Followers

Just A Random Feeling .

Mostly , Bilik dekat Kamsis BMI ini semua dah gelap gelita . 
Study week is ON . 
Tapi aku masih terhenti di sini - bak kata Asfan 

Malas lagi rasa nak balik , mungkin sebab aku berpendapat ; 
Lepas ni aku ada 4 bulan untuk tinggal dirumah  , jadi kenapa aku perlu balik merehatkan diri sedangkan aku masih ada 4 bulan akan datang . 
Mungkin peroleh banyak iktibar dari sahabat sahabat dari IPTA . Mungkin ? 

Alhamdulillah , final paper untuk semester ni ringan sikit . 
Cuma 4 paper . 
2 paper general studies , Fiqh Komtemporari 2 + Pengajian Malaysia
&
2 paper medical  electronics , Medical instrument + Medical physiological . 


.....................................



Truth is , 
Aku ada kawan . 
Dia tinggi 
Dia food machine 
Setiap rabu dia ajak aku pergi pasar 
Tapi setiap rabu aku mesti tolak ; malas pergi do 
Mungkin aku lebih selesa bersama kawan perempuan 

Dulu , 
Waktu kali pertama pergi pasar dengan dia ,
Dia belanja donut cokelat , 
Walaupun , donut tu biasa biasa je .
Tapi aku ingat lagi 

Dia , 
Pemalu aku rasa . 

Dulu dia , 
Selalu text aku. 
Kadang rimas 
Kadang aku layan 

Dia , 
Aku tahu dia selalu stalk blog yang takde followers ni . 

Dia , 
Dah lama tak text aku
Mungkin dia tahu , 
Aku takkan reply 

Kali terakhir dia cakap dengan aku , 
"Sarah , kau nak jagung bakar tak ? " 
Tapi , 
Aku respon , 
"TAK NAK "

Dan , 
Dia terus diam 
Terus hilang 
Bayang pun susah aku jumpa . 
Hingga saat ini . 


Aku tahu , 
Salah aku menjauh . 
Sombong mungkin. 
Aku tahu , 
Kau terkilan dengan aku . 
Walau berjuta maaf , 
Aku tahu , 
The old thing can't happen again 
Aku tahu 
Kau tetap akan jauh dari aku 
Aku tahu . 


Aku
Cuma merindui masa dulu , 
Gelak , Yahoo Messenger , 


Ohh , lupa .
Dia selalu hadiahkan aku cokelat dari UIA . 

Ehemm , Si gigi besi 
Terima kasih untuk tempoh ini 
Muhasabah diri aku balik 
Ehem . Si gigi besi 
Maaf atas segala 
Kekasaran , 
Kelakian , 
Ke-ego-an , 
Kesombangan aku yang terlampau ini 



Dan aku sedar , 
Kau orang baik baik 











Sarahh 

Happy Birthday Kak Ainaa

Sungguh , 
Aku akan rindu masa ini . 
Yasarah & Kak Ainaa . 

Kak Ainaa , Happy Birthday !
Syg Kak Ainaa , 
Lepas ni mesti rindu Kak Ainaa .
Lepas ni , siapa lagi yang boleh 'pegang' saya 

Final exam dah dekat . 
Jadi maknanya , 
Less than 6 month lagi akan bersemuka dengan mereka . 
Second last semester , 
Then last semester di British
After that , 
Kau jalan kau 
Aku jalan aku . 

Pleasee , Jangan lupa saya . 
Kahwin jangan lupa ajak saya . 
Bersalin jangan lupa call saya . 
Nak bagi nama baby , 
Jangan lupa bagitahu saya dulu . *saya nak suggest kan nama baby
Nak beli rumah , Call saya .. 
Nak tengok cantik ke tak ..

Jalan hidup ni  panjang , 
Lepas Diploma 
Degree pulak .
Tak Degree , Kerja 
Tak kerja , kahwin la kan . 
Pastu uweek , uweek 
Dapat anak pulak kann . 
Tapi
Tak nak nanti 20 tahun kemudian baru jumpa balik  . 
Tak nak tau !

