Followers

Bibik



Akhirnya , ketemu sama mu !

Lepas ni dah boleh mohon jadi bibik sepenuh masa semula selepas berbulan bulan aku kehilangan sijil sijil penting ni . Oke , masih lagi suam suam kuku duduk rumah ni . Tak keluar kemana lagi selain pagi pagi pergi jogging tepi pantai . Maksud saya 'pagi' bukan 'pagi-pagi' sbb baru je start hari ni , entah esok jogging lagi ke tak .. Ikutkan hati malas dehh , tapi kritikan dan kutukan diterima haruslah diterima .

"kenapa fizikal besar sangat ni " - Abang


OkeBai 
 Love , Sarah Gemuuk!




Random














Leadership Program




3 - 5 DISEMBER 2012 
Sg Semungkis , Hulu Langat , Selangor 






Kerana aku seorang sahaja pelajar diploma . :(



Saat menikmati dorians setelah berpuluh kali lemas di dalam sungai dan makan tempoyak gara gara kurang arif dalam menjaga barang amanah  . :(



Amin & Arep , Durians as our Amanah , 



Have to berpidato sambil melawan suara cik sungai 



Lupa nama .. Qama & Echah maybe ...



zombie mungkin ? 



Public Speaking 


Alhamdulillah , selesai berprogram . Mungkin ini kali pertama meyertai program kepimpinan semenjak menjejakkan kaki di bumi Bmi . Setelah kian lama menyepi dari menyibukkan diri dalam program macam ni , Alhamdulillah , akhirnya aku berani kan diri melawan nafsu ketakutan dan akhirnya , worth it!

Alhamdullilah , merasa meredah hutan , sumpah tinggi dan curam sangat .
Alhamdulillah , merasa solat diatas tanah tanpa berlapikkan sehelai kain , saya cium bau tanah , tempat tinggal saya  akhir nanti .
Alhamdulillah , belajar cara bercakap , belajar berorganisasi  
Banyak sangat saya belajar , specially pasal masa . 
Andai masa itu boleh dipulangkan , dipinjamkan , diundurkan . Aku mahu !
Terkesan dengan kata kata Ust Azahari , 


"Cari keberkatan masa & cari masa untuk Tuan punya masa , In Shaa Allah , punya kelapangan masa"

And here we are , 


T.O.G.E.T.H,E,R ,
Well Done Better Than Well Said
Amin , Epul , Arep , Apiz , Fynaz , Jawahir , Mastura , Me!




"Bila Ditegur , Terima Seadanya"


Rintik








Allah knows what's best for us  , so why should we complain  ?

Tunggu Sarah , Dia sedang merencanakan sesuatu yang baik untuk awak .
Sabarlah wahai hati , Tenanglah wahai jiwa . Tak payah nak kecut perut sangatlah cik Sarah oi .  



Love , Sarah  






Pasar Seni

Seperti biasa , kaki melangkah tanpa ikut kematangan akal . Entah macam mana , aku dengan Baby mula mula plan nak pergi shooping  je dekat Jaya Jusco Wangsa Maju .. Entah macam mana , kitaorang boleh sesat sampai pasar seni . Senanya nak pergi Times Square . Tapi malangnya kami ni , akibat proses menghadam ilmu ilmu final exam hari tu belum habis , makannya kami lupa jalan nak ke Times Square . apa apa je laah ..


"Saya kehilangan mak ayah" - Baby , 5 y/o


Disebabkan hanya berdua , makanya cari cermin dan capture lah berdua .
 


Berdating bersama , 100% Halal !



Specchless sbb teruja , cantik ! Full of cream 




Hantu berkeliaran di Pasar Seni .




Pelancong dari Indonesia teruja ke Pasar Seni





Pelancong Myanmar kepanasan




Keterujaan





Seminggu lagi di tanah British , 
Kurniakan aku kesabaran  Ya Allah . Hilangkan rasa 'kosong' itu . 
Moga kesabaran dan kekosongan itu ada hikmah nya , Ameen . 


Gaza



Hai , mungkin masih belum terlaambat untuk aku memberi pandangan mengenai Gaza . Skop lagi kecik , Boikot ke tak ?
Mungkin dek kerana exam makanya aku hanya memerhati dan mendengar sekeliling bercakap . Aku tak punya hujah yang kuat untuk berkata kata . Hanya meluah ketidakpuasan hati kepada seseorang sahaja.


 “Nak boikot macam mana , produk Malaysian kebanyakkan dari Israel . “ - Katanya .


Entah , kadang aku geram mereka yang berbicara mengikut rasa tanpa berfikir apa yang harus dilontarkan . Kadang kadang cepat aku menyoal diri ini , Islamkah Aku ? Islamkah cara hidup ku ? Islamkah pemikiran ku ? Aku takut lari dari landasan gerabak itu . Gerabak menuju ke syurgawi . Aku pandang luar sana . Ramai islam . Ini Malaysia , rata rata kad pengenalan masing masing tercatit ISLAM disitu . Tapi saat saudara islam kita datang meminta bantuan , adakah kita bersama mereka ? Bila berlaku perang keatas umat islam , maka bersemangatlah kita semua nak boikot produk Israel . Tapi , yang aku nampak hanyalah sementara . Yup sementara !


