
Thanks Kak Lin sbb banyak jawab soalan saya yang ntah apa apa ..
hehe

Alhamdulillah , Hati sekarang macam kembang semacam je
Walaupun hajat naik pentas tak capai tapi sipi sipi bau pentas pun oke lah kann ..

I don't know why I'm so happy



Izinkan

Izinkan aku lenyapkan segala aku hadapi sekarang ..
Aku penat .
Seperti tiada noktah kisah ini .

Aku hilang ...
Hidup bukan cerekarama ,
Berubah ubah mengikut rentak pengarah

Hidup bukan novel ,
Berkait kait .
Magisnya merata rata .

Izinkan aku mencari bahagia aku .

Rasa Itu


Rasa yang lama aku tinggalkan .

Panahan tajam tepat ke mata ,

Sungguh ia menebus hati ini .

Apakah rasa yang aku rasa kini ?

Hurrmm , kata katanya bagai dihujahkan pada diri ini .

Atau aku sendiri manusia yang penuh khayal mengiyakannya ?

Secebis harapan bagai kembali semula .

Namun , siapa tahu mungkin terhalang dek hujan lebat depan sana .

Dunia ini rahsia .

Sedangkan 5 minit nanti belum tahu apa bakal jadi ,

Inikan 5 tahun lagi .

Sarah oh Sarah ,

Berhentilah bermain dengan khayal mu itu .


Me & Kak Bell
Putrajaya 

………………………





29 Mei 2013
Jumpa best friend  ; ikhwan & Miera
Kfc Balok .
Sukaaaa ((: 

Adult

Hai ,
Cuma ingin meluahkan segala macam jenis idea yang bersarang di dalam kepala sekarang .
Mungkin ,
Saat ini otak dah bersedia untuk berfikir tentang masa hadapan .
Bachelor in Engin ? Mas kahwin ? Duit gaji nak bagi berapa kat parent ? Nak kereta Sdn Bhd ? Bisnes ? Wedding nak kaler apa ? Door give nak bagi apa ? Surah yassin ? Jajan ? ke sumi ?  Dah cukup ilmu agama ? Sedekah rm 200/month ? Nak kerja mana ? Anak nak bagi nama apa ?
*Ohh , Btw , I dah shortkan list nama anak .
Okeh ,
Ni namanya mereng sebab tak de kerja duduk rumah melangok je kerjanya ,
Taraaaa ...
Aisy , Khadeeja , Sameeha , Laila , Izz Haira' .
Oke , Anak anak I semua Gegurl
Bosan ahh .
Dari kecik sampai besar ,
Dari abang , adik , sepupu , kawan kawan , Pakcik belah ayah , Pakcik belah mak ..
Semuaaaaaa lelaki .

So , nak anak perempuan jugak !!

Aku tak suka nama panjang panjang ,
Penat aku nak sebut
Atau
Nama sebenar yang lain tu tak pernah nak dipanggilnya .
Contohh ,
Humaira Maisara Merissa Binti Abu  *Nama nak melambung je kerjanya
Tapi panggil ,

" Weh , Mai.. Mai.. "

Hate that



Aishh ,
Banyak betul nak fikir
Atau ,
aku jenis yang banyak berfikir ?
Entah ,
Mungkin aku manusia jenis begitu


Relax.
 You will become an adult Sarah ! 

Just A Random ; Cuti Semester 4


Cukup seminggu cuti semester 4 berlalu , Masih lagi berbaki dalam 3 bulan 2 minggu ? Mungkin laa , Sebab aku kira congak je ni . Kali ni cuti semester di panjang kan sampai bulan 9 . Sangat lama kot . Selalunya Julai dah masuk tapi UniKL tukar sistem dan seperti biasa we're the 93's selalu jadi mangsa bila sistem ditukar . Makanya , diploma aku lambat lagi habis . Should be , hujung tahun aku dah habis studi dan hujung tahun nya aku praktikal . Tapi la ni , aku terpaksa praktikal lambat sikit . Mungkin dalam bulan 7 baru aku habis studi . Aku kira congak je ni .

So , aku sekarang tengah tunggu reply dari pengetua SMK kat area rumah ni . Sebab aku ada apply kerja untuk cikgu ganti kata sana . Then , lepas aku hantar resume kat sana , aku dapat call dari numb pejabat  , 09-536xxxx . Dan ternyata ianya dari SMK tersebut . Tapi malangnya , aku tak angkat sebab tak dengar . So , aku tunggu  dan tunggu sekarang dengan harapan ,  He will call me back ! 

Tapi , 
Bukan rezeki aku kot . 

Dan ,
Memang  dah confirm aku akan dapat kerja di Tadika Pasti yang aku dah mengajar before ni . Tapi , 
aku agak kurang berminat untuk mengajar kat situ sebab kan sistem yang aku kurang enak dan tak sebati dengan diri aku . Bukan aku tak suka budak budak but  I have my own reason to avoid from that place . 
REJECT !

Then 
Aku kena cari lagi kerja . 

4 Days ago , 
Got a call from Cik Ta ; Jiran aku 
Dia ada cakap ada kerja kosong di kilang bawah syarikat husband dia. 
Opkos la aku nak , 
Sebab memang niat aku nak kerja kilang , 
Maksudnya , something yang boleh bagi added value pada diri aku dan jurusan yang aku sedang ambik .
Maksudnya , kerja yang related to Engineering 
Tapi , 
Awal awal aku dah dapat agak 
Mok mana bagi sebab kerja shift 
Again , 
REJECT !


Last week , 
Aku ternampak iklan for Teacher dekat tadika . 
Basic gaji , 
Hurrmmm ; Menawann
Tapi .. 
REJECT 
Sebab aku nak kerja yang lasak . 
Bukan mengajar tak lasak . 
Tapi ,
Kadang jadi cikgu ni macam tak sebati pulak dengan diri aku .


Dan konklusinya ,
Esok daftar kelas menjahit la gamaknya .