Kan dah janji , 
Kita nak pusing dunia tiga-tiga orang . 
Janji , pergi Thailand naik sampan pun takpe kan ?
Asalkan oversea . 
Kan ? 
Takpe kan ?














After having a small red valvet cake for Kak Ainaa , 
Sumpah , rindu nak gosip !
Sarah Bahrudin  

Nasi Bungkus #2 ; Video




Taraaaaa ,
Persembahankannn ..


Imbas kembali ahad lalu .
Sungguh , aku ingin lagi .
Lagi dan lagi .
Penuh positif feedback datang ,
Dan
Sungguh , Aku masih teringat kan pak cik itu



Jom join Weekenders Club di sini,
https://www.facebook.com/GoWeekenders?fref=ts

Projek Nasi Bungkus #2

Hari yang indah
Senyuman pertama

Hulurkan salam ukhwah kita

Aku tak kenal mereka ,
Mereka tak kenal aku .
Sama sama baru .
Hai , we'olls Kenders !
Tapi mesra .

PASUM
USIM
MSU
UIA
IIMU


Bakal doktor ?
Bakal Pharmacist ?
Bakal Lawyer ?
Bakal Engineer ?

Semuaaaaaa ada !

Semoga kita dilandasan yang betul .

Pagi lagi ,
Dimulakan usrah kecil .
Membicarakan turun naik iman untuk orang seperti aku .

Syukur masih diberi peluang 'belajar' hari ini .
Belajar untuk syukur mungkin ?
Laju air mata turun ,
Tak sanggup tengok mereka laju menerpa bungkusan putih kami .
Lalu ditarik getah ,
Dengan gelojoh menyuapkan segumpal nasi ke mulut mereka.
Yang mungkin sudah seminggu tak menyentuh makan ruji itu
Mungkin dua minggu .
Mungkin juga sebulan .

"Pak cik tinggal mana ?"
"Home" ,
Sambil tangan menunjuk ke arah lorong gelap dipenuhi tikus mondok .
Keluh ..

Ada yang terima ,
Ada yang menolak .
Ada yang sedang makan di tong sampah .


Dari aku ,
Mungkin tak beribu cerita yang aku mampu aku sampaikan
Kerana aku , dicampakkan di kawasan berhadapan sogo .
Homeless mana lah yang duduk dihadapan sana .

Namun ,
Aku tersentuh .
Anak masih di paha
Meminta minta .
Untuk hidup .
Mungkin ?


........................................................


Alhamdulillah , satu satu hajat dalam diri ini tercapai 
Isu Palestine selasa lalu 
Hari ini ,mendekati orang gelandangan  . 
Mungkin esok , cuba mendekati mereka yang betul betul homeless ; di tengah malam kota raya


Syukur dengan yang atas
Aku masih beselipar jepun ke tandas 
Ke hulu ke hilir dengan kasut yang dah hampir berlubang di bawah 
Ke kelas dengan kasut hitam cap Gaint Batu Caves . 

Syukur .




Learn to be grateful as what we are 
















Photo Credit to , Me & Kender Zul...(Lupa nama ) 

..........................................

Congratulations to Weekenders Club , K , Bro Hisyam , Nazihah , Pasum dan semuaaa .. 






Pusing pusing Masjid Jamek jumpa orang yang sama je .. 





















Sarahh . 



Ini Baru Mula





When we’re feeling empty and at our weakest, it’s hard to give love.
 Even to Allah . 
It’s then that what we need most is to fill ourselves with something else : His love for us.


.......................................


Ini baru mula 
Belum habis lagi . 
Turun naik , rebah jatuh 
Diri rasa . 
Mereka lihat , tiada rasa 
Cuma kita rasa 
Aku belajar satu perkara , 
Doa biar ikhlas ! 
Ikhlas ...

.......................................