 ……………………………………………………….. 

Isu boikot bukan lah sekadar boikot ,  yang kita mahukan adalah solidariti ummah . Adakah kita yang betul betul tinggal di negara islam ini mengecam tindakan kejam Israel itu ? Malangya , pada kaca mata saya yang sepet lagi jepung ni , Kita langsung tidak punya perpaduan Ummah . Ummah kita rapuh . Mungkin kita lihat , ligat sana sini berkempen pray for gaza , update twitter dan fb bagai , masing masing dengan pandangan masing , masing masing dengan hebat masing , masing masing dengan ego masing masing but then .. tengok tong sampah luar bilik terang tang tang baru kekenyangn makan Mc’D . Bukan saya cakap Mc’D tu haromm , takkk pun tapi tak timbul ke dalam hati tu bila makan menda alah tu kita macam menggalakkan lagi peperangan berlaku .

 “Alah aku beli setakat Mc’chicken je pun , tak de effect pun itu ini pun “ – Katanya

Hai cik kak , sedarlah .. kalau kita asingkan gula dengan beras pun , lama lama kita nampak jugak hasilnya . Walau sekecil mana gula yang kita kutip tu , lama lama terkumpul jugak cukup buat kopi O kurang manis bagi minum kat nenek . Sebesar mana pun beras kita kutip , lama lama cukup jugak nak buat bubur cukup sekali makan . Begitulah jugak situasi kita . Once kita rasa kita beli sekali kita tak rasa effect sbb sekali je . Tapi ce kalau esok tu beli lagi . Pastu esok lagi teringgin lagi nak makan pastu esok tu nak makan lagi . Bukan ke dah banyak yang kita sumbangkan ?
Dah jadi macam satu cycle yang tak berubah . Rigid! Dan kemudian operasinya tetap sama





. ……………………………………………………. 

 “Alah , Boikot bukan jalan apa apa pun, setakat boikot Mc’D tu , apalah sangat kan “ – Katanya . 

 Masih ingatkah kita kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud ?
Saat usaha dakwah Nabi Ibrahim terhadap kesesatan Raja Namrud sampai ke kemuncaknya, Baginda ditangkap lalu dicampakkan kedalam api yang besar dan marak... 
Ketika itu datanglah seekor burung kecil membawa air yang ditampungnya menggunakan paruhnya yang kecil lalu dicurahkannya air itu pada api besar yang sedang marak itu untuk memadamnya... Apabila Baginda bertanya kepada burung itu, mengapakah kamu wahai burung kecil cuba membantuku sedangkan usahamu tampak sia-sia untuk memadamkan api yang besar ini. Lalu si burung pun menjawab dengan izin Allah , 
"Aku hanya menjalankan tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran dan menghalang kejahatan, sama ada api itu padam atau tidak bukanlah urusan aku, itu adalah urusan Allah" 
Dengan izin Allah, api tersebut menjadi sejuk maka selamatlah Nabi Ibrahim... 

 "Wahai api ! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim." (al-Anbiyaa 21: 69)

 ……………………………………….. 


 “Walau kita boikot macam mana pun , Israel akan tetap serang Palestin . Hak untuk menhentikan semua peperangan ini letaknya pada tangan Amerika . Amerika yang berkuasa sekarang . Kalau kita boikot macam mana pun still lagi Palestin takkan bebas , “ – Katanya 



Wahai sahabat , isu bebas atau tidak bebas adalah adalah milik Allah . In shaa Allah , Islam itu pasti menang suatu hari nanti .

Cuba fokuskan , Dimanakah kita apabila saudara kita dalam kesusahan ? Apakah yang kita lakukan ?

Cuba renungkan kisah si burung diatas . Sedangkan bintang pun berikhtiar mencari untuk menyelamatkan nabinya. Inikan kita , manusia yang cukup lengkap anggota dan akal untuk berfikir dengan waras nya . Kita hilang kesedaran . Kita sedar akan peperangan mereka disana . Kita sedar mereka menderita tapi sedar kita hanyalah sedar sedar ayam .
Doa kita untuk mereka hanyalah bila dunia sibuk bicarakannya .Sedar kita sementara ! Sementara dek kerana kemewahan kita ada . Kita lupa mereka .




Ingatlah sahabat , Allah melihat usaha untuk menegakan kebenaran untuk membantu saudara kita , Allah tidak melihat hasilnya . Allah melihat apa yang kita bantu dalam agamaNya . Urusan hasil berkesan atau tak itu bukan urusan kita . Semua itu ketentuan Allah . Usaha kearah menegakkan kebenaran ini walau sedikit pengorbanannya, mempunyai impak yang bernilai apabila kita bertemu Allah swt dihari Kiamat kelak.

 Ingat , Jika orang orang Yahudi anggap diri mereka sebagai tentera yang mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka , maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga .. Dok gitu ke ?

…………………………………………………………………………………. 

So , Apa sumbangan kita sebenarnya selain dari update status Pray for gaza ? Bersama samakah kita di dalam gerabak ini ? Lagi sekali , Jangan biarkan prihatin itu hanya utk satu musim .  Jangan biarkan airmata utk mereka hanya utk tika ini dan   Jangan biarkan dendam israel itu hanya saat dunia sibuk bicarakannya !