Followers

Bisik

Awak
Tah kenapa semalam kan ,
saya rasa macam dah boleh put aside pasal jodoh

Maksudnya ,
Dingin malam solat tahajjud
Masa doa - saya macam terdetik dalam hati paling dalam

"Takpelah Allah kalau belum ada rezeki untuk aku bersuami. Aku redha"

Tapi kan awak ,
Macam sedih jugak la sebab -;
Semua atas bahu saya
Yelah , saya kan takde adik beradik perempuan
Teringin jugak nak mengada
Yelah , takkan nak mengada dengan kawan kan .
Kawan datang dan pergi
Nak mengada dengan adik adik lelaki mcm hampehh je

Takpelah
Inshallah


Jadikan Sarah manusia paling tabah 
Paling Sabar 
Paling redha dengan setiap kejadian 
Paling boleh terima apa jua keadaan dan masih berfikiran baik untuk tetap positif

Allah nak bagi yang palingg baik untuk awak, Sarah

Tetaplah peluk tubuh sendiri
Belai rambut sendiri
Pujuk hati sendiri
Sambil hembus -;
"Sabar tau Sarah . Allah sayang awak "

bisik sarah pada sarah .
Senyum*



Percaya

You Believe , You Perceive, and You'll get it 
Allah will help you 

Macam , 
Awak muda muda dulu ; 
Awak angankan nak jadi Engineer 
See , apa awak dapat sekarang ? 
Structural Engineer

Dulu , 
Awak berangan nak sampai Australia- 
See , Allah hantar awak percuma tau pergi sana 

Dulu,
 Awak berangan nak study Puspatri ambik course Safety/NDT 
4 tahun awak sabar cari peluang nak masuk Puspatri 
Allah tunjuk jalan course Inspection .
Allah bagi awak course yang cover 4 Jenis Sijil 
Tup tupp , course Safety/NDT dah ramai graduan , 
See,You're more valuable to industry , Sarah 

Dulu ,
 Awak berangan gaji besar - 
Alhamdulillah ,
Tengok akaun bank sekarang Sarah 

Dulu , 
Awak berangan nak pergi umrah dengan RM 3500
Berkat Sabar & doa 
Awak keluarkanRM 3500 je 
The rest, ayah sponsor 


Jadi Satah 
Meh susun balik hidup awak ni 

Apa yang awak nak gapai ?


BREAK POINT

Awak
Saya rancang nak sambung master sambil kerja
Saya nak jadi orang yang disegani
Orang yang berjaya

Agak agak mampu ke ?

Sarah,

La yukallifullahu nafsan illa wus’aha
“Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya” 



Sarah sayang 
No matter how hard it is , you must go ! 
Deeply inside , I know you well 
I know, you can do this . Even better 

I know , you're such a very strong girl to your own world 
Kau kuat luar dalam Sarah 
Kau bukan jenis loser - 
Bukan jenis cepat angkat senjata 
So please Sarah ,
Hold on a lil bit more 

Ujian ni kejap je tau 
Pejam celik 
Dahh , Kau akan berjaya 
Life is Process & Progress 

Ada masa , kalau kena adapt the process 
Process jatuh 
Process untuk kau melangkau ke progress seterusnya 

Sabar sikit tau Sarah 

Innallaha ma’assobirin
Sesungguhnya , Allah bersama orang orang yang Sabar 


Jadi orang Structural paling berjaya tau ! 



Expectation

Awak ,
Sebenarnya saya nak je jadi yang paling baik


Ya allah , tak tahu kenapa rasa loser sangat

Am I put a very high expectation ?


Kurang

Hi awak, Blog 
Sekarang dah May 2020. 
Cepatkan masa berlalu . 
Cepat sangat 

Tak bercaya dah 10 tahun saya menulis dalam ni 

Hmm 
My life is so far soo good 
Tapi tak lah berapa baik 
Saya still deal conflict dalam diri sendiri 

Tah mana hilang konfiden diri saya ni 

2020
Checked - untuk kereta sendiri 
Checked - untuk position engineer 
Checked - untuk survive dalam MDD 

Awak , 
Hmm 
Saya rasa saya failed 
Tak tahu kenapa , saya rasa saya tak jadi engineer yang bagus
Saya rasa diri saya kurang dari semua orang 
Saya tak pandai bercakap 
Saya lambat pick up 
Saya kurang 

Atau saya je yang rasa ?



Cuba

19  Sept 2019

Me - is still trying to let go


Dia



Blog
Ini , Shazwan

Kawan baik kemudian berputik cinta
.

Tapi cinta berputik tak lama
.
Kemudian , kembali berkawan baik
.

Ada perkara yang tak boleh diluruskan dengan kata kata
Dan ada cerita yang tak boleh dihurai enak dgn tulisan

Cukup , apa yang jadi antara Shazwan & Sarah - hanya Kami yang tahu

Sengaja mahu tampal gambar ini disini sekadar buat ingatan yang - tempoh pengenalan kita antara tempoh paling indah dalam hidup ini .

Aku lepas genggaman ini - makin hari makin cuba

Aku tahu , suatu hari kita akan bertemu juga simpang perpisahan

Terima kasih kerna menjadi manusia paling baik utk aku

Terima kasih utk nasi lemak pagi pagi

Terima kasih utk gurauan bijak awak

Terima kasih utk selalu lighterkan benang benang di tudung saya

Terima kasih utk selalu ambik kan tisu selepas makan utk saya

Terima kasih utk sentiasa yg setia menghiburkan saya

Terima kasih utk 2 way communication yang kita selalu ada


Jauh sudut hati ,
Tak mampu aku lepaskan gengaman sayang ini
Tapi ,

Takpelah
Kita redha je dengan jalan yang terbentang ini