Aku manusia biasa 
Kalau jatuh , 
Aku jatuh terus . 
Kalau bangkit , 
Aku bangkit terus 
Itu lemah aku . 
Cuma , 
Pertemuan semalam buat aku bangkit . 
Pertemuan semalam buat aku hidup . 
BMI - UKM 
Banyak cerita tak tercerita 
Banyak watak mampu bercerita tanpa suara 
Banyak yang aku faham . 
Mungkin tentang hidup . 
Lebih jelas : Matlamat Hidup ! 
Aku pun punya hati ingin terbang seperti mereka 
Terbang jauh ...
Jauh .. Tinggi 
Ingat , Ini Baru Mula . 
Baru 20 tahun . 
Hidup Baru Mulaaa . 












Sarahhh 




An Imagination



One fine day . 
Having a funny 'ayah' to my son
Having a future tiut miut baby to my self & encik somi
Having a 'Ummi' yang garang sebab sepah kan rumah ehh .. 
hehhee 
In Syaa Allah . 
One fine day. 
Habis degree dulu Sarahhh .. 
huhuu ..


Imaginasi biasa biasa yang budak perempuan biasa fikirkan . 
Kahwin ! 






sarah 

Cerita Mereka , Hal Kita


Cerita Semalam ; Heart Of Palestine .

Aku manusia biasa tanpa apa apa yang istimewa .
Tangan , kaki , mata , semua lengkap di dunia .
Sempurna . Itu istimewanya aku

Semalam ,
Aku masih diberi peluang untuk berjumpa dengan si dia , Salima Habibi . errr err , bukan kali pertama , tapi untuk kali ke-3 .

Untuk kali yang ke 3,
Aku mendengar cerita Palestine dari mulut dia
Untuk kali ke 3 ,
Telinga ini disuap cerita yang sama .
Untuk kali ke 3,
Aku tak pernah bosan
Dan
Untuk kali ketiga ini ,
Air mata tak pernah tak jatuh mendengar cerita yang sama itu .


Dia menyampaikan dialog yang sama ,
Dengan cara yang sama ,

Cerita tentang pemuda Palestine yang kudung , yang tak bermata , yang tak punya apa apa kudrat tetapi masih gagah tersenyumm .

"Saya sayang kaki saya "
"Saya sayang mak saya " 
"Saya sayang adik adik saya " 
"Saya sayang ayah saya " 
Tapi...
"Sayang saya pada Allah lebih dari segala galanya ...

Dan...

Dimanakah tempat yang paling indah selain SYURGA untuk saya  hantar mak ayah saya , adik beradik saya , anggota badan saya "

"Saya tak perlu risau dengan kehilangan ini , kerana semua sedang bergembira di syurga ,

KAMU YANG PERLU RISAU , KERANA ANGGOTA BADAN KAMU MASIH SEMPURNA DI DUNIA INI "

wuwuuww , jatuh lagi air mata ni ..

Terus rasa diri tak istimewa ..


*****************************

Sedih tatkala mata aku tertacap pada satu baris ayat ni ,

‘Keamanan akan tercapai apabila Palestine mengiktiraf hak kewujudan Israel ‘

Dunia kejam !


*****************************

Someday , there will be peace Palestine  With no sniper guard towers , no water restriction ,  no pain and no more hatred .
Palestine is going to be free .
Soon ,
Very soon
&
The bad people will go down !

***************************
Semalam ,
Dia peluk erat , kuat , kemas , dan berbisik ..
 
" In Syaa Allah , kamu ke sana nanti "


******************************************


PALESTINE HAL KITA


















Done with Aqsa Syarif , Aman Palestine , Skali Organization , & Leadership Club 
Akhirnya , tercapai impian aku . 





.................................

Tangan terketar ketar , 
Dada berombak ombak , 
Aku catit details aku 
Aku berdoa , 
Izinkan aku menjejak kaki aku ke sana 


Cuma berharap , 
Suatu hari 
Mak Ayah aku sanggup hantar kami ,
seponser kami ke sana .. 
Aku berdoa begitu . 










Sarah Bahrudin